Isnin, 4 Ogos 2014

MASAKU DALAM KEHIDUPAN


Masaku berperingkat-peringkat
Peristiwa-peristiwa dahulu masihku ingat
Tentera Jepun menyerang kampungku
Aku berumur 4 tahun
Jepun datang melalui Sungai Perak
Jarak sungai dengan rumahku lebih kurang 200 meter
Di rumahku juga ada perigi
Airnya sejuk
Di waktu pagi air sungai sejuk juga
Tempat mandi manda ramai keluarga
Termasuk keluargaku
Empat belas adik beradik
Tiga perempuan
Sebelas lelaki
Seorang mati semasa bayi
Membesarlah aku di kampung
Digelar Kampung Gajah
Sejak mataku dapat melihat
Tiada seekorpun gajah di kampungku
Yang ada hanya nyamuk
Pacat juga lintah
Waktu tidak ada lintah darat
Selepas Merdeka terdengar cerita lintah darat
Mungkin dipengaruh dari Barat
Dasar penjajah serampang dua mata
Kehebatan Inggeris saja dicerita
Dihantar belajar anak-anak orang kaya
Juga dari keturunan raja-raja
Juga yang otak bergeliga
Aku hanya ke Universiti Malaya
Kata orang kampung
Akulah yang pertama masuk Universiti
Sebenarnya aku bukan pandai
Tapi ini yang berlaku
Semasa di Universiti Malaya
Jadi wakil pelajar
Di antara 25 pelajar yang memenangi Pilihanraya Kampus
Politik kepartian tidak ku teruskan
Aku bekerja dengan kerajaan selama 31 tahun
Sekarang aku hidup dengan wang pencen
Masaku berbeza dari masa dulu
Sekarang setiap waktu solat berjemaah
Sekali sekala berjemaah dengan isteri
Ikan pelata ikan pari
Dua jenis ikan laut
Hanya pahala aku cari
Dengan Nabi hati terpaut
Menentang penzalim jangan takut
Kehebatan Umar Al-Khattab kena ikut
Sunnah Nabi kena ikut
Syiah tak boleh ikut
Menyatakan kebenaran jangan takut
Yaasin baca setiap hari
Ilmu agama aku cari
Aku peminat As-Syafie dan Al-Ghazali
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Dengan iman syurga dicari
Tolak sahaja pemimpin keparat
Dengan sepenuh kudrat
Insyaallah aku akan pergi ke akhirat
Inilah masaku dalam kehidupan
Makin bahagia di masa hadapan
Dengan izin tuhan



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan