Badiuzzaman Said Nursi |
Semasa berada di dunia buatlah kerja-kerja mulia yang mendatangkan pahala
Gunakan akal dikepala
Tolak pemimpin gila
Sanggup tipu rakyat kerana kuasa
Lupa Allah maha kuasa
Lupa mati esok atau lusa
Dalam kubur Ataturk diseksa
Dari kerajaan Uthamaniah dapat kuasa
Dirombaknya budaya iman kepada Barat
durjana
Mulai tahun 1924 aktiviti agama di
porak-perandakannya
Dari Barat dapat cahaya , cahaya membawa
dosa
Ataturk terus bermaharajalela
Tapi menanti di depan Ulama yang
berusaha
Badiuzzaman Said Nursi namanya
Risalah An-Nur jadi modalnya
Ajarannya diterima rakyat jelata
Ke mana-mana Said Nursi pergi dakwah
islam berkembang
Kerajaan sekular terus bimbang
Banduan-banduan di penjara mulai
sembahyang
Diajarkan oleh Said Nursi yang
dipenjarakan berkali-kali
Dia tidak lemah semangat dia ada 3
perkara yang dibuatnya
Kemana-mana saja dia berada
Berzikir, Bersyukur, Berfikir
Dari zikir, dari syukur, dari fikir
Datang kekuatan dalaman
Berteraskan iman
Murid-muridnya menjadi teman
Murid-muridnya mengedarkan Risalah
An-Nur
Risalah An-Nur membawa kebaikan kepada
bangsa dan Negara
Itulah Turki
Risalah An-Nur membimbing ke arah iman
yang hakiki tanpa mencetuskan sebarang keburukkan
Ini yang dikembangkan oleh Badiuzzaman
Said Nursi
Hingga akhir hayat Said Nursi hidup
seorang diri
Tiada sempat beristeri
Keredhaan Allah saja dicari
Bertapak semula Islam di Turki
Sekularisme kenal Ataturk yang mati
Syabas Badiuzzaman Said Nursi
Namamu dikenang hingga ke hari ini.
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan