Sabtu, 27 November 2010

MENGHORMATI AHLI



Bila kita berada dalam parti
Kenalah berhati-hati
Jagalah hati
Hati manusia terlalu sensitif
Oleh itu,
Yang di atas lihatlah di bawah
Dengan semangat bermaaf-maafan
Dengan perasaan kasih sayang
Dengan perasaan lapang dada
Selidiki mana yang berbentuk propaganda
Sentiasalah berwaspada
Suluhi dengan ilmu di dada
Buat baik berpada-pada
Laksanakan apa yang kita kata
Laksanakan slogan 3B
Berubah
Berpadu
Berkat
Berubah untuk kebaikan rakyat
Berpadu dalam kepelbagaian
Berkat untuk kehidupan rakyat
Berpadu dalam kepelbagaian
Berkat untuk kebaikan rakyat
Musuh rakyat 3K
Kemiskinan
Kejahilan
Kemunduran
Wujud di sepanjang zaman
Kawan jadi lawan
Semasa pemilihan pucuk pimpinan
Dapat dielakkan
Jika wujud budaya menghormati ahli
Bebas daripada iri hati
Bebas daripada syak wasangka
Bebas daripada berpuak-puak
Baru wujud suasana hormat-menghormati
Baru rela berbakti
Baru rela ikut reformasi
Baru rela turun padang
Elakkan perasaan sinis bila memandang
Mudah bermesra dengan ahli akar umbi
Mudah bermesra dengan rakyat marhaen
Inilah jalan penyelesaian
Bila semua peringkat hormat-menghormati
Kepentingan parti di atas sekali
Keadilan untuk semua
Diterima ahli parti yang berkualiti

II

Ikan pari ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Gembira melihat rakan-rakan lama
Semangat reformasi masih terpaut

Ikan keli ikan limbat
Dua jenis ikan darat
Dengan reformasi hati tertambat
Menghadapi FRU penuh kudrat

Mengail ikan di atas titi
Dapat seekor ikan bawal
Mari kukuhkan jentera parti
Beri ruang ahli menyoal

Ikan kembung ikan bawal
Dua jenis ikan laut
Bila nafsu amarah dikawal
Dengan keadilan hati terpaut

Mencari rezeki di waktu malam
Memasang jerat di tepi hutan
Bila ilmu politik mendalam
Baru erat tali persahabatan

Musim cuti pergi ke Kelantan
Seluruh keluarga ikut serta
Kuat kita kuatlah PAKATAN
Memerintah Malaysia menjadi cita-cita

Tengah malam pergi menjala
Waktu bulan sedang mengambang
Membantu rakyat kerja berpahala
Terutama bila BN tumbang

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah makan padi
Mari kuatkan semangat setiakawan
Dengan parti menabur budi

Tanam pisang tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Bila rakyat beri undi
Mudah kita menawan Putrajaya

Katak melompat ke dalam paya
Datang ular terus dimakan
Banyak usaha untuk berjaya
Bermula dengan menghormati rakan-rakan

Dari buluh dibuat titi
Tempat lalu lintas orang kampung
Mari jayakan Kongres Parti
Mudah Kuda Trojan dikepong

Buat capati daripada tepung
Sedap dimakan dengan kari
Dengan setiakawan musuh dikepung
Hasil usaha pimpinan bistari

Ikan seluang mudik ke hulu
Nampak umpan terus dimakan
Apa tanda muka tak malu
Suruh parti kita dibubarkan

Nyamuk aedes membiak di taman
Bila ada air bertakung
Rakyat mahu negara aman
Dengan menolak pimpinan kongkolengkong

Waktu pagi terbit matahari
Terang benderang seluruh alam
Semoga ahli menguatkan diri
Nescaya Kuda Trojan tenggelam

Nelayan memukat di laut dalam
Menggunakan modal secara koperasi
Bila bertemu kita bersalam
Di akhiri dengan laungan reformasi


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan