Selamat  bermuktamar
Sekelian  warga PAS
Kali ini
Kali ke 56
Diadakan  di Kota  Bahru
Dengan  semangat baru
Disokong  kuat
Oleh Dewan  Ulamak;  Pemuda dan Muslimat
Menuju  satu  matlamat
Di akhirat  selamat
II
Bila  akhirat
Jadi  matlamat
Tindakan  pasti  cermat
Tiangnya  ibadat
Tertegak  di  atasnya solat
Jauh dari  mengelat
Sedia  menerima  nasihat
Yang  maaruf dibuat
Jauhi yang  maksiat
Pasti  direstui  rakyat
Diperingkat  Negeri dan Pusat
Berpakat
Dalam  Pakatan  Rakyat
Di 4  Negeri sentiasa dilihat
Semangat   setiakawan perlu erat
Ingat  ikrar
Dalam  solat
Semua  kelakuan  kerana Allah
III
Bila Allah  jadi  matlamat
Bila  bersih niat
Terutama  J.K.  Pusat
Rakyat  dapat manfaat
Aktivis  Parti  dapat manfaat
Dari  Muktamar
Di Kota  Bahru
Diatas   kawalseliaan Tok Guru
Tindakannya  semua  orang setuju
Hanya  syaitan saja cemburu
VI
Bila  syaitan cemburu
Bila  agen-agen  syaitan cemburu
Tanda PAS  ingin ditiru
Rakan-rakan  P.R  tetap membantu
Berpakat  setiap waktu
Rakyat  dapat  pimpinan bermutu
Oleh itu
Di  Muktamar kali  56 ini
Marilah  berjanji
Menunaikan  janji
Allah saja  yang  kita puji
26  Jamadilakhir  1431H

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan