Jumaat, 12 Februari 2010

PENTINGNYA ILMU

Bila ada ilmu
Baru tahu
Benarnya wahyu

Bila ada ilmu
Kenal siapa menipu
Kenal pengampu
Pijak kepala lembu
Tindakan manusia berotak kalkatu
Nampak projek diburu
Budaya barat ditiru

Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Tindakan perompak jangan tiru
Tanda anda berjiwa sihat

Bila ada ilmu
Hidup pasti bermaruah
Bersedia, berpakat, bersatu
Berubah, berkat, berpadu
Membawa harapan baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan