Ahad, 4 Ogos 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH ENAM 1434H




Hari Ahad
Teruskan jihad
Melawan nafsu syahwat
Digelorakan oleh kebudayaan Barat
Melalui pendedahan aurat
Melalui hiburan berlebihan
Melalui media cetak
Melalui media elektronik
Semua nampak indah
Semua nampak menyeronokkan
Dilambakkan di bulan Ramadhan
Bulan latihan
Bulan kerahmatan
Bulan keampunan
Bulan tazkirah
Bunga ros berwarna merah
Tumbuh subur di dalam taman
Selesai witir dengarlah tazkirah
Dengan ilmu hati pun aman
Diakui baik yang beriman
Dibantah pula yang perkauman
Ada di setiap zaman
Yang beriman
Yang kepura-puraan
Disedari yang berilmu pengetahuan
Kurniaan dari tuhan
Disebabkan keikhlasan
Manis rasa buah pulasan
Manis juga buah rambutan
Di akhirat sama sama terima balasan
Menderita saja penyokong syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013

 

Sabtu, 3 Ogos 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH LIMA 1434H




Hari Sabtu
Puasa hari kedua puluh lima
Membangunkan agama bersama-sama
Eratkan kerjasama
Berbuka dengan memakan kurma
Lepas itu minum air gau
Diusahakan oleh umat Islam
Yang rajin solat malam
Tanda kuat ilmu kalam
Dalam Laut Merah Firaun tenggelam
Di Lautan Atlantik kapal Titanik tenggelam
Bersama sama 6 ribu penumpang
Bersama sama 1 ribu anak kapal
Yang selamat hanya 12 orang
Percaya dengan kemampuan bot getah
Dari negara Brazil berasal pokok getah
Mudah ditanam di Tanah Melayu
Termasuk di kawasan Kampung Gajah
Dipelopori oleh dua tokoh Bumiputera
Tok Jabar
Tok Jais bin Mat Ali
Tok Jais beranak enam
Isterinya bernama Itam Menganti
Di antara mereka
Hajah Rasmah
Dikenali juga Anjang Saejah
Beranak tiga
Saadiah
Abu Bakar
Samsudin
Abu Bakar kahwin dengan Teh
Abu Bakar adalah bapaku
Teh adalah ibuku
Mereka menghasilkan 14 orang anak
Aku anak yang keempat
Mendoakan mereka setiap saat
Tugas anak yang taat
Ini mudahku buat
Terutama setiap kali solat
Aku juga berselawat
Menghargai jasa Nabi Muhammad SAW


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013

 

Jumaat, 2 Ogos 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH EMPAT 1434H




Hari Jumaat
Puasa hari kedua puluh empat
Pahala dapat
Bagi yang betul niat
Bagi berterusan amal ibadat
Berjemaah bila solat
Dengan tazkirah berminat
Menceritakan kebaikan syariat
Boleh sampaikan walaupun mengetahui satu ayat
Tujuannya menasihat
Supaya berubah pemikiran
Supaya berubah perkataan
Supaya berubah tindakan
Bila berubah pemikiran
Tentu menolak kezaliman
Tentu menolak segala penipuan
Tentu menolak segala kepura-puraan
Berlakulah kebaikan
Rakyat pun dapat kebajikan
Bila berubah perkataan
Allah saja dibesarkan
Akhirat saja diceritakan
Pahala saja dituturkan
Berlaku betul-betul persaudaraan
Bila berubah tindakan
Harta haram tidak lagi dimakan
Orang baik dijadikan rakan
Orang beriman diletakkan di depan
Solat berjemaah saf hadapan
Cerahlah masa depan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013

 

Khamis, 1 Ogos 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH TIGA 1434H



Puasa Ramadhan
Hari kedua puluh tiga
Kos kehidupan meningkat menyusahkan keluarga
Baik di bandar mahupun desa
Semua rakyat marhaen terasa
Di dalam sebuah negara yang sudah 56 tahun merdeka
Bebas dari penjajah Inggeris
Berpusat di Kota London
Terletak di Parlimen Inggeris
Dipanggil House of Commons
Bangunannya tetap lama
Rumah Perdana Menterinya
Di 10 Downing Street
Dua polis beruniform hitam putih
Bertopi hitam
Mengawal rumah PM 24 jam
Inilah tradisi Inggeris
Pilihanraya bersih
Tanpa dakwat hitam
Tanpa tipu menipu
Penjawat penjawat awam tidak mengampu
Berbeza dari negara kita
Pendakwaan pun terpilih pilih
Ada jelas kelakuan jenayah
”No Cause of Action”
Disebelah lawan tindakan pendakwaan disegerakan
Tetap berlaku di bulan Ramadhan
Bulan kerahmatan
Bulan keampunan
Bulan pelepasan dari azab neraka
Kecuali manusia derhaka
Di dunia buatlah apa kamu suka 



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013