Selasa, 4 Jun 2013

SURAT KETIGA




Aku tulis surat ini
Supaya anak-anakku dapat membacanya
Al-Quran juga dibaca
Di bulan Ramadhan yang mulia
Ingat tujuan hidup manusia
Beribadat kepada Allah sentiasa
Kepada ibubapa hendaklah berjasa
Banyakkan infak di bulan puasa
Beri makan jemaah bila berbuka puasa
Di masjid boleh
Di surau pun boleh
Banyakkan amalan soleh
Ziarah menzirahi keluarga
Hantar SMS boleh juga
Isinya bermacam cara
Dosa pahala ambillah kira
Setiap penipuan itulah dosa
Elakkan semasa puasa dan selepas puasa
Jagalah masa
”Demi masa
sesungguhnya manusia itu berada dalam
Kerugian”
Ambillah perhatian anak-anakku sekelian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Jun2013

Isnin, 3 Jun 2013

SURAT KEDUA




Surat ditujukan kepada isteriku
Jagalah keluarga
Bantulah suami tercinta
Lupakan segala dukacita
Lihatlah dengan mata
Semua perkara Allah yang cipta
Bumi untuk semua makhluk
Tanah, api, air dan angin
Menjadi teras kehidupan manusia
Adamlah yang pertama
Perkongsian hidup dengan Hawa berkembang
Biaklah manusia berbagai bangsa
Berbilang bahasa
Ingat Bahasa Jiwa Bangsa
Ingat asal usul Tulisan Jawi
Menjadi linqua franca
Di gugusan kepulauan Melayu
Sejak kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris
Bahasa Melayu dipinggirkan
Nampaknya berterusan
Perlu dihalangi dengan jiwa-jiwa murni
Dari Ramadhan harap-harap diperolehi
Dengan niat yang suci
Berpuasa di siang hari
Di malam hari Keredhaan Allah dicari
Bersama-sama seluruh anak negeri


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Jun2013

 

Ahad, 2 Jun 2013

SURAT PERTAMA




Aku tulis surat kepadamu
Tuntutlah ilmu
Hadirlah di majlis-majlis ilmu
Janganlah jemu-jemu
Dengan kebenaran akan bertemu
Kebenaran Al-Quran
Membawa banyak pengajaran
Menggerakan jiwa-jiwa insan
Sabar menghadapi ujian
Sabar menghadapi cacian
Dari kuasawan keduniaan
Berbekalkan ilmu pengetahuan
Beramal solih berterusan
Membawa kesan jasmani dan rohani
Berlaku perubahan
Berbanyak syukur kepada Tuhan
Bertemu lagi di Bulan Ramadhan
Taqwa menjadi tujuan
Jadikan ingatan disetiap keadaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Jun2013

Sabtu, 1 Jun 2013

DILEMA MATI


Setiap yang bernyawa pasti mati
Inilah realiti
Boleh lihat di sana sini
Kayaraya kroni-kroni
Besar pangkat takutkan bini
Di atasi dengan masyarakat madani
Rakyat jadi berani
Berani menentang penipuan
Berani menghadapi mati
Dengan iman sejati
Dengan ilmu tauhid
Sedia mati syahid
Sakit tetap sakit
Proses pertama menghadapi sakratulmaut
Iblis datang mengacau
Syaitan datang membawa keraguan
Tanpa ilmu lupa kebesaran Tuhan
Tergelincir ramai manusia
Mati dalam kesesatan
Buah rambai buah rambutan
Di antara jenis buah tempatan
Bersedia menghadapi hasutan syaitan
Berzikir di setiap kesempatan
Bila ujian mati selesai
Proses kedua
Nasib di alam akhirat
Alam nikmat
Di syurga
Alam seksa
Di Neraka
Di dunia hidup bermuka-muka
Tipu orang kampung dengan slogan-slogan asobiyah
Sokong perasuah
Sokong pecah amanah
Azab di dalam tanah
Semuanya musnah
Oleh itu
Bersedialah dari sekarang
Tolak pimpinan temberang
Terbang rendah burung lelayang
Turun ke sawah makan padi
Jika azab jelas terbayang
Baru sedar tipudaya Yahudi
Bila sedar hal ini
Mari lengkapkan diri
Dengan ilmu kenal diri sendiri
Kenal Nabi bijakbistari
Keredhaan Allah saja dicari
Beramal soleh setiap hari
Bila ini disedari
Selesailah dilema mati
Kedatangan Izrail dinanti-nanti
Dengan iman yang sejati
Bidadari tetap menanti



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Jun2013