Sabtu, 23 Jun 2012

REBUTLAH PELUANG KALI INI




Masa beredar
Manusia ada yang sedar
Sedar Allah Maha Berkuasa
Sedar bahaya salahguna kuasa
Bahaya bila Malaikat maut tiba
Belum bersedia
Disebabkan kesibukan dunia
Disebabkan
’Wanita; arak dan hiburan’
”Bahaya” kata Al-Quran
Penuh dengan pengajaran
Banyak tawaran
Diketahui yang berpengetahuan
Sedikit bilangan
Di kalangan remaja
Di kalangan belia
Perlu contoh terbaik
Perlu ikut kekasih Allah
Itulah Rasulullah
Di Badar tentera Quraish kalah
Ditolong oleh Malaikat-malaikat
Nabi terus bermunajat
Nabi ambil peluang
Daripada rahmat Allah
Nabi berjaya di Madinah
Nabi Ketua Negara yang beramanah
Rebutlah peluang sebelum masuk tanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Jumaat, 22 Jun 2012

JADILAH EMAS TULEN




Tamadun Cina
Pepatahnya banyak berguna
Di antaranya
”Emas tulen tidak takut dibakar
dengan api yang kuat”
Bererti
Jika minda sihat
Jika hati suci
Jika nafsu mutma’innah
Musuh kita boleh musnah
Kita mesti terus beramanah
Kutuk perasuah-perasuah
Daripada gerombolan asobiyah
Daripada Ketuanan Melayu
Semuanya layu
Bahasa layu
Melayu layu
Macam ikan puyu
Bila digoreng membisu
Ditipu terus membisu
Nanti susah kita
”Bila UMNO hilang kuasa”
Biarkan pemimpin menyalahguna kuasa
Biar puak bangsawan
Hidup penuh kemewahan
Asalkan orang kita berkuasa
Biar gadai tanah Felda
Biarlah mereka buat apa saja
Yang penting kita ada Raja
Yang penting kita ada musabaqah Al-Quran
Yang penting kita boleh tonton Euro 2012
Biarpun solat subuh malas
Biarpun di akhirat kena balas
Yang penting kita tetap Melayu
Ini bangang punya Melayu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Khamis, 21 Jun 2012

PANTUN GUNAKAN PANCAINDERA



         

          Bila tiba bulan Rejab
                   Berdoa banyak orang Muslim
          Dengan ilmu terungkai hijab
                   Mudah kenal manusia zalim


          Imam Shafie rajin menulis
                   Mengarang kitab di atas kerusi
          Cukup licik perancangan Iblis
                   Kekalkan kuasa melalui konspirasi


          Ada telinga boleh mendengar
                   Ada mata boleh melihat
          Dengan ilmu minda pun segar
                   Boleh kenal gerombolan penjahat


          Wanita muda makan jamu
                   Wanita Korea makan ginseng
          Bila di dada kurang ilmu
                   Mudah diupah menjadi samseng


          Menonton filem dalam panggung
                   Filem mengenai Mahatma Gandhi
          Bila menari goyang punggung
                   Dilakukan Melayu tak berbudi


          Pelajar sekolah bermain catur
                   Sambil bermain telefon berbunyi
          Kedatangan K-Pop siapa atur?
                   Daripada Iblis secara sunyi-sunyi


          Manis rasa kuih bahulu
                   Makan waktu minum petang
          Banyak berbakti ulamak dahulu
                   Pemerintah zalim mereka tentang

          Ulamak ada dua jenis
                   Ahli politik lebih lagi
          Bila maksiat dianggap manis
                   Masuk kubur tentulah rugi


          Ulamak dunia ulamak akhirat
                   Ini pendapat Imam Ghazali
          Dunia dapat di akhirat melarat
                   Tiket syurga terlupa dibeli


          Ikan puyu ikan keli
                   Dua jenis ikan darat
          Hidup di dunia hanya sekali
                   Lebihkanlah persiapan untuk akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012 

Rabu, 20 Jun 2012

SEDIH TERLEPAS NIKMAT




Melayu yang waras
Berfikir mengikut ilmu pengetahuan
Berkata-kata yang benar
Bertindak ikut Perlembagaan Persekutuan
Raja adalah Ketua Negara
Perintah Allah buat segera
Kebajikan rakyat diambil kira
Tolak asal usul manusia daripada kera
Tabiat kera
Makan
Tidur dan seks
K-Pop
Menyanyi dan menari
Sambil menggoda
Naik nafsu tua dan muda
Seks bebas percaturan budaya Barat
Menyokong pimpinan keparat
Altantuya dibom C4
One, two, three, four
Satu, dua, tiga empat
Bila ditembak Altantuya mengelupur
Duit komisyen tak dapat
Membisu dua kenalan rapat
Satu hidup di negara barat
Bosnya masih ingatkan nikmat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012