Orang barat bermain catur
Orang Melayu suka berpolitik
Apa tanda hati kotor?
Melihat warna kuning pun getek
Sebelum mesyuarat kerusi diatur
Pengerusi majlis duduk di tengah-tengah
Penentang BERSIH berhati kotor
Perhimpunan aman sengaja ditegah
Dapat keli buat gulai
Ikan baung masak tempoyak
Bersejarah betul 9 Julai
Penyokong BERSIH sabar walaupun dilanyak
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan