Ahad, 16 Ogos 2015

RAKYAT GELISAH

Hariraya Aidilfitri
Tahun 1436 Hijrah dirai dengan penuh kemesraan
Di datangi lelaki dan perempuan
Dari kalangan tua dan muda
Kanak-kanak ikut serta
Diadakan majlis “rumah terbuka”
Diperkarangan masjid
Diperkarangan surau
Didewan orang ramai
Bersalaman diantara yang hadir
Dimulai dengan doa
Memohon rahmat dari Allah
Terutama dikurniakan kesihatan badan
Memboleh beramal ibadat
Dengan ikhlas
Solat sebagai tiangnya
Berjemaah disetiap waktu
Baru kerja-kerja bermutu
Tahu tempat dituju
Mahu negara terus maju
Dengan iman dan ilmu
Belajar pula tidak jemu-jemu

            Janda muda makan jamu
            Makan pula setiap malam
            Dengan belajar bertambahlah ilmu
            Beramal soleh dituntut Islam

Menyedari ini
Setiap majlis ilmu dihadiri
Bersama anak dan isteri
Ini adalah perlengkap diri
Iaitu
Beriman dan beramal soleh
Sampai masa kuasa di Putrajaya akan beralih
Diperintah oleh orang-orang yang beramanah
Memiliki jiwa mut’mainah
Bebas dari rasuah
Isu RM2.6 bilion  bukannya hadiah
1MDB membawa masalah
Menanti saja kutukan Allah
Nilai Ringgit Malaysia cukup rendah
Peniaga-peniaga gelisah
Rakyat jelata juga gelisah
Pejabat SPRM digeledah
Ada yang dapat faedah
Tentu pihak yang pecah amanah
Bukan suami Rosnah


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan