Ahad, 23 Ogos 2015

PANTUN KUATLAH IKATAN

Serai serumpun petai berpapan
Pucuk meranti buah peria
Semua manusia menaruh harapan
Betul aqidah hatipun ceria

Pucuk meranti buah peria
Mudah tumbuh ditanah kampung
Betul aqidah hatipun ceria
Dengannya maksiat boleh dikepung

Mudah tumbuh di tanah kampung
Ubi kayu sebagai contoh
Dengannya maksiat boleh dikepung
Nilai ringgit yang jatuh

Ubi kayu sebagai contoh
Isinya sedap bila direbus
Nilai ringgit yang jatuh
Harapan Baru akan tebus

Isinya sedap bila direbus
Termasuk juga ubi keledek
Harapan Baru akan tebus
Pimpinannya beramanah dan cerdik

Termasuk juga ubi keledek
Boleh dibuat gulai lemak
Pimpinannya beramanah dan cerdik
Berkawan pula dengan ulamak

Boleh dibuat gulai lemak
Makan tengahari bersama keluarga
Berkawan pula dengan ulamak
Baru kebajikan rakyat terjaga

Makan tengahari bersama keluarga
Solat berjemaah selepas itu
Baru kebajikan rakyat terjaga
Berkat kerja-kerja yang bermutu

Solat berjemaah selepas itu
Diimamkan oleh anak sulung
Berkat kerja-kerja yang bermutu
Sesama keluarga tolong-menolong

Diimamkan oleh anak sulung
Bekas pelajar negeri Jordan
Sesama keluarga tolong-menolong
Bawa melancong ke Kota London

Bekas pelajar negeri Jordan
Majoriti dari sekolah agama
Bawa melancong ke Kota London
Akan mengeratkan lagi kerjasama

Majoriti dari sekolah agama
Dipelopori tentunya negeri Kelantan
Akan mengeratkan lagi kerjasama
Dengan iman kuatlah ikatan


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan