Isnin, 24 Ogos 2015

PANTUN DI ALAM AKHIRAT

Pergi ke pekan menjual terung
Terung pipit masih segar
Tolak saja pimpinan serong
Dengan sokongan yang tegar

Terung pipit masih segar
Buat gulai masak lemak
Dengan sokongan yang tegar
Dibawah bimbingan golongan ulamak

Buat gulai masak lemak
Makan berulam dengan tempoyak
Dibawah bimbingan golongan ulamak
Menguasai Putrajaya tentulah layak

Makan berulam dengan tempoyak
Dari durian baru luruh
Menguasai Putrajaya tentulah layak
Kerja maaruf rakyat disuruh

Dari durian baru luruh
Campur budu lagi sedap
Kerja maaruf rakyat disuruh
Ancaman musuh berani hadap

Campur budu lagi sedap
Digemari oleh orang Kelantan
Ancaman musuh berani hadap
Dengan menguatkan tali persahabatan

Digemari oleh orang Kelantan
Makan budu menaikkan selera
Dengan menguatkan tali persahabatan
Membawa keamanan kepada negara

Makan budu menaikkan selera
Budu dijual di merata-rata tempat
Membawa keamanan  kepada negara
Semua terlibat pahala pun dapat

Budu dijual di merata-rata tempat
Pasar Siti Khatijah pun ada
Semua terlibat pahala pun dapat
Pemimpin tertinggi sentiasa waspada

Pasar Siti Khatijah pun ada
Terletak di bandar Kota Bharu
Pemimpin tertinggi sentiasa waspada
Sunnah Nabi tempat ditiru

Terletak diBandar Kota Bharu
Ramai pelancong datang melawat
Sunnah Nabi tempat ditiru
Berpahala yang banyak berselawat

Ramai pelancong datang melawat
Melalui udara dan darat
Berpahala yang banyak berselawat
Menanti bidadari di alam akhirat


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan