Isnin, 31 Ogos 2015

DOA UNTUK MALAYSIA

Menyambut hari Kemerdekaan
Pada 31 Ogos 2015
Di Dataran Merdeka
Di Kuala Lumpur
Mulai jam 7 malam
Temanya
“Doa untuk Malaysia”
Sebelum itu
Doakan diri sendiri
Doakan anak dan isteri
Baru duit negara tidak dicuri
Baru rakyat mudah berdikari
Bila sistem ekonomi bebas dari pengaruh kroni-kroni
Baru boleh nasihatkan bini
Tutup aurat bila keluar dari rumah
Bawa isteri dengar ceramah
Ajak isteri dengar tazkirah
Baru mudah berhijrah
Baru boleh lupakan parti asobiyah
Keluar rumah pakai kopiah
Lihat saja rabi-rabi yahudi
Berjanggut panjang
Bertopi hitam
Hati di dalam pun hitam
Rakyat Palestin mereka hentam
U.S.A hanya diam
Sebab Israel anak emas Amerika Syarikat
Hanya dengan iman dan Islam kezaliman Zionis boleh disekat
Kuasa Allah sentiasa ingat
Beramal pula penuh semangat
Selamat
Di dunia dan akhirat


HMS ABU BAKAR


Ahad, 30 Ogos 2015

BERANI KERANA AKHIRAT

Rakyat jelata sekarang adalah manusia yang berilmu
Juga bijak
Kepada kebaikan elok diajak:-
            Pergi ke sawah bawa tajak
            Berhenti berehat makan empin
            Boleh mengkritik menggunakan sajak
            Semoga sedar yang memimpin
Jika ini berlaku
Tanda kepimpinan banyak baca buku
Diantara yang dibaca
Al-Risalah
Karangan Imam Syafie
Pengasas Mazhab Syafie
Banyak pengikutnya di Kepulauan Melayu
Indonesia dan Malaysia
Indonesia dijajah Belanda
Malaysia dijajah Inggeris
Sekarang dikuasai parti berlogokan keris
Ketua-ketua negeri-negeri Melayu hati terguris
Bila pimpinan politik cuba memperbodohkan rakyat
Dengan berita dan maklumat
Yang hanya sedap didengar
Bagi menutup keadaan sebenar
Menyedari ini
Rakyat bermaklumat kena berani
Berani menyoal
Apa jadi dengan 1MDB?
Apa jadi dengan LUTH?
Apa berlaku dengan SPRM?
Apa punca kebakaran di Bangunan Bukit Aman?
Boleh dijawab oleh pimpinan beriman
Dengannya patut ada pertukaran
Diperingkat kerajaan Pesekutuan
Semoga direstui oleh Tuhan


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 29 Ogos 2015

BENARKAH HADIAH?

Ilmu itu cahaya
Mencerahkan minda
Sentiasa waspada
Bersederhana dalam setiap perkara
Yang wajib dibuat segera
Dosa pahala diambil kira
Duit RM2.6 bilion siapa yang derma?
Tentu asasnya kerjasama
Sedar hidup didunia tak lama
Perlu ikut kehendak agama
Membangunkannya tugas bersama
Terutama ulamak dan umarak
Penyokong bolasepak menang sorak
Gunakan pula kanak-kanak
Mengiringi kedua-dua pasukan memasuki padang
Dengan baju jesi
Melambangkan pasukan-pasukan yang bertanding
Dari kecil diajar bersukan
Dipersetujui kedua-dua ibubapa
Fardhu Ain mungkin lupa
Belajar Quran mungkin lupa
“Biar pape asal bergaya”
Ungkapan orang Perak zaman dulu
Menipu rakyat tanda muka tak malu:-
            Sedap rasa kuih bahulu
            Asalnya tepung dan gula
            Ramai yang pergi dulu
            Bahagia yang membawa pahala
Menyedari ini
Bertindaklah dengan berani
Berani hadir dimajlis ilmu
Berani solat subuh berjemaah
Berani dengar tazkirah

Dengannya boleh berhijrah
Tinggalkan saja parti asobiyah
Sekarang rakyat resah
Sekarang rakyat gelisah
Duit RM2.6 bilion dikatakan “Bukan Rasuah”
Tapi hadiah
Senyum suami Piah


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 28 Ogos 2015

PANTUN TERIMALAH KESUSAHAN

Buah manggis buah langsat
Dua jenis buah tempatan
Melayu tak akan bangsat
Kecuali ikut ajakkan syaitan

Dua jenis buah tempatan
Sedap dimakan waktu panas
Kecuali ikut ajakkan syaitan
Buku Macviavelli dijadikan nas

Sedap dimakan waktu panas
Minum kopi selepas itu
Buku Macviavelli dijadikan nas
Kuasa politik asas bersatu

Minum kopi selepas itu
Fikiran matang badan pun sihat
Kuasa politik asas bersatu
Diperalatkan oleh pimpinan jahat

Fikiran matang badan pun sihat
Boleh membaca buku-buku agama
Diperalatkan oleh pimpinan jahat
Dengan “gangster” sanggup bekerjasama

Boleh membaca buku-buku agama
Terutama tulisan Imam Al-Ghazali
Dengan “gangster” sanggup bekerjasama
Boleh tipu bangsa berkali-kali

Terutama tulisan Imam Al-Ghazali
Ehya Ulumuddin penerang agama
Boleh tipu bangsa berkali-kali
Istilah “bangsat” baru menjelma

Ehya Ulumuddin penerang agama
Sudah diterjemahkan berbagai bahasa
Istilah “bangsat” baru menjelma
Bila hampir terburai kuasa

Sudah diterjemahkan berbagai bahasa
Mudah difahami pembaca budiman
Bila hampir terburai kuasa
Keluar perkataan tidak siuman

Mudah difahami pembaca budiman
Diajarkan oleh Guru Bertauliah
Keluar perkataan tidak siuman
Menanti seksa didalam tanah

Diajarkan oleh Guru Bertauliah
Terutama semasa kuliah maghrib
Menanti seksa didalam tanah
Baru sedar kuasa ghaib

Terutama semasa kuliah maghrib
Dengar dengan penuh kesungguhan
Baru sedar kuasa ghaib
Pimpinan bangsat terimalah kesusahan


HMS ABU BAKAR


Khamis, 27 Ogos 2015

PANTUN PERLENGKAP DIRI

Depan pintu tangganya batu
Menghadap paya sebelah barat
Berjemaah solat lima waktu
Membantu pula kerja-kerja akhirat

Menghadap paya sebelah barat
Mentari tenggelam di waktu petang
Membantu pula kerja-kerja akhirat
Kehadiran musuh tetap ditentang

Mentari tenggelam diwaktu petang
Kelihatan cantik di tepi laut
Kehadiran musuh tetap ditentang
Dengan Islam hati terpaut

Kelihatan cantik di tepi laut
Permandangan diwaktu dekat maghrib
Dengan Islam hati terpaut
Yakin dengan pertolongan ghaib

Permandangan di waktu dekat maghrib
Boleh dilihat penduduk dipantai
Yakin dengan pertolongan ghaib
Dicerugai pula munafik kutai

Boleh dilihat penduduk dipantai
Sampan nelayan mengharungi laut
Dicerugai pula munafik kutai
Dengan ghanimah hati terpaut

Sampan nelayan mengharungi laut
Mencari rezeki penuh tawakkal
Dengan ghanimah hati terpaut
Terlalu banyak menggunakan akal

Mencari rezeki penuh tawakkal
Tugas utama ketua keluarga
Terlalu banyak menggunakan akal
Nasib rakyat lupa dijaga

Tugas utama ketua keluarga
Mencari rezeki yang halal
Nasib rakyat lupa dijaga
Dalam kubur pasti disoal

Mencari rezeki yang halal
Menjadi kewajipan setiap muslim
Dalam kubur pasti disoal
Mudah dijawab orang alim

Menjadi kewajipan setiap muslim
Menuntut ilmu perlengkap diri
Mudah dijawab orang alim
Keredhaan Allah saja dicari

Menuntut ilmu perlengkap diri
Dari buaian hingga ke kubur
Keredhaan Allah saja dicari
Semasa di dunia tidak takabur


HMS ABU BAKAR


Rabu, 26 Ogos 2015

DUSTA YANG NYATA

“Melayu bangsat tanpa UMNO”
Tidak pula diucapkan oleh Sukarno
Tidak ada dalam filem Dr.No
Oleh itu
Ucapan ini ucapan merapu
Ditujukan kepada pengampu-pengampu
Duit rakyat siapa yang sapu?
Bukan DAP?
Bukan PAS?
Bukan PKR?
Bukan GHB?
Tapi UMNO (Baru)
Projek-projek mega diburu
Menggunakan slogan-slogan terbaru
“Melayu bangsat tanpa UMNO”
Mari lihat sejarah
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946
Orang Melayu ada sebelum itu
Tun Sri Lanang dah tulis Buku Sejarah Melayu
Dato Sagor orang Melayu
Dato Maharajalela orang Melayu
Menentang penjajah Inggeris di Pasir Salak
Menentang Inggeris juga orang Kampung Gajah
Residen Inggeris Birch dibunuh di tepi tebing Sungai Perak
Waktu sedang berak
Berlaku tahun 1875
Setahun setelah ditandatangani Perjanjian Pangkor
Permulaan Inggeris berkuasa di bumi Melayu
Melayu dah berdaulat
Sebelum UMNO tertubuh

Jadi slogan
“Melayu bangsat tanpa UMNO”
Adalah dusta yang nyata
Dipercayai yang buta
Dipercayai yang gila 3 ta :-
Harta
Tahta
Wanita
Di alam kubur akan menderita
Disebabkan menyokong puak dusta:-
            Pergi sekolah menaiki kereta
            Bawa beg berisi buku
            Tolak pimpinan yang dusta
            Temberang mereka tak laku


HMS ABU BAKAR


Selasa, 25 Ogos 2015

PANTUN SAHABAT QARIB

Beli peria tiga biji
Masak kari ikan pelata
Pemimpin zalim suka dipuji
Dengan kuasa kumpul harta

Masak kari ikan pelata
Beri sepinggan kepada jiran
Dengan kuasa kumpul harta
Dari Qarun ambil pelajaran

Beri sepinggan kepada jiran
Tangan menerima mulut bercakap
Dari Qarun ambil pelajaran
Menipu timbangan cukup cekap

Tangan menerima mulut bercakap
Dalam hati ingatkan Allah
Menipu timbangan cukup cekap
Di sisi agama tetap salah

Dalam hati iingatkan Allah
Ini budaya ahli sufi
Di sisi agama tetap salah
Di akhirat masalah terus menanti

Ini budaya ahli sufi
Puasa sunat di hari panas
Di akhirat masalah terus menanti
Bertaubat selagi ada nafas

Puasa sunat di hari panas
Selang seli setiap hari
Bertaubat selagi ada nafas
Jadikan ilmu perlengkap diri

Selang seli setiap hari
Isnin dan juga Khamis
Jadikan ilmu perlengkap diri
Menderma bila jumpa pengemis

Isnin dan juga Khamis
Puasa sunat setiap minggu
Menderma bila jumpa pengemis
Dapat pahala tidaklah ragu

Puasa sunat setiap minggu
Sewaktu berbuka makan kurma
Dapat pahala tidaklah ragu
Berbuat baik disuruh agama

Sewaktu berbuka makan kurma
Minum air elok juga
Berbuat baik disuruh agama
Diakhirat Allah sediakan syurga

Minum air elok juga
Selepas berbuka solat Maghrib
Di akhirat Allah sediakan syurga
Ulamak dijadikan sahabat qarib


HMS ABU BAKAR


Isnin, 24 Ogos 2015

PANTUN DI ALAM AKHIRAT

Pergi ke pekan menjual terung
Terung pipit masih segar
Tolak saja pimpinan serong
Dengan sokongan yang tegar

Terung pipit masih segar
Buat gulai masak lemak
Dengan sokongan yang tegar
Dibawah bimbingan golongan ulamak

Buat gulai masak lemak
Makan berulam dengan tempoyak
Dibawah bimbingan golongan ulamak
Menguasai Putrajaya tentulah layak

Makan berulam dengan tempoyak
Dari durian baru luruh
Menguasai Putrajaya tentulah layak
Kerja maaruf rakyat disuruh

Dari durian baru luruh
Campur budu lagi sedap
Kerja maaruf rakyat disuruh
Ancaman musuh berani hadap

Campur budu lagi sedap
Digemari oleh orang Kelantan
Ancaman musuh berani hadap
Dengan menguatkan tali persahabatan

Digemari oleh orang Kelantan
Makan budu menaikkan selera
Dengan menguatkan tali persahabatan
Membawa keamanan kepada negara

Makan budu menaikkan selera
Budu dijual di merata-rata tempat
Membawa keamanan  kepada negara
Semua terlibat pahala pun dapat

Budu dijual di merata-rata tempat
Pasar Siti Khatijah pun ada
Semua terlibat pahala pun dapat
Pemimpin tertinggi sentiasa waspada

Pasar Siti Khatijah pun ada
Terletak di bandar Kota Bharu
Pemimpin tertinggi sentiasa waspada
Sunnah Nabi tempat ditiru

Terletak diBandar Kota Bharu
Ramai pelancong datang melawat
Sunnah Nabi tempat ditiru
Berpahala yang banyak berselawat

Ramai pelancong datang melawat
Melalui udara dan darat
Berpahala yang banyak berselawat
Menanti bidadari di alam akhirat


HMS ABU BAKAR


Ahad, 23 Ogos 2015

PANTUN KUATLAH IKATAN

Serai serumpun petai berpapan
Pucuk meranti buah peria
Semua manusia menaruh harapan
Betul aqidah hatipun ceria

Pucuk meranti buah peria
Mudah tumbuh ditanah kampung
Betul aqidah hatipun ceria
Dengannya maksiat boleh dikepung

Mudah tumbuh di tanah kampung
Ubi kayu sebagai contoh
Dengannya maksiat boleh dikepung
Nilai ringgit yang jatuh

Ubi kayu sebagai contoh
Isinya sedap bila direbus
Nilai ringgit yang jatuh
Harapan Baru akan tebus

Isinya sedap bila direbus
Termasuk juga ubi keledek
Harapan Baru akan tebus
Pimpinannya beramanah dan cerdik

Termasuk juga ubi keledek
Boleh dibuat gulai lemak
Pimpinannya beramanah dan cerdik
Berkawan pula dengan ulamak

Boleh dibuat gulai lemak
Makan tengahari bersama keluarga
Berkawan pula dengan ulamak
Baru kebajikan rakyat terjaga

Makan tengahari bersama keluarga
Solat berjemaah selepas itu
Baru kebajikan rakyat terjaga
Berkat kerja-kerja yang bermutu

Solat berjemaah selepas itu
Diimamkan oleh anak sulung
Berkat kerja-kerja yang bermutu
Sesama keluarga tolong-menolong

Diimamkan oleh anak sulung
Bekas pelajar negeri Jordan
Sesama keluarga tolong-menolong
Bawa melancong ke Kota London

Bekas pelajar negeri Jordan
Majoriti dari sekolah agama
Bawa melancong ke Kota London
Akan mengeratkan lagi kerjasama

Majoriti dari sekolah agama
Dipelopori tentunya negeri Kelantan
Akan mengeratkan lagi kerjasama
Dengan iman kuatlah ikatan


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 22 Ogos 2015

PANTUN HATI TERTAWAN

Terbang ke hulu burung merpati
Ayam belanda di tepi perigi
Masyarakat madani tetap dinanti
Dengan berdoa setiap pagi

Ayam belanda di tepi perigi
Mencari makanan di bawah rumput
Dengan berdoa setiap pagi
Supaya pemerintahan zalim reput

Mencari makanan di bawah rumput
Waktu mentari sedang naik
Supaya pemerintahan zalim reput
Baru keadaan rakyat baik

Waktu mentari sedang naik
Sekali sekala mengembangkan kepak
Baru keadaan rakyat baik
Remaja melayu berhenti melepak

Sekali sekala mengembangkan kepak
Datang si jantan nak mengawan
Remaja melayu berhenti melepak
Dengan dakwah hati tertawan

Datang si jantan nak mengawan
Belanda betina sedia menanti
Dengan dakwah hati tertawan
Menyediakan bekalan sebelum mati

Belanda betina sedia menanti
Tiba-tiba si jantan melompat ke atas
Menyediakan bekalan sebelum mati
Kedatangan malaikat maut cukup pantas

Tiba-tiba si jantan melompat ke atas
Sang betina sudah pun bersedia
Kedatangan malaikat maut cukup pantas
Mencabut nyawa setiap manusia

Sang betina sudah pun bersedia
Melayan pasangan yang satu
Mencabut nyawa setiap manusia
Untung yang hidup bermutu

Melayan pasangan yang satu
Berlaku beberapa kali sehari
Untung yang hidup bermutu
Keredhaan Allah saja dicari

Berlaku beberapa kali sehari
Jenis berkepak minatnya lebih
Keredhaan Allah saja dicari
Berzikir dengan menggunakan tasbih

Jenis berkepak minatnya lebih
Aktiviti seksnya melebihi manusia
Berzikir dengan menggunakan tasbih
Baru hidup tidak sia-sia


HMS ABU BAKAR