Ahad, 31 Mei 2015

MASA BEREDAR

Bulan Rejab dah berlalu
Berada sekarang di bulan Syaaban
Hari kesepuluh
            Dua kali lima sepuluh
            Dua kali enam duabelas
            Dengan ilmu amalan disuluh
            Dengannya niat kenalah ikhlas
Bacalah surah Ikhlas
Boleh menguatkan Tauhid kita
Alam ini Allah yang cipta
Dipandang manis para wanita
Artisnya pula jelita
Aktresnya juga jelita
            Ikan pari ikan pelata
            Dua jenis ikan laut
            Nabi kita ada bercerita
            Bertakbir elok sahut-menyahut
Baru kuat jiwa di dalam
Dengan dakwah berkembanglah Islam
Amanlah seluruh alam
Banyakkan doa di waktu malam
Diakhiri dengan salam
Selamat sejahtera
            Melintas jalan seekor kura-kura
            Jelas kelihatan adanya cahaya
            Dosa pahala ambillah kira

            Baru beramanah bila di Putrajaya


HMS ABU BAKAR




Sabtu, 30 Mei 2015

BERITA DARI WASHINGTON

Seorang Rabbi Yahudi
Dalam Bahasa Melayu
Seorang ulama Yahudi
Rupanya “miang-miang keladi”
Minat tubuh wanita sifat semulajadi
Apabila perempuan-perempuan
Mandi cara agama
Secara beramai-ramai
Bertelanjang bogel pula
Naiklah nafsu berahi
Rabbi Yahudi
Bernama Bernard Freundel
Berumur 63 tahun
Mengambil gambar serta
Divideokan
Dari tahun 2009 hingga 2014
Akhirnya tindakan bernafsu syahawat ini
Diketahui pihak berkuasa
“Barry” nama gelaran rabbi itu
Didakwa di Mahkamah Tinggi
Didapati bersalah
Dihukum penjara 6 tahun
Kepada siapa hendak memohon
Dah pun mati Firaun
Yang ada hanya GST
Baru puashati
Didakwa diatas sebab meminati
Perempuan-perempuan Yahudi
Yang mempertahankan agama sesat
Amalan sesat
Mandi telanjang bulat
Rabbi tua pun berminat
Apatah yang muda dan berminat
Berlakulah kata orang Melayu
“Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian”


HMS ABU BAKAR


                          

Jumaat, 29 Mei 2015

PANTUN RELA IKUT

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Pimpinan beramanah sedang dicari
Dapat ramai kaki temberang

Mana sama si kucing belang
Duduk dirumah menunggu tikus
Dapat ramai kaki temberang
Berjuang kerana mahu fulus

Duduk dirumah menunggu tikus
Dapat seekor terus dimakan
Berjuang kerana mahu fulus
Kerana asobiyah negara digadaikan

Dapat seekor terus dimakan
Juga kebiasaan helang bukit
Kerana asobiyah negara digadaikan
Datang GST bertambah sakit

Juga kebiasaan helang bukit
Terbang tinggi mengintai mangsa
Datang GST bertambah sakit
Rakyat hidup semacam terseksa

Terbang tinggi mengintai mangsa
Juga harimau dihutan belantara
Rakyat hidup semacam terseksa
Pertukaran kerajaan eloklah segera

Juga harimau dihutan belantara
Dapat rusa terus dimakan
Pertukaran kerajaan eloklah segera
Cepat rakyat dapat kebajikan

Dapat rusa terus dimakan
Boleh ditonton di National Geography
Cepat rakyat dapat kebajikan
Semangat reformasi jadikan api

Boleh ditonton di National Geography
Cerita binatang buas diAfrika
Semangat reformasi jadikan api
Baru penzalim padan muka

Cerita binatang buas diAfrika
Termasuk harimau dan singa
Baru penzalim padan muka
Mahu merasai nikmat syurga

Termasuk harimau dan singa
Dianggap raja didalam rimba
Mahu merasai nikmat syurga
Kesusahan jihad perlulah cuba

Dianggap raja di dalam rimba
Binatang lain semuanya takut
Kesusahan jihad perlulah cuba
Baru pengikut rela ikut



HMS Abu Bakar


Khamis, 28 Mei 2015

PANTUN PIMPINAN BERMASALAH

Hantar anak pergi mengaji
Ajar agama cara kampung
Mengeluh pendeposit Tabung Haji
Tindakan pengerusinya semacam lompong

Ajar agama cara kampung
Bayarannya juga agak sedikit
Tindakan pengerusinya semacam lompong
Letak jawatan rakyat menjerit

Bayaranya juga agak sedikit
Pelajaran agama tetap berkembang
Letak jawatan rakyat menjerit
Dengannya Kerajaan boleh tumbang

Pelajaran agama tetap berkembang
Ada pejabat agama dimerata negeri
Denganya Kerajaan boleh tumbang
Lesap kemudahan beri isteri

Ada pejabat agama dimerata negeri
Sultan jadi ketua agama
Lesap kemudahan beri isteri
Menderita hidup yang lama

Sultan jadi ketua agama
Ada disembilan negeri Melayu
Menderita hidup yang lama
Elok ikut ajaran wahyu

Ada disembilan negeri Melayu
Di Utara Semenanjung ialah Perlis
Elok ikut ajaran wahyu
Baru menggelupur parti iblis

Di Utara Semenanjung ialah Perlis
Di Selatan pula Negeri Johor
Baru mengelupur parti iblis
Bila ramai solat zohor

Di Selatan pula Negeri Johor
Di Pantai Timur ialah Kelantan
Bila ramai solat zohor
Merosot pengaruh parti syaitan

Di Pantai Timur ialah Kelantan
Jirannya pula Negeri Terengganu
Merosot pengaruh parti syaitan
Gadai barang dikedai Ar-Rahnu

Jirannya pula Negeri Terengganu
Terkenal dengan nasi dagang
Gadai barang dikedai Ar-Rahnu
Bila berlaku kekurangan wang

Terkenal dengan nasi goreng
Berlauk dengan ikan tongkol
Bila berlaku kekurangan wang
Ditangan pimpinan separuh tolol


HMS ABU BAKAR


Ahad, 24 Mei 2015

KEKALKANLAH DIA


Mat Sabu dicabar
Semangat juangnya terus berkobar
Keupayaannya memimpin perlu disebar
            Waktu pagi baca akhbar
            Sebelum itu baca Quran
            Mat Sabu orangnya sabar
            Pencabarnya juga terasa hairan
Mat Sabu seorang tokoh
Dikenali oleh ramai orang
Kekalkan dia PAS pun teguh
Susah musunhya nak menyerang
Mat Sabu dicabar
Dalam pemilihan Timbalan Presiden
            Nampak hijau daun pandan
            Tumbuh subur tanpa baja
            Ketokohannya elok jadikan teladan
            Untuk parti dia bekerja
Mat Sabu
Peminatnya beribu-ribu
Tanpanya PAS jadi layu


HMS Abu Bakar


Sabtu, 23 Mei 2015

USTAZ YANG BERPANDANGAN JAUH



I
Ustaz Ahmad Awang yang saya kenali
Kami berada di Kuala Lumpur
Dia bekerja di Pusat Islam
Di bawah Jabatan Perdana Menteri
Saya bekerja di Jabatan Parlimen
Di bawah Jabatan Perdana Menteri juga
Dia pegawai agama
Saya pegawai tadbir
Di sekitar tahun 70-an

II
Ustaz Ahmad Awang yang saya kenali
Dia banyak berjasa kepada Islam
Dia menyedarkan pegawai-pegawai
MCS tentang pentinnya agama dalam kehidupan di dunia
Dia anjurkan `Bulan Dakwah’
Di mana setiap Kementerian dan Jabatan diminta
Menghantar pegawai-pegawai untuk didedahkan
Kepada keindahan Islam
Ustaz Ahmad Awang bekerja siang dan malam
Umur dia panjang
Umur saya juga sekarang 76 tahun
Saya bermohon
Supaya Ustaz Ahmad Awang memimpin parti yang memperjuangkan Islam
Mudah cerita; iaitu PAS
Saya yakin Ustaz Ahmad Awang
Boleh membawa budaya
Bertamadun kepada PAS
Ustaz Ahmad Awang tidak pernah
Berkata-kata menghina kawan atau lawan
Ucapannya lemah lembut
Dia boleh menarik rakan-rakan Cina dan India
Yang mahu demokrasi tulin di negara tercinta ini
Ustaz Ahmad Awang seorang yang berani
Berani kerana benar
Dari kepimpinannya saya nampak ada cahaya
Terang jalan ke Putrajaya
Berilah peluang kepada Ustaz Ahmad Awang
Dia seorang pejuang
Menangkanlah dia
Dalam pemilihan bulan Jun ini
Mampu merintis jalan ke masyarakat madani


HMS Abu Bakar


Jumaat, 22 Mei 2015

PANTUN MULIANYA JIWA TUNKU

Tinggi-tinggi Gunung Tahan
Tumbuh pokok seperti jati
Kesan GST semacam perlahan
Rakyat miskin separuh mati

Tumbuh pokok seperti jati
Pokok cengai bernilai tinggi
Rakyat miskin separuh mati
Ke Mydin tak mampu pergi

Pokok cengai bernilai tinggi
Banyak di Sarawak dan Sabah
Ke Mydin tak mampu pergi
Berdoa supaya kerajaan berubah

Banyak di Sarawak dan Sabah
Jadi kaya-raya ahli politik
Berdoa supaya kerajaan berubah
Melalui tazkirah kesedaran berputik

Jadi kaya-raya ahli politik
Dari parti pemerintah Pusat
Melalui tazkirah kesedaran berputik
Terlepas dari ajaran sesat

Dari parti pemerintah Pusat
Sejak lebih lima puluh tahun
Terlepas dari ajaran sesat
Kepada Allah sentiasa memohon

Sejak lebih lima puluh tahun
Merdeka dari penjajah Inggeris
Kepada Allah sentiasa memohon
Jadi pembangkang Parti Keris

Merdeka dari penjajah Inggeris
Tunku jadi Perdana Menteri
Jadi pembangkang Parti Keris
Baru mereka sedarkan diri

Tunku jadi Perdana Menteri
Anak raja dari Kedah
Baru mereka sedarkan diri
Berdosa rambut isteri terdedah

Anak raja dari Kedah
Seorang yang berjiwa rakyat
Berdosa rambut isteri terdedah
Orang dayus menderita diakhirat

Seorang yang berjiwa rakyat
Berbaik-baik dengan berbagai bangsa
Orang dayus menderita diakhirat
Membunuh Altantuya juga berdosa

Berbaik-baik dengan berbagai bangsa
Dimiliki Tunku Abdul Rahman
Membunuh Altantuya juga berdosa
Di akhirat jauh dari aman


HMS ABU BAKAR


Khamis, 21 Mei 2015

PANTUN TERUS MEMOHON


Air sungai mengalir tenang
Mudah dilihat di atas titi
Kos kehidupan selalu dikenang
Naik mendadak adanya GST

Mudah dilihat di atas titi
Berenang berbagai jenis ikan
Naik mendadak adanya GST
Rakyat marhaen terus tertekan

Berenang berbagai jenis ikan
Ikan baung dan seluang
Rakyat marhaen terus tertekan
Tukar kerajaan bila berpeluang

Ikan baung dan seluang
Senang dapat dengan menjala
Tukar kerajaan bila berpeluang
Tindakan ini mendatangkan pahala

Senang dapat dengan menjala
Waktu air pasang naik
Tindakan ini mendatangkan pahala
Digerakkan oleh orang baik-baik

Waktu air pasang naik
Banyak ikan berada di pantai
Digerakkan oleh orang baik-baik
Kerja maaruf saja diintai

Banyak ikan berada di pantai
Mengail juga boleh dilakukan
Kerja maaruf saja diintai
Amal soleh terus dikerjakan

Mengail juga boleh dilakukan
Sambil bersembang di atas titi
Amal soleh terus dikerjakan
Ceritakan pula keburukan GST

Sambil bersembang di atas titi
Kesan GST kepada rakyat
Ceritakan pula keburukan GST
Banyak mudharat dalam masyarakat

Kesan GST kepada rakyat
Kos kehidupan meningkat tinggi
Banyak mudharat dalam masyarakat
Hidup rakyat menjadilah rugi

Kos kehidupan meningkat tinggi
Menjadikan nilai wang menurun
Hidup rakyat menjadilah rugi
Kepada Allah teruslah memohon

Menjadikan nilai wang menurun
Bandingkan wang negara jiran
Kepada Allah teruslah memohon

Dari Quran ambillah pengajaran


HMS ABU BAKAR



Rabu, 20 Mei 2015

KEYAKINAN DI HARI GURU


16 Mei 2015
Hari Guru
            Pergi ke hutan niat memburu
            Ikut serta seorang rakan
            Berazam kita di Hari Guru
            Sunnah Nabi hendaklah diamalkan
Inilah apa yang dikatakan
Cakap dan bikin
Kebenaran Sunnah kita yakin
Wang zakat membantu yang miskin
Iman jadi pemangkin
Ilmu juga pemangkin
Yakin seorang guru
Berniat mengajar secara ikhlas
Diakhirat akan dibalas

Nikmat yang tak puas-puas


HMS ABU BAKAR


Selasa, 19 Mei 2015

HARGA BARANG NAIK

Dalam sistem demokrasi
Ada pemilihan dalam parti
            Janda berhias duduk menanti
            Datang lelaki untuk meminang
            Menyusahkan rakyat adanya GST
            Masa depan yang malang
Bererti kos kehidupan naik
Harga susu naik
Harga tiket boleh naik
Biasalah B.N
Bererti “Barang Naik”


HMS ABU BAKAR


Isnin, 18 Mei 2015

PANTUN ALLAH DIPUJA


Dirampas rokok berkatun-katun
Harga di pasaran beratus ringgit
Apa tanda pimpinan kartun?
Kehidupan rakyat bertambah perit

Harga di pasaran beratus ringgit
Pendapatan penyeludup dekat sempadan
Kehidupan rakyat bertambah perit
Hasil cukai barangan dan perkhidmatan

Pendapatan penyeludup dekat sempadan
Berlaku di utara negara Malaysia
Hasil cukai barangan dan perkhidmatan
Menderita rakyat kurang upaya

Berlaku di utara negara Malaysia
Iaitu Perlis dan Kedah
Menderita rakyat kurang upaya
Kroni pemerintah dapat faedah

Iaitu Perlis dan Kedah
Pintu masuk warga Siam
Kroni pemerintah dapat faedah
Bahagian penguatkuasa nampak diam

Pintu masuk warga Siam
Datang juga pendatang haram
Bahagian penguatkuasa nampak diam
Melihat duit hatipun geram

Datang juga pendatang haram
Masuk ke Malaysia mancari rezeki
Melihat duit hatipun geram
Peranan rasuah semacam daki

Masuk ke Malaysia mencari rezeki
Peluang pekerjaan cukup banyak
Peranan rasuah semacam daki
Diatasi dengan bertindak bijak

Peluang pekerjaan cukup banyak
Terutama disektor-sektor perladangan
Diatasi dengan bertindak bijak
Beriman dan tinggi pelajaran

Terutama disektor-sektor perladangan
Getah dan kelapa sawit
Beriman dan tinggi pelajaran
Tarikan duit tidak tergamit

Getah dan kelapa sawit
Perlu lagi ramai pekerja
Tarikan duit tidak tergamit
Sentiasa pula Allah dipuja

Perlu lagi ramai pekerja
Rakyat Malaysia tidak berminat
Sentiasa pula Allah dipuja

Beribadat tidak terasa penat


HMS ABU BAKAR


Ahad, 17 Mei 2015

SELAMATKAN TABUNG HAJI


Tabung Haji
Hasil pemikiran Engku Aziz
Seorang pemikir bijaksana
Dari ideanya
Kerajaan Persekutuan mewujudkan
Lembaga dan Urusan Tabung Haji
Sekitar awal tahun 60-an
Mendapat kejayaan demi kejayaan
Dari setahun ke setahun
Awalnya
Pengurusannya beramanah
Dipegang oleh manusia
Bernama Hanafiah
Hanafiah Haji Ahmad
Lulus Universiti Malaya
Bila Pengerusi Tabung Haji
Dipegang oleh ahli-ahli politik dari Parti Ketuanan Melayu
Peranan Tabung Haji mula layu
                Ikan keli ikan puyu
                Dua jenis ikan darat
                Bila Melayu tolak wahyu
                Masuk kubur parti melarat
Berbalik ke Tabung Haji sekarang ini
Semacam ada tangan kroni-kroni
Menyalahguna duit simpanan rakyat mereka berani
Berani kerana ada “Big Boss”
Semua lulus
Disebabkan fulus
Dibiarkan Tabung Haji akan pupus
Oleh itu
Bangunlah penyimpan duit di Tabung Haji
Doakan kepada Ilahi
Supaya yang berniat jahat bersara
Atau letak jawatan
Baru menangis syaitan


HMS ABU BAKAR