Selasa, 31 Mac 2015

PANTUN BETUL AQIDAH

Burung pipit terbang sekawan
Makan padi di tepi pagar
Mari sertai kita lawan
Disebabkan hukum Allah dilanggar

Makan padi di tepi pagar
Datang musuh menyembunyikan diri
Disebabkan hukum Allah dilanggar
Berlakulah kerosakan dalam negeri

Datang musuh menyembunyikan diri
Dalam hati terus berzikir
Berlakulah kerosakan dalam negeri
Mengatasinya perlu banyak berfikir

Dalam hati terus berzikir
Ingat hanya kebesaran Allah
Mengatasinya perlu banyak berfikir
Dengannya penzalim boleh kalah

Ingat hanya kebesaran Allah
Baca Quran setiap hari
Denganya penzalim boleh kalah
Bila ramai rakyat berdikari

Baca Quran setiap hari
Solat berjemaah setiap waktu
Bila ramai rakyat berdikari
Baru takut pengundi hantu

Solat berjemaah setiap waktu
Lepas itu dengar tazkirah
Baru takut pengundi hantu
Kesan mendengar kehebatan hijrah

 Lepas itu dengar tazkirah
Isu dikupas kehidupan akhirat
Kesan mendengar kehebatan hijrah
Bersih hati dari berkarat

Isu dikupas kehidupan akhirat
Berpandukan Quran dan Sunnah
Bersih hati dari berkarat
Bila memimpin kekal beramanah

Berpandukan Quran dan Sunnah
Dua sumber utama Islam
Bila memimpin kekal beramanah
Modal utama solat malam

Dua sumber utama Islam
Diikuti ijmak dan Qias
Modal utama solat malam
Jadilah amalan yang ikhlas

Diikuti ijmak dan Qias
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jadilah amalan yang ikhlas
Dikuatkan oleh ukhwah Islamiah



HMS ABU BAKAR


Isnin, 30 Mac 2015

SELAMAT HARIJADI KE 40 TAHUN

Hari ini
Hari Isnin
30 Mac 2015
Bersamaan
9 Jamadilakhir 1435 H
Genap umur
Siti Amaniah 40 tahun
Kepada Allah terus memohon
Kekal dalam Islam
Kekal beriman
Ikut aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Seisi keluarga solat berjemaah
Akan kuatlah ukhuwah
Akan wujud kasih mesra
Dosa pahala ambil kira
Perintah Allah buat segera
Diakhirat menanti syurga
Elok bersama keluarga
Di hari ini diucapkan
Selamat harijadi ke 40
“Happy Birthday To You”
Dari kami di Ipoh
Semoga ceria selalu
Lupakan peristiwa dulu
Ingat Allah Maha Pengampun



HMS ABU BAKAR

Rabu, 25 Mac 2015

LEE KUAN YU DALAM KENANGAN


Lee Kuan Yu
Meninggal dunia pada 23 Mac 2015
Hari Isnin
Di Singapura
Genap umur 91 tahun
Ahli politik yang berjasa
Kepada Singapura
Jadi Perdana Menteri
Selama 31 tahun
Dari tahun 1959
Hingga tahun 1990
Tegas dalam pemerintahan
Jadi negara maju
Tanpa rasuah
Rakyat hidup mewah
Kurniaan Allah
Di dunia tanpa masalah
Di akhirat perlu betul aqidah
Tentulah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 21 Mac 2015

MERPATI MENGERAM DI ATAS KHEMAH

Sajak oleh Maria Al-Marhumah

MERPATI MENGERAM DI ATAS KHEMAH

Di atas khemah Panglima, seekor merpati duduk mengeram telurnya,
Dibiarkan Panglima agar ia hidup, sedang ia sendiri pergi menghadang maut,
Alangkah bahagianya merpati itu, dengan tenang menunggu idamannya,
Seperti bahagianya seorang ibu menunggu kelahiran sang bayi,
Di atas khemah Panglima , seekor merpati duduk mengeram telurnya,
Kalau ditanyakan kepadanya tentang telurnya itu,
Ia akan menjawab; Inilah milikku yang paling berharga,
Seperti bahagianya seorang ibu yang memiliki seorang anak dalam hidupnya, selama ia tak akan kesepian,
Apakah aku terlalu memberatkan alam ini, bila aku bebani dengan cintaku terhadap seorang laki-laki?
Di atas khemah Panglima, seekor merpati duduk mengeram telurnya,
Matahari, bulan, bintang-bintang dan seluruh alam ini kecil dalam pandangannya, lebih kecil dari telur yang dieramnya,
Seperti cinta kasihnya seorang ibu terhadap anaknya melebihi segala cinta,
Apakah terlalu berat atau mustahil, bila aku sendiri ingin menjadi seperti merpati itu?
Di atas khemah Panglima, seekor merpati duduk mengeram telurnya,
Berkata merpati itu; “Alam ini ingin dipandang dengan dua warna oleh mata wanita”.
Kekasih besar iaitu suami, dan kekasih kecil iaitu anak,
Masing-masing tunduk kepada undang-undangnya, wanita tidak mahu tunduk kecuali terhadap undang-undangnya pula,
Wahai merpati, engkau tidak mengenal Panglima, tapi ia telah meninggalkan khemahnya untukmu
Demikianlah nasib: Keadilan yang berlipat ganda disatu pihak dan kekejaman berlipat ganda pada pihak yang lain,
Pujianlah Tuhan wahai merpati, sekalipun engkau tak punya bahasa dan agama,
Engkau hanya punya: Cinta, naluri dan hidup,
Di atas khemah Panglima, seekor merpati duduk mengeram telurnya,
Merpati bahagia yang akan menjadi Hudhud Sulaiman dalam sejarah,
Dihubungkan Hudhud dengan Sulaiman, dan akan dihubungkan merpati itu dengan Amru Bin Al-As,
Ajaib, menghairankan engkau wahai Amru, apa salahnya sekiranya engkau mencintai pula merpati yang lain?Amru Ibnu Al-'As Pahlawan terbilang Arab
Dari kalangan sahabat Nabi

Oleh Tarikuddin bin Haji Hassan



Jumaat, 20 Mac 2015

TRAGEDI MH370


8 Mac 2014
Penerbangan kapal terbang MAS 370
Lesap entah ke mana
Dua ratus lebih penumpang
Dan anak-anak kapal hilang
Sungguh malang
Saudara-mara menanti ketibaan di Beijing
Rupa-rupanya
Yang ditunggu tak tiba
Hampa tak terhingga
Tapi genap setahun berlalu
Terus berharap
Bagi keluarga yang malang
Doa tidak terbilang
Supaya diketemukan MH370
Dalam apa-apa keadaan
Hanya diketahui Tuhan
Oleh itu elok ada pertukaran kerajaan
Diperingkat Persekutuan
Baru ada perubahan
Buatlah suruhan
Jauhilah tegahan
Tragedi MH370 tetap dalam kenangan


HMS ABU BAKAR


Khamis, 19 Mac 2015

CONTOHILAH PAK SAMAD


Pak Samad
Sasterawan Negara yang cermat
Sesama manusia ada perasaan hormat
Berani mengkritik Y.B – Y.B
Bukan harta yang dihormat
Setia dengan sahabat-sahabat
Semangat juangnya semacam Hang Jebat
Puisi-puisinya hebat
Umurnya terus meningkat
Sekarang dah 83 tahun
Rakan-rakan terus memohon kepada Allah s.w.t
Supaya amalan Pak samad diberi pahala
Puasa sunat selangseli
Satu hari puasa
Satu hari berbuka
Ini puasa Nabi Daud a.s
Senang disebut
Susah diamalkan
Ini Pak Samad lakukan
Setiap hari baca Al-Quran
Sedikit pula makan
Pakaiannya cukup sederhana
Pribadi sufi terus dibina
Mencontohi ulama-ulama sufi
Pak Samad tetap dengan reformasi
Puisinya penuh visi
Menentang puak korupsi
Dengan membersihkan diri
Keredhaan Allah saja dicari
Dibantu isteri
Yang setia
Rashidah Mat Dahan
Kedua-dua suami isteri tetap bertahan
Menegakkan kebenaran
Menentang kezaliman
Ini yang Pak Samad lakukan
Pergerakkannya nampak perlahan
Tapi dengan kesungguhan
“Kita Lawan”                                                                                                  
Sehingga Putrajaya kita tawan


HMS ABU BAKAR


Ahad, 15 Mac 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU (SYAFIQ & SUHAILA)


I
Selamat Pengantin Baru
Mohd Syafiq Afifi Bin Bustam
Siti Suhaila Binti Radenan
Sudah sah
Suami-isteri
Semuanya berseri-seri
Dalam nikmat pun seri
15 Mac 2015 hari kenduri
Dirumah cikgu
Bustam Bin Juki
Zakiah Binti Haji Wan Md. Noor
Di Taman Meru
Di Ipoh
Di Perak
Dengan izin Allah semuanya bergerak
Dengan cantuman air jadilah anak
Penyambung zuriat
Pejuang syariat
Bermanfaat
Dari dunia hingga akhirat

II
Tahniah
Bustam Bin Juki
Zakiah Haji Wan Md. Noor
Dapat menantu perempuan
Siti Suhaila Binti Radenan

III
Tahniah
Radenan Bin Mohamad Alwi
Norhayati Binti Ismail
Dapat menantu lelaki
Mohd Syafiq Bin Bustam

IV
Semoga dua pengantin baru ini
Kekal dalam
Islam dan iman
Dalam kenikmatan
Menangis saja syaitan
Bila lelaki dan perempuan diijabkabulkan
            Berenang ikan dalam paya
            Ada sepat dan puyu
            Semoga kedua-dua pengantin berjaya
            Tentu jika ikut ajaran wahyu



HMS ABU BAKAR



Sabtu, 14 Mac 2015

HARI PERTUNANGAN FATIN & AMIR


Hari bahagia
Bagi
Fatin Atiqah & Amir
Hari Sabtu
14 Mac 2015
Hari pertunangan
Fatin Atiqah Binti Dato Rahim
Amir Bin Zulkarnain
Sekarang jangan main
Syariat Islam penyelamat kita
Tanamkan cita-cita
Ikut agama kita
Allah menguasai kita
Jaga pandangan mata
Ilmu penyuluh kita
Aqidah benteng kita
Al-Quran dan Al-Sunnah pegangan kita
Bila ini ada
Fatin dan Amir akan sabar dalam penantian
Ijabkabul alat pembukaan
Halal apa yang dilakukan
Syukur kepada Tuhan
Boleh menyambung keturunan
Keturunan
Dato Rahim Abu Bakar
Datin Paziah Haji Hashim

Amin…amin


HMS ABU BAKAR


Rabu, 11 Mac 2015

PAHALA ELOK DICARI

Hari ini
Menipu berani
Dosa berguni-guni
Takutkan bini
Bukan di New Gueni
Terdedah rambut isteri
Dosa sengaja dicari
Ingat dalam kubur seorang diri
            Ikan yu ikan pari
            Dua jenis ikan laut
            Pahal elok kita cari
            Sebelum nyawa anda dicabut


HMS ABU BAKAR


Selasa, 10 Mac 2015

HABUAN SINGKIR

Habuan singkir
Tidak terfikir
Jika kedua-dua pihak berzikir
Sampai masa nyawa berakhir
Menghasut syaitan cukuplah mahir
Biar manusia menyesal
Dalam kubur akan disoal
Dalam parti Islam mengapa berseteru
Tanjung katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Bergaduh syaitan yang seru
Ditolak yang jiwa sihat
Buatlah kerja untuk akhirat
Selamat dari hidup melarat


HMS ABU BAKAR


Isnin, 9 Mac 2015

SOLAT ISTIKHARAH

I

“Hakim selalunya buat solat istikharah”
Mengelak dari penghakiman salah
Dalam kubur bermasalah
Kata Nabi s.a.w
Dua dari tiga hakim ke neraka
Tempat paling celaka

II

“Hakim selalunya buat solat istikharah”
Elakkan menerima rasuah
Kata syaitan hidup kena mewah
Kata iblis hidup elok mewah
Lupakan orang dibawah
Menanam padi dalam sawah
Masak kuning boleh dituai
Solat istikharah tetap rasuah
Biar di akhirat hidup pokai


HMS ABU BAKAR



Ahad, 8 Mac 2015

DITANGKAP SEBELUM KEMUNCAK PERLAWANAN

Di suatu malam
Di dalam kereta
Dua orang sedang mengadakan hubungan seks
Diperhatikan dua orang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam
Istilah sekarang polis
Diarah buka kereta
Cumbuan diberhentikan separuh jalan
Belum sampai kemuncaknya
Dalam keadaan ketakutan
Ikut saja apa yang diarahkan
Dilepaskan pasangan lelaki
Dibawa pelajar kolej berumur 19 tahun
Diberi apa dipohon
Diadakan hubungan seks dengan polis itu pula
kalau tak beri
Diugut dilaporkan ke pejabat agama
Atau beri duit Rm500
Semua diikuti pelajar kolej itu
Serah tubuh
Serah duit
Bila duit dah habis
Akhirnya dilaporkan ke Pejabat Polis berdekatan
Diceritakan kejadian sebenar
Direkodkan oleh pihak bertugas di Balai Polis
Senyum iblis
Terlibat kedua-dua pihak ada Melayu beragama Islam
Disebabkan jahil ilmu kalam
Hanya tinggal nama Islam


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 7 Mac 2015

HARGA PETROL NAIK

Harga petrol naik 25 sen
Kata kroni-kroni hanya 25 sen
Ada projek adalah komisen
Ingat scorpene
Seorang kroni dapat ratusan juta komisen
‘Wow’ kata beberapa orang pencen
Kalau aku dapat bolehlah kahwin
Isteri dah lama pencen
Inilah angan-angan orang pencen
Angan-angan terbantut bila petrol naik 25 sen
Selalu pula bersin
Cuba ubat dengan baca Yaasin
Semoga harga petrol turun
Berdoa juga puak-puak Qarun
Supaya harta bertambah banyak
Biarkan hidup rakyat menderita
Asalkan kroni-kroni bertambah harta
Ini tanda pimpinan buta mata
Di akhirat menanti derita
            Ikan kembung ikan pelata
            Dua jenis ikan laut
            Elok berjalan dari berkereta
            Kurus kering menghadapi maut
Harga naik rakyat merungut
Demontrasi jalanan kena ikut
Jangan lagi takut-takut
Parti asobiyah kita boikot
Majlis ilmu pula diikut
Baru dengan Allah takut
Tengah malam tanggal selimut
Doakan supaya hapuskan musuh dalam selimut
Doakan supaya ada kerajaan adil dalam masa terdekat
Wira Sungai Buluh diangkat
Jadi Perdana Menteri berbakat
Nescaya kehidupan rakyat berkat


HMS ABU BAKAR




Jumaat, 6 Mac 2015

CUCU PERTAMA AMBIL SPM


Cucu saya
Raihan @ Najha Binti Jeffery Mas
Ambil peperiksaan SPM 2014
Bila keputusan diumumkan
Hari Selasa
3 Mac 2015
Raihan @ Najha adalah
Anak Siti Amaniah Binti Mohamed Salleh
Cucu pertama saya
Raihan @ Najha dapat:-
4 A
1 B
2 C
1 D
1 Gagal
 Tahniah dapat :
Bahasa Melayu           A -
Bahasa Inggeris          A -
Pengetahuan Islam     A -
Sejarah                        A -
Kepada Allah kita berserah
Ingat peristiwa hijrah
Umat Islam bertambah-tambah
Sikap kita perlu diubah
Dengan Quran dan Sunnah
Bila ini Raihan @ Najha ingat
Insya Allah dunia dan akhirat selamat


HMS ABU BAKAR

Khamis, 5 Mac 2015

TAK GENTAR

Tak gentar
Tunggu sebentar
Sebelum solat sapu minyak atar
Hadapi Allah Yang Maha Pintar
Mencipta segala-galanya
Allah Maha Kaya
“Tak gentar siapa pun percaya”
Bila ada kuasa
Bila ada ‘bodyguard’
Tapi ingat
Nyawa kita singkat
Eloklah ingat
Pisang abu dibuat pengat
Digoreng pula pisang awak
Ikan keli ada penyengat
Tak gentar hanya lawak



HMS ABU BAKAR



Rabu, 4 Mac 2015

PANTUN PERANGKAP SYAITAN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
K-pop datang tidak ditegah
Dicium gadis senyum keluarga

Gunung Daik bercabang tiga
Di tepinya ada tasik lama
Dicium gadis senyum keluarga
Tanda kurang pegangan agama

Di tepinya ada tasik lama
Berenang ikan berbagai jenis
Tanda kurang pegangan agama
Buat maksiat terasa manis

Berenang ikan berbagai jenis
Ada haruan dan sepat
Buat maksiat terasa manis
Dosa pula yang dapat

Ada haruan dan sepat
Senang dapat dengan menjala
Dosa pula yang dapat
Istilah syarak dipanggil bala

Senang dapat dengan menjala
Hampas kelapa jadi umpan
Istilah syarak dipanggil bala
Tentulah gelap di masa hadapan

Hampas kelapa jadi umpan
Santannya pula dibuat gulai
Tentulah gelap dimasa hadapan
Datang Izrail mayat terkulai

Santannya pula dibuat gulai
Sedap buat masak lemak
Datang Izrail mayat terkulai
Baru hendak khidmat ulama

Sedap buat masak lemak
Masuk sedikit cili padi
Baru hendak khidmat ulama
Setelah lama ditipu Yahudi

Masuk sedikit cili padi
Bila dimakan terasa enak
Setelah lama ditipu Yahudi
Wanita cantik dijadikan denak

Bila dimakan terasa enak
Di akhiri dengan minum teh
Wanita cantik dijadikan denak
Menggoda lelaki tak letih-letih

Di akhiri dengan minum teh
Teh hijau menjaga kesihatan
Menggoda lelaki tak letih-letih
Semuanya masuk perangkap syaitan


HMS ABU BAKAR