Sabtu, 28 Februari 2015

PANTUN INDAHNYA AGAMA


Tanam pisang tanam ubi
Ubi ditanam buatkan batas
Mari hidupkan Sunnah Nabi
Nescaya Islam naik keatas

Ubi ditanam buatkan batas
Tumbuh subur tanpa baja
Nescaya Islam naik keatas
Allah saja yang dipuja

Tumbuh subur tanpa baja
Termasuk menanam pokok pisang
Allah saja yang dipuja
Iman didalam menjadi perangsang

Termasuk menanam pokok pisang
Pisang emas atau berangan
Iman didalam menjadi perangsang
Mudah Islam dapat kemenangan

Pisang emas atau berangan
Bila masak sedap dimakan
Mudah Islam dapat kemenangan
Aktiviti dakwah perlu diperbanyakkan

Bila masak sedap dimakan
Terutama semasa berbuka puasa
Aktiviti dakwah perlu diperbanyakkan
Disokong oleh pihak berkuasa

Terutama semasa berbuka puasa
Meriah sekali di bulan ramadhan
Disokong oleh pihak berkuasa
Melihatnya syaitan merasa hairan

Meriah sekali di bulan ramadhan
Selepas berbuka solat berjemaah
Melihatnya syaitan merasa hairan
Ramai pula dengar ceramah

Selepas berbuka solat berjemaah
Meriah nampak suasana ramadhan
Ramai pula dengar ceramah
Dengannya bertambah ilmu pengetahuan

Meriah nampak suasana ramadhan
Solat terawih melimpah ruah
Dengannya bertambah ilmu pengetahuan
Inilah hikmah adanya tazkirah

Solat terawih melimpah ruah
Ramai kelihatan muka baru
Inilah hikmah adanya tazkirah
Kepada kebaikan jemaah diseru

Ramai kelihatan muka baru
Mahu solat terawih bersama-sama
Kepada kebaikan jemaah diseru
Jelas kelihatan indahnya agama


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 27 Februari 2015

IKUT ETIKA

Ada manusia egonya tinggi
Mendakwa pejuang yang disukai
Membawa semangat reformasi
Mahu hapuskan korupsi
Dengan kerjasama serta dedikasi
Boleh berjaya kali ini
Kos kehidupan bertambah tinggi
Rakyat miskin mengeluh setiap hari
Perubahan sedang dicari
Wiranya dalam penjara seorang diri
Sedih anak-anak dan isteri
Berdoa setiap hari
Berbeza dengan “manusia ini”
Bertindak ikut Etika
Di akhirat menanti neraka
Baru padan muka
Tempat paling celaka
Buah cempedak buah nangka
Dua buah jenis tempatan
Di Mahkamah nampak cukup gembira
Di akhirat menerima berbagai kesakitan
Terimalah azab yang berpatutan


HMS ABU BAKAR



Khamis, 26 Februari 2015

PANTUN HIDUP BERTAMADUN

Sedap sungguh buah nenas
Buat makan buka puasa
Pidato pejuang sentiasa bernas
Ditakuti oleh pemegang kuasa

Buat makan buka puasa
Solat maghrib tiga rakaat
Ditakuti oleh pemegang kuasa
Melalui reformasi rakyat berpakat

Solat maghrib tiga rakaat
Seorang Hafiz jadi imam
Melalui reformasi rakyat berpakat
Di penjara pun mereka tergamam

Seorang Hafiz jadi imam
Bacaannya meresapi dalam hati
Di penjara pun mereka tergamam
Lupa disoal bila mati

Bacaannya meresapi dalam hati
Air mata keluar tak disedari
Lupa disoal bila mati
Disana penyelamat susah dicari

Air mata keluar tak disedari
Mengingati pengorbanan Nabi Muhammad
Disana penyelamat susah dicari
Kecuali didunia banyak berselawat

Mengingati pengorbanan Nabi Muhammad
Berjuang dua puluh tiga tahun
Kecuali didunia banyak berselawat
Keampunan Allah mudah dipohon

Berjuang dua puluh tiga tahun
Bertapak Islam ditanah Arab
Keampunan Allah mudah dipohon
Bila memimpin boleh diharap

Bertapak Islam ditanah Arab
Bahasa Arab dipelajari ramai
Bila memimpin boleh diharap
Negara pun jadi aman damai

Bahasa Arab dipelajari ramai
Spain ditakluki Tariq Bin Ziyad
Negara pun jadi aman damai
Hidup manusia ikut syariat

Spain ditakluki Tariq Bin Ziyad
Membawa dua belas ribu tentera
Hidup manusia ikut syariat
Dialam akhirat hidup gembira

Membawa dua belas ribu tentera
Tujuh ratus tahun menguasai Andalusia
Dialam akhirat hidup gembira
Ikut Islam bertamadunlah manusia


HMS ABU BAKAR


Rabu, 25 Februari 2015

PANTUN DIHAJATI SYAITAN

Kalau berladang menanam keladi
Keladi dibawa tanah seberang
Mudah kaya tokeh-tokeh judi
Rumah mereka terang benderang

Keladi dibawa tanah seberang
Tumbuh subur ditepi paya
Rumah mereka terang benderang
Bayar bil api tetap berupaya

Tumbuh subur ditepi paya
Di dalamnya berenang ikan darat
Bayar bil api tetap berupaya
Solat berjemaah cukuplah berat

Di dalamnya berenang ikan darat
Ikan haruan dan sepat
Solat berjemaah cukuplah berat
Kekayaan dunia saja dapat

Ikan haruan dan sepat
Sedap juga masak lemak
Kekayaan dunia saja dapat
Rugi diakhirat bagi sitamak

Sedap juga masak lemak
Makan tengahari bersama keluarga
Rugi didiakhirat bagi sitamak
Terlepas peluang masuk syurga

Makan tengahari bersama keluarga
Sambil makan sambil bersembang
Terlepas peluang masuk syurga
Pengaruh k-pop terus berkembang

Sambil makan  sambil bersembang
Cerita tentang kezuhudan Tok Guru
Pengaruh k-pop terus berkembang
Gadis Melayu terus meniru

Cerita tentang kezuhudan Tok Guru
Meninggal dunia dua belas Februari
Gadis Melayu terus meniru
Bertudung tapi lupakan diri

Meninggal dunia dua belas Februari
Di rumahnya di Pulau Melaka
Bertudung tapi lupakan diri
Lupa taubat menantilah neraka

Di rumahnya di Pulau Melaka
Di Kota Bahru, Negeri Kelantan
Lupa taubat menantilah neraka
Ini yang dihajati syaitan

Di Kota Bahru, Negeri Kelantan
Berpuluh-puluh ribu orang datang
Ini yang dihajati syaitan
Bila rasuah tidak ditentang


HMS ABU BAKAR



Selasa, 24 Februari 2015

PANTUN KEKAL DIKEJI

Akar terendam dalam parit
Musim hujan airnya penuh
Dalam kubur ada yang menjerit
Semasa hidup cukup tak senonoh

Musim hujan airnya penuh
Kanak-kanak boleh mengail ikan
Semasa hidup cukup tak senonoh
Dasar perkauman terus diperjuangkan

Kanak-kanak boleh mengail ikan
Kesemuanya jenis ikan darat
Dasar perkauman terus diperjuangkan
Nasib orang kampung terus melarat

Kesemuanya jenis ikan darat
Terutama sepat dan keli
Nasib orang kampung terus melarat
Mungkir janji pula berkali-kali

Termasuk sepat dan keli
Sedap masak gulai tempoyak
Mungkir janji pula berkali-kali
Memimpin negara sebenarnya tak layak

Sedap masak gulai tempoyak
Makan setelah bekerja disawah
Memimpin negara sebenarnya tak layak
Mengkayakan diri melalui rasuah

Makan setelah bekerja disawah
Menanam padi punca rezeki
Mengkayakan diri melalui rasuah
Kepada ulama akhirat berhasad dengki

Menanam padi punca rezeki
Waktu maghrib solat berjemaah
Kepada ulama akhirat berhasad dengki
Inilah budaya pimpinan tak beramanah

Waktu maghrib solat berjemaah
Hadir pula dimajlis ilmu
Inilah budaya pimpinan tak beramanah
Mengejar dunia tak jemu-jemu

Hadir pula dimajlis ilmu
Buku nota dibawa bersama
Mengejar dunia tak jemu-jemu
Lupa hidup akhirat itu lama

Buku nota dibawa bersama
Mencatat apa-apa yang berguna
Lupa hidup akhirat itu lama
Bila mati tergolong yang hina

Mencatat apa-apa yang berguna
Boleh diguna sebagai ulangkaji
Bila mati tergolong yang hina

Jadilah manusia yang dikeji


HMS ABU BAKAR


Isnin, 23 Februari 2015

PANTUN MENANTI KEJAYAAN

Pucuknya angkuh memanjat bukit
Tak sedar akar terendam air parit
Rakyat mengeluh lelah dan sakit
Sedikit diberi banyak diungkit

Tak sedar akar terendam air parit
Berenang keli dan sepat
Sedikit diberi banyak diungkit
Projek mega kroni yang dapat

Berenang keli dan sepat
Diantara beberapa jenis ikan darat
Projek mega kroni yang dapat
Harga naik rakyat hidup melarat

Di antara beberapa jenis ikan darat
Boleh membiak dalam sawah
Harga naik rakyat hidup melarat
Penguasa politik hidup mewah

Boleh membiak dalam sawah
Di antaranya juga ikan haruan
Penguasa politik hidup mewah
Dengan tokeh Cina tetap berkawan

Di antaranya juga ikan haruan
Boleh digunakan sebagai ubat
Dengan tokeh Cina tetap berkawan
Dekat nak mati boleh bertaubat

Boleh digunakan sebagai ubat
Terutama selepas berlaku pembedahan
Dekat nak mati boleh bertaubat
Buat suruhan jauhilah tegahan

Terutama selepas berlaku pembedahan
Luka dalam perut mudah sembuh
Buat suruhan jauhilah tegahan
Solat berjemaah diwaktu subuh

Luka dalam perut mudah sembuh
Air zam-zam terus diminum
Solat berjemaah diwaktu subuh
Bila berpisah muka tersenyum

Air zam-zam terus diminum
Dimulai dengan membaca doa
Bila berpisah muka tersenyum
Memajukan diri dengan berusaha

Dimulai dengan membaca doa
Mahu ikut syariat Islam
Memajukan diri dengan berusaha
Solat tahajjud setiap malam

Mahu ikut syariat Islam
Buat suruhan tinggal larangan
Solat tahajjud setiap malam
Dengannya menanti saja kemenangan


HMS ABU BAKAR


Ahad, 22 Februari 2015

PANTUN NAFSU TERKAWAL

Pasang belat sulam disemat
Belatnya lebar empat penjuru
Jika hidup mahu selamat
Belajar pula kena berguru

Belatnya lebar empat penjuru
Di pasang semasa air surut
Belajar pula kena berguru
Ajaran benar elok diturut

Di pasang semasa air surut
Di tepi pantai yang berlumpur
Ajaran benar elok diturut
Dengan musuh berani bertempur

Di tepi pantai yang berlumpur
Air pasang tenggelamlah semua
Dengan musuh berani bertempur
Mati syahid bukanlah kecewa

Air pasang tenggelamlah semua
Berenanglah ikan kesana kemari
Mati syahid bukanlah kecewa
Keredhaan Allah yang dicari

Berenanglah ikan kesana kemari
Ikan kembung ikan pelata
Keredhaan Allah yang dicari
Korbankan jiwa dan harta

Ikan kembung ikan pelata
Di antara jenis ikan laut
Korbankan jiwa dan harta
Panggilan jihad terus disahut

Di antara jenis ikan laut
Membekalkan protein kepada manusia
Panggilan jihad terus disahut
Barulah kehidupan tidak sia-sia

Membekalkan protein kepada manusia
Diusahakan oleh nelayan-nelayan
Barulah kehidupan tidak sia-sia
Di akhirat bidadarilah yang melayan

Diusahakan oleh nelayan-nelayan
Di lautan dalam memasang pukat
Di akhirat bidadarilah yang melayan
Berjaya saja yang berbakat

Di lautan dalam memasang pukat
Perlu kapal yang canggih
Berjaya saja yang berbakat
Berusaha pula begitu gigih

Perlu kapal yang canggih
Harganya pula terlalu mahal
Berusaha dengan semangat gigih
Dengan iman nafsu pun terkawal

Harganya pula terlalu mahal
Inilah kapal nelayan termoden
Dengan iman nafsu pun terkawal
Peribadi Nabi jadikan teladan


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 21 Februari 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU (KAMAL & UMAIRAH)


Tahniah Jaafar dan Kasmirah
Dapat menantu lelaki Ahmad Kamal
Bagi keluarga saya
Mendoakan Umairah dan Ahmad Kamal bahagia selalu
Ingat juga masa lalu
Di Arqam kita menghidupkan agama
Bekerjasama
Pengasas Arqam ramai ke alam lain
Alam menerima balasan
Dapat yang kita tanam
Berasaskan Rukun Iman yang enam
Pengantin baru elokkan bersenam
Makan telur dan manisan lebah
Baru keluarga Jaafar bertambah
Baru ceria menimang cucu
Malam pertama pakailah gincu
Mandi wajib sudahlah tentu
Dalam nikmat dua insan bersatu
Bersatu dalam kehidupan
Dengan iman cerah masa depan
Betul aqidah membawa harapan
Dihari bahagia ini
Pada hari Sabtu
21 Februari 2015
Bersamaan
2 Jamadilawal 1436H
Saya dan keluarga
Mengucapkan
Selamat Pengantin Baru
Kepada
Ummu Umairah Binti Jaafar
Ahmad Kamal Bin Razali
Ingat Allah disetiap keadaan
Nescaya cerah dimasa mendatang


HMS ABU BAKAR

                                                           

Jumaat, 20 Februari 2015

HARAPAN TAHUN BARU CINA KALI INI


Hari Khamis
Hari gembira bagi orang-orang Cina
Meraikan tahun baru kambing biri-biri
Kemakmuran diri dicari
Berniaga punca dapat rezeki
Persiangan menguatkan jati diri
Tarikhnya 19 Februari
Makan besar bersama keluarga di malam sebelumnya
Mewah bagi yang kaya
Yang miskin pun makan juga
Secara ala-kadar
Berkumpul mengeratkan semangat kekeluargaan
Budaya bangsa Cina dah turun-temurun
Harap-harap penzalim akan turun
Digantikan dengan yang bertamadun
Harap bagi tahun baru ini
Terasanya ialah reformasi



HMS ABU BAKAR



Khamis, 19 Februari 2015

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015


Selamat Tahun Baru
Kepada rakan-rakan Cina
Masyarakat madani mari sama-sama bina
Tolak pimpinan tak berguna
Dengan kuasa kumpul harta
Rakyat bawahan terus menderita
Harga barang-barang terus naik
Kos kehidupan terus meningkat
Tolak mereka dalam masa terdekat
Kehidupan dunia terlalu singkat
Dalam kebaikan kita berpakat
Di tahun baru biri-biri ini
Menyatakan kebenaran kenalah berani
Bersatu Cina, Melayu, India dan Serani
Bersatu dalam keperbagaian
Dengan satu tujuan
Kebaikan bagi rakyat sekalian
Raikanlah di tahun baru ini
Dengan penuh kemesraan



HMS ABU BAKAR



Rabu, 18 Februari 2015

KERANA 2 BATANG ROKOK

Belasah anak kerana rokok
Panjangkan doa sewaktu rukuk
Satu, dua, tiga lekuk
Bila pimpinan di atas bengkok
Rakyat pun stress hisaplah rokok
Ini dinamakan pimpinan hayun mangkuk
Bila tiba umur tua badan pun bongkok
Waktu pagi ayam berkokok
Menandakan hari nak siang
Bertaubatlah dari hisap rokok
Jika nyawa anda sayang


HMS ABU BAKAR


Selasa, 17 Februari 2015

DIUGUT BUNUH

Orang kenamaan diugut bunuh
Duit dalam tabung dah penuh
Jolilah segenuh-genuh
Ke London
Ke Paris
Diminati gerombolan keris
Ke New York
Ke Los Angeles
Menanti saja iblis
Ikan yu ikan bilis
Dua jenis ikan laut
Buat maksiat disuruh iblis
Nyanyian K-Pop terus disahut
Thaipusam ada Melayu sambut
Iman dah lembut
Datang Izrail kemana nak cabut?
Bakaran api seperti rebut
Baru nama Allah nak disebut
Teruskan boikot
Teruskan boikot
Teruskan boikot


HMS ABU BAKAR



Isnin, 16 Februari 2015

ANWAR IBRAHIM YANG SAYA KENALI


Saya mula berkenalan
Dengan Anwar Bin Ibrahim
Pada tahun 1973
Semasa dalam ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia
Setelah lulus dari Universiti Malaya
Anwar tidak masuk Perkhidmatan Kerajaan
Kalau mahu Anwar boleh masuk MCS (Malaysia Civil Service) atau PTD
Jawatan Kumpulan A
Ayah Anwar rapat dengan Tunku Abdul Rahman
Ayah Anwar rapat dengan Tun Abdul Razak
Tapi Anwar dengan beberapa rakan buka sekolah swasta bernama
Yayasan Anda
Tempat pelajar-pelajar Melayu yang tak layak masuk universiti
Dari Yayasan Anda ramai pelajar (Gred III SPM)
Pelajar-pelajar Melayu ini diasuh
Oleh guru-guru di Yayasan Anda
Yang dedicated, terutama Anwar
Akhirnya ramai berjaya masuk UM dan UKM
Ada yang berjaya ke Peringkat PHD
Inilah jasa Anwar
Anwar berjiwa rakyat
Dalam dia aktif dalam ABIM
Anak Si Kuty menarik Anwar masuk UMNO
Anwar meningkat jadi Timbalan Perdana Menteri
Musuh-musuh politik Anwar
Merancang kejatuhan Anwar
Wujudlah kes liwat I
Wujudlah kes liwat II
Sekarang Anwar dipenjara
Adakah Anwar kecewa?
Jawabnya tidak
Anwar dianiaya
Anwar difitnah
Saya yakin Anwar akan jadi lebih hebat
Lebih hebat dari Hang Jebat
Dari penjara
Anwar boleh dekat dengan Allah
Anwar boleh merayu
Kepada Allah
Minta hanya sihat badan
Minta sihat fikiran
Minta kekal dalam:
Islam
Iman dan taqwa
Bila berada dalam Iman dan taqwa
Anwar boleh lakukan kerja-kerja
Yang mendatangkan
Kekuatan jasmani dan rohani
Tetap berani
Rakan-rakan di luar tetap dengan reformasi
Menggeletarlah jiwa-jiwa puak korupsi
PRU-14 berubah banyak kerusi
Perjuangan asobiyah jadi basi
Anwar Ibrahim akan isi
Menguasai Putrajaya penuh dedikasi
Ini saya yakini
Ini rakan-rakan reformasi yakini
Slogan kami berbunyi
“Lawan tetap lawan”


HMS ABU BAKAR