Jumaat, 28 Ogos 2015

PANTUN TERIMALAH KESUSAHAN

Buah manggis buah langsat
Dua jenis buah tempatan
Melayu tak akan bangsat
Kecuali ikut ajakkan syaitan

Dua jenis buah tempatan
Sedap dimakan waktu panas
Kecuali ikut ajakkan syaitan
Buku Macviavelli dijadikan nas

Sedap dimakan waktu panas
Minum kopi selepas itu
Buku Macviavelli dijadikan nas
Kuasa politik asas bersatu

Minum kopi selepas itu
Fikiran matang badan pun sihat
Kuasa politik asas bersatu
Diperalatkan oleh pimpinan jahat

Fikiran matang badan pun sihat
Boleh membaca buku-buku agama
Diperalatkan oleh pimpinan jahat
Dengan “gangster” sanggup bekerjasama

Boleh membaca buku-buku agama
Terutama tulisan Imam Al-Ghazali
Dengan “gangster” sanggup bekerjasama
Boleh tipu bangsa berkali-kali

Terutama tulisan Imam Al-Ghazali
Ehya Ulumuddin penerang agama
Boleh tipu bangsa berkali-kali
Istilah “bangsat” baru menjelma

Ehya Ulumuddin penerang agama
Sudah diterjemahkan berbagai bahasa
Istilah “bangsat” baru menjelma
Bila hampir terburai kuasa

Sudah diterjemahkan berbagai bahasa
Mudah difahami pembaca budiman
Bila hampir terburai kuasa
Keluar perkataan tidak siuman

Mudah difahami pembaca budiman
Diajarkan oleh Guru Bertauliah
Keluar perkataan tidak siuman
Menanti seksa didalam tanah

Diajarkan oleh Guru Bertauliah
Terutama semasa kuliah maghrib
Menanti seksa didalam tanah
Baru sedar kuasa ghaib

Terutama semasa kuliah maghrib
Dengar dengan penuh kesungguhan
Baru sedar kuasa ghaib
Pimpinan bangsat terimalah kesusahan


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan