Jumaat, 31 Oktober 2014

NASIHAT KEPADA PENULIS


I
Nabi Muhammad s.a.w tak tahu membaca dan menulis
Tetap kenal taktik kotor iblis
Menyempurnakan tugas Nubuwah sehingga nyawa habis
Menawarkan kepada umat Al-Qur’an dan Al-Hadis.


II
Meninggalkan dua pesaka
Boleh lepas dari neraka
Kecuali penulis-penulis yang bermuka-muka
Dari Orientalis dapat cerita
Irihati terhadap Islam jelas dan nyata
Di suruh manusia mencari harta
Melalui tahta
Memperalatkan wanita
Dari Hollywood
Dari Bollywood
Lahir budaya Hedonis
Lahir nampak manis
Dalam media massa cerita dalam bilik semua ditulis
Kehormatan wanita pun habis.


III
Cintakan dunia
Takut mati
Budaya hari ini
Berleluasa korupsi
Kos hidup naik tinggi
Inflasi
Lemah tenaga pembeli
Mengeluh rakyat setiap hari.



IV
Pembawa rahmat kesekalian alam
Menghina Nabi s.a.w bukan budaya Islam
Penulis upahan kena faham
Di Akhirat ada Neraka Jahanam.

HMS ABU BAKAR
21 Muharram 1423
(04 April 2002)

Kuala Lumpur



Khamis, 30 Oktober 2014

BERANI KERANA BENAR


I
Aku, dia dan lagu
Kewujudan Neraka jangan ragu
Syurga tempat orang berilmu
Beramal dengan wahyu
Patut diikuti oleh orang Melayu
Parameswara pun setuju
Tinggalkan Agama Hindu.

II
UPSI
Ramai minati puisi
Ada misi
Mahu membanteras korupsi
Mahu bebas awam punya institusi-institusi
Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan
Mahu ujudkan keadilan
Negeri-negeri diberi juga kebebasan
Ketua Agama Islam adalah Sultan
Agama ini perlu diutamakan
Dari Ulama kepuraan
Cintakan keduniaan
Tutup mulut kerana jawatan
Dapat banyak kemudahan-kemudahan.

III
Tiap negeri ada Mufti
Penasihat Agama
Ilmu banyak didada
Beramal soleh setiap masa
Demi masa
Rugi yang menyalahguna kuasa
Rugi yang mengongkong media massa alat propaganda
Dua Malaikat mencatit saja
Sebelah kiri menulis dosa
Sebelah kanan menulis pahala.

IV
Buat yang wajib dapat pahala
Buat yang sunat dapat pahala.

V
Buat yang haram dapat dosa
Kena percaya
Tuntutan agama
Peranan ulama menyedarkan tanggungjawab kita
Jangan cela mereka
Jangan herdik mereka
Jangan hina mereka
Nanti masuk neraka
Tempat celaka

VI
Dengan antologi puisi
Bakat terpendam diuji
Dari anak negeri
Perak ada SITC
Sekarang jadi UPSI
Tak bermakna berlambangkan keris
Jika kegunaan Bahasa Melayu terhakis
Memuja pula Bahasa Inggeris
Banyak masa Tun Razak dan Datuk Abdul Rahman Talib menyediakan laporan habis
Belot waris

VII
Berani kerana benar
Pepatah ini kena sebar dan sebar
Yang korup sentiasa menggeletar
Banyak buat kerja mungkar
Sapu sampah dibawah tikar
Bangunlah Melayu dengan Allahhuakbar.


HMS ABU BAKAR
6 Zulhijjah 1422
(19 Februari 2002)
Kuala Lumpur



Rabu, 29 Oktober 2014

PANTUN PERTAHANKAN KAMPUNG WARISAN

Buah rambutan buah pulasan
Bila dikupas isinya putih
Wajib pertahankan kampung warisan
Istiqamah walaupun terasa letih

Bila dikupas isinya putih
Terasa lazat semasa dimakan
Istiqamah walaupun terasa letih
Semangat jihad perlu diteruskan

Terasa lazat semasa dimakan
Dengan meminum air segelas
Semangat jihad perlu diteruskan
Dengan syarat betul-betul ikhlas

Dengan meminum air segelas
Bila minum hilanglah dahaga
Dengan syarat betul-betul ikhlas
Membawa kebaikan kepada keluarga

Bila minum hilanglah dahaga
Terutama sewaktu berbuka puasa
Membawa kebaikan kepada keluarga
Dirasai juga pihak berkuasa

Terutama sewaktu berbuka puasa
Puasa wajib ataupun sunat
Dirasai juga pihak berkuasa
Bila reformasi ramai berminat

Puasa wajib ataupun sunat
Elok dilakukan secara berterusan
Bila reformasi ramai berminat
Mahu selamatkan kampung warisan

Elok dilakukan secara berterusan
Menghadirkan diri dimajlis ilmu
Mahu selamatkan kampung warisan
Berdoa janganlah jemu-jemu

Menghadirkan diri dimajlis ilmu
Bawa pen dan buku
Berdoa janganlah jemu-jemu
Semoga tindakan penzalim kaku

Bawa pen dan buku
Catat apa-apa yang berguna
Semoga tindakan penzalim kaku
Mudah masyarakat madani dibina

Catat apa-apa yang berguna
Dari Quran dan Sunnah
Mudah masyarakat madani dibina
Selamat kampung dari musnah

Dari Quran dan Sunnah
Dua pusaka peninggalan Nabi
Selamat kampung dari musnah
Hasil penentangan bertubi-tubi

Dua pusaka peninggalan nabi
Menjadi pedoman umat Islam
Hasil penentangan bertubi-tubi
Selamatlah Kampung Banda Dalam

Menjadi pedoman umat Islam
Tiangnya solat lima waktu
Selamatlah Kampung Banda Dalam
Bila warga prihatin bersatu

Tiangnya solat lima waktu
Dari masjid dilaungkan azan
Bila warga prihatin bersatu
Bangun bersama menentang kemungkaran

Dari masjid dilaungkan azan
Datang umat solat berjemaah
Bangun bersama menentang kemungkaran
Dipimpin imam yang beramanah

Datang umat solat berjemaah
Selepas maghrib ada kuliah
Dipimpin imam yang beramanah
Orang munafik saja gelisah

Selepas maghrib ada kuliah
Dikupas buku Diplomasi Rasulullah
Orang munafik saja gelisah
Mengancam Islam dizaman Madinah

Dikupas buku Diplomasi Rasulullah
Punca kejayaan Nabi Muhammad
Mengancam Islam dizaman Madinah
Dihadapi Nabi dengan cermat

Punca kejayaan Nabi Muhammad
Taat kepada perintah Allah
Dihadapi Nabi dengan cermat
Akhirnya puak Mushrikin kalah

Taat kepada perintah Allah
Menjadi kewajipan umat Islam
Akhirnya puak Mushrikin kalah

Dengannya tersebarlah budaya salam


HMS ABU BAKAR



Selasa, 28 Oktober 2014

SAJAK AKU DAN DIA

            I

Aku lihat dari jauh engkau tenang saja
Sedang hatiku berasa sedih dan sayu
Memikirkan nasib pejuang sejati bangsa Melayu
Dituduh begitu melulu
Cabut lari rakan-rakan dulu
Dari Abim dan Umno pun begitu
Tinggallah aku
Tetap bersama-samamu

                        II

Dimahkamah engkau duduk
Di kandang tertuduh
Hatiku mengeluh
Rupa-rupanya dalam UMNO
Engkau banyak musuh
Membuat mungkar engkau dituduh
Tapi engkau ingat janji
Sewaktu sembahyang subuh
(Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
Hidupku dan matiku, semuanya bagi ALLAH,
tuhan semesta alam)
memang kita beragama Islam
bagiku Allah saja yang maha kuasa
nabi Muhammad kita kena percaya
meninggalkan hanya dua pesaka
Bukan hartabenda
Bukan saham di BSKL
Bukan sukusakat yang lintah darat
Bukan kroni-kroni yang keparat
Tapi Al-Qur’an
Tapi As-Sunnah
Dengan dua perkara ini aku lihat
Engkau begitu tabah
Walaupun dipukul dan dibelasah
Dari bibirmu keluar darah
Yang merah
Jiwamu tidak rebah
Kemudian didapati bersalah
Cuba membuat helah
Rakyat cukup marah
Reformasi mula bercambah
Solat hajat berjamaah
Aku lihat engkau tetap berhemah


                        III

Aku pergi ke rumahmu
Bersembahyang maghrib dan isyak dengan tetamu-tetamu
Membaca yaasin dengan suara yang mendayu-dayu
Hati kami bersatu
Dosamu hanya satu tidak mahu ikut cakap kepala batu
Baca buku SHIT akan tahu
Busuknya bau
16 tahun engkau dah sedu
Kesabaranmu cukup jitu
2 September 1998 engkau diberitahu
Dalam kabinet tidak ada jawatan lagi bagimu
Ke rumahmu rakyat datang beribu-ribu
“Road Show” engkau ditunggu-tunggu
Mereka menyokongmu
Itu memangku tahu
ISA menunggu
20 September 1998 berlaku
Roslan Kassim ditangkap dulu
Rumahmu diserbu
Dipijak-pijak sejadah dengan sepatu-sepatu
Hilang adab kerana tiada ilmu
Diakhirat akan bertemu
Neraka jahanam bagi yang bertindak ikut nafsu


                        IV


Engkau dibawa ke Bukit Aman
Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia
Ada yang berlagak macam raja
Engkau digari dan ditutup mata
Dalam mahkamah engkau bercerita
Terkejut rakyat jelata
Terkejut seluruh dunia
Engkau dianiaya
Rakan-rakanmu diam saja
Takut risiko menimpa
Jasamu mereka terus lupa


                        V

77 hari engkau dibicarakan
14-4-1999 dijatuhkan hukuman
Tangisan dari keluarga kedengaran
Sempat engkau buat kenyataan
Dalam Harakah ada dimuatkan
“The judgement stinks to high heaven”
(Keputusan membawa bau busuk hingga ke syurga)


                        VI

Aku sedih mendengar keputusan
Hakim yang menjatuhkan hukuman
6 tahun terhadapmu
Itu semua aku dah duga dari dulu
Denganmu mereka cemburu
Godaan seorang betina engkau membisu
Hatinya bagai digaru
Dengan konspirator dia bertemu
Konspirasi politik semua orang tahu
Kecuali yang dungu-dungu
Dikelilingi kepala tahi menunggu
Semua projek penswastaan mahu sapu
Budaya mereka budaya mengampu
Busuknya bau
Merubahnya sangat perlu
Kita wajib bersatu
Walaupun Parti KeADILan baru
PAS setuju
DAP setuju
PRM setuju
Mewujudkan politik baru
Di atas pengorbananmu
Anwar Ibrahim
Engkaulah wiraku.


HMS ABU BAKAR
20hb. Mei 1999/04 Safar 1420



Isnin, 27 Oktober 2014

SAJAK MALAM 20 SEPTEMBER 98

Di malam yang sunyi itu
Suasana tegang sekali
Terutamanya di lokap nombor enam
Di situlah mata Anwar Ibrahim lebam
Di hentam
Sebelum masuk disuruh diam
Sambil berjalan berdehem-dehem
Tidak ada sifat rahim
Menanti saja Neraka Jahim

Bunyi hentakkan kasut kedengaran
Rupa-rupanya yang sampai penampar
Menyerang macam harimau lapar
Tidak ada langsung sifat sabar
Dari mulut Anwar darah keluar
Tindakan pasukan memang kurang ajar
Nama baik  tercemar
Di sana sini ada usaha menyamar
Mempertahankan kepala tahi yang tak mahu keluar

Bertindak  kerana SHIT punya arahan
Anwar Ibrahim mesti dihapuskan
Malam 20 September ada serbuan
Ingat-ingat ada rusuhan
Waktu itu boleh lepaskan tembakan
Dari Sub-Machine gun
Tapi Allah tak mengizinkan
Malam itu juga tukar tuduhan
Daripada 377 B Kanun Keseksaan kepada ISA
Penjawat Awam ada bersama
Di Bukit Aman bukan tempat dia bekerja
Konspirasi wujud jelas dan nyata

Rakyat mula berkata-kata
Kezaliman sudah merata-rata
Anwar Ibrahim jelas dianiaya
Berkorban apa saja
Asalkan untuk negara dan agama

Bulan September 98 sangat bersejarah
Anwar Ibrahim ditangkap dan dibelasah
Sehingga keluar darah
Tetap menyebut nama Allah
‘Allah! Tolong jangan pukul saya’
Jerit kesakitan dari Anwar
Yakin dirinya benar
Berani kerana benar
Menentang kumpulan yang mungkar
Parti KeADILan Nasional selamat didaftar
Menyambung perjuangan Anwar

Hidup adalah perjuangan
Buat yang suruhan tinggal yang larangan
Perintah dari Al-Qur’an
Dengan taghut kena lawan
Dalam satu pasukan
Temanya keadilan
Satu tujuan
Menumbangkan kezaliman
Boleh dilakukan
Bersatu PAS-PRM-DAP dan KeADILan
Inilah peluang keemasan
Adakah perubahan
Dalam pemerintahan
Adil punya kerajaan
Berfaedah untuk rakyat sekalian
Hadiah untuk Anwar yang dipenjarakan


HMS ABU BAKAR
25 Safar 1420 / 10 Jun 99 (Rabu)


                                                                                          

Ahad, 26 Oktober 2014

KALAU TAKUT DENGAN RISIKO

Ramai pelancong pergi Morocco
Dari Malaysia satu rombongan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan

Risiko itu ertinya kerugian
Wujud dalam manusia bacul
Kumpulan benar wajib melawan
Walaupun ada kena pukul

Hidup manusia penuh perjuangan
Pertama-tama melawan nafsu
Disuruh buat segala larangan
Dipatuhi oleh pengampu-pengampu

Manusia pertama Nabi Adam
Berserta Hawa digodai iblis
Dengan Anwar mereka berdendam
Terpaksa guna kekuatan polis

Iblis mahu manusia ke neraka
Digoda dengan tiga “ta”
Dengan ibubapa sanggup derhaka
Asalkan “kroni” dapat harta

Yang pertama ialah wanita
Diminati oleh setiap lelaki
Dalam hati menaruh cinta
Apabila ditolak terus dengki

Yang kedua ialah harta
Diperolehi pula melalui rasuah
Dapat kontrak berjuta-juta
Peduli apa wirawan musnah

Yang ketiga ialah takhta
Mempunyai kuasa yang banyak
Dalam sejarah banyak cerita
Berjaya pimpinan yang layak

Melawan iblis dengan iman
Ingat mati sebagai zikir
Orang beriman jadikan teman
Kebajikan rakyat saja difikir

Bangunlah wahai rakyat sekalian
Lupakan Barisan kali ini
Pemimpin nyanyuk wajib diketepikan
Melawan kita perlu berani

Berani kita kerana benar
Keadilan rakyat kita tuntut
“Saya lawan” kata Anwar
Dengan Mahathir dia tak melutut

REFORMASI itu cukup penting
Perubahan berlaku di setiap diri
Sebut “kroni” si tua melenting
Umurnya tinggal sedikit hari

Mari lawan manusia nyanyuk
Dari penjara terus menyengat
Niat jahat tak boleh sorok
Reformasi menjadi senjata rakyat




HMS ABU BAKAR
22 Syawal 1419/ 9 Feb 1999



Sabtu, 25 Oktober 2014

TAHUN BARU ISLAM


I
1 Muharram
Melibat maksiat orang munafik naik geram
Belanja keluarga dari punca haram
Zaman Teknologi Maklumat rakyat tak boleh duduk diam
Penyelewengan kerajaan pusat mereka faham

II
1 Muharam hari Sabtu
Mari bersatu seluruh umat
Yang wajib sama-sama buat
Buat juga yang sunat
Pahala boleh dapat
Kerja-kerja yang manfaat
Dapat berkat
Hasil beribadat
Tiangnya solat
Dalamnya akujanji sentiasa dibuat
Semua perbuatan kita Malaikat catat

III
25 Oktober 2014
1 Muharram tahun kita
Dengan Nabi Muhammad s.a.w kita cinta
Menuduhnya tentunya orang gila
Gila pangkat
Gila puji
Gila nama
Dapat ruang dalam Media Massa Perdana
Peribadi Nabi s.a.w sanggup dihina
Dengan munafik sanggup bekerjasama
Hidup bukanlah lama
Ingat
Islam Plural
Islam Liberal
Sister’s In Islam
Jemaah Quran Malaysia
Kubur menanti saja         
Pintu Neraka sentiasa terbuka

Bagi manusia yang bermuka-muka


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 24 Oktober 2014

AKU, DIA DAN LAGU

I
Aku
Di mana-mana emas tetap laku
Barang bermutu
Begitu juga Engkau dan Aku
Dengan bimbingan guru
Bertambah ilmu
Setiap masa perlu
Ingat Melayu baru
Budaya Hollwood tak payah tiru
Buangkan budaya mengampu
Buangkan budaya mengampu
Buangkan mentaliti kalkatu
Dengan banyak membaca buku
Keindahan Islam baru tahu
“It is good for you”

II
Dia
Pencipta kita
Dari Adam dan Hawa bermula
Biaklah generasi manusia
Demi masa
SITC meninggalkan banyak jasa
Kepada bangsa
Bahasa jiwa bangsa
Dengan iman baru bermakna
Dengan akidah insan terbina
Tanpa Islam Melayu jadi hina
Hang Jebat mengamuk di istana
Mahu nasib kawan di bela
Tapi Hang Tuah penuh taat setia
Kepada raja
Cerita lama
Mari bangunkan bangsa bersama-sama
Amalkan ajaran agama
Islam panacea bagi semua
Muda dan tua
Amal soleh saja dikira
Maha tahu Si Dia
Berkuasa sentiasa
Maha Pemurah kepada semua bangsa
Di sediakan neraka
Tempat celaka
Bagi manusia yang hidup bermuka-muka
Islam hanya pada nama
Janggut Nabi berani hina
Katanya super gillet belum ada
Bertaubat tidak kedengaran pula
Berbagai-bagai jenis manusia
Mukmin
Kafir
Munafik
Dari Allah kita mohon taufiq
Ke syurga tempat yang cukup baik.

III
Lagu
Kewujudan syurga jangan ragu-ragu
Kewujudan neraka jangan ragu-ragu
Nanti menyanyi tidak berlagu
Oh jangan tinggal daku
Dua kali lima sepuluh
Dua kali enam dua belas
Bangun pagi solat subuh
Jangan pula kita malas
Ulat bulu panjat durian
Sedap dahulu sakit kemudian
Fikirlah semua insan
Hidup adalah perjuangan
Supaya sihat minda, roh dan badan
Yakinlah dengan Al-Quran
Sesuai sepanjang zaman.


HMS ABU BAKAR
22 Zulkaedah 1422
(05 Februari 2002)

Kampong Gajah