Ahad, 31 Ogos 2014

USTAZ HASHIM YAHYA DALAM KENANGAN


Jam 1:50 tengah hari
Hari Rabu
1 Zulkaedah 1435 Hijrah
Bersamaan
27 Ogos 2014
Di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pergilah
Menemui Allah
Datuk Md. Hashim Yahya
Bekas mufti
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Berusia 75 tahun
Kepada Allah kita memohon
Supaya apa-apa dosanya diampun
Supaya rohnya bersama
Roh-roh manusia yang dirahmati Allah
Semasa hidupnya menabur jasa kepada negara
Nasib wira reformasi dibela
Berani bangun menentang kezaliman
Ini tanda orang beriman
Berkata benar
Di depan pemimpin yang zalim
Ustaz Hashim seorang yang alim
Betul-betul Muslim
Pemergiannya
Kita kehilangan seorang ulama yang berani
Susah dicari di zaman ini
Jasamu tetap diingati
Daripada rakan-rakan sejati


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 30 Ogos 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU [BALYA & JENNA]


Tahniah
Haji Mohd Belia @ Balya bin Haji Abu Kasim
Roaziana binti Ahmad Rani
Dah sah jadi suami isteri
Dah lama dicari
Sekarang menikmati keperluan manusiawi
Syukur kepada Ilahi
Terutama
Haji Mohd Belia
Umur dah 76 tahun
Dapat isteri
Berumur empat puluhan
Ceria jelas kelihatan
Jaga-jagalah kesihatan
Bertindak jangan berlebihan
Bertahajud menguatkan iman
Beramal soleh untuk hari kemudian
Berpada-pada dalam segala tindakan
Buat saja suruhan
Jauhi pula larangan
Insyallah jodoh akan berpanjangan
Tentu dalam kemesraan
Harap-harap dalam keredhaan Tuhan
30 Ogos hari kemenangan
Di Kampung Temiang
Diadakan kenduri bagi tetamu dan rakan-rakan
Sempena perkahwinan
Balya dan Jenna
Waktu subuh jangan terlena
Di akhirat sangat berguna


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 29 Ogos 2014

CERITA SEORANG BERPANGKAT BESAR

Ada suatu cerita
Tentang pemegang tahta
Di media massa ada cerita
Kehebatan pemerintahnya
Sebelum memegang jawatan dia terkenal kaya
Seorang tokoh korporat yang hebat
Masuk parti politik dengan ehsan kawan lama
Dia menang
Dia dilantik menjadi ketua kerajaan
Di peringkat negeri
Satu penggal berlalu
Ditegur rakan-rakan parti dia membisu
Mesyuarat parti dia jauhi
Lupa parti menaikkan dia
Ini Si Tanggang moden namanya
Dirapati musuh-musuh politik yang bergerak licin macam belut
Dengan rakan-rakan parti sanggup belot
Bila dipecat daripada parti
Baru dia sedar
Dia seorang diri
'Lone Ranger' dalam D.U.N
Dari jawatan besar terpaksa turun
Baginya lawan tetap lawan
Walaupun dengan rakan-rakan
Itu perkara sejarah katanya
Dia berusaha sedaya-upaya
Masa tida menyebelahinya
Allah saja Maha Kaya
Ini Abu Jahal tak percaya
Ini Firaun tak percaya
Baru sedar dah berada di sebelah sana
Dalam keadaan hina


HMS ABU BAKAR





Rabu, 27 Ogos 2014

TERUSKAN PERJUANGAN

Berkawan
Untuk kebaikan kemanusiaan
Dari berbagai keturunan
Semua ada keinginan
Mahu hidup makmur dan aman
Terasnya ilmu pengetahuan
Mudah berkenal-kenalan
Menuju satu jalan
Perlu sikap keterbukaan
Bebas daripada fahaman perkauman
Intisarinya iman
Yakin dengan kuasa Tuhan
Buat segala suruhan
Tinggal semua larangan
Seperti membelakangi kehendak rakan-rakan
Bercita-cita membawa perubahan
Dengan seharusnya menggunakan jawatan
Untuk kebaikan parti dan ahli-ahli sekalian
Mereka dah berkorban
Jasa mereka jangan diabaikan
Ini namanya setiakawan
Bila ada perselisihan faham
Undurlah secara wira
Jangan jadi harimau cedera
Dosa pahala kena ambil kira
Baru anda redha namanya
Redha dilucutkan jawatan
Terutama untuk kebaikan Pakatan
Mencari gaharu dalam hutan
Dapat seekor anak kijang
Mari mantapkan wadah Pakatan
Tanpa jawatan terus berjuang


HMS ABU BAKAR


Isnin, 25 Ogos 2014

PANTUN TUGAS BERSAMA

Manis rasa buah rambutan
Manis juga buah pulasan
Mari kuatkan jentera Pakatan
Mudah pula ditolak Barisan

Manis juga buah pulasan
Makan di rumah bersama keluarga
Mudah pula ditolak Barisan
Nasib rakyat terus dijaga

Makan di rumah bersama keluarga
Elok dilakukan di waktu malam
Nasib rakyat terus dijaga
Selari dengan kehendak Islam

Elok dilakukan di waktu malam
Tentulah selepas solat berjemaah
Selari dengan kehendak Islam
Pemimpin atasan perlu beramanah

Tentulah selepas solat berjemaah
Adakan pula majlis tazkirah
Pemimpin atasan perlu beramanah
Dilucut jawatan tidaklah marah

Adakan pula majlis tazkirah
Mengenai azab di alam akhirat
Dilucut jawatan tidaklah marah
Tanda hati tidak karat

Mengenai azab di alam akhirat
Banyak dicerita dalam Al-Quran
Tanda hati tidak karat
Jadikan pemecatan sebagai pengajaran

Banyak dicerita dalam Al-Quran
Berhikmah Nabi bila mendidik
Jadikan pemecatan sebagai pengajaran
Inilah tanda orang cerdik

Berhikmah Nabi bila mendidik
Ramai jadi pengikut bertaqwa
Inilah tanda orang cerdik
Ke akhirat pula pahala dibawa

Ramai jadi pengikut bertaqwa
Seperti Abu Bakar As-Siddiq
Ke akhirat pula pahala dibawa
Patut diikuti pimpinan cerdik

Seperti Abu Bakar As-Siddiq
Sahabat Nabi yang setia ternama
Patut diikuti pimpinan cerdik
Menyelamatkan Pakatan tugas bersama

Sahabat Nabi yang setia ternama
Sepuluh dijanjikan masuk syurga
Menyelamatkan Pakatan tugas bersama
Kebajikan rakyat Insyaallah dijaga




HMS ABU BAKAR



Ahad, 24 Ogos 2014

MALAYSIA BOLEHKAN?

Dalam negara demokrasi berparlimen beraja
Sesiapa saja boleh jadi ketua kerajaan
Lelaki atau perempuan
Yang penting kebolehan
Yang majoriti membuat pilihan
Di peringkat negeri atau persekutuan
Ketua Negara itu Yang Dipertuan Agong
Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri
Di peringkat negeri
Ialah sultan
Ialah raja
Ialah Menteri Besar
Ialah Ketua Menteri
Diyakini oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri
Sultan berperlembagaan kena akur saja
Inilah realiti politik ala Westminster
Atau cara Inggeris memerintah
ADUN seorang diri tak boleh bantah
Ahli-ahli minoriti tak boleh bantah
Terima saja Dr Wan Azizah
Dia ada kelulusan
Dia tidak berhutang berjuta-juta dengan BIMB
Dia ketua parti
Dia dapat sokongan 42 ahli DUN Selangor
Dialah MB yang direstui oleh majoriti ADUN Selangor
Bila pemerintahannya tak betul baru kita tegur
Sedarlah orang perempuan boleh buat kerja Menteri Besar
Penentang Kak Wan egonya besar


HMS ABU BAKAR




Sabtu, 23 Ogos 2014

INILAH PERJUANGAN

Inilah perjuangan
Jauhi segala larangan
Jangan mengkhianati rakan-rakan dalam pasukan
Yang halal sahaja dimakan
Yang haram dijauhkan
Diketahui daripada ilmu pengetahuan
Dipelajari daripada dalam buaian
Awal-awal agama mengenal tuhan
Buat saja suruhan
Baik jika dengan iman
Ulama akhirat jadikan teman
Baru jiwa jadi aman
Walaupun dikelilingi ujian
Mempertahankan jawatan
Walaupun dah hilang kelayakan
Syaitan kata teruskan
Terpengaruh yang kurang ilmu ketuhanan
Sanggup dengar nasihat lawan
Akhirnya kawan jadi lawan
Berpunca daripada jawatan
Berpunca daripada kejahilan
Tertutup jalan
Tentulah jalan kebenaran
Sumbernya ialan Al-Quran
Di dalamnya banyak pengajaran
Perlu disedari seorang pejuang
Tujuannya bukan wang
Tapi kasih sayang
Tapi dengan sembahyang
Baru kuat keazaman
Dilakukan pejuang-pejuang sepanjang zaman
Modalnya
Iman dan istiqamah
Bermula daripada rumah
Berusrah dan berdakwah
Dengar puisi pun berfaedah
Penyelewengan pemerintah perlu didedah
Terutama merebaknya rasuah
Eloklah berubah
Eloklah letak jawatan
Bila rakan rakan hilang keyakinan
Bertaubat segera
Di akhirat akan gembira



HMS ABU BAKAR




Jumaat, 22 Ogos 2014

BERILAH LALUAN


“Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutnya bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya di atas perintah Allah”
Oleh itu bersiaplah
Beramal solehlah
Bertaubatlah
Mudah selesai masalah
Letak jawatan bukanlah masalah
Lupa kuasa Allah
Lupa diri dipilih dari parti berteraskan reformasi
Lupa mematuhi
Kehendak parti
Tanda keras hati
Tanda lupa mati
Oleh itu
Kekalkan bersatu
Dengan iman dan ilmu
Hadir di majlis ilmu selalu
Tak mahu letak jawatan tanda muka tak malu


HMS ABU BAKAR

Jumaat, 8 Ogos 2014

PUASA ENAM BULAN SYAWAL


Setelah selesai puasa Ramadhan
Sehingga akhir bulan Syawal
Sepatutnya nampak jalan
Seterusnya berbuat kebajikan
Segera bermaaf-maafan
Di antara rakyat sekalian
Terutama yang beriman
Puasa enam di bulan Syawal dilakukan
Mulai hari keduaan Syawal
Diibaratkan Nab
i sebagai berpuasa sepanjang tahun
Kepada Allah kita pohon
Tentulah
Iman dan hikmah
Mudah musuh kalah
Mudah kerja kerja maaruf dilaksanakan
Mudahlah doa dikabulkan




HMS ABU BAKAR




Khamis, 7 Ogos 2014

SELAMAT HARI JADI KE-81


Hari Khamis
7 Ogos 2014
Genaplah umur Wan Zahir 81 tahun
Kepada Allah semua kita memohon
Supaya semua dosa diampun
Beribadatpun mulai tekun
Rajah kehidupan pun menurun
Semangat juang tetap membara
Mahu di akhirat gembira
Banyakkanlah pahala
Laksanakanlah akujanji dalam solat
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”
Doa-mendoalah sesama umat Islam
Lupakan peristiwa-peristiwa zaman silam
Sebaliknya
Ingatlah akhirat
Di syurga bidadari menanti
Dengan syarat hidup kita di dunia berkualiti
Betulkan niat di hati
Beribadatlah sepenuh hati
Selamat hari jadi
Happy birthday to you
May Allah bless you


HMS ABU BAKAR



Selasa, 5 Ogos 2014

SUATU KETIKA YANG BERMAKNA


Setiap hari aku hidup
Aku mahu
Hari untukku memberi khidmat
Yang terbaik dariku
Aku hanya seorang diri
Tapi bukan bersendirian
Hari terbaik bagiku
Hanya menanti masa
Hatiku sedih melihat penipuan
Ku tahan setiap ujian
Baru terasa nikmatnya
Setelahku lawan kezaliman
Aku bangun dan jatuh
Tapi tetapku teruskan perjuangan
Masih banyak kebaikan menanti
Aku nanti ketika yang baik
Bilaku rasa boleh berbuat suatu yang lebih baik
Bila impianku tidak berapa jauh lagi
Dan jawapannya ada disisiku
Berilah ketika elok itu kepadaku
Bila aku berhadapan dengan takdir
Tentulah waktu itu menyenangkanku
Aku akan rasa
Bahawa kebaikan akan menanti
Aku telah hidup dengan kesusahan
Aku tahu semua penyebabnya
Aku telah sediakan rancangannya
Sekarangku rasa terbuka peluang yang luas
Dihadapanku
Berilah suatu ketika yang bermakna bagiku
Wahai Tuhanku
Bila aku rasa aku boleh berbuat sesuatu
Yang lebih baik bagi negaraku
Bila mimpi indahku terlalu dekat
Dan jawapannya ada disisiku
Berilah suatu ketika yang bermakna
Wahai Tuhanku
Bilaku berhadapan dengan takdir Ilahi
Aku dapat merasai 
Aku akan rasa kehebatan takdir
Engkau Maha Berkuasa Oh! Tuhanku


HMS ABU BAKAR


Isnin, 4 Ogos 2014

MASAKU DALAM KEHIDUPAN


Masaku berperingkat-peringkat
Peristiwa-peristiwa dahulu masihku ingat
Tentera Jepun menyerang kampungku
Aku berumur 4 tahun
Jepun datang melalui Sungai Perak
Jarak sungai dengan rumahku lebih kurang 200 meter
Di rumahku juga ada perigi
Airnya sejuk
Di waktu pagi air sungai sejuk juga
Tempat mandi manda ramai keluarga
Termasuk keluargaku
Empat belas adik beradik
Tiga perempuan
Sebelas lelaki
Seorang mati semasa bayi
Membesarlah aku di kampung
Digelar Kampung Gajah
Sejak mataku dapat melihat
Tiada seekorpun gajah di kampungku
Yang ada hanya nyamuk
Pacat juga lintah
Waktu tidak ada lintah darat
Selepas Merdeka terdengar cerita lintah darat
Mungkin dipengaruh dari Barat
Dasar penjajah serampang dua mata
Kehebatan Inggeris saja dicerita
Dihantar belajar anak-anak orang kaya
Juga dari keturunan raja-raja
Juga yang otak bergeliga
Aku hanya ke Universiti Malaya
Kata orang kampung
Akulah yang pertama masuk Universiti
Sebenarnya aku bukan pandai
Tapi ini yang berlaku
Semasa di Universiti Malaya
Jadi wakil pelajar
Di antara 25 pelajar yang memenangi Pilihanraya Kampus
Politik kepartian tidak ku teruskan
Aku bekerja dengan kerajaan selama 31 tahun
Sekarang aku hidup dengan wang pencen
Masaku berbeza dari masa dulu
Sekarang setiap waktu solat berjemaah
Sekali sekala berjemaah dengan isteri
Ikan pelata ikan pari
Dua jenis ikan laut
Hanya pahala aku cari
Dengan Nabi hati terpaut
Menentang penzalim jangan takut
Kehebatan Umar Al-Khattab kena ikut
Sunnah Nabi kena ikut
Syiah tak boleh ikut
Menyatakan kebenaran jangan takut
Yaasin baca setiap hari
Ilmu agama aku cari
Aku peminat As-Syafie dan Al-Ghazali
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Dengan iman syurga dicari
Tolak sahaja pemimpin keparat
Dengan sepenuh kudrat
Insyaallah aku akan pergi ke akhirat
Inilah masaku dalam kehidupan
Makin bahagia di masa hadapan
Dengan izin tuhan



HMS ABU BAKAR



Ahad, 3 Ogos 2014

SUARA DARI KUBUR


Wahai manusia
Wahai yang masih memijak bumi
Wahai yang berseronok-seronok
Wahai yang sedang berhibur
Wahai yang sedang menonton
Siaran langsung sukan
Berhentilah sebentar
Lihatlah yang di tanah
Kelak tanah akan menelanmu

Wahai manusia
Yang masih bernafas
Yang masih berjalan-jalan
Lihatlah apa yang di bawah tanah
Kelak tanah yang menyempitmu

Oleh itu hai rakan-rakan
Ingatlah masa depan
Beramallah
Beramallah
Berubahlah
Sebelum masuk ke dalam tanah



HMS ABU BAKAR



Sabtu, 2 Ogos 2014

KU KATAKAN


Ku katakan kepadamu
Tuntutlah ilmu

Ku katakan kepadamu
Belajarlah jangan jemu-jemu

Ku katakan kepadamu
Nanti kau akan ketemu
Kebenaran wahyu
Mendengarnya hati jadi sayu
Merubah hati kalbu
Ingat pula jasa ayah dan ibu

Ku katakan kepadamu
Berzikirlah selalu
Masa terus berlalu
Untung yang ada sifat malu
Untung yang ada sifat malu



HMS ABU BAKAR




Jumaat, 1 Ogos 2014

AKU INGATKAN MASJID


Dari menara sebuah masjid
Di kawasan yang lapang
Datang suara
Mengajak manusia berkumpul

Semacam nyanyian
Merdu panggilannya
Biduan awal
Itulah Bilal bin Rabah
Mauzin Rasulullah

Getaran suara itu
Dalam ertinya
Nyanyian itu
Azanlah namanya



HMS ABU BAKAR