Khamis, 31 Julai 2014

PENGALAMAN RAMADAN 1435 H


Ramadan kali ini
Sewaktu umur 75 tahun
Sentiasa memohon
Supaya rahmat Allah turun
Supaya dosa-dosa diampun
Di masjid-masjid ramai berkumpul
Di surau-surau ramai berkumpul
Solat Isya’ berjemaah
Solat terawih berjemaah
Solat witir berjemaah
Ekonomi umat Islam tetap lemah
Dengan Cina ada puak yang marah-marah
Golongan fahaman assobiyah
Membiarkan budaya rasuah
Sedangkan perkara ini dikutuk Allah dan Rasulullah
Pahala puasa tak bertambah
Ini perlu diubah
Dengan ilmu
Dengan iman
Dengan amal soleh
Putrajaya akan beralih
Bila umat Islam yang berpuasa
Bertaraf puasa khusus
Atau puasa first class
Puasa bertaraf ”Jusa”
Hanya boleh dimimpikan saja



HMS ABU BAKAR




Rabu, 30 Julai 2014

ABDUL RAHMAN AROF DALAM KENANGAN


1 Syawal 1435 H
Abdul Rahman Arof jadi arwah
Meninggalkan 2 isteri yang bermaruah
Yang pertama orang Malaysia
Yang kedua orang Siam
Kedua-dua isteri faham
Abang Man yang kuat azam
Memajukan ekonomi keluarga siang dan malam
Berbagai kerja dibuatnya
Jadi bilal masjid
Jadi pembawa van kanak-kanak ke sekolah
Jadi Pengerusi SAR An-Nuriah
Jadi Timbalan Pengerusi Surau An-Nuriah
Jadi pengacara majlis yang berwibawa
Jadi pengurus Sri Ayu Catering yang berjaya
Setiap pagi Jumaat di Surau An-Nuriah
Menjamu jemaah
Setelah sujud sejadah
Syukur rakan-rakan jemaah
Usaha memajukan diri membawa kejayaan
Sedang sibuk menguruskan Sri Ayu Catering
Rahman tiba-tiba sakit
Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
Dalam keadaan koma
Kaki kirinya dipotong
Keadaan bertambah teruk
Akhirnya
Pada jam 3 petang
Hari Isnin
Satu Syawal
Abdul Rahman Arof meninggal
Al-Fatihah

HMS ABU BAKAR




Isnin, 28 Julai 2014

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 1435 H


Makan roti berinti kaya
Makan bersama seisi keluarga
Bermaaf maafan di hari raya
Harap-harap mudah ke syurga

Makan bersama seisi keluarga
Setahun sekali balik ke rumah
Harap-harap mudah ke syurga
Dengan jiwa yang mutmainah

Setahun sekali balik ke rumah
Rasa mesra terus dibina
Dengan jiwa yang mutmainah
Di akhirat menanti sebuah istana

Rasa mesra terus dibina
Dengan iman dan istiqamah
Di akhirat menanti sebuah istana
Nikmatnya amat melimpah ruah


Dengan iman dan istiqamah
Ciri ciri orang beriman
Nikmatnya amat melimpah ruah
Bidadari jelita menjadi teman


HMS ABU BAKAR




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H


Satu Syawal
Hari gembira
Bagi yang berjaya
Bertemu malam Lailatul Qadar
Dibunuh Abu Jahal di peperangan Badar
Baru Kafir Quraish sedar
Masa dah beredar
13 tahun di Mekah
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dizalimi
3 tahun diboikot yang menyusahkan
Nabi SAW tetap bertahan
Dengan iman dan kesabaran
Tenang menghadapi cabaran
Kekuatan datang dari Al-Quran
Penuh pengajaran
Perlu kita fikirkan
Rebutlah peluang untuk berubah
Ubahlah pemikiran kita
Infakkan harta
Betulkan perbuatan kita
Bantu rakyat yang menderita
Kos hidup terus meningkat
Jenayah terus meningkat
Rasuah bagi yang berpangkat
Lupa kubur dah dekat
Eloklah bertaubat
Betulkan tindakan kita
Tindakan utama kita
Laksanakan aku janji
”Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”
Di mana mana ditindas umat Islam
Di Gaza
Di Palestin
Di Selatan Siam
OIC hanya diam
Inilah
Ketentuan Allah
HAMAS di Palestin belum kalah
Dengan semangat Ramadhan kita teruskan perjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Sebarkan kebaikan
Melalui majlis ilmu
Belajar jangan jemu jemu
Kebenaran akan bertemu
Bersalaman bila bertemu
Di hari raya kali ini
Tanamkan semangat berani
Berani berkata
Islamlah sebenar benarnya
Selamat berhari raya


HMS ABU BAKAR

Ahad, 27 Julai 2014

29 RAMADAN 1435H


Hari Ahad
Teruskan jihad
Membebaskan umat
Dengan mendaulatkan syariat
Dengan membetulkan niat
Niat kerana Allah semata-mata
Niat kerana Nabi Muhammad SAW
Inilah kewajiban umat Islam
Berjihad siang dan malam
Berdoa siang dan malam
Supaya
Masjid Al Aqsa dibebaskan
Supaya
Zionis Yahudi ditenggelamkan
Bukan dengan sukan
Tapi dengan ilmu pengetahuan
Tapi dengan cekal amalan
Tapi dengan jemaah yang bertaqwa
Diperoleh daripada Ramadhan tahun ini
Biar lapar dan dahaga
Menanti bidadari di syurga
Dengan penuh mesra
Nikmatnya tidak terkira


HMS ABU BAKAR




Sabtu, 26 Julai 2014

28 RAMADAN 1435H


Hari Sabtu
Mahu hidup bermutu
Jadikan slogan di bawah asasnya
“Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah”
Ini adalah kehendak sunnah
Ekonominya maju membawa faedah
Penyelewengan penzalim jelas terdedah
Korupsi sana sini
Hidup mewah anak isteri
Projek mega saja dicari
Banyak komisyen diperolehi
Contoh terbaik kapal Scorpene
Berjuta-juta RM diserah kepada kroni
Nyawa Altantuya berakhir di sini
Tinggal 2 anak yang masih kecil lagi
Di akhirat perancang pembunuhan ini pasti rugi


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 25 Julai 2014

27 RAMADAN 1435H


“Iman itu dibangun atas empat tiang iaitu yakin, sabar, jihad dan adil”
Renungilah di hari ke 27
Ramadan tahun ini
Dengan jiwa yang berani
Berani berkata benar kepada kerajaan zalim
Itu budaya orang alim
Berdakwah di mana-mana sahaja
Boleh gunakan berbagai cara
Kerja maaruf dibuat segera
Dosa pahala diambil kira
Ini jihad namanya
Hadir di majlis ilmu dapat cahaya
Terang seperti bulan purnama
Inilah peranan agama
Membawa kebaikkan kepada manusia
Tanpa perbezaan bangsa dan warna
Yang penting persaudaraan manusia mesti dibina
Di mana-mana sahaja
Allah tetap dipuja


HMS ABU BAKAR


Khamis, 24 Julai 2014

26 RAMADAN 1435H

Israel mengganas lagi..

Hari Khamis
Hari ke 26 umat Islam berpuasa
Teruskan hingga ke akhir
Dengan membanyakkan zikir
Bersungguh-sungguh bila berfikir
Tentang nasib umat Islam di Gaza
OIC hanya lihat sahaja
Di hadapannya Saudi Arabia
Simpan wang di bank-bank Yahudi
Kepada HAMAS pandang sepi
Dalam istana hanya bermimpi
Mahu bersama bidadari
Lupa di dunia pahala tak dicari
Lupa membela umat Islam di Palestin
Bagi kita di Malaysia
Kita berdoa sentiasa
Supaya Allah selamatkan umat Islam di Gaza
Ya Allah! Tolonglah mereka
Ya Allah! Selamatkanlah mereka
Kumpulan Yahudi di neraka
Layak bagi mereka


HMS ABU BAKAR


Rabu, 23 Julai 2014

25 RAMADAN 1435H


Hari Rabu
Hari Rabu terakhir puasa
Laju peredaran masa
Lupa yang menyalahgunakan kuasa
Mari kita nilai puasa kita
Daripada hari pertama
Solat terawih bersama-sama
Berjuang pula untuk agama
Dengan semangat yang bernyala-nyala
Betul aqidah mendatang pahala
Di akhirat sangat berguna
Pemimpin zalim tentulah hina
Dibawa ke kubur hanya dosa
Ruginya tidak terkira
Elok dakwah kepada mereka
Dengan puisi boleh juga
Teliti bila dibaca
Nanti datang cahaya
Cahaya menerangi jiwa
Tentulah jiwa mutmainah
Bila memimpin mesti beramanah
Selamat negara daripada musnah


HMS ABU BAKAR



Selasa, 22 Julai 2014

24 RAMADAN 1435H


Hari Selasa
Minggu keempat umat Islam berpuasa
Setiap diri boleh rasa
Peringkat mana dia berada
Peringkat satu
Peringkat puasa awam
Hadiahnya
Lapar dan dahaga
Peringkat kedua
Iaitu peringkat khusus
Puasanya lulus
Matanya dijaga
Telinganya dijaga
Lidahnya dijaga
Hatinya dijaga
Terbuka pintu syurga
Adapun peringkat ketiga
Kita tak bicara
Ini terlalu tinggi buat kita
Hanya boleh cerita
Ada pada Nabi kita
Tanamkan saja cita cita
Mahu bersama bidadari yang jelita

HMS ABU BAKAR



Isnin, 21 Julai 2014

23 RAMADAN 1435H


Hari Isnin
Minggu keempat umat berpuasa
Elok bincang tentang kuasa
”Beri seseorang itu kuasa, nanti anda akan tahu siapa dia sebenarnya”
Ada orang ingin kaya
Tapi tak berjaya
Ada orang mahu kelihatan hebat
Semangatnya tak macam Hang Jebat
Mungkin ada watak Brutus
Mungkin ada watak Cassius
Dua watak penentang Julius Caesar
Seperti gunting dalam lipatan
Tentu dirasuk syaitan
Boleh merosakkan cita-cita Pakatan
Cahaya di tepi terowong masih kelihatan
Kesan puasa Ramadan
Teruskan perjuangan
Mencari keredhaan Tuhan


HMS ABU BAKAR



Ahad, 20 Julai 2014

22 RAMADAN 1435H


Hari kedua puluh dua kita berpuasa
Minggu keempat penuh bermakna
Asas taqwa tentulah dibina
Dengan iman kuatlah agama
Mudah pula bekerjasama
Di sesetengah surau lain pula
Ada tersirat tujuan lain
Ada pula berbagai pertimbangan
Buatlah selagi ada kuasa
Inilah ujian bagi yang berpuasa
Bersama-sama solat berjemaah
Memilih-milih pentazkirah
Dua tahun diuji Allah
Banyakkan sabar
Semangat jihad tetap berkobar-kobar
Semoga dapat Lailatulqadar
Hanya rancangan syaitan pudar
Ini si jahil tentu tak sedar

HMS ABU BAKAR



Sabtu, 19 Julai 2014

21 RAMADAN 1435H


Hari Sabtu
Harap-harap puasa kita bermutu
Darinya kita bersatu
Melawan musuh yang satu
Syaitan yang durjana
Masyarakat munkar mahu dibina
Dengan dasar cintakan dunia
Puasa Ramadan biar di takuk lama
Puasa orang awam saja
Dapat lapar dan dahaga
Tutur kata tidak dijaga
Dari rasuah diberi makan keluarga
Dari penyalahgunaankuasa di kumpul harta
Rakyat bawahan terus menderita
Kehebatan kerajaan terus dicerita
Dalam media massa perdana
Terpampang mukanya sahaja
Mahu rakyat sentiasa puja
Sebenar-benarnya yang jadi raja
Itulah tokoh tokoh penguasa ekonomi negara
Ini rakyat kena ambil kira
Tukarkan dengan kadar segera
Ini tanda puasa yang berjaya


HMS ABU BAKAR

Jumaat, 18 Julai 2014

20 RAMADAN 1435H


Hari Jumaat
Nikmat Allah hendaklah ingat
Mudah elakkan maksiat
Bermula dengan niat
Mendaulatkan syariat
Membawa banyak manfaat
Badan sihat
Minda sihat
Kerja baik boleh buat
Selagi ada kudrat
Dengan mata boleh lihat
Ada juga manusia yang jahat
Membiarkan bermaharajalela maksiat
Di bulan Ramadan nampak tersekat
Kesan puasa kepada rakyat
Semasa berbuka terasa lazat
Buah tamar yang lazat
Diteguk pula air serbat
Selepas itu terus solat
Hanya tiga rakaat


HMS ABU BAKAR


Khamis, 17 Julai 2014

19 RAMADAN 1435H


Hari Khamis
Di bandaraya K L ramai pengemis
Diberi makanan oleh NGO-NGO yang prihatin
Disambut oleh warga-warga miskin
Dikelilingi oleh bangunan-bangunan
Tinggi dan cantik
Di Jalan Bukit Bintang ramai
Pelancong dari Barat
Mereka datang berbagai niat
Nilai wang mereka tinggi
Berbelanja sesuka hati
Boleh memuaskan hati
Rakyat miskin hanya perhati
Rela hidup meminta sedekah
Rela tidur di kaki-kaki lima
Ada yang bertahun-tahun
Dari Allah mereka memohon
Supaya penzalim turun
Digantikan dengan penguasa
Yang berjiwa rakyat
Harap-harap di masa terdekat
Bertukarlah Kerajaan Pusat
Sedia berkhidmat
Ikut syariat


HMS ABU BAKAR



Rabu, 16 Julai 2014

18 RAMADAN 1435H


Hari Rabu
Hari ke lapan belas umat Islam berpuasa
Masih kekal di puasa peringkat awam
Puasa yang dapat lapar dan dahaga
Terbuka aurat dibiarkan keluarga
Majlis ilmu dijauhi keluarga
Tapi ingin masuk syurga
Geng Ketuanan Melayu begitu juga
Memperjuangkan assobiyah sepanjang masa
Mengabaikan masa
Menyalahgunakan kuasa
Mengumpul harta semasa berkuasa
Di siang hari tetap berpuasa
Rasuah terima juga
Tapi mahu masuk syurga
Ini khayalan namanya
Ini angan Mat Jenin namanya


HMS ABU BAKAR


Selasa, 15 Julai 2014

17 RAMADAN 1435H

GAZA diserang lagi..

Hari Selasa
Tujuh belas hari kita berpuasa
Israel Zionis menunjukkan kuasa
Menyerang Gaza di bulan puasa
Dari jauh umat Islam terasa
Rakyat Palestin diseksa
Ikut Zionis Yahudi punya rasa
Mahu tunjuk kuasa
Umat Islam serupa sahaja
Allah tetap dipuja
Puasa tetap diteruskan juga
Mati syahid menanti syurga
Nikmatnya tak terkira
Oleh itu mari kita berusaha
Daulatkan agama kita
Dengan nyawa dan harta
Umat Gaza tetap bertahan
Dengan iman
Dengan Al-Quran
Lawan tetap lawan
Hingga Zionis Israel dikorban


HMS ABU BAKAR


Isnin, 14 Julai 2014

PIALA AKHIRAT


Bulan Jun dan Julai
Bulan Piala Dunia
Bulan Piala Akhirat
Bulan Ramadan
Buat yang disuruh Tuhan
Puasa Ramadhan di siang hari
Faedahnya kepada diri sendiri
Baik juga kepada anak dan isteri
Bersahur di malam hari
Berlapar di siang hari
Pahala mudah dicari
Dengan membaca Quran
Dengan berzikir
Dengan berselawat
Jiwa kita jadi kuat
Yang maaruf saja dibuat
Tanda manusia yang taat
Menguatkan syariat
Kebaikannya manusia boleh lihat
Ada juga manusia yang jahat
Menipu rakyat
Piala Dunia boleh lihat
Piala Akhirat tak dapat
Seksa yang dahsyat
Masa belum terlambat
Eloklah bertaubat
Jauhi yang shubahat
Menanti saja
Piala Akhirat
Betulkanlah niat
Laksanakanlah dengan cepat

Ikan keli ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Nikmat syurga boleh dapat
Jika berjuang untuk syariat
Dunia dapat
Akhirat pun selamat


HMS ABU BAKAR


16 RAMADAN 1435H


Hari Isnin minggu ketiga kita berpuasa
Masih berkuasa
Mencari pahala
Menolak bala
Dengan mementingkan kualiti puasa
Merebut peluang yang ada
Menginfakkan wang bagi yang berada
Dari sumber yang halal
Dari perniagaan yang berterusan
Ekonomi negara jadi teguh
Rakyat ada pendapatan
Negara terus maju
Akhirat tempat dituju
Berbekalkan ilmu
Ilmu mengenal Allah
Ini namanya Ilmu Tauhid
Jadilah mujahid
Seperti Tariq bin Ziad
Penakluk Andalusia
700 tahun Islam berkuasa
Tamadun barat mula dibina
Kemajuan kebendaan terserlah
Hanya tidak diredhai Allah
Lahir budaya jahiliah
Yang kayaraya hidup mewah
Yang papakedana bermasalah
Suasana ini perlu diubah
Tentulah dengan dakwah


HMS ABU BAKAR


Ahad, 13 Julai 2014

15 RAMADAN 1435H


Hari Ahad minggu ketiga
Berpuasa bersama keluarga
"Usahlah bimbang jika diri
anda tidak dihargai; akan tetapi
anda perlu bimbang jika anda tidak
berharga lagi."
Ingat kata-kata bijak bistari
Manusia mulia kerana janji
Janji utama
Janji mengakui Allah sebagai Tuhan kita
Bila buka mata
Lain pula cerita
Minat kumpul harta
Bila bercakap berdusta
MH370 hilang apa cerita
Ada berbagai cerita
Keluarga mangsa yang menderita
Ramai dari Negara China
Rakyat lain pun ada juga
Yang beriman ada harapan masuk syurga
Yang zalim menanti neraka
Dunia akhirat rugi
Tapi baki Ramadan ada lagi
Redha Allah perlu dicari
Carilah
Bersegeralah
Berusahalah


HMS ABU BAKAR



Sabtu, 12 Julai 2014

14 RAMADAN 1435H


Hari Sabtu minggu kedua puasa
Begitu cepat beredar masa
Nabi kita ada berkata
Katanya
"Dua perkara yang Allah segerakan hukumam dunia.
Pertama orang zalim
Kedua menderhaka kepada kedua ibubapa"
Ingat baik-baik saudara-saudari
Kezaliman ada di sana sini
Kayaraya kroni-kroni
Untuk menegur dasar ini
Kena berani
Menderhaka kepada ibubapa ada disebabkan isteri
Oleh itu di bulan Ramadan lengkapkanlah diri
Dengan ilmu agama
Dengarlah tazkirah bersama
Baru hidup suami isteri lama
Ke sana ke mari bersama
Solat terawih bersama
Di atas langit bersinar bulan purnama
Sejuk hati memandangnya
Begitulah adanya


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 11 Julai 2014

13 RAMADAN 1435H


Hari Jumaat minggu kedua
Keampunan Allah menanti kita
Dalam masa sepuluh hari kedua
Terus cuba
Tingkatkan kualiti puasa
Dengan menjaga pancaindera
Dosa pahala diambil kira
Memakan harta halal saja
Dengan bekerja
Di siang hari saja
Di malam hari tentulah
Solat terawih secara berjemaah
Lepas itu dengar tazkirah
Minda boleh cerah
Boleh lihat Islam secara menyeluruh
Termasuk
Solat
Ibadat dan hidup
Bila solat waktu dilakukan berjemaah
Akan kuatlah umat Islam
Akan timbul kesedaran
Mahu laksanakan syariatnya
Mudah bila kuasai Putrajaya


HMS ABU BAKAR


Khamis, 10 Julai 2014

12 RAMADAN 1435H


Hari Khamis minggu kedua
Puasa Ramadan hari kedua belas
Biarlah niat kita ikhlas
Semata-mata kerana Allah
Semoga selesai banyak masalah
Elakkan berbalah
Berbaik-baik semasa di sekolah
Anak Melayu pergi sekolah
Anak Cina pergi sekolah
Anak India pergi sekolah
Anak Iban pergi sekolah
Anak Kadazan pergi sekolah
Semoga kenal Allah
Allah pencipta langit dan bumi
Maksiat mari sama-sama basmi
Melalui puisi
Mesti yang bervisi
Ditazkirah Ramadan pula dideklamasi
Dibenar oleh JK yang minat seni
Menentang penzalim kena berani
Masalahnya bukan Nasrani
Tapi kuasawan yang korupsi
Tapi penjawat awam yang korupsi
Negara dikelilingi inflasi
Dianggap BRIM sebagai solusi
Rupa-rupanya harga
Barang-banrang susah diatasi
Eloklah diganti
Bila puasa Ramadan berkualiti




HMS ABU BAKAR



Rabu, 9 Julai 2014

11 RAMADAN 1435H

JAGA PUASA, JAGA MATA

Hari Rabu minggu kedua
Umat Islam berpuasa
Terkumpul pahala
Terbuka pintu syurga
Umur kita dijaga
Dengan meningkatkan kualiti puasa
Dari peringkat puasa awam
Kepada peringkat puasa kedua
Puasa khusus
Puasa yang menjaga mata
Menjaga telinga
Menjaga semua pancaindera
Inilah yang patut kita ambil kira
Supaya puasa Ramadan
Tahun ini
Boleh mendapatkan keampunan
Inilah kejayaan


HMS ABU BAKAR



Selasa, 8 Julai 2014

10 RAMADAN 1435H


Hari Selasa Ramadan kesepuluh
Dengan ilmu amalan disuluh
Harga barang-barang naik rakyat mengeluh
Buat saja apa Allah suruh
Dengan berpuasa kuatlah roh
Rahmat Allah menjadikan
Jiwa Muslim teguh
Rahmat Allah
Bererti kasih sayang Allah
Kerja-kerja maaruf jadi mudah
Menjauhi maksiat juga mudah
Inilah kemudahan
Di bulan Ramadan
Ambillah peluang
Teruskan berjuang
Sehingga mendapat Lailatul Qadar
Yang sangat bernilai


HMS ABU BAKAR


Isnin, 7 Julai 2014

9 RAMADAN 1435H


Hari Isnin kedua
Umat Islam berpuasa
Rahmat Allah baik untuk kita
Perlu hanya cita-cita
Mahu capai taraf taqwa
Melalui Ramadan jalannya terdedah
Membawa faedah
Kepada diri sendiri
Ilmu perlu dicari
Sampaikan kepada anak dan isteri
Dari ilmu yang dipelajari
Ikutlah nasihat bijak bistari
Diantaranya Imam Shafie
Imam Shafie rajin menulis
Duduk pula di atas kerusi
Menggoda manusia tujuan Iblis
Terperangkap semua pengamal korupsi
Di akhirat Neraka menanti
Rugi ... rugi



HMS ABU BAKAR



Ahad, 6 Julai 2014

8 RAMADAN 1435H


Ahad kedua
Umat Islam berpuasa
Memanfaatkanlah masa
Dengan menguatkan usaha
Dengan banyak berfikir
Dengan banyak membaca
Darinya dapat cahaya
Dapat merubah nasib bangsa
Dari ditipu manusia
Manusia berjiwa syaitan
Mencari gaharu dalam hutan
Dapat seekor anak kijang
Dengan berpuasa dapat kekuatan
Teruslah berjuang
Dengan iman dan istiqamah
Bantu rakyat yang lemah
Banyakkan sedekah
Cubalah
Selepas dengar tazkirah
Bunga ros warna merah
Tumbuh subur di tepi paya
Kepada Allah kita berserah
Teruskan jihad sedaya upaya
Sehingga tertawan Putrajaya




HMS ABU BAKAR


Sabtu, 5 Julai 2014

7 RAMADAN 1435H


Hari Sabtu
Umat Islam kena bersatu
Tentu dengan puasa yang bermutu
Dari hari pertama
Bersolat terawih bersama-sama
Isi tazkirah berkait rapat dengan agama
Tazkirah bererti peringatan
Musuh manusia itu syaitan
Mencari gaharu dalam hutan
Dapat seekor rusa betina
Sesal dahulu membawa ingatan
Sesal kemudian tak berguna
Masyarakat berakhlak mari bina
Dengan ilmu yang berguna
Ilmu Tauhid
Lmu Fekah
Ilmu Tassauf
Dipelajari setakat Fardhu Ain
Beramal soleh di setiap keadaan
Boleh mewujudkan Negara Berkebajikan
Mudah ekonomi kroni dihapuskan
Inilah cita-cita tersirat puasa Ramadan
Diterima yang waras fikiran



HMS ABU BAKAR



Jumaat, 4 Julai 2014

6 RAMADAN 1435H


Hari Jumaat
Kuasa Allah hendaklah ingat
Dahaga di siang hari amat sangat
Perlu iman yang kuat
Aqidah dipertahankan
Syariat dikembangkan
Akhlak mulia ditonjolkan
Tiga paksi ini perlu aplikasi
Dalam kehidupan kita
Di desa dan di kota
Bila ramai rakyat bercerita
Nampak keindahan Islam yang nyata
Infaqkan harta
Bantu rakyat jelata
Dengan ekonomi kebajikan
Dengan kos hidup yang rendah
Dengan aurat wanita tidak terdedah
Teruskan dakwah
Teruskan tazkirah
Di bulan Ramadan yang berkat
Berteraskan ilmu yang meningkat



HMS ABU BAKAR



Khamis, 3 Julai 2014

5 RAMADAN 1435H


Hari Khamis
Elok makan kurma dan kismis
Waktu berbuka puasa
Manis rasanya
Membawa tenaga
Tenaga untuk beribadat
Terutama amal soleh
Tugas rakyat memilih
Pimpinan yang beramanah
Mencontohi Rasulullah
Mudah musuh kalah
Dari tarbiyah
Berpandukan Sunnah
Mementingkan kebajikan ummah
Bermula dari rumah
Beramai-ramai dengar tazkirah
Masa depanpun cerah
Bunga ros warna merah
Harum baunya hingga ke petang
Banyak kebaikan bila berhijrah
Tindakan musuh kita tentang
Dengan iman dan istiqamah
Disuruh oleh Rasulullah
Percayalah
Ikutilah
Nescaya kerajaan Pusat berubah
InsyaAllah



HMS ABU BAKAR