Isnin, 31 Mac 2014

DAYUS

Di mana ada sistem hidup sekularisma
Wujud fahaman liberalisma
Kurang pengaruh agama
Terutama di kalangan orang-orang ternama
Sibuk dengan hal-hal dunia
Lupa kehidupan dunia hanya sementara
Mengumpul harta dibuat secara segera
Ada yang kaya macam Mi segera
Dosa pahala belakang kira
Yang penting rumah besar
Yang penting kereta besar
Yang penting pangkat besar
Kelakuan isteri terus terbiar
Rambut terdedah dibiar
Dibiar isteri bergaul bebas
Belanja boros pun dibiar
Semua isteri buat O.K bagi suami
Ini namanya ”suami dayus”
Orang dayus terlepas syurga
Ini kes anaiya
Di depan publik hebat
Dalam rumah menikus
Duit banyak iman kurus
Malang nasib si Dayus




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1435/Mac2014



Ahad, 30 Mac 2014

BILA PEMIMPIN BERJIWA TENANG


‘Orang yang bahagia menyediakan waktu untuk
beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa”
Kita hidup di dunia ini
Dengan satu tujuan
Iaitu beribadat kepada Allah
Tentu ada masalah
Perlu selesaikan masalah
Dengan beribadat secara berjemaah
Solat lima waktu berjemaah
Dipimpin imam yang bermaruah
Jiwanya, jiwa mutma’innah
Jiwa yang ingatkan Allah
Jiwa yang sakinah
Bila memimpin beramanah
Negarapun bebas dari masalah
Rakyat dapat banyak faedah
Puncanya mudah
Beribadat kerana Allah
Ketenangan jiwa diperolehi secara berhemah
Beriman dan istiqamah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Sabtu, 29 Mac 2014

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT


‘Merangkak tetapi sampai lebih baik dari berlari
tetapi putus di jalan’
Perjalanan seribu batu dimulai
Oleh langkah pertama
Elok lakukan bersama-sama
Mengembangkan agama
Biarpun memakan masa yang lama
Merangkakpun tak mengapa
Akujanji jangan lupa
Setiap diri kita
Bukalah mata
Memburu satu cita-cita
Membela agama tercinta
Berlari tidak bermakna
Bila kandas di tengah jalan
Disebabkan kurang ilmu pengetahuan
Disebabkan kurang amalan
Disebabkan salah pergaulan
Disebabkan tarikan keduniaan
Bila ini disedari
Majlis ilmu dihadiri
Bersama-sama anak dan isteri
Baru sedar hebatnya Imam As-Shafie
Hebat juga Imam Al-Ghazali
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Hidup di dunia hanya sekali
Beramal solehlah untuk akhirat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Jumaat, 28 Mac 2014

BERSYUKURLAH KAWANKU

'Orang yang paling bersyukur kepada
Allah adalah orang yang paling bersyukur
kepada manusia’
manusia adalah sebaik-baik kejadian
ada akal fikiran
dari Al-Quran ambil pelajaran
buat suruhan tinggal larangan
ini tanda kuatnya iman
sentiasa wujud di sepanjang zaman
di hadapan ada ujian
diatasi dengan ilmu pengetahuan
diikuti dengan amalan
disedari wujud ranjau di sepanjang jalan
jalan ke syurga dipenuhi kesukaran
perlu kesabaran
perlu bersyukur sebagai bekalan
bersyukur di atas nikmat iman dan Islam
berbaik-baik sesama umat Islam
doakan mereka sepanjang malam
melalui kekuasaan penzalim tenggelam
seperti kapal titanik di lautan dalam
sedarilah wahai umat Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Khamis, 27 Mac 2014

AMALKAN DARI ILMU KITA


‘Ilmu jika tidak diamalkan ibarat pohon kayu yang
tidak berbuah’
Ilmu itu ibarat cahaya
Terutama bila membaca
Mencerahkan minda manusia
Melakukan kebaikan sedaya-upaya
Membawa majujaya
Baik untuk diri dan keluarga
Beri nasihat yang berguna
Berbuat baik sentiasa
Bila berkuasa
Fikir kebajikan rakyat jelata
Bukan diri sendiri kumpul harta
Baik kayakan kroni-kroni setia
Ini zalim namanya
Tanda ilmu tiada padanya
Ada hanya nafsu amarah saja
Ibarat pohon kayu yang tidak berbuah
Dalam negara penuh rasuah
Natijah pimpinan tak beramanah
Dibiarkan negara boleh musnah
Oleh itu berimanlah
Oleh itu beramallah
Oleh itu bertaqwalah
Baru minimalah masalah
Baru bertaubat syariat Allah
Syukur Alhamdulillah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Rabu, 26 Mac 2014

RAKYAT SUKACITA


‘Tiap-tiap perbuatan makruf itu sedekah.
tiap-tiap yang dibelanjakan oleh seseorang kepada
dirinya dan keluarganya, nescaya itu adalah sedekah”
Kata orang tua-tua
“Buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali’
Sedekah sesuatu yang baik
Perlu hanya betulkan niat
Membantu orang-orang yang susah
Susah dari segi ekonomi
Disebabkan inflasi
Harga barang-barang naik
Nilai wang pula turun
Rakyat bermaklumat memohon
Supaya penzalim turun
Supaya yang hilang dijumpai
Barulah ada rasa gembira
Dosa pahala diambil kira
Suruhan Allah dibuat segera
Menyara keluarga juga berpahala
Jalan ke akhirat sehala
Kumpullah sebanyak-banyak pahala
Terutama bersedekah sentiasa
Dibantu pula pihak berkuasa
Amanlah negara

Pemimpinpun bersukacita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Selasa, 25 Mac 2014

MENANTI HUJAN TIBA


Bila panas setiap hari
Baru terfikir kehausan diri sendiri
Baru air hendak dicari
Boleh beli air
Bagi yang ada wang
Kayaraya dari politik wang
Walaupun berlaku tindakan curang
Biasa bagi yang mengabaikan sembahyang
Iman di dalam selalu goyang
Budaya munafik terbayang
Yang penting boleh tipu orang
Senang dari bangsa sendiri
Beri BRIM dipuji sepanjang hari
Lekas dibelanjakan untuk anak dan isteri
Habis duit kemana nak cari
Seperti menanti turun air hujan
Datangnya dari Tuhan
Hilang kehausan
Buah rambutan buah pulasan
Berbeza rupa rasanya sama
Di akhirat menanti saja balasan
Rugi yang tolak agama
Dengan syarikat Yahudi bekerjasama
56 tahun cukup lama
Rakyat tetap berkeadaan lama
Menunggu bantuan saja
Menanti air hujan tiba
Baru sedar Allah berkuasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Isnin, 24 Mac 2014

PANTUN FIKIRLAH DUA KALI

1          Anak balam terbang tinggi
                        Hinggap di atas tulang bumbung
            Menentang Nabi tindakan yang rugi
                        Dengan Firaun diakhirat bertembung


2          Anak buaya mandi berjemur
                        Mati ditimpa batang jati
            Ada orang panjang umur
                        Lupa beribadat untuk mati


3          Merak terbang ke hulu rimba
                        Rama-rama terbang ke taman
            Ingat bila Malaikatmaut tiba
                        Bahagia saja yang beriman


4          Burung pipit terbang rendah
                        Hinggap seekor makan padi
            Memuliakan Nabi banyak faedah
                        Berselawat tanda membalas budi


5          Ikan gelama dimasak lada
                        Makanan anak di pagi hari
            Golongan Anti Hadis hanya mengada-ngada
                        Lupa Nabi manusia bistari



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Ahad, 23 Mac 2014

MENCARI MASALAH


“Orang yang paling dibenci oleh Allah
ialah orang yang suka bertengkar”
Allah adalah Tuhan kita
Tempat kita meminta
Kita minta iman dan taqwa
Kita minta kesihatan badan
Kita minta rezeki yang halal
Kita adalah jenis manusia
Ada berbagai bangsa
Di Malaysia
Ada Melayu; India dan Cina
Pejuang-pejuang asobiyah sebenarnya hina
Walaupun duduk di istana
Di Malaysia
Ada juga Iban dan Kadazan
Semua mahu kebahagiaan
Tapi ada juga kelainan
Memuji bangsa walaupun melakukan kesalahan
Inilah dasar orang perkauman
Suka bertengkar yang bukan-bukan
Kalimah ’Allah” dibesar-besarkan
Anti –Hadis tiada suara bangkangan
Ini berpunca dari kekurangan ilmu pengetahuan
Mungkin kejahilan
Modal mereka hanya bertengkar
Sedangkan bertengkar
Dibenci Allah
Di dunia bermasalah
Di akhirat lebih-lebih lagi bermasalah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Sabtu, 22 Mac 2014

DISEBABKAN AURAT TERDEDAH


‘Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan”
Semua orang ada nafsu
Lelaki inginkan perempuan
Perempuan meminati lelaki
Sejak dulu lagi
Biarpun berkeadaan rugi
Kehendaki nafsu perlu ditunaikan bila tidak ada iman
Berlakulah kerja-kerja kejahatan
Diatas dorongan syaitan
Nafsu dipanas-panaskan
Boleh melalui sukan
Wanita muda mendedahkan aurat
Berseluar ketat
Seperti pemain bola tampar di tepi laut
Hati lelaki terpaut
Dari pandangan berterusan
Timbul keseronokan
Berbagai sukan
Sekarang disertai gadis-gadis jelita
Wanita-wanita cantik
Melalui iklan iklan
Di tepi-tepi jalan
Semua mendorong nafsu melakukan kejahatan
Samada suka sama suka
Adakalanya melalui paksaan
Tetap mendatangkan kepuasan
Tanpa melalui perkahwinan
Merebaklah perzinaan
Berlakulah perbuatan yang
Dikatakan dosa besar
Puncanya ialah nafsu
Mengawalnya
Perlulah iman dan Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Jumaat, 21 Mac 2014

MEMBUNUH JIWA

Manusia dicipta oleh Allah
Dengan sebaik-baik kejadian
Ada jasad
Ada roh
Buat apa yang disuruh
Jauhi yang haram dan makruh
Ilmu adalah makanan roh
Hadir di majlis ilmu disuruh
Beramal apa yang dipelajari
Juga disuruh
Berbaik sesama manusia disuruh
Menjaga keluarga disuruh
Jauhi bunuh membunuh
Sesama manusia
Disuruh agama
Berlumba-lumba dalam kerja-kerja kebajikan
Rezeki halal saja dimakan
Dalam sungai berenang ikan
Ada baung dan seluang
Dengan ilmu amalan dilaksanakan
Ini tanda seorang pejuang
Membunuh jiwa tanpa sebab
Dikira dosa besar
Dijauhi dengan ilmu agama
Dalam kebajikan bekerjasama
Baru hormat menghormati manusia
Baik Melayu; India dan Cina
Semua mahu hidup bahagia
Dengannya terpeliharalah nyawa
Baru dosa tidak dibawa
Hanya Iblis saja kecewa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Khamis, 20 Mac 2014

BUATLAH APA YANG BAIK


“Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya.  Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah
kamu akan mati esok hari”
Kenyataan yang bermanfaat
Diterima yang akal sihat
Tanah perkuburan selalu lihat
Tugu peringatan di Masjid Negara
Kuala Lumpur
Orang beriman dan munafik sentiasa bertempur
Modal yang beriman
Iman dan istiqamah
Modal orang munafik
Cakap tak serupa bikin
Dengan Karl Marx ada yang yakin
Keturunan Yahudi yang anti agama
Diperalatkan kaum pekerja
Digerakkan supaya semua pekerja bersatu
Ditubuhkan kesatuan sekerja
Buku Das Kapital dipuja
Lahirlah pengikut sosialisme
Lahirlah pengikut komunisme
Kedua-dua fahaman ini bermotifkan
Kebendaan dan keduniaan
Bekerjalah mereka seolah-olah
Hidup di dunia ini lama
Lupalah ajaran agama
Dengan penzalim sanggup bekerjasama
Islam tinggal hanya pada nama
Seperti Kassim Ahmad
Seperti Mahathir Mohamed
Secara sengaja mengkritik Nabi Muhammad
Melawan puak ini kita kena berjihad
Beramal untuk akhirat
Selagi ada hayat
Syurga pulalah matlamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014




Rabu, 19 Mac 2014

MENGUNDI DI PRK ITU IBADAT


Hidup seseorang Muslim boleh jadi ibadat
Bila betul niat
Bila ikut syariat
Bila betul syahadat
Bila akui kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Akui kebenaran Al-Quran
Akui juga kebenaran Hadis
Ajarkan ini kepada anak gadis
Ajarkan kepada remaja kita
Kehebatan Nabi kita kena cerita
13 Tahun di Mekah menderita
Tapi Nabi kuat cita-cita
Mahu Islam berkembang di dunia
Dimulai di Semenanjung Arab
Dengan bantuan sahabat Islam berkembang ke Eropah
Merebak luas ke Asia
Inilah peranan ulama kita
Betullah
”Ulama adalah pewaris Nabi”
Sabar bila diuji
Betul bila mengundi
Pahalapun diperolehi
Bila akujanji ditunaikan
Bila solat hanya untuk Allah
Bila ibadat untuk Allah
Bila hidup untuk Allah
Bila matipun untuk Allah
Calon lawan mudah kalah
Dengan izin Allah
Inilah kelebihan Dr. Wan Azizah
Beriman dan istiqamah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435//Mac2014



Selasa, 18 Mac 2014

PANTUN PRK KAJANG


1          Pergi ke hutan mencari napoh
                        Dapat pula seekor kijang
            Parti Asobiyah eloklah lumpuh
                        Biarlah Pakatan umur panjang


2          Menaiki kereta beratus batu
                        Singgah rehat makan nasi
            Rakyat perlu pimpinan bermutu
                        Tentulah hasil dari Reformasi


3          Makan nasi bergulai lemak
                        Makan pula bersama keluarga
            Mari tolak pimpinan tamak
                        Kepentingan kroni saja dijaga


4          Pagi-pagi kutip pegaga
                        Dapat berlebihan berikan jiran
            Kebajikan’reformis-reformis” kenalah dijaga
                        Terutama yang menguasai kerajaan


5          Minum teh makan bahulu
                        Di antara jenis kuih Melayu
            Laungkanlah perkataan ‘reformasi” selalu
                        Beserta ikut ajaran wahyu


6          Bunga ros berwarna merah
                        Mudah tumbuh dalam taman
            Semangat reformasi semacam hijrah
                        Ingat pula pengorbanan teman-teman


7          Air sungai mengalir tenang
                        Berenang baung dan seluang
            InsyaAllah Wan Azizah menang
                        Berbuat kebajikan terbuka ruang

  
8          Manis rasa buah rambutan
                        Makan pula ditengah hari
            Mari tolak budaya syaitan
                        Khazanah negara sanggup dicuri


9          Minum teh bercampur halia
                        Minum pula bersama keluarga
            Kak Wan berakhlak mulia
                        Nasib rakyat tentulah dijaga


10        Pergi ke hutan mencari gaharu
                        Dapat pula seekor kijang
            Pakatan membawa Politik Baru
                        Bermula dari Rancangan Kajang


11        Berenang ikan dalam paya
                        Ada sepat dan haruan
            Rancangan Kajang bermatlamat Putrajaya    
                        Dipelopori pula seorang perempuan


12        Tersergam tinggi Gunung Tahan
                        Terletak di Pahang Darul Makmur
            Berdoa kita kepada Tuhan
                        Semoga Kak Wan dipanjangkan umur






HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Isnin, 17 Mac 2014

DOA UNTUK DR. WAN AZIZAH BT WAN ISMAIL


Segala puji bagi Allah; Tuhan semesta alam
Selawat dan salam kepada
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Ya! Allah kami yang berkumpul di sini
memohon pertolongan darimu, Ya Allah
supaya Wan Azizah Wan Ismail diberi kemenangan besar
pada PRK  N25 Kajang 23 Mac 2014 ini
Ya! Allah engkau Tuhan yang mengetahui
peribadi hambamu bernama Wan Azizah
seorang hamba yang berakhlak
menutup aurat apabila keluar dari rumah
oleh itu Ya! Allah berilah kejayaan kepada Wan Azizah
supaya beliau boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
Selangor Darul Ehsan
mewakili D.U.N Kajang
Ya! Allah Engkau Maha Berkuasa dan
Maha Bijaksana lagi Maha Ehsan
oleh itu berilah laluan yang mudah bagi
Wan Azizah untuk memenangi kerusi
DUN Kajang dengan membukakan
hati-hati pengundi untuk memangkah
calon yang berlogokan mata
dan dengannya memenangkan ”Kak Wan”
wahai Allah, kami yang berada di pihak kebenaran
dan keadilan ini mengharapkan
benar-benar pertolongan dari engkau
Ya! Allah supaya calon yang mewakili
Pakatan Rakyat iaitu gabungan tiga parti
yang mesra perpaduan kaum dan tolorensi agama
dimenangkan sehingga hilang
wang pertaruhan pihak lawan
inilah permohonan kami
Ya! Allah supaya Wan Azizah binti Wan Ismail
menjadi ADUN  Kajang yang baru
perkenankan doa kami Ya! Allah  
Amin … Amin



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


BERZIKIR SEBELUM TIDUR


“Tidur itu saudara mati. Tiada apa yang engkau bawa
ketika tidur, kecuali amalan dan angan-angan kosong
yang merugikan. Maka penuhilah kekosongan semasa
hendak tidur dengan berzikir”
Tidur biasa bagi manusia
Dari zaman bayi
Hingga ke zaman tua
Ada tidur sebagai nikmat
Semasa pengantin dalam rumah berdua-duaan
Nikmatnya dirasakan
Hingga ketiduran
Hingga menanti solat subuh
Dibersihkan tubuh
Terangkatlah Hadas besar
Anti Hadis golongan tersasar
Sandaran mereka pihak Orientalis
Berjiwa Iblis
Didakwa SPRM hanya “ikan bilis’
Perasuah berprofail tinggi terlepas pandang
Di akhirat ada Padang
Padang Mahsyar
Rugi pengamal mungkar
Mati yang tak mati
Hidup yang tak hidup
Oleh itu berubahlah sekarang
Tolak pimpinan temberang
Tolak ulama cari wang
Imanpun terbang
Menanti saja lubang
Bila nyawa terbang
Berzikirlah banyak-banyak
Sebelum tidur
Berwudhuklah
Berzikirlah
Berselawatlah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Ahad, 16 Mac 2014

BERTUKARLAH UNTUK BAHAGIA


‘Orang yang bahagia menyediakan waktu untuk
beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan”
Allah mencipta manusia
Dengan sebaik-baik kejadian
Diatasnya akal fikiran
Ditegakkan dengan ilmu pengetahuan
Disuburkan dengan amalan
Dirintangi ranjau sepanjang jalan
Setiap hari elok berjalan
Sambil berjalan
Memikirkan kejadian Tuhan
Serba serbi keajaiban
Siti Khatijah sanggup berkorban
Kerana menyahut suruhan Tuhan
Terkandung dalam Al-Quran
Dimulai dengan ayat
”Bacalah”
Bila tahu membaca
Baru dapat cahaya
Boleh tawan Putrajaya
Menguasainya ialah suatu kejayaan
Membawa kebajikan
Kepada rakyat sekelian
Melayu; Cina; India; Iban dan Kadazan
Semua mahu kejayaan
Dimulai dengan perubahan
Dengan menguasai Kerajaan Persekutuan
Inilah sebaik-baik amalan
Menggantikan kezaliman
Menggantikan penipuan
Dengan kebenaran dan keadilan
Cerah masa hadapan
Teruskan dengan kebenaran
Tiga segi Bermuda jadi kenyataan
Semuanya dengan izin Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014