Rabu, 21 Mei 2014

DOA DI BULAN REJAB


Bila tiba di bulan Rejab setiap tahun
Orang beriman terus memohon
Tetap beramal soleh di bulan Syaaban
Sanggup pula berkorban
Hingga sampai ke bulan Ramadhan
Dengan baik kesihatan
Dengan menyedari bahaya syaitan
Kelabu penglihatan
Disebabkan iklan-iklan
Mempamerkan wanita muda jelita yang menawan
Menampakkan aurat walaupun berpakaian
Dua kali lihat hati pun tertawan
Tiba-tiba berlaku kemalangan
Menanggunglah kerugian
Terlibat bagi manusia yang keduniaan
Inilah cubaan
Perlu dihadapi dengan iman
Perlu dihadapi dengan amalan
Dibantu oleh ilmu pengetahuan
Di bulan Rejab membuat persiapan
Puasa sunat Isnin dan Khamis
Baik berbuka di surau dan di masjid
Menjadi budaya pelapis-pelapis mujahid
Memanfaatkan waktu dengan beristiqfar:
Memohon ampun kepada Allah
Berselawat ke atas Nabi S.A.W
Bertahlil atau mengucapkan
"Laa ilaaha illallah"
Dapat melembutkan hati manusia
Lakukan ini di sepanjang bulan Rejab dan Syaaban
Ingat pula Israk dan Mikraj
Jadikan lonjakkan ke hadapan
Inilah awal persiapan
Sementara menanti kedatangan bulan Ramadan
Dengan berdoa:
"Ya Allah, sampaikanlah umur kami ke bulan Syaaban
Ya Allah, kuatkanlah iman kami di bulan Ramadan ini
Perkenankanlah permohonan kami"


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan