Sabtu, 30 November 2013

DENGAN IZINNYA




Apabila engkau diberi sesuatu
tanpa engkau minta, maka makanlah
dan sedekahkanlah”
Diberi pahala oleh Allah
Direstui oleh Rasulullah
Disiplinkan murid-murid di sekolah
Dengan Al-Quran
Dengan Sunnah
Lahirlah pimpinan beramanah
Penjawat-penjawat Awam yang bermaruah
Menjauhi rasuah
Membenci rasuah
Menyelamatkan ummah
Dari berpecahbelah
Jalannya mudah
Ajarkan ilmu yang berfaedah
Baru aurat isteri tak terdedah
Baru rambut isteri tak terdedah
Caranya mudah
Bawa mereka ke majlis ilmu
Bawa mereka dengar ceramah
Baru tahu hebatnya Rasulullah
Penyelesai berbagai masalah
Pengaruh Yahudi di Madinah musnah
Bila melanggar isi kandungan
Perlembagaan Madinah
Islam berkembang dengan mudah
Semuanya
Dengan izin Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013
 


Jumaat, 29 November 2013

AGEN-AGEN SYAITAN


Orang yang beriman berada dalam masjid
ibarat ikan di dalam air, sedangkan orang yang munafik
berada di dalam masjid ibarat burung dalam sangkar”
rasuah itu mungkar
korupsi itu mungkar
sekularisme itu mungkar
globalisasi itu mungkar
cinta dunia sebagai akar
cinta kebendaan sebagai akar
cinta kepada nafsu syahawat sebagai akar
lahir pemimpin yang kelakar
cakap tak serupa bikin
ajaran agama juga kurang yakin
hukum Tuhan diabaikan
dalam sungai berenang ikan
ikan baung ikan seluang
cerita kubor mereka abaikan
fikiran tertumpu hanya wang
inilah pimpinan temberang
menolak hukum hudud secara terang-terangan
buat pula kerja-kerja larangan
pisang emas pisang berangan
dua jenis buah tempatan
masuk syurga hanya angan-angan
jika perbuatan direstui syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013

Khamis, 28 November 2013

PANTUN KEBAIKAN CERAGEM



Makan roti berinti jem
Jem dibuat dari rambutan
Inilah pantun kebaikan Ceragem
Jelas baik untuk kesihatan

Ikan kembong ikan pari
Boleh masak gulai tempoyak
Datang ke Ceragem bersama isteri
Kebaikan diperolehi terlalu banyak

Bila banjir menaiki rakit
Sambil duduk mengail ikan
Semua manusia ada penyakit
Rawatan Ceragem boleh menyembuhkan

Makan nasi gulai senggang
Makan pula bersama keluarga
Sudah sembuh sakit pinggang
Melalui Ceragem kesihatan terjaga

Orang gemuk selalu kentut
Suka makan ubi kayu
Sembuh juga sakit lutut
Datanglah ke Ceragem saya merayu

Cencaru keluar waktu petang
Mencari makanan di laut dalam
Ke Ceragem beramai-ramailah datang
Bila berjumpa memberi salam

Kanak-kanak bermain di atas titi
Semasa rehat makan bihun
Rawatan Ceragem tetap dinanti
Sedar-sedar dah tiga tahun

Pisang emas pisang embun
Dua jenis buah tempatan
Apa guna duit bertimbun
Belilah katil demi kesihatan

Pergi ke Centre menaiki kereta
Sabar menunggu giliran tiba
Sembuh penyakit ingin dicerita
Mendengar testimonial hatipun hiba

Sarapan pagi makan bihun
Sambil makan sambil berzikir
Kepada Tuhan kita memohon
Kebaikan Ceragem tetap difikir

Sambil duduk mendengar lagu
Lagu Inggeris berjudul Oh! Carol
Kebaikan Ceragem janganlah ragu
Dengannya hilang bahaya kolestrol

Dikelilingi air bandar Venice
Tarikan pelancong datang ke Itali
Terkawal sakit kencing manis
Katil Ceragem ingin dibeli

Kanak-kanak bermain di tepi laut
Sedar-sedar badan berbintat-bintat
Dengan Ceragem hati terpikat
Sudah sembuh penyakit prostat

Perlahan bergerak sikura-kura
Nampak musuh menyorokkan diri
Kebaikan Ceragem memang tak terkira
Diakui oleh golongan bijakbistari

Tanam ubi tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Terlalu banyak Ceragem berbudi
Tahniah kepada Tuan Empunya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1435/Nov2013

Rabu, 27 November 2013

PANTUN ASASNYA AQIDAH


Anak tiong di dahan kayu
Hendak makan buah berangan
Bila iman sudah layu
Mudah buat segala larangan

Ayam mengeram di tepi hutan
Tengah mengeram disambar helang
Bila terima nasihat syaitan
Dosa terkumpul bukan kepalang

Batang selasih permainan kanak-kanak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bila beribadat terasa enak
Tanda iman cukuplah kuat

Pokok sena dahan bercantum
Tempat bersarang burung terkukur
Sampai masa jatuh berdentum
Kejahatan penzalim mudah diukur

Limau purut limau lelang
Masak sebiji dibelah lima
Nasib Melayu terus malang
Hidup miskin jahil agama

Ikan menghempas di atas dayung
Sisiknya jatuh tepi kemudi
Elok Islam dijadikan payung
Baru terkawal pengaruh Yahudi

Telur itik di daun palas
Pecah sebiji semasa menetas
Bila menghayati surah Ikhlas
Mantaplah pimpinan politik di atas

Ikan duri makan kail
Anak belukang dicelah batu
Menumbangkan penzalim bukanlah mustahil
Setiap tindakan rakyat bersatu

Cenderawasih burung yang sakti
Singgah menghinggap diatas batu
Banyakkan bekalan untuk mati
Betul aqidah asas bersatu

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah makan padi
Bila hati sudah tertawan
Dengan jemaah menaburkan budi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013

 

Selasa, 26 November 2013

CABUT LARI


Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang sombong dan membangga-banggakan diri”
Ini perlu disedari
Dalam kubur seorang diri
Tinggallah isteri
Tinggallah jawatan Menteri
Disoal siasat setiap hari
Dua tangan digari
Baru sedarkan diri
Agama penyelamat diri
Islam penyelamat diri
Iman penyelamat diri
Aqidah ASWJ penyelamat diri
Iblis dah cabut lari
Syaitan dah cabut lari
Ketua parti dah cabut lari
Ikan pelata ikan pari
Dua jenis ikan laut
Bila harta haram dicari
Menyesal bila datang Malikatmaut



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013