Khamis, 31 Oktober 2013

HIJRAH DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAH


Setiap pemimpin perlu bervisi
Yakni berpandangan jauh
Bersih roh
Keimanannya teguh
Kerja maaruf tak boleh ditangguh-tangguh
Dengan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
Bila pimpinan berbuat kebaikan
Rakyatnya pun ikut mencontohi kerja-kerja kebaikan
Dalam sungai membiaknya ikan
Ikan baung ikan seluang
Pembangunan ummah perlu diusahakan
Turutilah ulama yang berjuang
Motifnya bukan berteraskan wang
Kitab-kitab terus dikarang
Cara-cara beramal jelas dan terang
Puisi-puisi juga dikarang
Emosi pembaca terus terangsang
Ingin mencontohi peribadi-peribadi ulama muktabar
Dikepalai
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Shafie
Imam Ahmad Hambal
Iman mereka cukup tebal
Menolak pimpinan bebal
Dengan iman dan istiqamah
Imam Shafie rajin menulis
Mengarang kitab dalam rumah
Globalisasi itu alat iblis
Tujuannya merosak fikrah ummah
Bahaya ini perlu dicegah
Dengan iman dan ukhuwah
Dengan memperbanyakkan dakwah
Mengajak ummah ke jalan Allah
Dengannya boleh selesai masalah
Semoga diperkenankan Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Rabu, 30 Oktober 2013

Selasa, 29 Oktober 2013

RAWATAN KEPANASAN

Badan manusia ada suhu
Sejuk atau panas
Badan sejuk badan mati
Badan panas badan hidup
Boleh beribadat untuk hari akhirat
Boleh beramal soleh
Baru suasana beralih
Dari sakit-sakit kepada kesihatan yang baik
Bila ada kesihatan yang baik
Baru boleh bekerja untuk kebajikan masyarakat
Kebajikan rakyat tercapai
Semangat jihad disemai
Sentiasalah cerah bulan purnama
Hiduplah berpandukan agama
Mendatangkan keuntungan bersama



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013

 

Isnin, 28 Oktober 2013

TERKENANG MALAM MERINDU

Setiap manusia ada perasaan
Ada keinginan
Diteruskan dengan keazaman
Burung pipit terbang rendah
Makan padi tepi halaman
Membaca buku banyak faedah
Sejarah manusia yang berpengalaman
Islam relevan sepanjang zaman
Diikuti manusia yang beriman
Hasil usaha berterusan
Pendakwah-pendakwah berkebolehan
Dari berbagai bangsa
Semua ingin berjasa
Dari timur tengah
Dari berbagai jemaah
Dari yang beramanah
Dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Mencintai Rasulullah
Menerima keempat-empat pimpinan Khulafah Ar Rashidin
Kuat solat malam
Kuat puasa sunat
Kuat beribadat
Semasa sakit atau sihat
Sentiasa bersih niat
Mahu manusia selamat
Semasa di dunia hingga hari kiamat
Berakhlak mulia
Jadi budaya
Berkasih sayang sesama manusia
Ini yang dirindukan
Selalu terkenang di waktu malam
Di malam yang sunyi
Ada yang menyanyi
Lagu
Terkenang malam merindu
Rindu kepada perubahan
Rindu kepada keadilan
Tinggal satu jalan
Jadikan mimpi menjadi kenyataan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013

Sabtu, 26 Oktober 2013

CINTAKU HANYA SATU

Semua manusia ada perasaan
Ada emosi
Elok ada visi
Berpandangan jauh
Buat yang Allah suruh
Tanda bersih roh
Berjemaah solat Subuh
Bersatu teguh
Bercerai roboh
Kos hidup meningkat rakyat mengeluh
Dengan maklumat keadaan disuluh
Buruh-buruh berpeluh
Di tengah panas membersih taman
Membersihkan lorong-lorong di jalanan
Kesatuan pekerja saja sedar
Pentingnya gaji minima
Perlu bekerjasama
Dalam kesatuan pekerja
Allah saja dipuja
Terlepas daripada dosa
Ikut imam-imam yang berjasa
Abu Hanifah
Malik bin Anas
Syafie
Ahmad Hambal
Menegak mazhab yang muktabar
Menghadapi kritikan tetap sabar
Dakwah Islamiah terus tersebar
9 Zulhijjah perhimpunan terbesar
Wukuf di Padang Arafah
Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulullah
Cinta dunia akhirat
Di akhirat tentu timbangan amal pun berat
Bahagia berkekalan di akhirat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Jumaat, 25 Oktober 2013

BUKAN BERHENTI SAHAJA


Wuquf di Araffah
Berhenti di Araffah
Duduk di Araffah
Berpakaian serba puteh
Berdoa jangan leteh-leteh
Ini adalah latihan untuk Padang Mahsyar
Di Padang Araffah
Di sembilan Zulhijjah
Para-para Haji duduk saja
Dalam hati Allah saja dipuja
Buat dengan sengaja
Dapat pahala
Agama Allah hendaklah dibela
Dengan iman dan istiqamah
Berjuang dalam jemaah
Dibawah pimpinan beramanah
Ikut Sunnah
Nescaya puak asobiyah musnah
Menanti seksa dalam tanah
Menyesal tak sudah-sudah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Khamis, 24 Oktober 2013

JALAN KE NERAKA


Sejarah itu berulang
Ada watak-watak yang malang
Ramainya tidak terbilang
Firaun contoh terkemuka
Pewaris azab di Neraka
Tempat paling celaka
Qarun terkenal kayaraya
Berseronok dengan K-Pop di zamannya
Hidup berpoya-poya
Hamman ikut serta
Berseronok dengan wanita-wanita jelita
Cleopatra di antaranya
Helen of Troy juga menawan
Tergoda pahlawan-pahlawan
Disebabkan godaan-godaan
Disebabkan cara hidup jahiliah
Ikut saja nafsu amarah
Banyak berlaku dalam sejarah
Selamat yang dipelihara Allah
Termasuk Asiah
Isteri Firaun
Asiah wanita berjiwa besi
Ada visi
Iman dijadikan motivasi
Melawan korupsi
Hebat dewasa ini
Beri projek mega kepada kroni-kroni
Lupa Izrail hanya menanti
Menyesal bila mati
Mati dalam sekularisme
Mati dalam ketuanan bangsa
Dibawa hanya dosa
Pangkat dan harta terus binasa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian
Berlaku sepanjang zaman
Yang dulu dipanggil sejarah
Masuk Neraka mudah
Ikut saja nafsu amarah
Bila pemimpin pecah amanah
Kaya raya dengan rasuah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013




Rabu, 23 Oktober 2013

HARI JADI KE 66


20 haribulan Oktober 2013
Genaplah umur
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Enam puluh enam tahun
Daripada Allah dipohon
Disihatkan jasmani dan rohani
Dijadikan pemimpin yang berani
Disegani
Di geruni musuh-musuh politik
Dari kalangan gerombolan asobiyah
Di negara yang pernah dijajah
Disebarkan ajaran kristian
Diajar di sekolah-sekolah mission
Banyak di seluruh negara
St John di KL
St Michael di Ipoh
Convent di Teluk Intan
Senyum pengikut-pengikut syaitan
Ustaz Hadi melawan
Dengan Al-Quran
Di seluruh negara
Semoga masuk syurga
Ustaz Hadi dan keluarga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah/Okt2013




Sabtu, 19 Oktober 2013

SUKA DENGAN KERJA


Bila suka dengan kerja
Kerja dibuat setiap waktu
Menjadikan kehidupan bermutu
Dengan iman mudah bersatu
Menghisap darah kerja kutu
Di kepala kanak-kanak perempuan
Kekurangan zat makanan
Perlukan bantuan
Dilaksanakan di hari raya qurban
Di bulan Zulhijjah
Ramai rakyat yang susah
Kerana pimpinan pecah amanah
Pengamal pengamal rasuah
Negara terus bermasalah
Meminggirkan hukum-hukum Allah
Dibebankan anak-anak sekolah
Ambil wudhu dari kolah
Kolah dibuat daripada simen
Dengan jihad atasi masalah
Inilah budaya orang mukmin
Suka dengan kerja kebajikan
Memberi orang orang miskin makan
Suka dengan kerja
Sentiasa Allah dipuja
Selawat jadikan baja
Selamat bila habis nyawa
Pahala saja dibawa
Pasti Iblis akan kecewa
Bila ramai manusia masuk syurga
Bersama-sama keluarga
Inilah suatu kerja 



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


 

Jumaat, 18 Oktober 2013

SEJARAH ITU BERULANG




Sejarah
Peristiwa benar berlaku
Di setiap waktu
Terutama yang dulu
Penulis penulis Barat muka tak malu
Dipuja watak watak tertentu
King Richard the Lion Heart
Raja Inggeris dari Tentera Salib
Berhadapan Sultan Salahuddin Ayubi
Menawan Baitul Maqdis
Dari keturunan Kurdis
Sangat bertaqwa
Benar benar wira
Bila King Richard jatuh sakit
Sultan Salahuddin hantar pakar-pakar perubatan Islam
Mengubati King Richard hingga sembuh
Peperangan Salib terus tertangguh
Pegangan agama Sultan Salahuddin teguh
Berpegang dengan Al Quran dan As Sunnah
Dengannya kuasa barat boleh musnah
PM Turki Erdogan beramanah
Sekularisme Ataturk beransur musnah
Di antara wira-wira Islam yang terserlah
Diberkati Allah
Penentang Ikhwanul Muslimin pasti kalah
Insyaallah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013



Khamis, 17 Oktober 2013

PANTUN PEMERINTAH YANG BAIK


Keris sebilah dari Bentan
Sayang sejengkal kedua jari
Musuh manusia ialah syaitan
Dengan ilmu selamatlah diri

Lalu lalu ke bandar Daik
Tabur bijiran tengah halaman
Harga barangan terus naik
Akibat pimpinan tak beriman

Masuk hutan mencari rotan
Rotan terikat di pohon gelam
Mudah menggagalkan rancangan syaitan
Dengan mematuhi ajaran Islam

Hutan rata dimakan api
Pohon di halaman cabangnya mati
Masuk ke syurga hanya mimpi
Bila hidup tidak berkualiti

Kambing hitam mudah disembelih
Buat gulai masak kurma
Bila pimpinan beramal soleh
Berkat didikan cara agama

Burung Undan terbang ke bukit
Hinggap sebentar di pohon tinggi
Bersabar bila ditimpa sakit
Beramal soleh bekalan mati

Habis pukat dilanggar ikan
Ikan bernama jarang gigi
Jadikan ulama sebagai rakan
Baru di akhirat tidak rugi

Asam gelugur masak lemak
Makan tengah hari bersama keluarga
Menabur jasa para ulamak
Memudahkan umat masuk syurga

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji dalam peti
Hutang rakyat kena bayar
Dengan pemerintahan yang berkualiti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Rabu, 16 Oktober 2013

JADI TAMAK


Bila ada kuasa
Boleh berjasa
Boleh berusaha sepenuh masa
Boleh juga hadir di majlis ilmu
Baru tahu
Jasa ulama ulama terdahulu
Mengarang kitab beribu ribu
Terkenang jasa ayah dan ibu
Bersusah payah di zaman penjajahan dulu
Terabai nasib orang Melayu
Dijauhkan dari ajaran wahyu
Ikan keli ikan puyu
Sedap dibuat masak lemak
Pimpinan assabiyah pandai merayu
Sekali sekala memperalatkan para ulama
Ada yang jadi tamak
Lupa kehendak hukum syarak
Jadilah ulamak
Seperti ular dalam semak



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013