Sabtu, 31 Ogos 2013

MERDEKA KE 56



Bila tiba 31 Ogos
Setiap tahun
Rakyat terus memohon
Supaya penzalim turun
Supaya pengkhianat negara turun
Melihat kebangkitan rakyat penzalim terus gerun
Bersedia menghadapi penindasan Qarun
Bapa kapitalis yang gila mega projek
Para kroni terus menyapu
Projek-projek ekonomi
Kemiskinan masih belum dibasmi
Keturunan Melayu kebanyakkannya miskin
Penerima BRIM orang-orang Melayu
Iman mereka layu
Lupa ajaran wahyu
Menjauhi pula majlis ilmu
Kuliah maghrib dipandang rendah
Sebenarnya sangat berfaedah
Melalui internet penyelewengan terdedah
Orang-orang kampung tetap digula-gulakan
Dengan propaganda murahan
Jiwa orang Melayu diperdaya
Merdeka dikatakan hanya perjuangan keris
Tanpa sarung
Jelas bohong
Hak dan batil tetap bertembung
Penyelewengan perlu didedahkan
Dengan ilmu memantapkan diri
Bila kenal diri sendiri
Boleh berdikari
Baru merdeka bererti
Baru beramal untuk nak mati
Baru pilih pimpinan berkualiti
Harap dicapai di Merdeka kali ini
Menanam padi tugas petani
Berhenti rehat solat zohor
Menentang penzalim kena berani
Umar Mokhtar tokoh tersohor
Hassan Al-Banna pendek umur
Ikhwanul Muslimin jadi masyhur
As-Sisi alat penghancur
Kerajaan Ikhwan di Mesir dileburkan
Ramai pengikut Ikhwan Muslimin syahid
Mati yang bermakna
Lebeh baik dari khazanah di Putrajaya
Semua kita akan ke sana
Ramai yang hina
Penentang Nabi-nabi hina
Penentang Rasul-rasul hina
Penentang jemaah Islam hina
Penentang Ikhwan Muslimin hina
Penyokong syarikat Zionis hina
Dalam kubur semua tak kena
Terima pukulan yang menyakitkan
Oleh itu di Hari Merdeka ini
Marilah berkhidmat untuk Ilahi
Parti perkauman dijauhi
Parti Allah didekati
Baru kehidupan anda berkualiti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

Jumaat, 30 Ogos 2013

PANTUN HARAPAN PELAPIS



Dua kali lima sepuluh
Dua kali enam dua belas
Dengan ilmu amalan disuluh
Beramal pula tentulah ikhlas

Dua kali enam dua belas
Mula-mula belajar mengira
Beramal pula tentulah ikhlas
Perintah Allah buat segera

Mula-mula belajar mengira
Di tadika atau di PASTI
Perintah Allah buat segera
Dapat pahala bekalan mati

Di tadika atau di PASTI
Kanak kanak diajar agama
Dapat pahala bekalan mati
Kerja kebajikan dibuat bersama

Kanak-kanak diajar agama
Awal-awal agama mengenal Allah
Kerja kebajikan dibuat bersama
Boleh selesai banyak masalah

Awal-awal agama mengenal Allah
Ini dinamakan ilmu Tauhid
Boleh selesai banyak masalah
Bila negara dipimpin mujahid

Ini dinamakan ilmu Tauhid
Terkenal juga ilmu Usuluddin
Bila negara dipimpin mujahid
Terpelihara agama atau Ad-Deen

Terkenal juga ilmu Usuluddin
Boleh menguatkan pegangan aqidah
Terpelihara agama atau Ad-Deen
Ramai rakyat dapat faedah

Boleh menguatkan pegangan aqidah
Menjadi teras dalam Islam
Ramai rakyat dapat faedah
Bila fahaman Assabiyah tenggelam

Menjadi teras dalam Islam
Sumber utama ialah Al-Quran
Bila fahaman Assabiyah tenggelam
Hidup manusia penuh persaudaraan

Sumber utama ialah Al-Quran
Sunnah Nabi peringkat kedua
Hidup manusia penuh persaudaraan
Diberi penghormatan golongan tua

Sunnah Nabi peringkat kedua
Seterusnya Ijma’ dan Qias
Diberi penghormatan golongan tua
Dari pelapis yang ikhlas


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

Khamis, 29 Ogos 2013

PANTUN AKAN MENANG


Sayang selasih di dalam cawan
Bunga senduduk di atas peti
Bersabarlah wahai pendokong Ikhwan
Teruskan jihad sampai mati

Air surut perahu melintang
Ditarik arus lalu ke tepi
Perampas kuasa Ikhwan tentang
Dengan semangat berapi-api

Anak landak dari seberang
Lalu meniti di atas batang
Puisi jihad terus dikarang
Hingga musuh jatuh terlentang

Potong limau tepi perigi
Orang meranduk di tepi hutan
Penzalim pasti akan rugi
Menentang Islam itulah syaitan

Buah rambai buah rambutan
Lebah bergantung di hujung dahan
Rampas kuasa kerja syaitan
Ikhwan Muslimin tetap bertahan

Orang menjala sebelah timur
Singgah mengail di Tanjung Pinang
Ikhwanul Muslimin panjang umur
Sampai masa tetap menang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Rabu, 28 Ogos 2013

BOLEH BUAT APA SAJA



Bila ada kuasa berlebihan
Boleh buat apa saja
Bebaskan yang dalam penjara
Contoh terkini di Mesir
Bekas diktator Hosni Mubarak dibebaskan
Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin pula ditahan
Mungkin diseksa
Nasib Presiden Morsi didiamkan sahaja
Mungkin juga diseksa
Bagi ahli-ahli Ikhwan ini perkara biasa
Di Malaysia lain pula
Dua pembunuh yang sabit kesalahan membunuh
Altantuya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan
Imej Malaysia yang rugi
Imej negara bertambah teruk
Ke mana muka hendak disorok
Peduli apa kata orang
Yang penting boleh kumpul wang
Yang penting boleh buat
Selagi nyawa dikandung badan
Lupakan nasib di Hari Kemudian
Harap-harap dapat keampunan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013