Rabu, 31 Julai 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH DUA 1434H




Hari Rabu
Doakan ayah dan ibu
Dah pergi dulu
Dah banyak berjasa kepada kita
Dari kecil hingga dewasa
Dilatih kita berpuasa
Sabar melihat gelagat kita
Adakalanya kita berdusta
Belum faham lagi agama
Fikir hanya main sahaja
Fikir hanya keseronokan saja
Berbentuk hiburan
Berbentuk sukan
Belum cukup pengetahuan
Walaupun dah ke Universiti
Walaupun dah berkeluarga
Agama masih di takuk lama
Puasa masih puasa awam
Dari tahun berganti tahun
Terus memohon
Mohon kebaikan dunia dan akhirat
Nabi selalu mengingat
Buat juga yang sunat
Banyakkan selawat
Bukan tipu dakwat
Ini kerja maksiat
Dari Yahudi terima nasihat
Berniat jahat
”Dan tidak sesekali redha orang Yahudi
dan Nasrani terhadap kamu (umat Islam) selagi
kamu tidak ikut cara hidup mereka, cara hidup barat”
Wanita, arak dan hiburan
Berlakulah
Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Selasa, 30 Julai 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH SATU




Puasa
Masuk fasa sepuluh hari terakhir
Menghadapi kehidupan perlu kemahiran
Memahami kehendak ayat ayat Al-Quran
Mengandungi pelbagai pengajaran
Meyakini kebesaran tuhan
Melalui pemikiran
Melalui perkataan
Melalui tindakan
Berteraskan ilmu pengetahuan
Buat suruhan tinggal larangan
Bersama sama jemaah menegakkan kebenaran
Diyakinkan rakyat bawahan
Melalui syarahan
Melalui penceritaan
Perlu kesabaran
Perlu kepimpinan
Berkebolehan
Ada pada ulama akhirat
Waktu pagi pasang jerat
Dapat seekor ayam hutan
Bawa pahala ke alam akhirat
Dengan menjauhi godaan syaitan
Melazimkan diri di bulan Ramadhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Isnin, 29 Julai 2013

RAMADHAN KEDUA PULUH 1434H




Hari Isnin
Minggu ketiga berpuasa
Penzalim terus menyalahguna kuasa
Perasuah terus menyalahguna kuasa
Di Kuala Besut terserlah lakonannya
Guna apa saja yang berjaya
Golongan beriman juga berusaha sedaya upaya
Abby Abadi datang membantu dengan suami mudanya
Berkat berjuang bersama rakyat tertindas
Keinginannya Allah balas
Ustaz-ustaz berjanggut kurang selangkah
Masih ramai lagi ustazah-ustazah
Yang belum nikah
Ceritakan kepada mereka indahnya poligami
Zina boleh basmi
Tanya kepada Cikgu Mi
Seorang pejuang sejati
Dalam TERAS menabur bakti
Berkain pelikat
Bersongkok hitam
Musuh-musuhnya hampir pitam
Dasar rasis beliau hentam
Hajar Aswad batu hitam
Terletak tersegam di depan Kaabah
Golongan mukmin jangan dihentam
Dengan jihad pahala bertambah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013


Ahad, 28 Julai 2013

RAMADHAN KESEMBILAN BELAS 1434H



Hari Ahad
Berkumpul di Dataran Raba’ah adalah jihad
Perampas-perampas kuasa di Mesir bertindak jahat
Niat jahat
Tindakan pun jahat
Yusof Al-Qardawi terus-menerus memberi nasihat
Melawan tanda iman
Berpahala menentang kezaliman
CIA adalah kuman
Mossad juga kuman
Menyokong pembelot-pembelot dengan kebencian
Disokong marhaen yang kurang pelajaran
Disokong manusia manusia cetek iman
Di Dataran Tahrir mereka bertahan
Lupa mereka azab tuhan
Bila berlaku kematian
Berbeza dengan orang orang beriman
Syahid bila mati dalam iman
Di Subuh berdarah, Kaherah
80 Ikhwan mati Syahid
4 orang mati di Ramsis
Senyum iblis
Bila mengaku Islam tetapi menentang jemaah ikhwan
Teruskan bertahan di Dataran Raba’ah
Sabarlah wahai para ikhwan
Kami di sini mendoakan anda sekalian
Lawan tetap lawan
Menanti saja kejayaan
Terutama di bulan Ramadhan
Harum bau daun pandan
Mudah tumbuh di tepi taman
Teruskan jihad di bulan Ramadhan
Inilah budaya orang beriman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Sabtu, 27 Julai 2013

RAMADHAN KELAPAN BELAS 1434H



Hari Sabtu
Puasa khusus puasa bermutu
Solat berjemaah setiap waktu
Dapat pahala bertambah-tambah
Hadapkan muka ke Kaabah
Mesti betul aqidah
Banyak faedah
Berpegang teguh dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sumbernya empat
Betul dan tepat
Utamanya Al Quran
Keduanya Hadith
Ketiganya Ijmak
Keempatnya Qias
Setiap saat Nabi ikhlas
Sahabat sahabat juga ikhlas
Memahami maksud Surah Al-Ikhlas
Allah tempat bergantung harap
Harap-harap ke syurga
Bersama seluruh keluarga
Adab-adab puasa dijaga
Dengan iman dan istiqamah
Bila memimpin beramanah
Menanti beberapa soalan dalam tanah
Bagi mukmin semuanya mudah
Mematuhi kehendak aqidah
Awal-awal agama mengenal Allah
Ambil wudhu dari kolah
Dalam kolah ada ikan
Beramal soleh kerana Allah
Berdoa pula sebelum makan
Orang beriman dijadikan rakan
Berdakwah kepada ahli ahli sukan
Mudah wujud negara berkebajikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013