Ahad, 30 Jun 2013

PANTUN BUATLAH SEGERA

SURAT KEDUA PULUH TUJUH




Menemui pengadil-pengadil sukan
Ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan
Persiapkan diri dengan ilmu sukan yang diadili
Ingat tanggungjawab peribadi
Tanggungjawab dengan Allah
Tanggungjawab dengan manusia
Tanggungjawab berbentuk Fardhu Ain
Tanggungjawab berbentuk Fardhu Kifayah
Dua tanggungjawab ini hendaklah dibereskan setiap hari
Bila lengkap diri sendiri
Mudahlah orang lain diadili
Setiap kita ada pemimpin

          Dari padi buat empin
                   Boleh makan di Hari Raya
          Nabi Muhammad sebenar pemimpin
                   Menjadi ketua yang berjaya

Setiap Ramadhan tekun berpuasa
Beramanah bila pegang kuasa
Kebajikannya rakyat dapat rasa
Inilah pengadil yang berjaya
Yang kalah pun berasa sukacita
Tidak berlaku padam pelita
Kebenaran Islam itu ternyata
Penentangnya di akhirat menderita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013

 

Sabtu, 29 Jun 2013

PANTUN SYAABAN 1434H




1        Pelajar tahfiz memakai serban
                   Setiap waktu solat berjemaah
          Banyakkan selawat di bulan Syaaban
                   Nescaya memperolehi jiwa mutma’innah

2        Bergerak perlahan seekor lipan
                   Nampak kucing menghilangkan diri
          Beramallah untuk masa depan
                   Inilah budaya ulama bistari

3        Imam Shafie rajin menulis
                   Mengarang kitab dalam rumah
          Tipu menipu tabiat Iblis
                   Mahu manusia berkeadaan lemah

4        Harum bau daun pandan
                   Tumbuh menghijau ditepi taman
          Dari Shafie ambillah teladan
                   Menjadikan Quran sebagai teman

5        Bunga tanjung puteh berseri
                   Gugur kebumi sepanjang malam
          Dengan ilmu kenallah diri
                   Dalam jemaah memperjuangkan Islam

6        Hujan turun sepanjang malam
                   Berlaku banjir dikawasan pendalaman
          Menjadi kewajipan membela Islam
                   Inilah budaya orang beriman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013


SURAT KEDUA PULUH ENAM




Surat ini khas untuk Muslimin dan Muslimat
Tanpa mengira bangsa dan tempat
Ingat
Apa ditanam itulah yang dapat

Ikan puyu ikan sepat
          Di antara jenis ikan darat
Syurga boleh kita dapat
          Dengan beramal untuk akhirat

Dengan beramal untuk akhirat
Buatlah yang disuruh syariat
Bermula dengan betul niat
Ke atas Nabi banyakkanlah selawat
Solat lima waktu janganlah lewat
Berjemaah walaupun dapat hanya satu rakaat
Tinggal dulu sebarang mesyuarat
Jauhi hati dari mengurat
Bila melancong ke negara Barat
Tetapkan beramal ibadat
Bertudung lengkap para Muslimat
Musim Summer cabaran meningkat
Bagi Muslim yang masih sihat
Di sana sini aurat boleh lihat
Pahala puasa pula tak dapat
Berbuka puasa pula lambat
Hampir sembilan malam
Dibuat juga oleh umat Islam
Bila iman kuat di dalam
Bila berjumpa memberi salam
Eratkan silatulrahim dengan bersalaman
Berqiamulail menguatkan iman
Bila ini dalam tangan
Tanda Ramadhan tahun ini mencapai kejayaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013


 

Jumaat, 28 Jun 2013

SURAT KEDUA PULUH LIMA




Menemui menantu-menantuku
Dapatku menimang cucu
Berkembangbiaklah zuriatku
Tingkahlakumu di dalam perhatianku
Banyak Ramadhan telah berlalu
Cucuku yang sulong berumur 16 Tahun
Setiap solat aku tetap memohon
Supaya semua dosamu Allah ampunkan
Supaya Allah terima taubat kita
Tentulah dengan ilmu kita
Dari ilmu tahulah kita cara-cara bertaubat
Pertama ada perasaan menyesal
Kedua ada perasaan membencikan maksiat
Ketiga berjanji tidak akan mengulanginya
Lakukanlah di bulan Ramadhan ini
Berubah kena berani
Ubahlah pemikiran
Ubahlah perkataan
Bercakaplah benar
Berani berkata benar
Ubahlah tindakan kita
Berdasarkan niat berpuasa sebulan Ramadhan
Dimulai dengan solat maghrib berjemaah
Diikuti dengan sahur
Berjemaah pula solat subuh
Nescaya pendirian jadi teguh
Pendirian sebagai seorang Muslim
Pendirian sebagai seorang Muslimat
InsyaAllah dunia selamat
InsyaAllah akhirat selamat
Jadilah semuanya selamat
Kesan bertindak cukup cermat
Dengan mengikuti Sunnah Nabi Muhammad s.a.w


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013