Selasa, 30 April 2013

P 024 KUBANG KERIAN


P 024 Kubang Kerian
Berdoa kita kepada Tuhan
Supaya dimenangkan calon PAS
Ahmad Baihaki Attiqullah
Dengannya calon UMNO pun kalah
Syukurlah kita kepada Allah
Menambah kerusi Parlimen
Bagi PAS dan Pakatan Rakyat
Perlu kuat hasrat
Mahu tawan Kerajaan Pusat
Dimudahkan melalui
Thahaluf Siyasi
Menghapuskan korupsi
Dibiakkan oleh ahli-ahli politik UMNO
Parti Ketuanan Melayu
Iman jadi layu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Nescaya selamat orang Melayu
Bila kalah parti keparat
Jadikan matlamat untuk akhirat
Dengan Islam saja selamat
Undi Baihaki cepat UMNO kiamat
Harap-harap jadi pembangkang yang terhormat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J’Akhir1434/Apr2013


P 022 PASIR MAS


Kerusi Dewan Rakyat
P 022
Pasir Mas
Gerombolan perkauman sempit nampak lemas
Calon sendiri
Tak hadir diri
Semasa penamaan calon
Tinggal dua nama
Yang satu yang lama
Yang baru yang muda
Berilmu agama
Berakhlak mulia
Dari keluarga beragama
Nik Abduh dia punya nama
Anak Tuan Guru ternama
Membangunkan Islam bersama-sama
Terus bertahan lama
Hampir 23 tahun jadi MB Kelantan
Idaman kroni-kroni keduniaan
Tidak diizinkan Tuhan
Selepas PRU-13 insyaallah akan berterusan
Membawa kebajikan
Kepada rakyat Kelantan
Di peringkat Pusat nantinya Kerajaan Pakatan
Menangislah syaitan


  
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J’Akhir1434/Apr2013

P 014 MERBOK


Parlimen Merbok
Janji parti perkauman macam habuk
Seperti “Barang Naik untuk anda”
Orang alim tahu ini hanya propaganda
Tipu di siang hari namanya
Nor Azrina boleh bawa Pakatan Rakyat
Ke Putrajaya
Undilah dia
Calon PKR yang masih muda
Akhlak ada, rupa pun ada
Pada 5 Mei 2013
Undilah dengan ikhlas
Nor Azrina Abdullah Surip
Menangkanlah calon wanita
Yang jelita
Biar UMNO putih mata
Biar terus jadi pembangkang
Di DUN Kedah
Biar isteri-isteri aurat terdedah
Di akhirat tidak berfaedah
Sesal yang tak sudah-sudah
Sebaliknya
Menyokong P.R cukup bermakna
Buku Jingga sangat berguna
Membantu keluarga-keluarga
Dengan turunnya harga-harga
Di mulai dengan turun harga petrol
Bila petrol turun
Harga barang-barang lain akan turun
Kos kehidupan juga turun
Hanya kroni-kroni BN gerun
Merompak negara macam lanun
Dalam kubur pasti kena balun
Kanak-kanak bermain belon
Ditiup angin jatuh ke
Nor Azrina berwibawa punya calon
Membantu Pakatan kuasai Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J’Akhir1434/Apr2013



P 011 PENDANG


P 011
Pendang
Melihat maksiat Mat Sabu meradang
Gerombolan perkauman hanya pandang-pandang
Seperti lembu dalam kandang
Di PRU-13 terbuka peluang
Berubah Kerajaan Pusat
Ditadbir oleh Pakatan Rakyat
Rakyat dapat banyak manfaat
Kroni-kroni akan disiasat
Ini Muhamad Sabu memang minat
Tentu bila jadi Y.B
Bebas berucap dalam Dewan Rakyat
Jadi Menteri pun Mat Sabu ada bakat
Pengalaman hidup yang berwarna-warni
Pernah ditahan ISA
Pernah difitnah
Tapi Mat Sabu terus berceramah
Jiwanya nampak istiqamah
Semoga cita-citanya direstui Allah
Calon BN di Pendang pun kalah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Apr2013