Ahad, 31 Mac 2013

DENGAN IZIN ALLAH





Bangkitlah
Biar penzalim kalah
Biar pengkhianat kalah
Biar perasuah kalah
Biar penipu kalah
Biar pemecahbelah kaum kalah
Ini kali lah
Semoga dikurniakan Allah
Bersyukur rakyat kepada Allah




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013



Sabtu, 30 Mac 2013

DARI LIMA PILIH HANYA SATU





Di depan manusia
Di dunia
Ada lima peluang terbuka
Satu ke syurga empat ke neraka
Padan muka
Bila ikut
Firaun
Qarun
Haman
Abdullah bin Ubai
Firaun
Lambang pemerintahan yang sangat zalim
Menolak nasihat orang alim
Qarun
Lambang kekayaan kebendaan
Menaja program kemaksiatan
K- Pop
PSY Gangnam Style
Haman
Lambang penjawat awam yang pengampu
Angguk saja kepada Pemerintah
Asalkan kenyang macam lintah
Rakyat jelata dapat kuah
Kroni-kroni hidup mewah
Melalui rasuah
Abdullah bin Ubai
Lambang cakap tak serupa bikin
Ajaran Islam dia tak yakin
Menyakiti hati Nabi di Madinah
Nabi semacam tak ambil kesah
Kepada Allah Nabi s.a.w berserah
Menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah
Walaupun nampak berat sebelah
Umar Al-Khattab gelisah
Ditenteramkan Nabi kekasih Allah
Tanpa Umrah balik ke Madinah
Tahun berikutnya melakukan umrah
1,800 sahabat ikut serta
Kagum Khalid Al-Walid melihatnya
Kagum Amru Al-Ash melihatnya
Kagum Uthman bin Talhah melihatnya
Akhirnya mereka percaya
Menjadi pengikut-pengikut Nabi yang setia
Keputusan diambil keputusan berguna
Di Mahsyar bersama Nabi s.a.w
Di Mahsyar dipilih hanya pengikut setia
Nabi Muhammad s.a.w
Kumpulan Nabi s.a.w yang berjaya
Kumpulan Firaun hina
Kumpulan Qarun hina
Kumpulan Haman hina
Kumpulan Abdullah bin Ubai hina
Menderita selama-lamanya




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013


Jumaat, 29 Mac 2013

BERITA KEMATIAN





Di sana sini
Ada kematian
Di sana sini kesedihan
Kehilangan yang dikasihi
Ada yang mati dalam Islam
Ada yang mati dalam iman
Ada yang mati betul aqidah
Menanti saja kebahgiaan
Di dunia berilmu pengetahuan
Di dunia beramal soleh
Di dunia bersama jemaah Islamiah
Lidah sentiasa mengingati Allah
Sabar menghadapi masalah
Biarpun kalah
Redha di atas ketentuan Allah
Lihat saja Rasulullah
Ketokohannya terserlah
Di Hudaibiyah
Disekat dari mengerjakan umrah
Sahabat-sahabat gelisah
Ada yang seakan-akan marah
Lupa mereka Muhammad itu kekasih Allah
Lupa mimpi Nabi itu benar
Lupa mereka sebentar
Yang Nabi dilindungi Allah
Ingatlah
Hanya setahun
Selepas termeterai Perjanjian Hudaibiyah
Semua syarat-syarat perjanjian
Yang nampak macam berat sebelah
Rupa-rupa kafir Quraish yang kalah
Dengan kehendak Allah
Bila katanya ”jadi’ jadilah





HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013


Khamis, 28 Mac 2013

BERADA DI BATU DUA





Dia seorang ahli politik ternama
Dia pejuang tegar asobiyah
Di kalangan ramai dia bersongkok hitam
Waktu solat di rumah pakai ketayap putih
Jarang-jarang solat berjemaah
Masjid yang dia kunjungi sebulan sekali
Hanya ada baca Yaasin
Di malam Jumaat saja
Ini sudah jadi tradisi
Dia lupa hendak memahami
Makna ayat-ayat surah Yaasin itu
Dia masih yakin peranan undi hantu
Dialah perancang, pemberian Mykad
Dapat sanjungan dari orang atas
Yang penting terus pegang kuasa
Di PRU-13 lain pula
Orang besar-besar dalam partinya pening kepala
Perisik keselamatan pun nampak negatif
Ceramah BTN pun macam menuang air ke atas daun keladi
Penceramah-penceramah BTN pun lemah semangat
Lagu ”Anak kecil bermain api”
Hanya di mulut saja
Di hati lain halnya
Rakyat dah tak percaya
Rakyat ingin perubahan
Rakyat ingin pertukaran
Rakyat sudah 55 tahun ditipu
Angin perubahan sudah bertiup hingga ke selatan
Dalam dia berfikir-fikir
Tiba tetamu tak dikenalinya
Izrail namanya
Belum sempat berkata-kata
Pemimpin asobiyah hilang nyawa
Belum sempat bertaubat
Sedar-sedar dia berada dalam tanah
Di sekelilingnya semuanya gelap
Berteriaklah dia dengan sekuat-kuatnya
Semuanya hampa saja
Sudah berada di Batu Dua


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013

Rabu, 27 Mac 2013

JANGAN LEBIH-LEBIH





Ada slogan
Dari seorang keduniaan
Macam bentuk nasihat
Harap-harap menepati syariat
Harap-harap bersih niat
Semoga binasa para pengkhianat
Di Lahad Datu hilang dua nyawa
Di Semporna kecundang enam pihak keselamatan
Senyum saja syaitan
Melihat manusia berbunuh-bunuhan
Berdosa besar para perancang
Fikiran mereka tidak panjang
Lupa mereka Allah Maha Mengetahui
Lupa mereka
’Setiap yang bernyawa pasti mati”
Semasa hidup hiduplah berkualiti
Ikutlah ajaran Nabi
Budaya Abdullah Ubai dijauhi
Irihati terhadap Nabi
Kekal munafik sampai mati
Bacalah seerah Nabi
Siang malam menyakiti Nabi
Nabi Muhammad tetap sabar
Islam terus tersebar
Kesan perjanjian Hudaibiyah
Mengkagumkan
Tiga pahlawan Quraish memeluk Islam
Khalid Al-Walid
Amru Al-Ash
Uthman bin Talhah
Melayu perlu berubah
Tolak pimpinan rasuah
Pileh yang beramanah
Contohilah Rasulullah s.a.w
Hebat di luar
Hebat di dalam
Ada hanya pada Islam


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat(Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013