Rabu, 27 Februari 2013

BUAT 5 PERKARA MENANTI PUTRAJAYA






Boleh menguatkan hati
Pertama
Membaca Al-Quran
Berserta maknanya
Baru dapat cahaya
Terang Putrajaya
Bila dipegang orang yang
Beriman dan beramal soleh
Makan rezeki yang halal
PAC tidak menyoal
Kedua
Berpuasa
Puasa sunat
Hari Isnin, hari Khamis
Ketiga
Mendirikan solat malam
Terutama
Solat tahajjud
Guna jam loceng mudah terkejut
Hati penzalim takut
Takut Putrajaya terlucut
Takut didakwa
Di atas jenayah
Menzalimi rakyat
Keempat
Berzikir sewaktu makan sahur
Esoknya berlapar
Berani pula menentang yang mungkar
Tipu undi kerja mungkar
Dalam penjara tentulah sukar
Kelima
Bersahabat dengan orang-orang soleh
Bersolat berjemaah
Setiap waktu
Bersedia hadir di majlis ilmu
Baru tahu
Pejuang asobiyah sentiasa menipu
Kali ke 13 tentu tahu
Kuasa Allah yang menentukan
Pertukaran Kerajaan di Peringkat Persekutuan
Menanti
Negara Berkebajikan


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013

 

Selasa, 26 Februari 2013

BANGUNLAH DAN BERTINDAK

Rakyat Bangkit




I

Bila orang-orang mulia gagal
Bangun menentang penipuan
Jatuhlah martabat
Dan hilanglah kehebatan mereka

II

Bangunlah melawan politik rimba
Dengan dasar mereka bersekongkol dengan syaitan

III

Jadikan Malaysia permai
Bebas dari semua bentuk rasuah
Jadikan negara
Bebas dari pertikaian kaum

IV

Kehidupan adalah kemerdekaan
Membawa cita-cita murni
Dalam suasana muhibbah
Dengannya negara tetap berdaulat

V

Dalam amalan demokrasi
Suara rakyat adalah di peti undi
Dengannya
Memilih wakil-wakil beramanah
Untuk mentadbir negara

VI

Dalam pilihanraya kali ini
Mari kita bersatu
Dengan jiwa yang murni
Semoga kebaikan terserlah


VII

Jangan lagi ada alasan untuk
Menzalimi rakyat dan
Memperalatkan sesama insan


VIII

Pastikan undi memihak kebenaran
Jadikan negara kita cemerlang
Perbetulkan kesilapan-kesilapan
Perbetulkan penyelewengan lampau
Biarlah Malaysia unggul semula




Terjemahan HMS Abu Bakar
Kepada poem ”Stand up, Be Counted
By Allan CF Goh



Isnin, 25 Februari 2013

PANTUN SEMBRONG BERTUKAR TANGAN





Tanam ubi tanam terung
Tanam padi tepi paya
Onn boleh menang di Sembrong
Dengan syarat bersih pilihanraya

Pokok cengal pokok jati
Banyak terdapat di dalam hutan
Parti assobiyah hampir mati
Beribu-ribu hadir ceramah Pakatan

Buah mempelam masak di pokok
Waktu malam dimakan kelawar
Pimpinan Barisan terlalu bengkok
Takut menghadapi karisma Anwar

Bunga tanjung putih berseri
Jatuh ke tanah waktu pagi
Pakatan mahu rakyat berdikari
Barisan mahu rakyat rugi

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Budaya rasuah boleh ditegah
Dengan melaksanakan Buku Jingga

Satu, dua, tiga, empat
One, two, three, four
Sembrong Pakatan boleh dapat
Banyak beramal dan bersyukur




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013

Ahad, 24 Februari 2013

TEORI HURU HARA





Manusia
Ada akal dan nafsu
Ada juga syaitan mengekorinya
Ada ikan dalam paya
Ikan haruan dan sepat
Bila nak terlepas Putrajaya
Jumpa syaitan cepat-cepat
Nasihat syaitan hanya satu
Lepas hujan keluar kalkatu
Nampak lampu terus diburu
Altantuya ada meninggalkan hantu
Katanya tolak warna biru
Gerombolan penzalim makin keliru
Jumpa bomoh lain
Kos bertambah tinggi
Tolak syariat di akhirat rugi
Maka rakyat pun lari
PR sedia menanti
Dengan pimpinan berkualiti
Huru hara pun tak jadi
Hidup rakyat mesra sekali
Bila Peguam Negara diadili
Sungai Buluh hanya menanti




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013


Sabtu, 23 Februari 2013

ISTERI JAHAT





Isteri
Perlu bagi lelaki
Melahirkan zuriat yang sah
Membesarkan keluarga dengan rezeki halal
Menggunakan bomoh tindakan sial
Mengawal suami kerja nakal
Suami jadi bodoh depan orang ramai
Suami dimalukan di khalayak ramai
Di negeri Pi Mai Tang Tu
Percaya kepada hantu
Percaya kepada undi-undi hantu
Dengan BR1M ingat rakyat boleh bersatu
Keluar waktu malam kalkatu
Nampak cahaya terus diburu
Rakyat tolak parti berhantu
Benci melihat warna biru
Malang nasib suamiku
Temberangnya sudah tidak laku




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013