Rabu, 29 Februari 2012

KAWAN SEPERJUANGAN


Kehidupan makhluk adalah perjuangan
Menjaga kesihatan diri
Kesihatan jasmani
Kesihatan rohani
Dengannya manusia jadi berani
Berani
Menentang penzalim-penzalim
Menentang pengkhianat negara
Dalam masa yang sama perintah Allah buat segera
Dengan ilmu di dada
Di depan kita berbagai propaganda
Diberi publisiti luas oleh media perdana
Ramai rakyat terpesona
Di sana sini kedengaran cerita
Baiknya kerajaan pusat kita
Beri duit merata-rata
Kedengaran
Pertahan silat
Biar terus mengelat
Melalui internet rakyat lihat
Bapak-bapak penjahat
Ibu-ibu penjahat
Projek mega mereka dapat
RM100 bagi kanak-kanak sekolah
RM 500 bagi gulongan berpendapatan rendah
Apco Worldwide dapat faedah
Dibayar upah
Negara terus bermasalah
Bila lupa amarah Allah
Ayat 120 surah Al-Baqarah
Membisu Sahibulsamah
Keyakinan akhirat ternyata lemah
Akaun-akaun bank bertambah
Rakyat mulai menyampah
Ibarat sampah
Suasana getir perlu diubah
Ubah diri dulu
Ubah kawan seperjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Dibantu ilmu pengetahuan
Berba’iah untuk kebaikan
Mematuhi semua perintah Tuhan
Memuliakan Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran
Manusia jenis ini jadikan kawan
Jauhi dari cinta keduniaan
Ada pada Firaun; Qarun dan Haman
Dikutuk Tuhan
Sepanjang zaman
Abu Bakar As-Sidiq berlainan
Inilah kawan sejati
Bukan Ngo berjenama JATI
Sokong penzalim tanda jiwa mati
Tak bernilai PHD
Ikutlah perangai ubi
Makin lama makin berisi
Disahut rakyat reformasi
Mahu hapuskan budaya korupsi
Mendokong cita-cita Paksi
Mahu setiap kita berkata benar
PPSMI merosakkan bangsa Melayu
DEB dirosakkan oleh Gerombolan Ketuanan Melayu
Disebabkan pimpinan layu
Bahasa Melayu pun layu
Kawan-kawan mereka pun layu
Disebabkan menolak wahyu
Ikan keli ikan puyu
Berenang-renang dalam sawah
Berkawan yang ikut wahyu
Berjihad dengan jiwa mutma’innah
Bersedia berumah dalam tanah
Berkawan pimpinan yang beramanah
Seperti Abu Bakar dengan Rasulullah
Kawan seperjuangan yang mencintai Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Selasa, 28 Februari 2012

PANTUN CONTOHILAH IMAM AL-GHAZALI



           Pergi ke surau pakai kopiah
                        Setiap waktu solat berjemaah
            Bila agamawan berfahaman asobiyah
                        Alamat berleluasa budaya rasuah


            Pakai kopiah warna biru
                        Jubah pula warna kuning
            Perjuangan perkauman perjuangan keliru
                        Nampak kekalahan kepala pun pening


            Air laut warna biru
                        Dari jauh jelas kelihatan
            Ketokohan Ghazali kita tiru
                        Sentiasa gagal rancangan syaitan


            Imam Al-Ghazali rajin menulis
                        Mengarang kitab duduk di kerusi
            Dengan tassauf hadapilah Iblis
                        Boleh juga gunakan puisi


            Imam Al-Ghazali terkenal alim
                        Terkenal sebagai hujjatul Islam
            Ikut Sunnah budaya muslim
                        Membiasakan diri solat malam

     
        Bersarang rendah burung tempua
                        Ditiup angin terus bergoyang
            Ikut Sunnah Nabi sedaya upaya
                        Tiang serinya ialah sembahyang

     
            Matahari terbit dari timur
                        Tenggelam pula waktu malam
            Berjihadlah selagi ada umur
                        Tentu berteraskan ilmu kalam


            Pisang emas bawa belayar
                        Masak seikat di atas peti
            Setiap hutang perlu dibayar
                        Budaya orang yang berintergeriti


            Pergi ke sawah cari kangkong
                        Dapat pula daun pegaga
            Jiwa rakyat jangan dikongkong
                        Betul aqidah selamatlah keluarga


           Daun pegaga tumbuh subur
                        Di tepi sawah tanpa baja
            Rejim penzalim akan berkubur
                        Dengan syarat Allah dipuja


            Waktu petang makan bubur
                        Bubur dibuat daripada kacang
            Parti perkauman hampir lebur
                        Pertahanan mereka nampak goncang


            Hari-hari pergi ke sawah
                        Waktu rehat minum kopi
            Negara perlu pimpinan bermaruah
                        Baru masalah mudah dihadapi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Isnin, 27 Februari 2012

GANTILAH SEGERA



Dengar tazkirah
Sebelum Jumaat
Ingat mengingati
Baiknya syariat
Baiknya Islam
Nikmatnya Islam
MengESAkan Tuhan
Allah pencipta sekelian alam
Besarnya alam
Firaun tenggelam
Di lautan dalam
Di Laut Merah
Berjihad selagi ada darah
Biar penzalim musnah
Digantikan yang beramanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Ahad, 26 Februari 2012

NIKMAT SEBENAR



Allah
Pencipta segala-galanya
Gelap dan bercahaya
Manusia berupaya
Mengatasi malaikat
Dengan ilmu dan iman
Dengan kesungguhan
Meninggalkan semua tegahan
Ditegah menyokong bangsa dalam maksiat
Ini asobiyah namanya
Nabi saw menolak fahaman perkauman sempit
Berjihad hanya untuk agama
Menentang kemungkaran
Di kalangan bangsa sendiri
Keredhaan Allah saja dicari
Mulai
Dengan mengenal diri sendiri
Bila kenal diri
Baru melengkapkan diri dengan amalan
Amalan untuk kehidupan di akhirat
Kehidupan yang lama
Inilah nikmat agama
Membangunkan bersama-sama
Nikmat untuk semua
Manusia yang cerdik
Beramal setiap saat
Melaksanakan kehendak syariat
Inilah nikmat
Persiapan sebelum kiamat
Berbekalkan niat
Niat
Hanya dibuat untuk Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Sabtu, 25 Februari 2012

UCAPAN WIRAWATI SEBELUM MATI



"Wahai Islam...Wahai Islam"
Ucapan akhir isteri Sultan Saifuddin Qutuz
Yang syahid
Dalam peperangan
Menentang tentera Monggol
Di Kota Ain Jalut
Bersama-sama suaminya
Ditikam musuh
Jatuh ke tanah
Hingga nazak
Lalu suaminya memapah isterinya
Sambil berkata "wahai isteriku"
Isterinya Jullanar membalas
"Wahai suamiku, lebihlah kasihmu
terhadap Islam"
Inilah wirawati yang sebenar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Jumaat, 24 Februari 2012

SARANAN AL-GHAZALI



Manusia
Suka menerima hadiah
Disuruh Rasulullah
Suka memberi kemaafan
Bila berlaku kesilapan
Baik masa hadapan
Suka ziarah-menziarahi
Segala maksiat dijauhi
Korupsi
Konspirasi
Kroni-kroni dapat isi
Rakyat hanya
RM 100
RM 500
Dengan harapan
Kekal berkuasa
Boleh menyalahguna kuasa
Di atas nama bangsa
Demi masa
Buatlah jasa
Memberi bantuan
Disyukuri insan
Menjiwai perasaan kemanusiaan
Inilah saranan
Imam Al-Ghazali
Dengan penulisan syurga dibeli
Disarankan
Memberi hadiah
Sedia memberi kemaafan
Selalu kunjung mengunjungi
Suka memberi bantuan
Inilah jalan
Kejayaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Khamis, 23 Februari 2012

TERBUKA TEMBELANG


Jelajah
Berpidato nampak gagah
Jemaah Tauhid yang disanggah
Di Badar, Jeneral Quraish rebah
Di akhirat Abu Jahal bermasalah
Pilih parti yang salah
Dikuasai perasuah-perasuah
Majoriti pimpinannya tak beramanah
Bermasalah dalam tanah
Gerombolan songkok hitam pasti musnah
Pecah bisul keluar nanah
Sewaktu duduk sedikit masalah
Parti syaitan akan musnah
Ditelan pakatan yang bermaruah
Elok berhenti dari jelajah
Elok baca buku sejarah
Elok bertaubat kepada Allah
Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Kesalahan orang jangan dicari
Malu besar terbuka tembelang
Biarkan Luncai terus malang

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012


Rabu, 22 Februari 2012

DOA UNTUK DR AWANG SARIYAN



Dr Awang Sariyan
Seorang yang berkebolehan
Seorang yang berpengalaman
Suka berkawan dengan yang beriman
Minat ilmu pengetahuan
Tegas pendirian
Boleh dijadikan teladan
Sekarang memegang jawatan
Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cerah bahasa dimasa muka
Bantulah dia
Paksi memang percaya
DBP akan gah semula
Membantu yang maaruf dapat pahala
Dengan ini warga
Seniman Paksi Rakyat
Akan terus bermunajat
Juga solat hajat
Supaya Dr. Awang Saiyan sihat walafiat
Semoga Bahasa Melayu terus berdaulat
Kurniakanlah
Wahai Tuhan Yang Maha Esa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012


Selasa, 21 Februari 2012

HARAPAN ORANG ALIM



Doa
Dilakukan setiap masa
Mohon pertolongan Allah Yang Maha Esa
Supaya yang baik berkuasa
Memikirkan kebajikan rakyat sentiasa
54 tahun ditipu Ketuanan Bangsa
Mengkayakan kroni dan suku sakat
Dengan menyalahguna kuasa
Dah tiba masa
Penzalim hilang kuasa
Digantikan dengan pimpinan beramanah
Dengan Al Quran dan Hadis
Dengan Buku Jingga
Membaiki sistem hidup berkeluarga
Baik untuk negara
Baik untuk warganegara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Isnin, 20 Februari 2012

JANJI KITA KALI INI



12  Rabiulawal
Di Tahun Gajah
Bersamaan 27 April 570 Masihi
Lahir Muhammad bin Abdullah
Di Kota Mekah
Daripada keturunan Arab Quraish
Diumumkan namanya di hadapan Kaabah
Kedatangannya, bangsa Arab berubah
Runtuh akar umbi sistem hidup jahiliah
Digantikan pimpinan amanah
Di negara Islam di Madinah
Di perang Badar ketua tentera kafir Quraish musnah
Abu Jahal yang bernafsu amarah
Memusuhi Nabi Muhammad
Hingga naik darah
13 tahun di Mekah
Nabi terus berdakwah
Menghadapi berbagai masalah
Pengikut-pengikut ramai daripada golongan lemah
Tersohor Bilal bin Rabah
Syahid pertama Sumayyah
Syahid juga Yasir
Suami isteri menerima dakwah
Rasulullah
Anak mereka diselamatkan Allah
Ammar membuat helah
Dengannya selamat daripada dibelasah
Di tangan musuh-musuh Allah
Ammar bin Yasir
Di antara yang awal menganut agama Islam
Selepas
Siti Khadijah
Ali bin Abu Talib
Zaid bin Harithah
Abu Bakar As-Siddik
Uthman bin Affan
Al-Zubair bin Al-Awwan
Abdul Rahman bin Auf
Saad bin Abu Waqas
Talhah bin Ubaidullah
Suhaib Al-Rumi
Abdullah bin Mas'ud
Abu Zar Al-Ghifari
Keredhaan Allah mereka cari
Di Madinah
Aus dan Khazraj bersatu hati
Berbai'ah dengan Nabi
Mahu sehidup semati
Kehidupan Ansar juga berkualiti
Pembantu kuat kepada Muhajirin
Dengan Islam mereka yakin
Perang pertama di Badar
Menang dengan bantuan Allah
Tentera kafir Quraisah kalah
Inilah sejarah
Hebatnyn kepimpinan Rasulullah
Bergerak dengan
Al-Quran dan hadis
Dua perkara wajib kita ikuti
Baru hidup untuk mati
Mati dalam
Iman dan Islam
Dengan ini saja rejim korup pasti tenggelam
Bersatulah umat Islam
Berjihadlah siang dan malam
Pemerintah zalim akan tenggelam
Seperti kapal Titanic di lautan dalam
Berjanji kita
Membantu jemaah tercinta
Menyokong Nabi kita
Berselawat kita
Di desa dan di kota
Kehebatan Nabi kita cerita
Di akhirat bersukacita
Bersama bidadari yang jelita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012


Ahad, 19 Februari 2012

PANTUN NASIB PENZALIM




Tasik Temengor lautan paya
   Bulan purnama memancing ikan
Pakatan Rakyat boleh ke Putrajaya
   Dengan syarat pilihanraya dibersihkan

Bulan purnama memancing ikan
   Haruan jinak beribu kati
Barisan Nasional boleh ditumbangkan
   Bila keadilan, rakyat hayati

Haruan jinak beribu kati
   Mudah ditangkap dengan jala
Beramal soleh sebelum mati
   Menegakkan kebenaran dapat pahala

Mudah ditangkap dengan jala
   Boleh juga dengan memancing
Semasa hidup kumpul pahala
   Dengan cara menumbangkan Dacing

Boleh juga dengan memancing
   Guna umpan anak ikan
Gelisah nampak pimpinan Dacing
   Ketika belum ditumbangkan

Ikan lampam ikan baung
   Mencari makanan dalam lumpur
Dalam kubur penzalim meraung
   Dipukul malaikat terus menggelupur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Sabtu, 18 Februari 2012

PANTUN PELUANG TERBUKA

menuju Putrajaya


Ranting dahlia molek dicantas
   Tinggi setara pohon siantan
Kebenaran sepatutnya letak di atas
   Dilaksanakan bila berkuasa Pakatan

Gugur rambutan menimpa tanah
   Berputik liat buahnya kurang
Kepimpinan Pakatan diyakini beramanah
   Jauh daripada sifat curang

Benih segemal ditabur-tabur
   Celahan rumput tumbuh kerinji
Budaya membaca boleh subur
   Bila pemimpin rajin mengaji

Hujung desa nyiru merata
   Singgahan camar berbulu lusuh
Pakatan Rakyat menaruh cita-cita
   Dengan keadilan rakyat diasuh

Bunga cempaka suntingan nyoya
   Jadi hiasan dalam jambangan
Bila Pakatan berkuasa di Putarajaya
   Buat suruhan tinggal larangan

Tanah seberang dilindungi kabut
   Tegak berdi pohonnya kapas
Nik Aziz nampak lembut
   Musuh politiknya sesak nafas

Kerat sekata daun mengkuang
   Di anjung rumah anyam teliti
Memerintah negara Pakatan berpeluang
   Dengan izin Allah selepas pilihanraya nanti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Jumaat, 17 Februari 2012

KHALID SAMAD JAWAB TUDUHAN HASAN ALI

JADI ORANG BESAR

transformasi pemimpin


Mencintai Nabi Muhammad SAW
Menjadi kewajiban umat Islam
Memiliki iman Abu Bakar As-Sidik
Memiliki ciri-ciri orang cerdik
Daripada Rasulullah peribadi dididik
Beramal ibadat untuk akhirat
Guna wang membantu sahabat-sahabat
Iman Bilal bin Rabah begitu kuat
Dijemur di padang pasir yang hangat
Dari mulutnya
Keluar perkataan
"ahad...ahad...ahad"
Jauhi daripada perasaan hasad
Tanpa ijazah PHD 'Perasaan Hasad Dengki'
Nabi Yusuf dihumbankan ke dalam perigi
Umurnya panjang lagi
Jadi menteri
Menyelamatkan khazanah negeri
Jauhi daripada membesarkan diri
Jauhi daripada parasit-parasit
Daripada konspirasi abang kandungnya
Nabi Yaakop percaya
Yusuf akan jadi orang besar
Bukan jawatan menteri besar
Dihajati orang kepala besar
Lupa pada Padang Mahsyar
Dalam media perdana gambar-gambarnya tersiar
Penyebar kegiatan-kegiatan mungkar
Dalam neraka dibakar
Menumbangkan penzalim bukan lagi sukar
Kerajaan Pusat mesti bertukar
Pimpinan yang berkaliber
Pimpinan yang beramanah
Pimpinan yang berkebajikan
Rakyat pasti dapat kebaikan
Bila rejim zalim ditumbangkan
Mari doakan
Semoga dikabulkan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Khamis, 16 Februari 2012

PANTUN BERKASIH SAYANG

1.         Pohon jenari berbunga liat
                        Tumbuh subur di tepi desa
            Bila rakyat bersatu niat
                        Pakatan Rakyat boleh berkuasa


2.         Sarang tempua diangkat ringan
                        Ditiup angin nampak bergoyang
            Orang bodoh panjang angan-angan
                        Ingin ke syurga tanpa sembahyang


3.         Pohon kuini di tepi paya
                        Tumbuh tegak tidak berbaris
            Bila pakatan kuasai Putrajaya
                        Di dakwa semua gerombolan keris


4.         Lembayung senja diliputi kabus
                        Mula redup cahaya matahari
            Nasib rakyat akan ditebus
                        Ditangan pemerintahan bijak bistari


5.         Kirimkan wang walau sekupang
                        Keluar masuk wajar ditulis
            Ketuanan bangsa dasar tempang
                        Penasihatnya manusia berjiwa iblis


6.         Cincin diikat emas kencana
                        Bunga telepok diikat suasa
            Tindakan perkauman tindakan hina
                        Bila dilakukan pihak berkuasa


7.         Waktu petang duduk di veranda
                        Suasana damai rasa terhibur
            Buat baiklah berpada-pada
                        Baru aman dalam kubur


8.        Ke rumah bisan mencari pegaga
                        Dibuat ulam enak rasanya
            Berkebajikan tujuan Buku Jingga
                        Membayar zakat buat yang kaya


9.         Sudah dapat pulang ke rumah
                        Kerana kepala terasa bergoyang
            Kepimpinan Pakatan memang berhemah
                        Berbilang bangsa tapi berkasih sayang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Rabu, 15 Februari 2012

VIDEO: PILIHLAH JEBAT

DI PENGHUJUNG JALAN

jangan salah jalan


Pejuang-pejuang di akhir zaman
Penghujung jalan ketandusan iman
Bila inginkan kebebasan untuk diri sendiri
Ingin jawatan menteri
Menteri Besar di sesebuah negeri
Depan cermin lihat diri
Ada PHD
Penuh Hasad Dengki
Dalam hati berdaki
Cari duit melalui motivasi
Ceramahnya bervariasi
Katanya bahayanya korupsi
Sekarang sanggup sertai konspirasi
Dengan gerombolan Ketuanan Melayu
Aqidah dijadikan isu
Shabibulsamahah majoriti membisu
Kecuali yang satu
Disuruhnya Melayu bersatu
Dengan penuh perasaan perkauman
Dengan minat keduniaan
Jemaah Islam unggul dia asingkan diri
Dia lupa tahalul siyasi
Dengar murtad dia beremosi
Diam melihat NFC
Seronok melihat lembu di kondominium mewah
Biarkan bangsa kita kaya dan hidup mewah
Dengan hasil tak beramanah
Biarlah dia berceramah
Di atas isu aqidah
Asalkan Putrajaya tidak berubah
Dia lupa Cina dah berubah
Dia lupa India pun berubah
Dia lupa pakar motivasi sebenarnya lemah 
Menyokongnya membawa rebah 


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Selasa, 14 Februari 2012

HARI BOLEH BERMAKNA

Suami romantis, Isteri penyayang


14 Februari
Keredhaan Allah dicari
Mulai muhasabah diri
Setiap hari
Berkasih sayang suami isteri
Muka berseri-seri
Budaya orang bestari
Berjuang dalam parti
Bersih hati
Baru hidup berkuailiti
Jadikan budaya orang mukmin
Mengasihi golongan miskin
Dengan Pakatan pun yakin
Punah ranah BN pun yakin
Baru hari boleh bermakna


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

PANTUN PENYELESAI MASALAH


1.         AWAL BISMILLAH PEMBUKA KATA
                        DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH
            DALAM QURAN BANYAK CERITA
                        TOLAK TAUHID HIDUP BERMASALAH


2.         APABILA BERPAUT DI POHON ARA
                        DAUN YANG LURUH TERSIA-SIA
            DOSA PAHALA DIAMBIL KIRA
                        BARU ELOK AKHLAK MANUSIA


3.         TSUNAMI KETEPIAN DATANG MENYERBU
                        HARTA PUNAH BERJUTA-JUTA RINGGIT
            DIKAGUMI KEHEBATAN MAT SABU
                        LIDAH MUSUH MACAM TERGIGIT


4.         MENEMBAK BURUNG DI HUTAN KALIMANTAN
                        BURUNG PUNAI MATI SEKAWAN
            BUKU JINGGA TAWARAN PAKATAN
                        BAIK JUGA UNTUK LAWAN


5.         PAGI BERANGKAT PERGI MENGAIL
                        TINGGALKAN RUMAH TINGGALKAN DESA
            MENUMBANG PENZALIM BUKANLAH MUSTAHIL
                        MEMBAWA KEBAIKAN BILA BERKUASA


6.         WALAUPUN GEMPA DI SEKITAR ACEH
                        OMBAK TSUNAMI SAMPAI KE AFRIKA
            USAHA PAKATAN JANGAN DIPERLECEH
                        MEMBUAT KEBAJIKAN PELUANG TERBUKA


7.         ORANG BERBAHASA DIABAIKAN JANGAN
                        WARNA BERKILAUAN EMAS TEMPAWAN
            MELALUI INTERNET DAPAT PENERANGAN
                        MUDAH PUTRAJAYA KITA TAWAN


8.         KALA SUNYI MENCARI KERANG
                        DILAKUKAN SETIAP HUJUNG MINGGU
            RAKYAT SEDAR SIAPA TEMBERANG
                        PERLAKSANAAN JINGGA RAKYAT TUNGGU


9.         BUNGA RAFFLESIA BUAH KELAPA
                        MAINAN ARNAB DAN ANGSA
            ORANG KAMPUNG MUDAH LUPA
                        SENTIASA DITIPU PIHAK BERKUASA


10.       AWAL BERMULA DENGAN BISMILLAH
                        AKHIR KATA DENGAN ALHAMDULILLAH
            BUKU JINGGA MENGATASI MASALAH
                        DILAKSANAKAN BILA BN KALAH



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

ORANG CERDIK MENGIKUT NABI S.A.W

Orang cerdik
Orang yang membuat kerja-kerja
Untuk akhirat
Dengan penuh semangat
Dengan mengikut syariat
Bersih niat
Bersih sewaktu pilihanraya
Bekerja sedaya upaya
Beri tazkirah kepada keluarga
Tahu kebaikan Buku Jingga
Banyak rintangan jalan ke syurga
Sentiasa berjaga-jaga
Tak cukup ijazah berjela-jela
Tak cukup songkok hitam di kepala
Betul aqidah baru dapat pahala
Di akhirat ia berguna
Penyokong perkauman sempit hina
Daripada rasuah hidup kaya-raya
Bersatulah memeranginya
Ini golongan cerdik namanya
“Bersatu Mempertahankan Aqidah”
Hanya slogan kosong
Hak dan batil mesti bertembung
Yang batil kali ini melambung
Di mahkamah terbuka semua pekong-pekong
Didakwa juga profesor-profesor kangkong
Dengan penzalim mereka sokong
Dengan perasuah mereka sokong
Bila dipecat mahu orang ramai sokong
Orang Gombak kenal siapa dia
Orang BTN kenal siapa dia
Hanya beberapa orang percaya
Di Perak dapat dua penyokong
Berceramah nampak hebat
Lupa sumpah Hang Jebat
Dengan penzalim tak boleh taat
Pemilik PHD kena ingat
Seksa kubur amat berat
Berhenti sebelum nyawa tamat
Bertaubat
Usaha yang menfaat

Ikan keli ikan sepat, 
Dua jenis ikan darat,
Mencerca PAS apa dapat?,
Di dalamnya banyak ulama akhirat,
Kepada Nabi banyak berselawat,
Di akhirat dapat syafaat,
Menanti saja Hari Kiamat.


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Isnin, 13 Februari 2012

PERASAAN HASAD DENGKI (PHD)



Ada suara
Bertindaklah segera
Aqidah umat Islam cedera
Setelah sipecat amarahnya membara
Ke sana ke mari mencerca
Jemaah yang memuliakan dia
Dipilih
Jadi Yang Berhormat
Cita-cita tersemat
Mahu mempengerusikan
Mesyuarat exco negeri
Membesarkan diri sendiri
Lupa muhasabah diri
Sanggup berganding dengan
Gerombolan Ketuanan Bangsa
Lupa 54 tahun menyalahguna kuasa
Lupa keluarga
Teoh Beng Hock terseksa
Lupa keluarga
Kugan terseksa
Lupa keluarga
Amirulrashid terseksa
Lupa keluarga
Ahmad Sharbani terseksa
Baginya
Laluan Pakatan ke Putrajaya
Mesti disekat
baru hatinya puas
Inilah dendam seorang motivator
Jiwanya tentu tak kotor
Lupa roda berputar
Disedari yang pintar
Memiliki PHD bukan bermakna pintar
Yang Maha Pintar
Allahuakbar

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Ahad, 12 Februari 2012

MACAM PAKAR GILA

Aqidah
Sangat sangat berfaedah
Aurat jangan terdedah
Di akhirat terima padah
Seksanya tak sudah-sudah
Aqidah
Rosak disebabkan penjajah
Bertukar wajah
Bila dipecat oleh jemaah
Ke sana ke mari marah-marah
Cari gandingan untuk berceramah
Di desak oleh nafsu amarah
Lupa jasa jemaah
Yang penting pemecat mesti musnah
Gunakan pengamal pengamal rasuah
Gunakan gerombolan pecah amanah
Gunakan isu sensitif kepada Melayu
Yang iman dah layu
Bahasa ibunda dah layu
Mula salahkan seteru
Bersatu diseru
Pertahankan
Islam
Bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu
Lupa ubatnya wahyu
Lupa ubatnya Al-Quran
Lupa ubatnya hadis
Lupa ubatnya Qias
Lupa ubatnya Ijma Ulama
Perlu diingatkan
Penyakit Melayu
Boleh diubatkan Islam sahaja
Bila Islam diamalkan oleh raja-raja
Bila Allah saja dipuja
Kerana Allah buat semua kerja
Bersihlah Putrajaya
Biar bersih pilihanraya
Kuburnya
Nanti bercahaya
Ikhlas amalannya
Dari sejarah ada teladannya
Bila Khalid bin Walid dipecat
Dia tetap ikut syariat
Betul niat
Pakar motivasi lain pula
Bersongkok hitam di kepala
Jauh daripada pahala
Silap-silap boleh jadi gila


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Sabtu, 11 Februari 2012

MENCARI GANDINGAN



Bila membara
Nafsu amarah
Bila dipecat mula marah-marah
Terhadap jemaah
Cari gandingan untuk berceramah
Boleh dedah
Apa-apa kelemahan jemaah
Kononya berita benar
Lupa gandingan semasa berkiblat kepada Hang Tuah
Pengamal-pengamal rasuah
Daripasa pemecah belah
Daripada pemecah amanah
Cuba wujudkan suasana
Dalam masyarakat
Jauhi Pakatan Rakyat
Jauhi negara berkebajikan
APCO Worldwide didiamkan
Bayaran berlebihan
Lupa amaran Al-Quran
Ayat 120 Surah Al-Baqarah
Dan tidak sekali kali orang orang Yahudi dan Nasrani sukacita dengan umat Islam selagi umat Islam tidak ikut cara hidup mereka"
Budaya hedonis menuju neraka
Fikirlah bapak motivasi
Ceramah anda hilang visi
Disebabkan dendam peribadi
Tanam ubi tanam padi
Tanam pula di tepi paya
Dengan syaitan jangan berbudi
Dalam kubur tanpa cahaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Jumaat, 10 Februari 2012

PANTUN HARI PERKAHWINAN



1. Tanjung Katong airnya biru
  Tempat pelancong datang berehat
 Perkahwinan memang Nabi seru
  Diterima yang berjiwa sihat

2. Bunga tanjung putih berseri
  Gugur ke bumi di waktu malam
 Bahagia perempuan bergelar isteri
  Melahirkan zuriat beragama Islam

3 Bunga ros bunga mawar
  Ditanam banyak di sekitar taman
 Orang beriman jiwanya segar
  Beramal untuk Hari Kemudian

4. Tanam tebu tanam ubi
  Tumbuh subur di tepi kolam
 Perkahwinan adalah Sunnah Nabi
  Lahir ramai pejuang Islam

5 Dalam kolam itik berenang
  Nampak helang terus menyelam
 Dengan perkahwinan jiwa pun tenang
  Sama-sama belajar ilmu kalam

6 Air sungai mengalir tenang
  Berenang ikan ke hulu ke hilir
 Kehidupan perasuah nampak senang
  Dalam neraka lidah terjelir

7 Manis rasa air nira
  Minum sewaktu berbuka puasa
 Kebajikan keluarga diambil kira
  Suamilah yang memegang kuasa

8 Ikan puyu ikan keli
  Dua jenis ikan darat
 Kelemahan isteri jangan diperli
  Suami pula cintakan akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Khamis, 9 Februari 2012

ANAK PAK ALI

Pak Ali
Ada empat orang anak
Duanya hati benak
Dua lagi berjiwa rakyat
Pendokong kuat Pakatan Rakyat
Mahu negara selamat
Mahu berkhidmat
Dengan niat
Menumbangkan penzalim
Menegakkan kebenaran
Berlaku perubahan
Menolak parti perkauman
Buku Jingga memberi tawaran
Negara Berkebajikan
Dua anak Pak Ali hairan
Melihat sambutan luar dugaan
Kepada ceramah-ceramah Pakatan Rakyat
Dekat dengan Kerajaan Pusat
Dengan perpaduan rakyat
Dua anak Pak Ali terjerat
Dengan dasar Ketuanan Melayu
Disebabkan iman dah layu
Rakyat sedar halatuju mereka
Tanpa iman terbuka neraka
Mengutuk jemaah berwibawa usaha celaka
Dengan media perdana terpampang muka
Bersongkok hitam di atas kepala
Tandus pahala
Di akhirat menanti bala


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Rabu, 8 Februari 2012

PANTUN TAWARAN BAIK



Setiap pagi makan nasi
Lepas makan pergi ke sawah
Bila kaya melalui korupsi
Bolehlah hidup secara mewah

Pergi ke sawah menanam padi
Waktu rehat minum kopi
Bila upah syarikat Yahudi
Masalah negara tidak bertepi

Nasi putih nasi beriani
Makan di restoran bersama keluarga
Menyatakan kebenaran kena berani
Baiknya tawaran Buku Jingga

Pergi ke sawah cari pegaga
Bila mengail dapat haruan
Elok terima Tawaran Jingga
Memberi kebaikan yang berterusan

Buah rambutan buah pulasan
Bila masak berwarna merah
Orang beriman dapat balasan
Nikmat Allah datang mencurah-curah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Selasa, 7 Februari 2012

VIDEO: MALAM DERITA BANGSA

KETUANAN MELAYU



Ketuanan Melayu
Suatu khurafat
Mengkayakan gerombolan keparat
Mengkayakan lintah darat
Memuaskan nafsu golongan buaya darat
Hidup orang kampung terus melarat
Nasib peneroka FELDA terus melarat
Nasib golongan marhaen terus melarat
Nasib golongan Mustaz'afin terus melarat
Kayalah Melayu beberapa kerat
Pergi shopping di negara barat
Cincin isteri pun berat
Rakyat boleh lihat
Dari internet banyak maklumat
Terdedah aktiviti-aktiviti pengkhianat
Bila kuasa hampir hampir tamat
Diingatkan rakyat
"bangsa Melayu tak selamat"
"daripada DAP apa dapat"
"bahaya Islam jika sokong Pakatan Rakyat"
Di takut takutkan rakyat
Ditipu dah lama sangat
Kos kehidupan terus meningkat
Tawaran Jingga baik sangat
Di empat negeri boleh lihat
Kroni-kroni ketuanan Melayu saja penat
Projek-projek tak dapat
Mengelupurlah buaya-buaya darat
Daripada APCO terima nasihat
Beri duit kepada rakyat
RM 100 kepada murid-murid
Rm 500 kepada orang dewasa
Asal kekal berkuasa
Rakyat ambil duit
Hati tetap berubah
Biar gerombolan pengkhianat rebah
Seperti Abrahah
Daripada kumpulan tentera bergajah
Selamat Kaabah
Maha Suci Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Ahad, 5 Februari 2012

VIDEO: ADA HIKMAH PERISTIWA LEMBU

DERITA BANGSA





Allah ciptakan manusia
Dengan sebaik-baik kejadian
Dari seorang lelaki& perempuan
Lahir berbagai-bagai keturunan
Dengan tujuan
Berkenal-kenalan
Diberitahu dalam Al-Quran
Banyak pengajaran
Bagi yang beriman
Bagi yang ada ilmu pengenalan
Ditengah jalan ada gangguan
Wanita, arak dan hiburan dan juga sukan
Terdedah aurat lelaki dan perempuan
Bebas pergaulan
Berlakulah perzinaan
Lahirlah ramai anak tak sah taraf
Dulu dikenali
Anak luar nikah
Anak gampang
Tanpa Islam manusia lebih teruk dari binatang
Hukum hudud berani tentang
Diberi taraf bermastautin kepada para pendatang
Tujuannya mahu menang
Kali ini bukan senang
Ditaburkan wang
Dari RM 100
Dari RM 500
Tali perkauman pasti putus
Ditangan gelombang BERSIH 2.0
Dasar ketuanan bangsa jelas terpesong
Dalam keranda mayat diusong
Ketuanan Melayu hanya gendang-gendang kosong
”Melayu Celup” yang untung
Warga Felda duduk termenung
Peneroka Felcra duduk termenung
Penggiat Sastera datang menolong
Daripada kalangan Paksi
Seniman Paksi Rakyat 
Dinsman
Pyanhabib
Hishamuddin Rais
HMS Abu Bakar
Muhaimin
Rahmat Haron
Mel Wings
Menggelupur dacing
Putaran roda akan berlaku
Slogan Ketuanan Melayu tak laku
Kekalkan kuasa dengan AUKU
Ditentang pelajar di UPSI
Digerakkan dengan deklamasi puisi yang bervisi
Derita bangsa boleh diatasi
Dengan melupa Hang Tuah
Diganti dengan semangat Hang Jebat
”Aku Jebat
Rakyat biasa
Pangkat aku untuk kepentingan rakyat
Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat
Aku rela mati untuk rakyat
Kerana aku mahu keadilan
Keadilan ... Keadilan ... Keadilan”


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

PILIHLAH JEBAT



Walau apapun kata ahli sejarah
Kita jangan marah
Kepada Allah kita berserah
Dengan darah yang merah
Pidato Hang Jebat bermaruah
”Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah’
54 tahun diberi amanah
Peniaga kecil susah
Rakyat jelata susah
Peneroka Felda susah
Peneroka Felcra susah
Kroni-kroni kuasawan hidup mewah
Kayaraya melalui rasuah
Institusi-institusi awam tunduk kepada eksekutif
Ahli-ahli politik Ketuanan Melayu
Berselindung ucapan Hang Tuah
”Takkan Melayu hilang di dunia’
Gerombolan keris telanjang percaya
Rakyat kampung terus terpedaya
Dalam media perdana tetap percaya
Tanpa Umno Melayu binasa
Lupa berlaku penyalahguna kuasa
Laporan ketua audit negara boleh baca
Dibiarkan saja pemimpin Umno merompak negara 
Cakap tak serupa bikin
Bila rakyat nampak dengan jelas 
Rakyat mula kurang yakin
Slogan Hang Tuah tidak lagi relevan
Perlu perubahan
Perlu ikut Hang Jebat
”Aku Jebat rakyat biasa
Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat
Kerana aku mahu keadilan, keadilan, keadilan
Terimalah tawaran jingga
Rakyat akan hidup bahagia
Berubah dengan segera
Tolak Hang Tuah
Nescaya selamat dunia dan akhirat    
Pilih yang inginkan syariat
Pilih yang untuk akhirat
Pilih Hang Jebat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012