Rabu, 30 November 2011

INILAH JALAN




Dalam sistem demokrasi
Pemilihan oleh suara ramai
Boleh tolak yang cuai
Boleh tolak yang hak ahli diabai
Disebabkan tarikan dunia
Lupa tujuan hidup manusia
Berpandukan kehendak agama
Membangunnya perlu bersama
Perlu ada kuasa
Melalui Tahalul Siasi
Menolak konspirasi
Menolak korupsi
Dibina atas dasar Machiavelli
Matlamat menghalalkan cara
Yang di atas gembira
Boleh buat apa saja
Ada ISA
Ikut Suka Aku
Disekat pergerakan Mahasiswa dengan AUKU
Akta
Lulusan Parlimen
Mahu pelajar-pelajar tunduk dengan tekanan
Tekanan kepada pelajar-pelajar berjiwa merdeka
Biar jadi kumpulan bermuka-muka
Diajar menikmati kemewahan hidup
Diberi kemudahan-kemudahan keduniaan
Disedari yang beriman
Mewujudkan kumpulan
Menentang kemungkaran
Membenarkan yang ada dalam Quran
Hairan puak keduniaan
Bila adil dalam Pemilehan
Dalam jemaah orang-orang yang beriman
Ingin melakukan perubahan
Diperingkat Negeri dan Persekutuan
Dasarnya berkebajikan
Bekerjasama dalam kepelbagaian                                           
Inilah jalan                                                                              
Malaysia yang maju dan aman   


HMS ABU BAKAR   
paksalleh.blogspot.com
Muharam1433/Nov2011     

Khamis, 24 November 2011

MERDEKA DARIPADA DITIPU



Lima puluh empat tahun
Daripada Malaya
Jadi Malaysia
Beri sokongan yang sia-sia
Hilang status manusia
Terhakis semua
Budaya
Bahasa
Agama
Daripada Barat tiru semua
Lupa yang tua
Di akhirat tak berguna
Di akhirat pengikut Abdullah Ubai hina
Berhadapan seksa
Di dunia guna ISA
Mudah salahguna kuasa
Boleh tahan siapa saja
Yang ditahan diseksa
Keluarga di rumah terseksa
Berdoa kepada Yang Maha Esa
Yang Maha Berkuasa
Berilah yang lain berkuasa
Kemudahan ada disedia
Dalam Buku Jingga
Berkebajikanlah negara
Yang maaruf dibuat segera
Yang mungkar tetap dicela
Menumbangkan perasuah dapat pahala
Menumbangkan pengkhianat dapat pahala
Menumbangkan United Malays dapat pahala
Nasib rakyat jelata pasti dibela
Dengan agama
Dengan keadilan dalam kerja
Allah tetap dipuja
Berakhlak pula raja-raja
Allahuakbar jadi slogannya
Berketayap putih di kepala
Berjubah putih bila bersolat
Berjemaah bila bersolat
Bila jadi Ketua Negara
Kebaikan akan terasa
Umar Abdul Aziz jadi contohnya
Dibantu yang menguasai Putrajaya
Jemaah Menterinya berwibawa
Penjawat-penjawat awam beramanah
Tercatit dalam perkara 132
Perlembagaan Negara
Negara Berkebajikan
Direstui rakyat sekelian
Menghormati sesama insan
Berslogan
Berharmoni dalam kemanusiaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Rabu, 23 November 2011

DOA UNTUK PAK YAZID




Umur
Dah 84 Tahun
Kebaikan untukmu dipohon
Dari Allah Maha Pengampun
Berilah kebajikan kepada Pak Yazid
Kami nampak jasanya bukan sedikit
Sekarang terlantar sakit
Di atas katil
Diawasi anak isteri
Didatangi anak-anak murid
Didatangi rakan-rakan seperjuangan
Memberi semangat
Menghadapi kedatangan Malaikalmaut
Dengan harapan
Baik di masa hadapan
Oh! Allah
Berilah rahmat
Dan keampunanmu
Kepada Yazid Jaafar
Amin.


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

HARAPAN RAKYAT



I

Mendengar berita perdana
Mendukacitakan hati
Aktivis-aktivis parti
PRU-13 kita nanti
Dalam PR bersatu hati

II

Berita menyedihkan
Ujian
Dalam perjuangan
Perlu kesabaran
Perlu keikhlasan
Perlu kesetiaan
Berhadapan
Kedurjanaan
Daripada pihak lawan
Syarikat Zionis diberi kepercayaan
Dalam urusan kenegaraan
Mencemaskan

III

Bila ada kesedaran
Di kalangan
Rakyat sekelian
Akan bahaya
Kedurjanaan
Di pihak kepimpinan
Di peringkat persekutuan
Diselesaikan
Dengan 3B :
Berubah
Berpadu
Berkat

IV

Rakyat perlu berubah
Berubah sikap
Berubah pendirian
Berubah pembacaan
Lupakan media meloyakan
Gantikan dengan maklumat-maklumat benar
Terhadap yang mungkar
Terhadap yang palsu
Terhadap yang khianat

V

Bersama Pakatan Rakyat
Sentiasa berpakat
Melalui penguasaan Kerajaan Pusat
Rakyat selamat
Di dunia hingga akhirat
Di bawah tadbir Pakatan Rakyat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Selasa, 22 November 2011

PANTUN PIMPINAN BESTARI



Kalau berladang kurang tekun
   Lesap padi ditelan belukar
Pemimpin zalim pandai berlakon
   Berdebar-debar menanti kerajaan bertukar

Kapal berlayar dari Arakan
   Selit besi jadi kemudi
Harta haram sanggup dimakan
   "Boleh" kata penasihat Yahudi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
   Bilah mengkuang dianyam tenang
Kecantikan Altantuya tak puas dijeling
   Keseronokkan bersamanya tetap dikenang

Naik bertemu di Pulau Tawar
   Singgah menjala di Kg Bantal
Kiri kanan memfitnah Anwar
   Khazanah negara mereka sental

Ujung rusuk patah tulang
   Kena tindih kayu rasak
Nasib Melayu terus malang
   Akhlak pimpinannya terlalu rosak

Tebuk kayu dengan pahat
   Kelek mangkuk pakai topi
Penyelewengan pemerintah rakyat lihat
   Kekal memerintah tinggal mimpi

Anak ayam turun lapan
   Mati seekor dimakan musang
Rakyat bermaklumat menaruh harapan
   Tolak saja pimpinan songsang

Tiang sehasta dibuat galah
   Berpanjang lengan kait melati
Gerombolan perkauman boleh kalah
   Ditangan pemimpin yang berkualiti

Manis sungguh dokong tuan
   Malam resah pelita mati
Buku Jingga menjanji kemakmuran
   Bila dilaksanakan rakyat puas hati

Apa dirisau hantu jembalang
   Quran dibaca setiap hari
Kuasa Melayu tidak hilang
   Digantikan dengan pimpinan bestari

Dayung sambil pasir kemudi
   Air deras di Ulu Tiram
Ulama kita banyak berbudi
   Dengan Quran ilmu disiram

Ikan belanak ditutup saji
   Saji dianyam di tepi rumah
Bila Allah saja dipuji
   Baru kuasawan hidup berhemah

Burung punai burung kelicap
   Hinggap berkawan di tepi reban
Bila pemimpin hanya bercakap
   Inilah masa untuk dihumban

Tanam halia tumbuh rumput
   Semak daun si api-api
Parti perkauman sudah reput
   Memajukan negara hanya mimpi

Terbang kunang di tengah malam
   Hinggap masuk di tiang seri
Wadah perkauman hampir tenggelam
   Ada kuasa tapi takut pada isteri

Gua Bama sungai hulu
   Kuala Damak berbau karang
Bila menipu tak malu-malu
   Jenis munafik kata orang

Daun palas ikan kelah
   Mari diikat dengan tali
Musuh kita boleh kalah
   Dengan iman syurga dibeli


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Isnin, 21 November 2011

KERJA YANG PAYAH



Solat Subuh berjemaah
Boleh menguatkan ukhwah
Dengan iman dan istiqamah
Boleh selesai banyak masalah
Pengkhianat boleh kalah
Dengan izin Allah
Boleh hapus rasuah
Bila kuasa pusat dipegang yang beramanah
Perlu kuat mujahadah
Tangan ditadah
Mohon bantuan Allah
Rejim rasuah boleh kalah
Bapa korupsi boleh didakwa di mahkamah
Ditangan para hakim yang beramanah
Ditangan penjawat-penjawat awam yang amanah
Kerja ini susah
Perlu berubah
Minda berubah
Hati berubah
Nafsu berubah
Kerajaan Pusat pun berubah
Insyaallah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Ahad, 20 November 2011

HAJI IKUTAN



Orang pergi haji
Dia dan Isteri pergi Mekah juga
Harap-harap bila mati masuk syurga
Dosa belakang kira
Tarikh PRU-13 ambil kira
Tuntutan BERSIH 2.0 bahaya
Terlepas Putrajaya
Di Madinah
Ziarah makam Rasulullah
Harap-harap selesai banyak masalah
Depan Nabi hati berkata
Tuntutan BERSIH 2.0 berpatutan
Bila balik KL menanti syaitan
Kalau ikut BERSIH 2.0 lucut jawatan
Tanpa jawatan
Isteri tak boleh beli emas dan intan
Ke Harrods, London
Tak boleh shopping lagi
Biarlah di akhirat rugi
Banyak kroni-kroni menanti
Mantan Presiden menanti
Mantan PM menanti
Mantan KPN menanti
Mantan AG menanti
Altantuya menenti
Janji di Paris belum ditunai
Janji di Singapura belum ditunai
Banyak perkara belum selesai
Selesai haji
Balik KL ikutlah arahan hati
Buatlah apa saja
Sementara ada nyawa
Asal orang lain jangan pegang Putrajaya
Nanti gerombolan penzalim masuk penjara
Di akhirat menanti lebih besar seksa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Sabtu, 19 November 2011

PELUANG MILIK ANDA



Peluang
Terbuka bila sembahyang
Cara halal cari wang
Menjauhi manusia berjiwa temberang
Iblis tetap menyerang
Syaitan tetap menyerang
Memperalatkan imam dan bilal
Terpengaruh yang keduniaan
Ini yang berlaku di dunia
Hari ini
Berleluasa ekonomi kroni
Beleluasa rasuah
Barang keperluan hidup meningkat
Majlis ilmu cuba disekat
Kuliah agama disekat
Hasil berkursusnya
Gerombolan imam dan bilal
Program Qiamullail pun berani soal
Prejudis terhadap dakwah
Suasana ini perlu diubah
Anda perlu berubah
Peluang milik anda


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Jumaat, 18 November 2011

BUDAYA PAK TURUT

seperti 'lembu dicucuk hidung'


Dunia
Hari ini
Ekonomi dikuasai oleh kroni-kroni
Kayaraya anak bini
"Shopping" di luar negeri
Beli cincin
Beli beg tangan
Menandakan kemewahan
Nafsu amarah tak boleh ditahan
Bila kuasa dikongsi dengan perempuan
Jadi Pak Turut kuasawan
Jadi Pak Turut imam-imam kerajaan
Diberi sedikit kewangan
Membisu melihat penyelewengan
Dibuktikan
Laporan Ketua Audit Negara 2010
Harga barang-barang naik terus mengeluh
Rakyat marhaen terus menderita
Kebaikan Buku Jingga mereka cerita
Di empat negeri banyak cerita
Membelanjakan wang ikut peraturan kewangan
Berlaku
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau Pinang
Di Selangor
Kroni-kroni United Malays N.O. tumpor
One, two, three, four
Dalam kubur akan mengelupur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Khamis, 17 November 2011

WANITA PENGORAK PERUBAHAN



Wanita berilmu
Wanita berperibadi mulia
Wanita berakhlak tinggi
Diasuh ibu setiap pagi
Ambil contoh ibu Hulagu Khan
Cucu penakhluk agung
Gengkhis Khan
Memerintah sebuah empayar
Amat panjang waktu itu
Selama 22 tahun
Sama dengan rejim Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty
Memperokperandakan pengganti
Dalam lokap dibelasah separuh mati
Sabar anak-anak dan isteri
Dari rumah dibawa lari
Tangan digari
Kebenaran tetap dicari
Asuhan Mak Yan yang kenal diri
Lahir wirawan sejati
Tokoh reformasi
Anwar Ibrahim pejuang sejati
Gerombolan perkauman iri hati
Golongan rasuah iri hati
Golongan korporat iri hati
Kroni-kroni kuasawan iri hati
Penjawat-penjawat awam yang korup iri hati
Penyelewengan mereka terbukti
Bacalah Laporan Ketua Audit Negara 2010
Ketirisan yang menyeluruh
Dari rasuah melambunglah harga barang
Kos kehidupan tinggi
Mengeluh rakyat
Dengan ilmu kehidupan disuluh
Di depan kita
Ada buku jingga yang menjanjikan harapan
Kuat wanita cerahlah masa depan
Wanita cekal baiklah masa hadapan
Ibu-ibu mainkan peranan
Memberi semangat kepada anak-anak tercinta
Bermula dari wanita
Dalam sejarah banyak cerita
Ibu kepada Hulagu Khan
Khabar hitam dari timur
Berkata kepada anak kesayangannya
“Mesti bersemangat kuat”
“Mesti bijak menggunakan otak”
Ucapan dari wanita hebat
Lahir Hulagu Khan
Dengan semangat untuk menguasai dunia
Berjaya menakhluki Baghdad
Tumbang kerajaan Abassiah
Wanita kini juga ada cita-cita
Membantu menawan Putrajaya
Melalui Pakatan Rakyat
Di setiap sudut wanita hebat
Dari ADUN ke ADR
Kehadapan yang berbakat
Dengan tuhan hati terikat
Dengan akhlak mulia rakyat terpikat
Pengerusi Bersih wanita berbakat
Mahu keadilan diangkat
Mahu kuasa rakyat didaulat
Politik dijadikan alat
Membawa perubahan bila kuasai kerajaan pusat
Sedia berkhidmat
Berbakti kepada masyarakat
Aku janji selalu ingat
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”
Bila wanita mendirikan solat
Bila wanita kuat beribadat
Bila wanita menutup aurat
Bila wanita mendaulatkan syariat
Bila wanita hidup ikut undang-undang
Jasamu tetap dikenang
Bila rakyat melaksanakan akujanji
Setiap hari
Keredhaan Allah dicari
Bila ahli biasa laksanakan akujanji setiap waktu
Bila pemimpin di semua peringkat laksanakan akujanji
Berlakulah perubahan
Perubahan minda, hati dan nafsu
Perubahan membawa kebaikan
Negara akan aman
Negara akan makmur
Negara akan maju
Berteraskan ilmu
Bila rakyat bermaklumat
Bila rakyat baik
Raja pun kena baik
Menteri-menteri kena baik
Semuanya berpunca dari seorang ibu
Seperti
Siti Khadijah
Siti Asma Abu Bakar
Pasti gerombolan ketuanan bangsa akan terbakar
Pasti gerombolan perkauman sempit akan terbakar
Daripada ibu mereka yang mithali akan lahir
Negara aman makmur dan mendapat keampunan tuhan
Ibuku seorang perempuan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Rabu, 16 November 2011

IMAM DAN BILAL TERPEDAYA

Imam terpedaya
Bilal terpedaya
Berkursus di Putrajaya
Masjid beri RM60
Penganjur beri RM100
Makan 5 kali sehari semalam
Daripada sarapan pagi
Hingga ke malam sebelum tidur
Hingga minda tertidur
Hingga semangat jihad kendur
Lupa ekonomi anak bangsa mundur
Lupa semua dah kendur
86 tahun belum undur
Berucap depan peserta-peserta kursus
Terpesona imam dan bilal
Lupa dalam kubur akan disoal
Majoriti manusia menyesal
Termasuk imam dan bilal
Makan percuma selama 2 hari
Dapat wang saku RM160
Dalam kubur tersepit
Terlalu sakit


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Selasa, 15 November 2011

LIDAH BERCABANG



Ada gerombolan parti politik
Berkata-kata
Semuanya tak dikota
Sebaliknya hanya kumpul harta
Majoriti rakyat putih mata
Setelah 54 tahun didusta
Rakyat mula bercerita
Rumah besar wakil rakyat kita
Harga naik rakyat menderita
Istilah BN
Rakyat kata 'Barang Naik'
Bila harga petrol naik
Harga barang-barang lain turut naik
Dalam media massa nampak semuanya baik
Dasar PPSMI dikatakan baik
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010
Semuanya terbalik
Bila diselidik
Jelas di sana sini ketirisan
Salahguna peruntukan
Berlebih-lebih dalam perbelanjaan
Khidmat pegawai-pegawai pengawal diteruskan
Tindakan displin tidak dikenakan
Bermaharajalelalah penyelewengan
Sampai masa puak yang
Cakap tak serupa bikin dikorbankan
Melalui pemilihan
Pemilihan kali ke 13
Rakyat akan balas
Tolak pimpinan tak ikhlas
Buang pimpinan cakap tak serupa bikin
Rakyat sudah tak yakin
54 tahun digula-gulakan dengan slogan
"Melayu dalam bahaya"
"Bangsa lain akan berkuasa"
"Negara akan huru-hara"
Ini semua gertak saja
Seperti cerita
"Budak gembala dengan serigala"
Menipu hingga orang tak percaya
Menumbangkan penzalim dapat pahala
Memberi kebajikan kepada rakyat dapat pahala
Bila banyak pahala
Di akhirat masuk syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Isnin, 14 November 2011

SEBUTIR PELURU TIADA MASALAH



Sebutir peluru dalam envelop
Daripada pengikut 'flip-flop'
Daripada budak tunggangan pimpinan
Cakap tak serupa bikin
Diterima oleh Professor Dr Abdul Aziz Bari melalui pos
Disebabkan berkata yang benar
Disebabkan menyokong kebenaran dan keadilan
Mahu selamat kena ikut jalan
Kena berilmu dan banyak amalan
Ini tidak ada kepada pengikut 'flip-flop'
Mereka ikut saja arahan
Pimpinan cakap tak serupa bikin
Rakyat dah kurang yakin
Rakyat bermaklumat
Menanti saja PRU-13
Rakyat mahu balas
Mahu tukar Kerajaan Pusat
Daripada pimpinan 'flip-flop'
Kepada manusia beramanah
Kepada manusia bebas rasuah
Ini yang menyebabkan
Gerombolan professor kangkung gelisah
Kata mereka
Negara ini tak pernah dijajah
Hanya ambil bijih timah
Hanya jadi tokeh-tokeh
Estet-estet getah
Rakyat bantah
Pilihanraya tipu
Tuntutan BERSIH 2.0 adalah munasabah
Hanya pemimpin rasuah yang gelisah
Cari ilham di Mekah
Berdoa di depan Kaabah
Doa penzalim ditolak Allah
Dalam pilihanraya mendatang InsyaAllah penzalim kalah
Sebutir peluru hidup tiada masalah
Masa untuk kita berubah
Orang Melayu pun berubah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Ahad, 13 November 2011

KETIRISAN



Bila baca dan teliti
Laporan Ketua Audit Negara
Bagi tahun 2010
Rakyat dan orang bermaklumat mengeluh
Harga barang naik
Cuba kita suluh
Dengan ilmu dan fikiran waras
Punca utama ialah rasuah
Disebabkan pecah amanah
Harga barang-barang yang dibeli
Oleh agensi-agensi kerajaan
Melompat tinggi
Lebih tinggi daripada katak melompat
Bila rasuah berleluasa
Didiamkan saja pihak berkuasa
Teguran Ketua Audit Negara
Dipandang sambil lewa
Rakyat terus kecewa
Kepayahan hidup rakyat tanggung saja
Hidup mewah perasuah-perasuah
Bernafsu amarah
Biar rakyat bawah susah
Biar harga barang terus naik
Dunia dah terbalik
Korupsi dianggap baik
Ditolak oleh golongan yang cerdik
Ketirisan negara perlu diherdik
Biar pemerintah korup jatuh terbalik


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Sabtu, 12 November 2011

IMPLIKASI 1000 HARI RAMPASAN KUASA DI PERAK



Di Hariraya Qurban
Semua yang kotor kita qurban
Seperti najis dibuang dalam jamban
Selepas itu dibersih dengan air
Air kurniaan Allah
Air yang sudah diswastakan
Di Perak ada LAP
Lembaga Air Perak
Di Perak kira-kira 1000 hari yang lalu
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah dirompak
Oleh lanun dari Pulau
Oleh lanun di kawasan luar bandar
Diberi makan kepada 3 ekor katak
Makanan yang berlebihan
Bagi perokok diberi rokok jenis internasional
Pengkhianat semua orang kenal
Rugi Negeri Perak
Lihat saja Laporan Ketua Audit Negara
Bagi tahun 2010
Kerajaan Pakatan Rakyat
Perbelanjaan tidak melebihi apa yang diperuntukan oleh
Belanjawan yang diluluskan
Ketua Audit Negara
Memuji Kerajaan Kedah
Memuji Kerajaan Pulau Pinang
Memuji Kerajaan Selangor
Memuji Kerajaan Kelantan
Hairan syaitan melihat
Pendapatan Negeri Kedah bertambah
Hutang Negeri Pulau Pinang tinggal hanya RM30 juta
Sedangkan pada tahun 2008 hutang BN
Yang kalah di Pulau Pinang
Sekitar RM 630 juta
Di Selangor wang simpanan
Yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat
Meningkat kepada RM 1.1 bilion
Bayangkan Negeri Perak
Jika terus di bawah Pakatan Rakyat
Dari 2008 hingga 2011
Tentulah rakyat Negeri Perak
Boleh dapat banyak manfaat
Sekurang-kurangnya
Dapat air percuma
Seperti apa yang dinikmati
Oleh rakyat Negeri Selangor
Termasuk penyokong-penyokong tegar UMNO-BN
1000 hari yang menampakkan
Kepincangan dalam Sistem Demokrasi Raja Berparlimen
Di Negeri Perak
Menyedari kejahatan
Perompak-perompak
Di Negeri Perak
Rakyat secara senyap-senyap
Mahu qurbankan
Pengkhianat dan penzalim
Di dalam PRU-13
Inilah ikrar ikhlas
Diulangi membaca Surah Al-Ikhlas
Mengakui kuasa Allah
Allah mahu semuanya bersih
Rakyat mahu pemerintah bersih dan demokratik
Di peringkat negeri dan pusat
Menyelamatkan negeri dan negara
Daripada angkara
54 tahun penyalahguna kuasa dan penyelewengan
Gerombolan perkauman yang sentiasa
Bercakap tak serupa bikin
Rakyat yakin
Kebolehan PR memerintah Malaysia
Berpandukan Buku Jingga
Boleh membawa penjawat-penjawat awam
Ke syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Jumaat, 11 November 2011

RINGKAS

Ustaz Wan Ahmad Tarmizi mengajar selepas Maghrib di Surau Taman Lela, Kamunting, Taiping pada 3 November 2011 dan dihadiri oleh hampir 75 orang jemaah. Buku yang dirujuk ialah Tazkira Ramadhan 2karangan beliau sendiri. Selesai kuliah, saya membawakan lima rangkap pantun:

Tangkap ikan dengan menjala,
   Dapat Baung juga Seluang,
Berkumpul kita di Surau Taman Lela,
   Dengan ilmu bangkitlah berjuang.

Dari menjala dapatlah ikan,
   Menjala pada siang hari,
Ilmu diperoleh terus diamalkan,
   Mudah keredhaan Allah dicari.

Selawang berenang melawan arus,
   Dari hilir menuju ke hulu,
Adakan tazkirah di Walimatulurus,
   Membuat maksiat terasa malu.

Bunga ros warnanya merah,
   Datang kumbang hinggap di kuntumnya,
Banyak faedah bila berhijrah,
   Membantu jemaah sedaya upaya.

Kumbang hinggap di pokok bunga,
   Harum bau sekitar taman,
Dengan agama keluarga dijaga,
   Inilah budaya orang beriman.



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Selasa, 8 November 2011

MENANTI NIKMAT

Malam
Hari raya Qurban
Hari raya haji
Allah saja dipuja dan dipuji
Hadir di majlis ilmu
Belajar tidak jemu-jemu
Mendengar cerita pengorbanan
Nabi Ibrahim
Nabi Ismail
Siti Hajar
Dari peristiwa ini
Wujudlah rukun haji
Dari bulan Syawal
Dari bulan Zulkaedah
Dari bulan Zulhijjah
9 Zulhijjah hari wukuf di Arafah
10 Zulhijjah pula Hari raya Haji
Di Mina pula merejam syaitan
Keredhaan Allah mudah dapat
Inilah nikmat
Dijamin di akhirat selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Ahad, 6 November 2011

MENGINGATI PERJUANGAN NABI IBRAHIM

Mendengar ceramah
Di malam 10 Zulhijjah
Di malam hariraya haji
Cara ucapannya berapi-api
Menceritakan perjuangan Nabi Ibrahim dan keluarga
Sekarang berada di syurga
Tinggalkan Siti Hajar dan bayinya Ismail
Di lembah Mekah
Nabi Ibrahim teruskan perjalanan balik ke Palestin
Bila diberitahu Nabi Ibrahim
Peninggalan mereka di Mekah
Datang dari Allah
Redhalah Siti Hajar bersama tinggal di Mekah
Berhadapan dengan yang susah-susah
Mencari air di Safa dan Marwah
Dilakukan oleh Siti hajar
Dari gerakan kaki Ismail,
Terpancarlah air zam-zam
Inilah bantuan dari Allah
Allah yang berkuasa
Mengarahkan nabi Ibrahim menyembelih zuriatnya
Di sinilah terbukti kuasa Allah
Membantu perjuangan Nabi Ibrahim hingga hari ini
Dijadikan rukun Islam kelima
Marilah bangun bersama-sama Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

PENGAJARAN DI HARIRAYA QURBAN

Pengorbanan
Di Hari Raya Qurban
Berbuka puasa
Sunat 9 Zulhijjah
Bersolat Maghrib berjemaah
Selepas itu dengar tazkirah
Cerita-cerita orang mukmin
Zikir jadilah vitamin
Datanglah tenaga
Dikelilingi kesusahan
Jalan ke syurga
Bila ini disedari
Selalulah bermuhasabah diri
Baru kuat jati diri
Berteraskan taqwa dan sabar
Inilah janji Nabi kita
Infakkanlah harta
Berjhadlah sedaya upaya
Baca Quran datanglah cahaya
Insyallah akan berjaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

DI PAGI HARIRAYA QURBAN

10 Zulhijjah
Bertakbir beramai-ramai
Membesarkan Allah
Mengingati pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim
Siti Hajar tercinta
Nabi Ismail anak kesayangan
Syaitan juga beri halangan
Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya menurut perintah Allah
Dengan iman dan keyakinan tugas mereka berjaya
Ini yang patut kita lakukan dengan taqwa
Inilah budaya orang beriman
Yakin dengan pertolongan Allah
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar 



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Sabtu, 5 November 2011

KITA PERCAYA

 



9 Zulhijjah
Hari Sabtu
Dengan iman boleh bersatu
Dengan ilmu amalan bermutu
Dibenci yang berjiwa hantu
Dibenci manusia berotak kalkatu
Mereka bersatu dalam gerombolan perkauman
Bermatlamatkan keduniaan
Bersekongkol dalam kerja kerja kezaliman
Kaya raya dengan penyelewengan
Laporan Ketua Audit Negara sebagai rujukan
Pegawai-pegawai sepatutnya disalahkan
Cuai dalam urusan kewangan jabatan
Melanggar arahan perbendaharaan
Ini para penzalim tidak hiraukan
In para perasuah tidak hairan
Ini pimpinan politik asabiah tidak hairan
Bila keluar negara berbelanja sakan
Membeli belah persis nafsu kebinatangan
Beg tangan harganya begitu mahal
Media perdana takut nak soal
Takut nak laporkan
Ikut sahaja arahan tuan
Lupa kuasa Tuhan
Yang bersih dianggap kotor
Yang kotor dianggap bersih
Melihat Kompleks Putrajaya air liur orang kampung meleleh
Melihat KLIA penyokong gerombolan meleleh
Harga barang naik tetap menderita
Nilai RM menurun juga orang kampung harus sedar
Bila ikut media prokerajaan semuanya baik
Maklumlah, kerajaan BN
Barang Naik
Sekarang ditolak yang cerdik
Ditolak oleh generasi muda
Jiwa muda bersatu mahukan perubahan
Mahukan keadilan
Mahukan kebenaran
Inilah latar belakang Hari Raya Qurban
Nabi Ibrahim berkorban
Siti Hajar berkorban
Nabi Ismail berkorban
PRU-13 gerombolan rasuah kita humban
PRU-13 pimpinan zalim kita humban
Digantikan dengan iman dan setiakawan
Dengan aqidah Ibadurrahman
10 Zulhijjah membuka jalan
Jalan keberanian
Berani menghadapi apa-apa kemungkinan
Termasuk tipudaya
Dalam pilihanraya
Kuasa Allah kita percaya
Pertolongan Allah kita percaya
Kebolehan PR kita percaya
Mengusai Putrajaya kita percaya
Rakyat dapat kebajikan kita percaya
Negara aman makmur kita percaya
Mendapat keampunan Tuhan kita percaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

PERALIHAN KUASA

Kuasa
Boleh menabur jasa
Tanpa mengira bangsa
Masing-masing ada cita rasa
Baru terasa
Bila berpuasa
Lapar dan dahaga
Dengan iman keluarga dijaga
Dari tarikan dunia
Berbentuk
Wanita, takhta dan harta
Terbeliak biji mata
Di akhirat menderita
Bila di dunia berdusta
Dalam Laporan Audit 2010
Ternyata
Berlaku ketirisan
Berlebih-lebih perbelanjaan
Hilang rasa tanggungjawab
Lupa balasan tuhan
Di hari kemudian
Disebabkan ketandusan iman
Disebabkan kejahilan
Dalam isu keagamaan
Berlaku banyak penyelewengan
Di peringkat negeri dan pusat
Kecuali yang ditadbir kumpulan reformasi
Di empat negeri
Kelantan
Kedah
Pulau Pinang
Selangor
Rakyat boleh tegur
Rakyat boleh beri kritikan membina
Mahu negeri berkebajikan dibina
Negara bertamadun
Pengkhianat mesti turun
PRU 13 peluang istimewa
Bergembira
Penyokong Mat Indera
Berundurlah pengkhianat negara
Dengan segera



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2010

Khamis, 3 November 2011

RASUAH DAN HARGA BARANG

Rasuah
Dikeji Rasulullah
Disebabkan tak amanah
Rakyat hidup susah
Pimpinan Kerajaan Pusat hidup mewah
Penjawat-penjawat awam berkereta mewah
Samada
Angkatan tentera
Perkhidmatan penghakiman dan undang-undang
Perkhidmatan awam dan persekutuan
Pasukan polis
Tempat rujuk
Perkara 132
Tipu pilhanraya lebih dasyat dari mencuri
Dosa juga memberi Mykad pada pendatang luar negeri
Tuntutan BERSIH 2.0 usaha murni
Mahu wujudkan masyarakat madani
Bebas daripada ekonomi kroni
Harga naik kerana korupsi
Tumbangkan pengkhianat kerana reformasi
Dengan pimpinan penuh dedikasi
Ikutlah Imam Shafie
Contohilah Imam Al-Ghazali
Dengan darah syurga dibeli



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

PANTUN CERAH DI MASA HADAPAN



Tetak nyirih galangkan dapur
   Mari ditetak dengan dahannya
Parti perkauman sedang mengelupur
   Muka pemimpinnya tak bercahaya

Tok Sami ke Teluk Lipat
   Kain sekodi dibawa sama
Dengan ilmu taqwa pun dapat
   Baru mudah hidup beragama

Tumbuh batik di tepi laman
   Pokok berangan pokok teruntum
Berjihad hendaklah dengan iman
   Baru musuh jatuh berdentum

Sisik atap disambung atap
   Atap disisik di dangau padi
Kuasa penzalim boleh direntap
   Kepada rakyat terus berbudi

Tempa kapak dengan beliung
   Hendak tetak kayu berduri
Biawak hidup jangan diusung
   Nanti rosak seluruh negeri

Rumah limas anjung selatan
   Bunga kemuning tumbuh di laman
Menerima rasuah kerja syaitan
   Dijauhi oleh golongan beriman

Rama-rama si kumbang jati
   Khatib Indah pulang berkuda
Pemerintahan Pakatan nyata berkualiti
   Membela rakyat dengan berpada-pada

Pinang certak pinang certi
   Dihempas mari atas papan
Bila sentiasa ingat mati
   Nescaya cerah di masa hadapan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Selasa, 1 November 2011

MUSIM HAJI

musim haji kembali lagi...


I

Musim haji
Mulai bulan Syawal
Sumber perbelanjaan semuanya halal
Dalam kubur semua disoal
Sumber rezeki
Sumber pendapatan
Bebas daripada unsur-unsur syaitan

II

Sebulan Zulkaedah
Orang mukmin dapat faedah
Sentiasa mengingati Allah
Selesai banyak masalah
Menolak fahaman asobiyah
Menolak perkauman sempit
Dengan tuntutan BERSIH ada yang tersepit
Dalam kubur juga tersepit

III

9 Zulhijjah
Wukuf di Arafah
10 Zulhijjah
Hariraya Haji
Hari Tasrik
11 Zulhijjah
12 Zulhijjah
13 Zulhijjah
Haji mabrur yang diharapkan
Hanya tinggal harapan
Bila balik ke tanahair
Bila berpolitik ikut Michiavelli
Undi sanggup dibeli
Di akhirat pasti rugi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011