Isnin, 31 Oktober 2011

ARTIS BERHIJRAH

Sham Kamikaze


Artis
Ada ramai peminat
Ada yang ada niat
Bila selalu melihat
Yang terdedah aurat
Naik semangat
Macam-macam ingat
Yang tua pun berminat
Selagi ada syahwat
Senyum pengasas Kebudayaan Barat
Bila umat Islam sesat
Biar lupa akhirat
Banyak gambar mendedahkan aurat
Gunakan artis-artis berbakat
Gerombolan perkauman dapat manfaat
Tiba-tiba terbuka hidayat
Nampak kebaikan syariat
Terus taubat
Bob Lokman banyak peminat
Sham Kamikaze banyak peminat
Catriona Norhayati Ross pelakon berbakat
Senyumannya memikat
Bila bertudung bertambah memikat
Inilah adat
Yang cantik macam getah pikat
Terkena tetap melekat
Lupa akhirat
Irma Hasmi Ibrahim juga bertaubat
Senyumannya juga memikat
Aishah hanya beri nasihat
Lagu "Janji Manismu" tetap memikat
Mendengarnya orang sakit jadi sihat
Inilah tarikan manusia berbakat
Bila bertaubat
Bertambah hebat
Pakatan Rakyat bertambah kuat
Mudah menguasai Kerajaan Pusat
Negara Berkebajikan rakyat dapat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011

Ahad, 30 Oktober 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN 60 TAHUN PAS






Bila mengenang masa yang lalu
Teringat jasa pejuang-pejuang tanah air tercinta
Mereka berjihad bukan untuk tiga  { ت }
Bukan kerana wanita
Bukan kerana harta
Bukan kerana takhta
Tapi untuk agama tercinta
Agama yang diredhai Allah
Bermula pada tahun 1951
Tertubuhlah Parti Islam SeMalaya
Hasil usaha dan kegigihan ulama kita
Bertaraf Pak Lebai
Bertaraf Ustaz Kampung
Ada sekarang ini berjawatan
Menteri Besar
Ada yang jadi Exco
Ada yang jadi Y.B
Bahkan di setengah tempat ada yang bercita-cita
Nak jadi M.B
Ada yang nak jadi Setiausaha Politik
Ada yang nak jadi Setiausaha Sulit kepada M.B
Ada yang bercita-cita nak dapat balak
Ada yang melihat ghanimah
Ada yang nak membesarkan rumah
Ada yang ingin hidup mewah
Ada yang ingin jadi calon
Ada yang sanggup memfitnah
Berbeza dengan pengasas PAS yang awal-awal dulu
Di Negeri Perak terserlah kepimpinan Ustaz Baharuddin Latiff,
Penuh dedikasi
Berjuang untuk agama Allah
Biarpun susah dan payah
Tetap istiqamah
Ikut Quran dan Sunnah
Bacalah riwayat hidup
Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Pergi ke Parlimen menaiki teksi
Bukan kereta berjenama Camry
Bukan nak jadi Perdana Menteri
Tapi memikirkan kebajikan anak negeri
Biarpun susah anak dan isteri
Bila di tahan ISA
Dr. Burhanuddin diseksa
Rakan-rakan lain juga berjasa
Nama-nama mereka tidak ditelan masa
Bacalah sejarah 60 Tahun parti kita
Ramai yang menderita
Ramai yang dah meninggalkan kita
Maklumlah
Sudah berlaku 60 Tahun
Daripada Allah kita pohon
Iman dan taqwa
Bagi pimpinan kita
Daripada ulama dan profesional
Daripada pemimpin dan ahli biasa
Sama-samalah kita
Menabur jasa
Di mana-mana saja
Allah saja dipuja
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disergah
Perbuatan zalim berani tegah
Mempertahankan agama, negara dan bangsa dengan amanah
Mempertahankan Parti Islam Se Malaysia dengan jiwa raga
Di akhirat harap-harap berada di syurga


*Dideklamasi di Program Sambutan 60 tahun PAS di Masjid Tinggi, Bagan Serai. 30Okt2011



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011

SIAPA KITA

Sultan Brunei nak hudud



Siapa kita
Tanya yang pegang tahta
Duit ada berjuta-juta
Bila tiba bab Hukum Allah
Kepimpinannya terserlah
Tutur katanya berubah
Macam nampak kaabah
Berbeza dengan pimpinan asobiyah
Umur lanjut masih menyokong perasuah
Macam tak nampak rakyat susah
Nilai RM terlalu murah
Pendatang asing datang
Mencurah-curah
Dibiarkan masuk kerana rasuah
Peduli apa asal hidup mewah
Peduli apa hukum Allah
Boleh bertaubat bila berada dalam tanah
Inilah harapan fahaman asobiyah
Hidupnya sekular di akhirat ingin ke syurga
Siapa kita
Siapa kita
Pasti tunduk kepada yang Maha Pencipta


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011

Sabtu, 29 Oktober 2011

PENDENGAR YANG BAIK



Kita ada telinga
Gunakan untuk mengumpul pahala
Nasib orang miskin terus dibela
Ikutlah jalan satu hala
Jalan ke syurga
Mesti ikut ajaran agama
Mesti bangunkan Islam bersama-sama
Terutama yang pegang kuasa
Rugi yang salahguna kuasa
Rugi yang mengumpul harta melalui salahguna kuasa
Beredar terus masa
Lihat saja tahun 2011
Tiga pembesar negara-negara
Tumbang macam batang pisang
Zainal Abidin dari Tunisia
Hosni Mubarak dari Mesir
Muammar Ghadafi dari Libya
Menindas rakyat 'ikut suka aku'
ISA
Sekarang hilanglah kuasa
Kesusahan yang ada
Kesusahan sebelum mati
Kesusahan yang dah mati
Menyedari realiti
Mari kita ubah perjalanan negara kita
Kepada rakyat kita cerita
Penyelewengan sejak 54 tahun
Sudah sampai masanya mereka turun
Lahirkanlah pimpinan sufi
Contoh terbaik
Sultan Salahuddin Ayyubi
Sultan Muhammad Al-Fateh
Menawan Baitul Maqdis tak letih-letih
Menawan Konstantinopel tak letih-letih
Siang hari berpuasa
Malam berqiamullail
Mari kita juga begitu
Dengan Islam kita bersatu
Bersatu menumbangkan gerombolan kepala batu
Baru rakyat hidup bermutu



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011

Jumaat, 28 Oktober 2011

CONTOHI DUA SULTAN

Contohi Dua Sultan


Bila pemimpin jahat
Rakyat menerima akibat
Harga barang-barang terus meningkat
Kos kehidupan melambung tinggi
Anak-anak kampung tanpa sarapan pagi
Berjalan kaki
Setiap hari
Terkena panas matahari
Rezeki perlu dicari
Mykad pula diberi
Kepada pendatang dari luar negara
Tujuannya
Satu saja
Mahu kekal berkuasa
Boleh mengumpul harta
Boleh simpan di luar negara
Lihat saja Muammar Ghadafi
Detik-detik akhir hayatnya
Menyedihkan
Menyorok dalam lubang kecil
Tinggal emas yang banyak
Tinggal kuasa
Tinggal segala-gala
Tinggal dunia yang sementara
Semasa berkuasa takabur
Sekarang semuanya lebur
Disoal dalam kubur
"Aku tidak tahu" kata orang fasik
"Aku tidak tahu" kata orang munafik
Di dunia semuanya tahu
Ambil sosialisma
Jadi pegangan negara
Ketepikan rukun-rukun agama
Lupa manusia yang mulia
Penyelamat bagi manusia
Tinggal Islam pada nama
Tinggallah dunia
Terimalah azab sensara
Bagi pimpinan durjana
Hudud terus dihina
Ulama akhirat dihina
Dalam kubur rugi yang hina
Firaun hina
Namrud hina
Haman hina
Abu Lahab hina
Abdullah Ubai hina
Menyedari ini
Mari ikut Nabi Muhammad s.a.w
Mari praktik ajaran Islam
Mari berjihad siang dan malam
Mari ikut Sultan Salahuddin Ayyubi
Mari ikut Sultan Muhammad Al-Fateh



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011



Khamis, 27 Oktober 2011

HIDUP TANPA PAHALA



Ada gerombolan wanita
Katanya
Mereka beragama Islam
Majoriti
Mereka tidak bertudung
Mufti-mufti diam saja
Undang-undang sivil mereka puja
Mereka menyangka
Boleh terlepas neraka
Ini jelas orang gila
Gerombolan wanita muda
Menentang hukum Islam
Macam Islam itu dia punya
Inilah jenis orang gila
Habis usia tanpa pahala


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

TANDA TAK BERIMAN



Ada orang mengaku diri Muslim
Isteri tak suruh bertudung
Enggan laksanakan Hukum Hudud
Di negara di bawah tadbirnya
Tanda tidak percaya
Tanda tidak beriman
Tanda lupa Hari Kemudian
Menanti hari kerugian
Hari yang berpanjangan
Hari penyesalan yang berpanjangan
Diberitahu dalam Al-Quran
Firaun dilemaskan
Dalam Laut Merah
Baru Allah nak disembah
Baru yakin dengan Tuhan Nabi Musa
Baru nak jadi pengikut Nabi Musa
Baru sedar pentingnya masa
Baru sedar Allah Maha Berkuasa
Baru ingin berjasa
Kepada sekelian manusia
Ini kerja sia-sia
Ini budaya orang bodoh
Bila sihat lupakan Tuhan
Bila berkuasa
Salahguna kuasa
Bila tersepit guna ISA
Bila mati mahu ke syurga
Ini budaya
Orang bodoh namanya
Ada sepanjang masa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Rabu, 26 Oktober 2011

KELAB WANITA CANTIK



Hari ini di Malaysia
Macam-macam ada
Media massa dimuatkan dengan propaganda
Dapat projek, komisen berganda-ganda
Mati suami, automatik jadi janda
Ada yang beranak tiga
Ada yang beranak dua
Perlu dijaga
Sudah tentu dengan agama
Membangun Islam tugas bersama
Himpunan Sejuta Umat hanya iklan saja
Pimpinan zalim terus dipuja
Gaddafi dah habis nyawa
Zainal Abidin dari Tunisia hilang kuasa
Hosni Mubarak dari Mesir hilang kuasa
Di negara kita
Perasuah-perasuah terus mengumpul harta
Bermesra dengan wanita-wanita jelita
Sekarang ada
"Kelab Wanita Cantik"
Bila-bila masa boleh dipetik
Boleh langgan melalui internet
Boleh buat apa saja
54 tahun berkuasa
54 tahun salahguna kuasa
Mahu terus berkuasa
Dengan apa-apa cara
Asal kuasai Putrajaya
Kata mereka
Pakatan Rakyat penghalang utama
Perlu dirobekkan segera
Dengan tipu daya
Dengan wanita-wanita jelita
"Sisters In Islam" tidak pula bersuara
JAIS diam saja
Bob Lokman terasa kecewa
Budaya jahiliyah dibiarkan saja
Budaya dakwah dihalang pula
Bila artis-artis bertudung kepala
Bertambah-tambahlah pahala
United Malays pening kepala
Isu murtad cuba dicerita
Hukum Hudud disekat pula
Di Shah Alam berkumpullah mereka
Di hadapan 5,000 peserta
Masing-masing ada cita-cita
Mahu ke syurga
Kepada orang-orang beriman
Tumbangkan pimpinan durjana
Adalah syarat utama



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Selasa, 25 Oktober 2011

KITA BOLEH LAKUKAN



I

Ikan cencaru keluar petang
   Mencari makanan dalam laut
Pemerintahan zalim kita tentang
   Dengan Islam hati terpaut

Sunnah Nabi kita ikut
Hanya Allah kita takut

II

Ikan kembung ikan gelama
   Berkembangbaik dalam laut
Membangun Islam kewajipan bersama
   Aqidah benar kita ikut

Nama Shafie disebut-sebut
Di penjara Imam Abu Hanifah tak takut
Disebat berterusan
Hingga nyawanya habis
Di dalam penjara
Tuntutan agama dibuat segera
Menantilah syurga

III

Ikan keli ikan sepat
   Dua jenis ikan darat
Maqam taqwa boleh dapat
   Beribadatlah dengan penuh kudrat

Kebudayaan Barat
Akan terus pasang jerat
Dengan wanita, arak dan hiburan
Gunakan iklan-iklan
Memaparkan jelitawan-jelitawan
Menawan
Berdebar hati orang beriman
Mahu selamat kena ikut kumpulan
Kumpulan beriman
Kumpulan berilmu pengetahuan
Buat segala suruhan
Jauhilah semua larangan
Hapuskan perasaan perkauman
Hapuskan gerombolan ketuanan bangsa
54 tahun menyalahguna kuasa
Melakukan banyak dosa
Ingatlah masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada
Di dalam kerugian
Kecuali yang beriman
Kecuali yang beramal soleh
Tawan Putrajaya kita boleh
Bila ditunaikan tuntutan BERSIH


HMS ABU BAKAR
paksalleh.bolgspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Isnin, 24 Oktober 2011

TERPAPAR SELURUH DUNIA



Detik-detik kematian
Jelas kelihatan
Terlepas jawatan
Lari syaitan
Dulu ikut nasihat syaitan
Islam diketepikan
Sosialisma
Dijadikan teras negara
Ulama tauhid dizalimi
Ulama dunia disanjungi
Di akhirat pasti rugi
42 tahun berkuasa tak bererti
Amalan hidup terbukti
Sosialisma dihayati
Pimpinan di Libya sudah berganti
Soalan kubur sedang menanti

Mengail ikan di atas titi
   Dapat ikan berkati kati
Dalam kubur munkar nakir menanti
   Pukulannya tak henti-henti



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

PENGALAMAN MENDIDIK KITA

Dari Ipoh ke Kuala Lumpur
Naiki keretapi kuasa elektrik
Bila naik harga barang-barang dapur
Tukar kerajaan tindakan cerdik
Dengan reformasi rakyat terdidik
Dengan BERSIH 2.0 rakyat terdidik
Dengan majlis ilmu rakyat terdidik
Dengan puasa sunat datang kenikmatan
Berani menyatakan yang benar tetap benar
Yang rasuah tetap dikutuk Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Sabtu, 22 Oktober 2011

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT

Berhimpun itu baik
Bila niatnya baik
Bila barisan pimpinannya baik
Bila tujuannya
Mencari pahala
Bukan ada ketuanan bangsa dalam kepala
Bayar syarikat Yahudi sebagai penasihat itu bala
Jadikan penzalim sebagai rakan seperjuangan itu bala
Ambil perasuah sebagai penasihat perjuangan juga bala
54 tahun besar kepala
Perasaan perkauman yang kuat juga bala
Bila ajak sejuta umat berhimpun tanpa bermotifkan pahala
Itulah bala
Rakyat pasti pening kepala
Bila kos kehidupan melambung tinggi
Bila harga barang terus naik juga bala
Bilakah rakyat nak dibela?
Bila tiba pilihanraya
Beri gula-gula
Beri beras sekampit
Beri kain pelikat
Beri kain batik
Beri RM 50
Biar rakyat terus tersepit
Dalam kubur yang sempit
Ini perhimpunan nenek kebayan namanya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

KITA KENA BERUBAH



Kita
Semua ada cita-cita
Mula-mula bercerita
Kehebatan Nabi kita
Dibekalkan Allah Al-Quran
Petunjuk bagi manusia
Bagi manusia yang cerdik
Bagi manusia sepanjang zaman
Menghadapi berbagai ujian
P.Ramlee kata "cobaan"
Perlu kesabaran
Perlu rakan-rakan
Setia pada perjanjian
Kuatkan semangat setiakawan
Syaitan tetap jadi lawan
Memperalatkan manusia
Manusia kuat perkauman
Manusia berperasaan perkauman sempit
Dalam tanah pasti tersepit
Amat sakit
Ini yang Nabi cerita
Ini yang kita percaya
Ini yang kita elakkan
Dengan iman dan istiqamah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Jumaat, 21 Oktober 2011

BERSEDIA AKHIRAT

Manusia cerdik
Memulakan kehidupan dengan
Menyebut nama Allah yang
Maha Pengasih Maha Penyayang
Maha Mulia Maha Pengampun
Manusia cerdik terus memohon
Mahu dosa diampun
Mahu dibersihkan niat
Mahu ikut syariat
Mahu sentiasa berselawat
Inilah bajet akhirat
Pahala terus dapat
Daripada Nabi dapat syafaat
Semuanya selamat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Khamis, 20 Oktober 2011

CUBALAH BERMUSAFIR

Melancong
Mengembara
Bermusafir
Boleh mencerahkan minda
Boleh menghapuskan prasangka terhadap lain-lain bangsa
Boleh menghilangkan kesedihan
Boleh membina kehidupan baru
Boleh memperoleh ilmu
Boleh menguatkan jiwa
Boleh bergaul dengan ramai manusia
Boleh menghargai nilai hidup
Dengan zuhud baru kehidupan mementingkan akhirat
Inilah jalan paling selamat
Cuba fikirkan dengan cermat
Nescaya kehidupan bermasyarakat selamat
Inilah harapan rakyat
Mahu selamat
Dunia akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

ANGAN-ANGAN SAJA

Kata Nabi
Orang bodoh
Hidup ikut nafsu kebinatangan
Buat semua larangan
Bila mati
Hendak masuk syurga
Hendak bersama bidadari
Hendak ceria setiap hari
Hendak bahagia
Terutama gerombolan
Wanita yang ingin rahmat Allah
Nyahlah..


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Rabu, 19 Oktober 2011

UNTUNG ORANG BERILMU

kata-kata Imam Shafie


Ilmu
Selalu dapat mengangkat
Darjat manusia
Hingga orang mulia
Menghormatinya
Melihat mukanya
Ada cahaya
Memperolehi ilmu
Perlu ada enam perkara
Kecerdasan minda
Semangat waja
Rajin mendapat ilmu
Tekun dalam pelajaran
Perbelanjaan yang cukup
Bersahabat dengan guru
Akhlak guru ditiru
Contoh sepanjang zaman
Imam Shafie
Imam Al-Ghazali
Nama mereka harum seperti kasturi
Pahala perlu dicari
Keredhaan Allah perlu dicari
Baru baik suami isteri
Baru selamat anak negeri
Bila dipimpin pimpinan bestari



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Selasa, 18 Oktober 2011

BAJET AKHIRAT



Bajet
Belanjawan
Biasa bagi hal-hal keduniaan
Baik untuk rakyat sekelian
Kroni-kroni dapat keuntungan
Berlebihan
Berbeza dengan ibadurahman
Bertimbang-timbang nasib di Hari Kemudian
Asas pertimbangannya
Pahala
Di setiap masa
Dijauhi dosa
Dosa menyalahguna kuasa
Dosa korupsi
Dosa membayar syarikat komunikasi Yahudi
Dosa mengeluarkan lesen judi
Dosa membiarkan bergaul bebas muda mudi
Zina menjadi-jadi
Ini bajet defisit namanya
Dalam kubur gelap gelita
Menderita
Firaun boleh cerita
Qarun boleh cerita
Haman boleh cerita
Bukalah mata
Peminat-peminat puisi
Punca bajet defisit
Iman sedikit
Menjauhi majlis ilmu
Inilah budaya ketuanan Melayu
Di akhirat semua tak laku
Semuanya kaku
Baru bernyanyi "oh! jangan tinggal daku"



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

AZIZ BARI YANG BESTARI






Profesor Dr. Abdul Aziz Bari
Memang bestari
Kehebatannya susah dicari
Berceramah ke sana ke mari
Hujahnya bersinar macam matahari
Dibenci oleh mantan Perdana Menteri
Semasa berkuasa menyombong diri
Memandang rendah bahasa Melayu
Melaksanakan PPSMI
Diam saja pejuang-pejuang keris
Hati umat Islam terguris
Bila sekat bantuan ke SAR
Ini kerja khianat
Aziz Bari ingin berkhidmat
Melalui ilmu dalam isu perlembagaan
Membuat analisis yang mantap dan adil
Kewujudannya menguntungkan negara
Mengatasi majlis profesor kangkung
Pendirian beliau kita sokong.

Isnin, 17 Oktober 2011

MENARUH HARAPAN



Menanti harga barang-barang turun
Daripada Allah kita pohon
Harap-harap kos kehidupan menurun
Bebaskan negara daripada lanun-lanun
Daripada penyamun
Berkonsepkan ketuanan bangsa
Terus menerus menyalahgunakan kuasa
Dianaktirikan bahasa
Dia ambil Apco Yahudi jadi penasihatnya
Dia lupa ayat 120 surah Al-Baqarah
Dia lupa kuasa Allah
Dia lupa dia akan musnah
Dia lupa dia akan masuk tanah
Dia lupa celaka kepada yang pecah amanah
Dia lupa rumah sebenarnya dalam tanah
Dia lupa ada soalan-soalan dalam kubur
Dia lupa Firaun pun lebur
Dia lupa Namrud pun tumpor
Dia lupa semua makhluk akan dibinasakan
Dia lupa ramai yang rugi di Hari Kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Sabtu, 15 Oktober 2011

LUPA PEMBALASAN TUHAN



Dari dulu
Ada jenis muka tak malu
Ada jenis menginkari wahyu
Ada jenis tipu Melayu
Harga barang naik dikatakan ujian
Kos kehidupan naik dikatakan cubaan
Kes buang bayi dikatakan peredaran zaman
Dia lupa ketandusan iman
Dia lupa ceteknya ilmu pengetahuan
Dia lupa pentingnya amalan
Untuk Hari Kemudian
Dia lupa pembalasan Tuhan
Dia lupa
Dia lupa
Dia benar-benar muka tak malu



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Jumaat, 14 Oktober 2011

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA



Kebajikan
Boleh dilakukan yang berkuasa
Dengan kuasa
Dapat membela nasib rakyat
Rakyat berbagai keturunan
Semua ada keinginan
Dengan pendapatan
Dengan harga barang-barang tidak tinggi
Seperti berlaku sekarang ini
Kesan inflasi
Rakyat yang berpendapatan rendah
Terasa begitu susah
Semua disebabkan rasuah
Pemegang kuasa
di Peringkat Pusat
Mengumpul kekayaan
Bagi diri
Bagi isteri
Bagi suku sakat
Bagi kroni-kroni
Kena ubah melalui undi
Undi yang pro-rakyat
Ada pada Pakatan Rakyat
PAS,DAP dan PKR berpakat
Membela rakyat
Berilah mandat
Nescaya rakyat dapat manfaat
Kita dakwa yang jahat
Kita dakwa yang pengkhianat
Inilah kehendak rakyat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Khamis, 13 Oktober 2011

MENARUH HARAPAN DALAM BELANJAWAN



Belanjawan
Bertujuan
Memberi kebaikan kepada
Rakyat sekelian
Kebajikan
Islam dan iman
Kebaikan
Ilmu dan amalan
Amalan
Berdasarkan niat
Niat
Mencari keredhaan Allah
Berteraskan Quran dan Sunnah
Menyedari semua akan musnah
Bersemadi dalam tanah
Bila memimpin beramanah
Bila berjanji ditunaikan
Terutama janji dalam solat
"sesungguhnya solatku;
ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah,Tuhan semesta alam"
Inilah akujanji orang Islam
Muhasabah diri siang dan malam
Memahami hakikat ILMU KALAM
Allah Maha Esa
Allah Maha Berkuasa
Allah bersumpah dengan masa
"demi masa, sesungguhnya manusia
berada dalam kerugian"
Bila tolak hukum-hukum dalam Quran
Bila Yahudi dijadikan kawan
Apco Worldwide diberi bayaran
Lumayan
Syaitan pun hairan
Membisu para mufti sekelian
Inilah keadaan
Di akhir zaman
Bajet menguntungkan kawan-kawan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Rabu, 12 Oktober 2011

BAJET 2012



I

Bajet
Diceduk daripada Bahasa Inggeris
Dalam Bahasa Melayu
Dinamakan Belanjawan
Bertujuan
Membangun ekonomi negara
Mengambil kira pendapatan
Dikira juga perbelanjaan bagi tahun hadapan

II
Ucapan Belanjawan
Dilakukan oleh Menteri Kewangan
Di hari Jumaat
Di dalam Dewan Rakyat
Dimulai jam 4 petang
Ramai ahli-ahli perniagaan memberi tumpuan
Mahu ambil keuntungan
Daripada peluang-peluang yang disediakan
Oleh pakar-pakar ekonomi
Daripada pelbagai kementerian
Diambil peluang juga oleh
Ahli-ahli politik keduniaan
Kebanyakkan ada penyakit Al-Wahnn
Cinta dunia
Takut mati

III

Daripada bajet 2012
Berbagai golongan gembira
Dapat bonus
Dapat berbagai kemudahan
Lupa harga barang-barang terus melambung
Lupa nilai RM menurun
Lupa kesan inflasi yang menyusahkan rakyat
Lupa masalah-masalah di akhirat
PPSMI belum selesai lagi
Biar anak-anak Melayu rugi
Asal untung kroni-kroni
Asal senyum isteri
Cincin baru boleh cari
Daripada pasaraya luar negeri
Pilihanraya telus rakyat nanti
Mudah Kerajaan Pusat diganti
Dengan pimpinan berkualiti
Dengan pimpinan bebas rasuah
Dengan pimpinan beramanah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Selasa, 11 Oktober 2011

PASTI LEBUR



Menang
Cara tipu
Sejak dulu
Inilah muka tak malu
Ada kelulusan agama pun setuju
Ini juga muka tak malu
Sepatutnya
Biarlah yang adil
Memerintah negara
Baru harga barang-barang turun segera
Baru rakyat gembira
Lihat di Kelantan
Lihat di Kedah
Lihat di Pulau Pinang
Lihat di Selangor
Gerombolan perkauman hampir tumpur
Tanpa rasuah terus mengelupur
Menanti seksa dalam kubur
Tolak hukum Hudud tanda takabur
Sakitnya seksa kubur
Lebur dan lebur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Isnin, 10 Oktober 2011

HARAPAN DI HARI KANAK-KANAK SEDUNIA



Hari kanak-kanak sedunia pada
Setiap Isnin pertama bulan Oktober
Jatuhnya
Pada 3 Oktober 2011
Bagi yang prihatin di atas sambutan Hari kanak-kanak Sedunia
Menandakan jiwa anda mulia
Anda patut bersyukur kepadaNya
Daripada amalan membaca minda kita bercahaya
Berusahalah sedaya upaya
Menyelamatkan generasi kita
Menyelamatkan negara kita
Daripada penjajahan bentuk baru
Kebudayaan Barat suruh tiru
Akhirnya
Berlaku
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Fikirlah tuan puan
Tambahlah ilmu pengetahuan
Banyakkanlah amalan
Dengan mewujudkan perasaan kemanusiaan
Bebaskanlah daripada perasaan perkauman
Inilah jenis modal insan
Yang patut memimpin Kerajaan Persekutuan
Inilah harapan
Daripada anak-anak sekelian
Daripada berbagai keturunan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Sabtu, 8 Oktober 2011

JAUHI YANG HARAM

Barajiwa
Pembaharuan cuba dibawa
Melalui tulisan
Melalui kritikan
Bukan rakan-rakan
Bukan isi pantun
Bukan-bukan
Tapi kuatkan setiakawan
Melalui iman
Mencontohi Ibadurrahman
Memikir hanya Tuhan
Membaca hanya Al-Quran
Banyakkan pula amalan
Inilah jalan
Ini bukan Hujan Pagi
Ini bukan Milo Suam
Tapi mengikuti hukum-hukum
Jauhi yang haram
Rasuah itu haram
Mengumpul kekayaan melalui salahguna kuasa itu haram
Bila ini disedari
Melalui Muhasabah Diri
Selamatlah anak negeri


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Jumaat, 7 Oktober 2011

DOA DARI KAMI

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah
akan disempurnakan balasan kamu
ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya
dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terperdaya"
Ayat 185 surah Ali Imran kena percaya
beramallah sedaya upaya
Azizi Haji Abdullah telah pergi meninggalkan kita
21 Ogos 2011 hari dukacita
21 hari umat Islam berpuasa
Taqwa jadi matlamat utama
Mudah memperolehnya
Bagi yang mengetahui cara-caranya
Bagi yang berada dalam jemaah
Bagi yang ikut Al-Quran dan As-Sunnah
Bersedialah masuk tanah
Buat suruhan Allah
Tinggal semua larangannya
Tinggalkan parti assabiah
Tumbangkan makhluk-makhluk perosak
Boleh melalui penulisan
Boleh melalui deklamasi puisi
Wadahnya PAKSI
Masih ingat jasa Azizi
Hasil kreatifnya membuka minda
Menegakkan yang maaruf
Mencegah yang munkar
Azizi sedar ini kerja sukar
Tulisannya diminati ramai
Ahli-ahli PAKSI tetap mengenang jasanya
Al-Fatihah kita baca
Kita hadiahkan pahalanya
Kepada
Arwah Azizi Haji Abdullah
Semoga dirahmati Allah.


*Dideklamasi semasa majlis tahlil dan doa selamat Allahyarham Azizi Haji Abdullah di warung rakyat bersebelahan bangunan lama DBP.

Khamis, 6 Oktober 2011

DENGAN SATU SYARAT

Hari berganti hari
Semua dicatat dalam diari
Membeli cincin seorang isteri
Dari luar negeri
Harganya berjuta-juta RM
Termenung rakyat Malaysia
Suami pula diam saja
Menaiki bas meninjau nasib rakyat
Gaji minima belum dapat
Pendatang luar diberi Mykad
Dengan satu syarat
Diketahui malaikat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Rabu, 5 Oktober 2011

INGATLAH WAHAI PENGKHIANAT



Berkumpul para peminat sastera
Berbicara
Menyelamatkan negara
Daripada angkara
Manusia-manusia durjana
Kata penyajak Tunisia
"Hai pemimpin-pemimpin durjana
Rasuah itu kerja hina
Menyalahguna kuasa itu kerja hina"
Mengkhianati keselamatan negara
Itu juga kerja hina
Beli cincin berlian
Jutaan ringgit juga membazir namanya
Kerja syaitan semuanya
Boleh buat apa saja
Selagi kuasai Putrajaya
Lupa
Menanti saja penjara-penjara
Semua penyelewengan diambil kira
Menentang British tugas Mat Indera
Tugas Abdullah CD
Bila dipanjangkan Allah hayat
Habiskanlah umur dengan beribadat
Habiskanlah masa dengan menegakkan syariat
Allah boleh terima taubat
Daripada umat Nabi Muhammad s.a.w
Rebutlah peluang
Teruslah berjuang
Penzalim dan pengkhianat pasti tumbang
Menanti saja lubang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Selasa, 4 Oktober 2011

RAKYAT KENA INGAT



Bila selalu dimarah
Hati terasa gundah-gulana
Jiwa terasa hina
Hidup bagaimana?
Bila diri seorang saja
Mudah Allah dipuja
Mudah buat kerja
Asal jiwa bahagia
Mula berfikir-fikir
Semasa berzikir
Teringat nasib golongan fakir
Teringat nasib pekerja-pekerja kilang
Sungguh malang
Gaji cukup rendah
Para kapitalis dapat faedah
Penguasa zalim dapat faedah
Bila nak sudah?
Bila berubah
Pemerintah di peringkat pusat
Boleh didakwa para penjahat
Mat Indera bukan penjahat
Penjajah British yang jahat
Ini rakyat
Kena ingat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Isnin, 3 Oktober 2011

RAKYAT BUKAN BANGANG



Menyedari
Manusia mudah sakit
Makanan punya peranan besar
Makanan yang sedap-sedap
Ada makanan mewah
Dikerumuni perasuah-perasuah
Daripada gerombolan pemerintah
Yang pecah amanah
Yang menyalahguna kuasa
Yang mengumpul harta
Semasa pegang jawatan dalam parti pemerintah
Sekarang rakyat bantah
Melalui BERSIH 2.0
Hanya tuntutan
Ditolak yang jiwa kotor
Beri Mykad mula diatur
Dia ingat rakyat tidur
Di fikir rakyat semuanya bangang
Macam gerombolan No Otak
Dia ingat boleh lakukan setiap masa
Dia lupa
"Demi masa
sesungguhnya manusia
itu berada di dalam kerugian"
Amaran daripada Tuhan
Bacalah Al-Quran
Pasti terjaga kesihatan
Selamat daripada syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Ahad, 2 Oktober 2011

KERBAU PUN TAHU

Kerbau
Berkubang dalam lumpur
Dalam lumpur ada sinar
Infra merah jauh
Ia juga
Sinar kehidupan
Bila ada kesihatan
Cerah masa hadapan
Bila kerbau pun faham
Malulah manusia
Bila langgar perintah Tuhan
Bila buat segala larangan
Inilah kedukacitaan
Bagi insan yang kehilangan perasaan kemanusiaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Sabtu, 1 Oktober 2011

GELOMBANG REMAJA



I

Manusia mudah lupa
Lupa Altantuya dibunuh di Malaysia
Lupa Kugan mati di dalam tahanan pihak berkuasa
Lupa Teoh Beng Hock mati juga
Dekat pejabat SPRM
Lupa Sarbaini juga dijumpa mati di bawah pejabat SPRM
Lupa beri Mykad kepada warga-warga asing
Gerombolan keris tidak pula bising
Gerombolan Ketuanan Melayu tidak pula bising
Professor-professor kangkong tidak pula bising
Bila disebut Mat Indera itu wira,
Puak-puak pembodek bising
Serangan Bukit Kepong diulang tayang
Tengah minum arak nyawa melayang
Penjajah British kaut hasil mahsul
Bukan dijajah daripada mulut tersasul
Daripada professor sakit bisul

II

Pecah bisul keluar nanah
   Nanah terkena di baju kemeja
Rejim penzalim akan musnah
   Bila datang gelombang remaja


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

BULAN ZULKAEDAH

Bula Zulkaedah
Jangan biar rambut isteri terdedah
Jangan biar anak gadis aurat terdedah
Iblis saja dapat faedah
Pergi ke Mekah bukan mudah
Kosnya sudah meningkat
Untung kepada syarikat-syarikat
Menaikkan harga mereka sepakat
Susahlah rakyat
Tukarlah kiblat
Tinggalkan gerombolan pengkhinat
Lupakan katak-katak lompat
Yang diam bila duit dapat
Lupa sumpah keramat
Menanti saja kiamat
Berlaku bila nya tamat
Cerita Altantuya belum tamat
Cerita Teoh Beng Hock belum tamat
Cerita Kugan belum tamat
Cerita Sarbaini belum tamat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011