Jumaat, 30 September 2011
PANTUN HUKUM HUDUD
Ada masjid ada kolah
Mudah orang mengambil wudhuk
Hudud adalah Hukum Allah
Menentangnya bererti tidak tawadhuk
Terbang rendah burung layang-layang
Makan padi kelihatan bersama
Mengapa Hudud berani tentang
Tanda jahil bab agama
Burung tempua bersarang rendah
Buat sarang daripada rumput
Hukum Hudud banyak faedah
Mudah budaya mungkar reput
Ikan yu ikan pari
Dua jenis ikan laut
Dipotong tangan bagi pencuri
Dengar Hudud kecut perut
Berwarna warni burung merak
Kembang sayap waktu pagi
Disebat golongan peminum arak
Tanpa taubat di akhirat rugi
Pecah bisul keluar nanah
Meleleh hingga terkena baju
Disebat bagi yang berzinah
Diterima taubat syurga dituju
Tebang pokok dengan kapak
Tumbang kayu di tepi paya
Potong bersilang bagi perompak
Bersyukur peniaga kaya
Pisang emas pisang berangan
Didapati tumbuh di tanah rizab
Menuduh orang berzina jangan sembarangan
Menanti saja hukum Qazaf
Sedap rasanya kuih mastad
Dibuat oleh chef Melayu
Dibunuh bagi yang murtad
Inilah kehendak hukuman wahyu
Bunga ros warnanya merah
Harum bau di sekitar taman
Penentang pemerintah Islam dipanggil Bughah
Dibuang negeri sebagai hukuman
Cencaru keluar waktu petang
Dalam pukat terus tersangkut
Hukuman Hudud jangan tentang
Kehendak Allah elok ikut
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Sept2011
Labels:
PANTUN HUKUM HUDUD
Khamis, 29 September 2011
GOLONGAN ANTI HUDUD
I
Benci pada Hudud
Ada tujuh golongan manusia
Penzina
Tuduh orang berzina atau qazaf
Peminum arak
Pencuri
Perompak
Penentang Kerajaan yang menegakkan hukum Islam atau Bughah
II
Penentang Hudud
Bukan monyet
Bukan kambing
Bukan burung
Bukan ikan
Tapi
Jin dan manusia
Enggan percaya
Bertaraf otak kalkatu
Menentang Hudud sanggup bersatu
Manusia jenis hantu
Berhati batu
Berhati keras
Bernafsu amarah
Melihat kuning pun marah-marah
Kaya raya dengan rasuah
Berkata-katalah tanah
"kamu pasti masuk perutku baru kamu tahu"
III
One two three four
Dalam kubur pasti mengelupor
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Sept2011
Labels:
GOLONGAN ANTI HUDUD
Rabu, 28 September 2011
BILA PENCEN 12
I
Bila sedar
Masa terus beredar
Satu demi satu rakan pesara
Bersemadi di pusara
Di Tanah Perkuburan
Hilang pangkat dan kedudukan
Ditalkinkan
Tinggal berseorangan
Malaikat di kiri kanan
Mengemukakan soalan
Menerima pukulan
Baru timbul penyesalan
Kurang bekalan
Kurang iman
Kurang amalan
Baru teringat Kuliah Dhuha
Baru fikir 5 dalam 1
Baru mahu bersatu
Baru mahu ikut wahyu
Baru sedar keris telanjang tak laku
Baru bernyanyi tak berlagu
Oh! jangan tinggal daku
Baru menunggu doa
Daripada mat rempit
Daripada GRO
Daripada penagih dadah
Daripada Melayu Glokal
Daripada artis
Daripada aktres
II
Sekarang mantan pesara
Terus menderita
Terus berdukacita
III
Wahai pembaca budiman
Senario ini boleh dielakkan
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan amalan
Dengan menyertai kuliah-kuliah agama
Dengan menghadiri majlis-majlis ilmu
Di masjid
Di surau
Di markas
Supaya kenal Allah
Allah Yang Maha Besar
Allahuakbar
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Selasa, 27 September 2011
BILA PENCEN 11
Menanti
Memperbanyakkan amalan
Pergi ke masjid
Solat Tahiyatul Masjid
Iktikaf di masjid
Solat Dhuha maksimum 12 rakaat
Mula-mula terasa penat
Lama-lama terasa lazat
Bila beramal ibadat
Suka membaca Yassin
Macam dapat vitamin
Bila berkawan dengan golongan mukmin
Bila mendengar kuliah agama
Ilmu bertambah di dada
Kenal diri kita
Seorang pesara
Berdoa sentiasa
Supaya mati dalam iman
Supaya mati dalam jihad
Supaya masuk syurga
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Isnin, 26 September 2011
BILA PENCEN 10
I
Pesara
Perlu memikirkan pusara
Mahu gembira
Amal soleh berganda-ganda
Betul aqidah dapat pahala
Dalam kubur suasana
Ceria
Bercahaya
Balasan bagi yang percaya
Percaya
Allah Maha Esa
Allah Maha Kuasa
Percaya
Nabi Muhammad s.a.w itu benar
Benar pada perkataan
Bertepatan dengan perbuatan
II
Kenal tipu daya syaitan
Menggunakan
'Wanita, arak dan hiburan
III
Pesara yang bebal
Halal haram semua sental
Sudah berumur masih menggatal
Menonton TV jadi budaya
Masuk kubur pasti kecewa
Dosa besar dibawa
Menderita selama-lamanya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Ahad, 25 September 2011
BILA PENCEN 9
I
Hati ingat Allah
Tindakan pun berhati-hati
Waktu solat dinanti-nanti
Membaharui akujanji
Bertambah yakin dengan mengaji
Dari Maghrib ke Isyak
Baru nampak
Kesyumulan Islam
Bangun waktu malam
Ketepikan tilam
Membesarkan Tuhan semesta alam
Bekerja untuk kemajuan Islam
Siang dan malam
II
Inilah
Pesara yang prihatin
Pesara yang mukmin
Keselamatan di akhirat
Allah jamin
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Sabtu, 24 September 2011
BILA PENCEN 8
I
Berani berkata benar
Berani menentang yang mungkar
II
Berani menyokong yang hak
Berani ikut jemaah
Berteraskan Sunnah
Berfaedah
Bila berpindah
Masuk tanah
III
Bersedia menghadapi soalan
Berbekalkan amalan
Berpandukan Al-Quran
Berpaksikan ilmu pengetahuan
Menyeru yang maaruf
Mencegah yang mungkar
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Jumaat, 23 September 2011
HARAPAN RAKYAT KITA
Pengalaman hidup
Daripada bangku sekolah rendah
Daripada bekerja hingga bersara
Perintah Allah buat segera
Dosa pahala ambil kira
Ini cerdik namanya
Boleh tawan Putrajaya
Dengan memenangi pilihanraya
Bersih daripada tipudaya
Ada peluang ke syurga
Bila seluruh keluarga ikut agama
Mudah dilaksanakan dengan mengikuti Buku Jingga
Tawaran terbaik untuk rakyat jelata
Pasti rakyat sukacita
Bila dipenjarakan para pendusta
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
HARAPAN RAKYAT KITA
Khamis, 22 September 2011
BILA PENCEN 7
Khianati negara. Kes Mykad dan Daftar Undi PR ini yang menggugat kedaulatan negara.Semua rakyat Malaysia perlu sensitif dengan isu yang hangat dan perlu diperhangatkan kerana melibatkan hak dan kedaulatan negara.
I
Sedar
Masa terus beredar
Tanpa iman kehidupan jadi pudar
Membiarkan perkara-perkara mungkar
Suatu kesalahan besar
Rasuah memang dosa besar
Menipu rakyat dosa besar
Mengkhianati bangsa dosa besar
Mengkhianati negara dosa besar
II
Sedar
Umur tinggal sedikit
Waktu malam bangkit
Solat tahujjud
Baru hidup zuhud
Baru hidup berjihad
Baru berani berkata yang hak
Baru berani pilih
Golongan memperjuangkan hak
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Rabu, 21 September 2011
BUDAYA SONGKOK HITAM
Bersongkok tinggi warna hitam
Bertepatan pula hatinya putih
Gerombolan berbunyi cakapan orang putih
'United Malays National Organization'
Cari projek dapat komisen
Dengan duit berlebihan boleh beli cincin
Takut hingga pencen
Kesan jajahan British
Tahun 1786 di Pulau Pinang
Tahun 1819 di Singapura
Tahun 1874 di Perak
Bila Birch dibunuh
Di Pasir Salak
Inggeris mula menyalak
Kuasa ekonomi Ngah Ibrahim pun rosak
31 Ogos 1957 dapat balik hak
Tarikh PTM merdeka
Professor-professor kangkong belum masuk universiti waktu itu
Bila kata "Negara tidak pernah dijajah"
Jelaslah mereka bertaraf otak kalkatu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BUDAYA SONGKOK HITAM
PERLU JIWA MERDEKA
Merdeka
Merdeka aqidah
Penyelewengan perlu didedah
Puisi sebagai alat berdakwah
Sampaikan satu ayat
Tentang syariat
Baru masyarakat selamat
Daripada gerombolan penjahat
Bersongkok tinggi warna hitam
Peranan pejuang-pejuang kemerdekaan sengaja dipadam
Daripada kalangan agamawan
Daripada kalangan sasterawan
Mat Indera terus melawan
Penjajahan
British yang pro-kristian
Menjajah Tanah Melayu
Menjadikan semuanya layu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Merdeka aqidah
Penyelewengan perlu didedah
Puisi sebagai alat berdakwah
Sampaikan satu ayat
Tentang syariat
Baru masyarakat selamat
Daripada gerombolan penjahat
Bersongkok tinggi warna hitam
Peranan pejuang-pejuang kemerdekaan sengaja dipadam
Daripada kalangan agamawan
Daripada kalangan sasterawan
Mat Indera terus melawan
Penjajahan
British yang pro-kristian
Menjajah Tanah Melayu
Menjadikan semuanya layu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
PERLU JIWA MERDEKA
Selasa, 20 September 2011
MEMPERCAYAI MUSUH TEGAR
Bila Yahudi dijadikan orang kepercayaan
Dibayar jutaan Ringgit Malaysia
Ibarat menyiram air di daun keladi
Rosak akhlak muda mudi
Ramai rakyat berjudi
Ramai orang kampung ditipu di siang hari
Sambil rahsia cuba dicari
Dijajah tidak negara ini
Kata pihak separuh bistari
Daripada MPN
Majlis Profesor Negara
Benar salah belakang kira
Yang penting jaga pihak berkuasa
Walaupun bertambah dosa
Walaupun yang disokong jelas menyalahguna kuasa
Tiba-tiba mahu hapus ISA
Ikut Suka Aku katanya
Yahudi itu tidak berbahaya
Ayat 120 Surah Al Baqarah bagaimana?
Para mufti di mana?
Biarlah hina
Asal mewah hidup di dunia
Ini yang Mat Indera tentangi
Ini yang Mat Sabu mahu betulkan
Melalui Pakatan Rakyat
Melalui Buku Jingga
Melahirkan Negara Berkebajikan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
MEMPERCAYAI MUSUH TEGAR
Isnin, 19 September 2011
BILA PENCEN 6
Bila pencen
Bila jadi seorang pesara
Perintah Allah buat segera
Dengan iman yang membara
Hasil mentelaah buku Said Hawa
Berjudul "Jundullah"
Berjihad di jalan Allah
Dengan sabar menghadapi masalah
Berpandukan kitab Allah
Berpandukan Sunnah
Memahami bahaya rasuah
Merana bila masuk tanah
Mungkar Nakir akan belasah
Percayalah duhai persara-pesara
Tinggalkan manusia yang berpura-pura
Dengan ilmu kita kenal mereka
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Ahad, 18 September 2011
BILA PENCEN 5
Bila seseorang pencen
Sedar
Di depan ada kemudahan
Berbuat kebajikan
Bekalan-bekalan
Untuk Hari Kemudian
Pisahkan
Slogan-slogan
Berunsur penipuan
Bersama-sama kita hadir ke Majlis Ilmu
Bertambah kefahaman
Bahagia yang beriman
Pemberitahuan
Dalam Al-Quran
Masa lapang digunakan
Membuat suruhan
Dapat kepuasan
Membantu Sekolah Agama Rakyat
Membanyakkan ibadat
Menjauhi maksiat
Membenci penganjur maksiat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Sabtu, 17 September 2011
BILA PENCEN 4
I
Bila pencen
Bebas daripada "bos" dunia
Bebas daripada "akujanji" majikan
Terima wang hujung bulan
Menyara kehidupan
Berteraskan iman
Buat suruhan
Menentang kemungkaran
Budaya orang beriman
Takut hanya pada Tuhan
Berani kerana benar
Al-Quran itu benar
Sakatulmaut itu benar
Mati itu benar
Kubur itu benar
Seksa kubur itu benar
II
Warga pesara
Kena ambil kira
Hidup di dunia hanya sementara
Akhirat itu lama
Mari bersama
Mengikuti ajaran agama
Semoga
Kita menjadi ahli syurga
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sep2011
Labels:
BILA PENCEN
Jumaat, 16 September 2011
KEMERDEKAAN MENGIKUT ISLAM
Merdeka
Bila bebas melaksanakan akujanji
Allah saja dipuji
Berselawat ke atas Nabi
Mat Sabu diserang bertubi-tubi
Mat Indera pejuang semulajadi
Apco Worldwide syarikat Yahudi
Dengan tuan besar mahu berbudi
Dijauhkan agama bagi muda mudi
Lahir generasi tak berbudi
Wujud suasana
Hidup hari ini lupa esok
Hati pemerintah menjadi busuk
Harga naik rakyat teruk
Hanya ada satu petunjuk
Islam agama semulajadi
Dibenci Nasrani & Yahudi
Diketahui melalui ilmu
Dengan ilmu Tauhid
Merdekalah insan
Membesarkan Tuhan
Membenarkan Al-Quran
Inilah erti kemerdekaan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
KEMERDEKAAN MENGIKUT ISLAM
Khamis, 15 September 2011
BUDAYA O.K
Manusia
Merdeka
Melakukan apa yang dia suka
Menyalahkan syariat menanti neraka
Itu nasib mereka
Musnah segala-gala
Di dunia lupa cari pahala
Lupa jalan hanya sehala
Sejak dulu kala
Qabil bunuh adiknya
Kelabu matanya
Macam gerombolan Ketuanan Bangsa
Katanya:
Ikut Suka Aku
Istilah politiknya: ISA
Mahu kekal berkuasa
Mahu terus menyalahguna kuasa
Kumpul kekayaan melalui penyalahguna kekuasaan
CCP sekarang dijadikan rakan
Mat Indera dianggap penjahat
Perasuah sekarang dianggap O.K
Bila puak gerombolan United Malays buat semua O.K
Masuk neraka pun O.K
Ini budaya O.K
Erti O.K = otak kalkatu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
SYAITAN DIKECEWAKAN
Jalaluddin Rumi Berpuisi dengan Jiwanya. Bagi anda yang gemar membaca puisi, khususnya sastera Islam tentu nama Jalaludin Rumi sudah tak asing lagi
Ramadhan menghilangkan diri
Tiba Aidilfitri
Riang ria suami isteri
Hari berganti hari
Berguna muhasabah diri
Keredhaan Allah mudah dicari
Seawal-awal ilmu perlu dicari
Mudah kenal diri sendiri
Jalaluddin Rumi pernah berkata:
"Sesungguhnya mengenal diri sendiri
adalah lebih mendesak berbandingkan
dengan kesibukan-kesibukan yang
melupakan anda daripada mengenal dirimu sendiri"
Dengan yang demikian
Pengenalan diri
Jadi keutamaan
Setiap insan
Perlu ada sifat ehsan
Sesama insan
Berkenal-kenalan
Perbanyakkan bekalan
Untuk Hari Kemudian
Hari yang penuh kenikmatan
Hari yang mengecewakan syaitan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
SYAITAN DIKECEWAKAN
Rabu, 14 September 2011
PERANAN MAT SABU
Kesan
Puasa Ramadhan
Benar pada ucapan
Menganjur Negara Berkebajikan
Mengagungkan Al-Quran
Daripada sirah Nabi banyak pengajaran
Hasan Tsabit ada ketokohan
Seorang sasterawan
Melalui puisi menaikkan semangat perjuangan
Di kalangan sahabat-sahabat Nabi
Di setiap peperangan
Suaranya merdu
Mendengar puisinya hilang rindu
Inilah tarbiyah daripada Rasulullah
Takut hanya kepada Allah
Mat Indera tak bersalah
Dia berjuang menentang penjajah
Dia bergabung dengan golongan yang juga anti-penjajah
Berlaku di zaman pemerintahan British
Memanglah
Menang British
Malaya pun merdeka
31 Ogos 1957
Setiap tahun diraikan
Dinaikkan bendera
Ditukar tarikh perayaan
Ke Hari Malaysia
16 September 2011
Walau apapun tarikh
Nama Mat Indera tetap dikenang
Mat Sabu juga dikenang
Dalam isu Mat Indera dialah yang mulakan
Dalam isu penulisan semula sejarah negara
Mat Sabu juga terhadapan
Jelas Mat Sabu pemimpin masa hadapan
Di dalam kabinet Negara Berkebajikan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
PERANAN MAT SABU
Selasa, 13 September 2011
PASCA SEJARAH
16 Syawal 1432 Hijrah
Hari Selasa malam Rabu
Media Perdana menyerang Mat Sabu
Bertalu-talu
Dari segala penjuru
Mat Indera dijadikan seteru
Bukit Kepong dijadikan isu
Dibakar pasong mata-mata di Bukit Kepong
Lebih 25 mata-mata dan keluarga terkorban
Mempertahankan kuasa British di Tanah Melayu
Mat Indera sedar
Jenayah British sebagai penjajah
Pro-Kristian dan anti-Islam
Ini Mat Sabu faham
Mahu buku sejarah di Malaysia ditulis semula
Penyokong cadangan ini mendatangkan pahala
Ini yang ditentang oleh yang bersongkok tinggi warna hitam
Hati mereka tentulah putih
Nama gerombolan mereka ini juga berbahasa orang putih
'United Malays National Organization"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
PASCA SEJARAH
BAIKNYA NEGARA BERKEBAJIKAN
Mat Sabu
Mat Indera
Memang wira
Menentang penjajah Mat Indera bertindak segera
Menentang penzalim Mat Sabu bertindak segera
Jasa mereka rakyat ambil kira
Dosa pahala puak gerombolan kepura-puraan tak ambil kira
Projek saja mereka kira
Duit saja mereka kira
Duit disimpan di luar negara
Jahanamkan negara mereka tak ambil kira
Lari keluar negara dengan segera
Di Bukit Kepong
Di tahun 1950
Penjajah British mengeluh
Pada 2011
Gerombolan United Malays National Organization mengeluh
Profesor-profesor kangkong mereka mengeluh
Melihat rakyat memihak kepada kebenaran
Menanti saja Negara Berkebajikan
Ini yang Mat Indera inginkan
Ini yang Mat Sabu inginkan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BAIKNYA NEGARA BERKEBAJIKAN
Isnin, 12 September 2011
KITA MASIH INGAT
Mat Indera salah seorang pejuang menentang British |
Menang menulis sejarah
Kalah tulis puisi
Kata-kata tak berisi
Kata-kata tak bervisi
A-Shafie menulis puisi
Al-Ghazali menulis puisi
Jalaluddin Rumi menulis puisi
Hamzah Fansuri
Muhammad Iqbal menulis puisi
Pak Samad juga
Wira demonstrasi
Menentang korupsi
Menentang PPSMI
Ada yang dah pergi
Azizi Haji Abdullah
Dato Hasan Ahmad
Melalui tulisan mereka berjihad
Mat Indera bukan penjahat
Menentang Inggeris yang keparat
Jasa Dato Sagor kita ingat
Jasa Tok Ali kita ingat
Jasa Dato Maharajalela kita ingat
Jasa Tok Janggut kita ingat
Hingga Hari Kiamat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal143/Sept2011
Labels:
KITA MASIH INGAT
Ahad, 11 September 2011
DUA MAT
I
Mat Indera
Seorang wira
II
Mat Sabu
Menentang gerombolan warna biru
Isu Mat Indera jadi harubiru
Tanda jiwa keliru
Semua tahu
Tahun 1950
British berkuasa
Pengganti penjajah anak didik Inggeris
Bezanya
Gunakan keris telanjang
Guna tipudaya kekalkan kuasa
Menipu anak bangsa
Dikatakan Mat Indera komunis
Dianggap rasuah itu manis
Ini Mat Sabu tahu
Mat Sabu tahu daripada buku
Dari Negeri Johor
Tiba-tiba nama Mat Indera mashyur
Semoga Mat Sabu panjang umur
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Sabtu, 10 September 2011
ADA YANG IRIHATI
Mati syahid
Mudah disebut
Bila aqidah berserabut
Bila gerombolan sekular tempat bergayut
Bila nasihat Apco Worldwide diikut
Disebut Mat Indera hati kecut perut
Di antara 150 orang berjasa di Johor
Berjasa sebelum 31 Ogos 1957
Berjiwa nasionalis
Menentang penjajah Inggeris
Bukan dengan keris
Bukan dengan "United Malays No Otak"
Dengan semangat besi waja
Allah saja dipuja
Mat Indera sebenarnya wira
Menentang Inggeris yang durjana
Perjanjian Pangkor
Kuasa raja Perak hancur
Ditentang oleh Dato Sagor
Dengan rakan-rakan setia
Dato Menteri Ngah Ibrahim
Dato Maharajalela Pancung Tak Bertanya
Di Pasir Salak terkenal namanya
Sultan Abdullah juga bersama
Bila Birch dibunuh
British membalas dendam
Dibuang negeri
Sultan Abdullah
Dato Menteri Ngah Ibrahim
Jutawan Melayu di kurun 19 Masihi
Penjajah Inggeris irihati
Dato Sagor
Dato Maharajalela digantung sampai mati
Mati yang berkualiti
Merekalah pejuang-pejuang sejati
Kata Mat sabu membawa erti
Gerombolan Nasionalis tetap irihati
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
ADA YANG IRIHATI
Jumaat, 9 September 2011
BILA PENCEN 3
Bila pencen
Daripada Jabatan Kerajaan
Masih ada perasaan
Ketuanan
Lupa diri menunggu giliran
Menemui Tuhan
Menanti beberapa soalan
Mampu dijawab oleh beberapa golongan
Yang berpengetahuan
Yang banyak bekalan
Yang bersih amalan
Kejayaan
Nikmat berpanjangan
Berkekalan
Kegembiraan bersama orang-orang beriman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Khamis, 8 September 2011
BILA PENCEN 2
I
Bila pencen
Berlebih-lebih masa lapang
Boleh berdoa panjang-panjang
Bila-bila masa nyawa melayang
Ingat ikrar dalam sembahyang
"Sesungguhnya solatku; ibadahku; hidupku
matiku; adalah untuk Allah;
Tuhan semesta alam"
Maksud:
Ayat 162 surah Al-An'aam
Bila ini kita faham
Baru tinggal semua haram
Judi....arak....rasuah
Semua alat pemusnah
Bila masuk tanah
II
Menyedari hakikat ini
Orang pencen jadi berani
Menentang dasar mengkayakan kroni-kroni
Menentang semua bentuk korupsi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sep2011
Labels:
BILA PENCEN
Rabu, 7 September 2011
BILA PENCEN 1
I
Bila pencen
Berani menentang penyelewengan
Berani menentang ketidakadilan
Berani menentang kezaliman
II
Bila bersara
Berani bersuara
Dr Mahathir dianggap wira
PM ke lima
Keturunan orang kuat agama
Datuknya ulama terkemuka
PM ke enam
Dilantik pada 3 April 2009
Dasarnya masih sama
III
Bila pencen
Bangun menentang perkara mungkar
Seorang diri memang sukar
Aqidah mesti mantap
Amalan pula istiqamah
Mempertahankan Sunnah
Membenci rasuah
Membenci orang yang pecah amanah
Negara boleh musnah
IV
Sebelum masuk tanah
Brergerak dalam jemaah
Mendaulatkan syariat Allah
Disuruh oleh Rasulullah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
BILA PENCEN
Selasa, 6 September 2011
B.T.N
I
Bersedia Tunggu Nazak
Bersedia dengan iman
Bersedia dengan ilmu pengetahuan
Bersedia dengan amal soleh
II
B.T.N
Bersedia Tunggu Nazak
Mesti aqidah mantap
Mesti ilmu meyakinkan
Mesti beres ilmu Tauhid
Mesti baik ilmu Tassauf
Baru ingat mati
Baru bersedia menghadapi sakaratulmaut
Baru ingat Tuhan
Baru sentiasa baca Quran
Baru sokong pimpinan beriman
III
B.T.N
Bersedia Tunggu Nazak
Bila ghairah berdakwah
Wujud pimpinan beramanah
Wujud perpaduan kaum
Tanda iman mekar
Tanda kejayaan
Bila B.T.N bertukar haluan
Daripada perkauman kepada keimanan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Isnin, 5 September 2011
IMBASAN RAMADHAN: CERAH MASA HADAPAN
I
Daripada puasa Ramadhan
Daripada tadarus Al-Quran
Daripada hadir di tazkirah Ramadhan
Bertambah ilmu
Bertambah yakin dengan wahyu
Perlu bagi Melayu
Pimpinan bermutu
Tolak pimpinan keduniaan
Tolak penasihat Yahudi
Yang merosakkan muda-mudi
II
Cari ilmu sedaya upaya
Beramal sedaya upaya
Baca Al-Quran dapat cahaya
Cahaya iman
Cahaya ketaqwaan
Daripada banyak amalan
Al-Quran menunjukkan jalan
Jalan kebenaran
Jalan kedamaian
Jalan perpaduan
Perlu hanya kesabaran
Menghadapi banjiran Mykad
Menghadapi pengkhianat-pengkhianat
Dengan hati bersih
Dengan semangat setiakawan
Bersatu dalam kepelbagaian
Cerah masa hadapan
Bila ada pertukaran kerajaan
Di peringkat Persekutuan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
IMBASAN RAMADHAN
Ahad, 4 September 2011
IMBASAN RAMADHAN: PERLU IMAN DAN TAQWA
I
Mati di bulan Ramadhan
Mati yang baik
Memenuhi dua syarat
Pertama iman
Kedua taqwa
II
Iman
Dengan kuasa Allah
Dengan kandungan Al-Quran
Dengan Hari Kemudian
Tolak kezaliman
Tolak perkauman
Tolak sekularisma
III
Taqwa
Kasih sayang dengan Allah
Meyakini pimpinan Rasulullah
Menyertai jemaah
Menunaikan akujanji dengan Allah
Bukan akujanji Mykad
Dosa-dosa melekat
Kerja-kerja khianat
Khianat kepada negara
Di akhirat menanti neraka
Hadiah puasa orang sekular
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
IMBASAN RAMADHAN
Sabtu, 3 September 2011
IMBASAN RAMADHAN: TARBIYAH TAQWA
I
Untuk mendidik nafsu supaya
Tunduk kepada Allah dalam semua
Urusan kehidupan
Cerah masa depan
Dengan Allah menaruh harapan
Di setiap keadaan
II
Untuk membersihkan nafsu dari
Sifat haiwani dan sifat syaitani
Menentang ekonomi kroni
Supaya wujud masyarakat madani
Dengan zikir jiwa jadi berani
Berkata yang hak depan tirani
III
Untuk menolak dorongan jahat nafsu
Dengan mengikut ajaran wahyu
Baru berdaya maju Melayu
IV
Untuk menolak dorongan sistem hidup nafsu
Dengan hadir di majlis ilmu
Bertambahlah ilmu
Dengan kebaikan tentu bertemu
V
Untuk menolak budaya hidup nafsu
Dengan zikir selalu
Membuat maksiat terasa malu
Ingat jasa orang-orang dulu
Mendoakan mereka selalu
VI
Untuk menolak golongan nafsu
Dengan menguatkan jemaah dulu
Majlis ilmu didatangi selalu
Baru terasa nikmat ilmu
VII
Untuk menolak kepimpinan nafsu
Betulkan diri setiap individu
Kenal Allah terlebih dahulu
Berselawat kepada Nabi selalu
Menguatkan hati kalbu
VIII
Untuk bersama-sama dengan
Golongan mutaqin di dalam
Jihad untuk mendaulatkan agama Allah
Di muka bumi ini
Melalui masyarakat madani
Berakhlak mulia pimpinan tertinggi
Daripada gabungan tiga parti
Dengan zikir bersihkan hati
Bebas daripada irihati
Pertukaran penguasa rakyat nanti
Kesan puasa Ramadhan yang berkualiti
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
IMBASAN RAMADHAN
Jumaat, 2 September 2011
IMBASAN RAMADHAN : PUASA SEKULAR
Sudah 54 tahun berpuasa
Seronok menyalahguna kuasa
Sentiasa
Guna media massa
Lupa "demi masa
Sesungguhnya manusia itu
berada di dalam kerugian"
Puasa bukan kerana iman
Puasa
Untuk lapar dan dahaga
Berangan-angan ke syurga
Terdedah aurat seluruh keluarga
Menjauhi majlis ilmu
Menipu bangsa tak jemu-jemu
Dia sangka orang tak tahu
Dia lupa Allah Maha Tahu
Dia lupa Izrail menunggu
Nikmat syurga diragu
Suruhan Allah buat-buat tak tahu
Jadilah iman layu
Nasib Ketuanan Melayu
Realitinya menolak wahyu
Kenyataannya begitu
Otak bertaraf kalkatu
Dalam maksiat diseru bersatu
Dibanyakkan pengundi hantu
Dia sangka rakyat tak tahu
Kosong daripada pahala
Puasa orang sekular
Puasa pimpinan sekular
Dapat dahaga dan lapar
Perlu ditukar
Perlu diubah
Dengan Negara Berkebajikan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011
Labels:
IMBASAN RAMADHAN
Langgan:
Catatan (Atom)