Selasa, 30 November 2010

BUDAYA PERJUANGAN


"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." 

I


Berjuang dalam parti
Bertujuan menumbangkan penzalim
Imam Syafie seorang alim
Imam Ghazali juga alim
Pembimbing umat muslim
Menuju jalan Al-Mustaqim
Dasar parti kena yakin
Iman jadikan pemangkin
Dengan kuasa bantu orang miskin
Bila orang miskin dibantu
Tanda jiwa bersatu
Baru kehidupan bermutu

II

Berjuang dalam parti
Bertujuan menegakkan keadilan
Berilmu dan banyakkan amalan
Bersabar berhadapan ujian
Daripada Kuda Trojan
Pada mulanya macam kawan
Kemudian jadi lawan
Teruskan perjuangan
Lawan tetap lawan

III

Berjuang dalam parti
Bertujuan membawa perubahan
Datang ujian tetap bertahan
Buat suruhan
Tinggal larangan

IV

Berjuang dalam parti
Bertujuan untuk perpaduan
Berpadu dalam kepelbagaian
Perlu kesabaran
Bersikap keserdahanaan
Dalam setiap tindakan
Dapat berkat daripada Tuhan
Putrajaya Insyaallah dalam tangan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

BENARLAH NABI S.A.W



Kenduri daging korban
Diadakan
Selepas solat zohor
Nama Imam Syafie tetap masyhur
Pengasas Ilmu Usul Fiqh
Otaknya bergeliga
Calon ke syurga

Nama Al-Ghazali juga terkenal
Di seluruh dunia
Pakar Ilmu Tassauf
Mengajarkan cara zikir harian
Dari Isnin ke Ahad
Menumbangkan penzalim kena berjihad
Kena yakin dengan pimpinan Nabi Muhammad
Betulkan itiqad
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ikut Al-Quran dan Sunnah
Kuasa Firaun dah musnah
Raja Namrud dah musnah
Abu Jahal juga musnah
Di peperangan Badar
Di alam akhirat baru sedar
Benarnya
Nabi Muhammad s.a.w
Benarlah
Al-Quran
Petunjuk sepanjang jalan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Isnin, 29 November 2010

KUDA TROJAN



Kuda Trojan
Susah dikesan
Senang diterima pucuk pimpinan
Disangka rakan
Boleh membantu perjuangan
Menentang kemungkaran
Disuruh oleh Al-Quran
Banyak pengajaran
Berfaedah di akhir zaman
Boleh dijadikan teman
Menghadapi ujian
Didatangi dari Kuda Trojan
Mula-mula nampak kehebatan
Rupa-rupanya inginkan jawatan
Bila ketinggalan dalam undian
Mula membuat berbagai tuduhan
Kononnya ada penyelewengan
Kononnya dibiarkan oleh pihak atasan
Dipercayai rakan-rakan
Sealiran
Disebabkan kurang ilmu pengenalan
Disebabkan kurang amalan
Berjuang di sekerat jalan
Seronok puak-puak syaitan
Kerja mereka hampir berjaya
Kuda Trojan didedahkan juga
Usaha reformasi terus terjaga
Daripada bahaya kepura-puraan
Daripada bahaya perkauman sempit
Daripada bahaya penganjur Mat Rempit
Daripada bahaya ketuanan bangsa
Dengan menguatkan semangat setiakawan
Berpakat untuk perubahan
Dinanti-nanti rakyat sekelian
Ketuanan sebenar ialah ketuanan rakyat


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

SARANAN SEORANG GILA TALAK



Ada suara sumbang
Supaya PKR dibubar tanpa juang
Dari zaman reformasi terus berjuang
Habis masa dan habis banyak wang
Kerana dizalimi seorang pejuang
Bangkit ramai orang
Di Masjid Negara tempat orang sembahyang
Dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka
20 September 1998
Bergema laungan reformasi
Menentang konspirasi
Menentang korupsi
Lahir gerakan reformasi
Bergegar Kuala Lumpur
Bersatu rakyat dan sedia bertempur
Berbagai keturunan
Melawan ketidakadilan
Anwar Ibrahim penunjuk jalan
Malam 20 September 1998
Ditawan polis
Dipijak dengan kasut but tikar sembahyang
Macam Gestapo menyerang
Menangis anak tersayang
Bila Anwar dibawa ke Bukit Aman
Semuanya tak aman
Malam itu Anwar dibelasah
Mengalir darah merah
Di mahkamah kelihatan mata lebam
Kata Zaid itulah hasil
Diperolehi perjuangan Anwar Ibrahim
Kata Zaid perjuangannya
Lebih hebat daripada DSAI
Memang Zaid Ibrahim hebat
Dia ada semangat Hang Jebat
Keluar PKR bila hajat tak dapat
Kuda Trojan lambat melompat
Dapat ruangan daripada akhbar perdana

II

Dari mana nak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Menentang P.K kerja hina
Usaha yang tidak akan menjadi

III

Kata situa lanjut usia
"Dengan pembubaran PKR saya
Yakin orang Melayu dan umat
Islam akan kembali bersatu
Teguh dalam sebuah parti
Sekali gus menjadi
Penebus maruah bangsa
Di sebuah negara merdeka
Seperti Malaysia"
Bila dianalisa ucapannya
Ada yang ternyata meleset
Dia bercakap tapi dia tak buat
Dia mudah lupa
Dialah perosak bangsa Melayu
Dia wujudkan PPSMI
Dia sekat bantuan SAR
Dia hapuskan kekebalan Raja-raja Melayu
Lepas itu semua layu
Budaya jadi layu
Bahasa jadi layu
Seperti sekuntum bunga di waktu petang

IV

Cencaru keluar waktu petang
Mencari makanan di laut dalam
Saranan Mahathir kita tentang
Dengan iman dan Islam

V

Lepas bersalin waktu pantang
Suami kena banyak zikrullah
Pandangan Mahathir wajib ditentang
Pastikan UMNO yang kalah

VI

Nelayan mengail udang galah
Berjam-jam baru dapat seekor
Kejahilan Mahathir jelas terserlah
Bubar PKR siapa nak akur

VII

Tanam ubi tanam keladi
Tanam pula di bulan puasa
Bubar PKR tak akan menjadi
Sebaliknya BN akan hilang kuasa

VIII

Pergi ke hutan memburu rusa
Dapat seekor terus disembelih
Bila P.R dapat kuasa
Ekonomi negara Insyaallah pulih


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Sabtu, 27 November 2010

MENGHORMATI AHLI



Bila kita berada dalam parti
Kenalah berhati-hati
Jagalah hati
Hati manusia terlalu sensitif
Oleh itu,
Yang di atas lihatlah di bawah
Dengan semangat bermaaf-maafan
Dengan perasaan kasih sayang
Dengan perasaan lapang dada
Selidiki mana yang berbentuk propaganda
Sentiasalah berwaspada
Suluhi dengan ilmu di dada
Buat baik berpada-pada
Laksanakan apa yang kita kata
Laksanakan slogan 3B
Berubah
Berpadu
Berkat
Berubah untuk kebaikan rakyat
Berpadu dalam kepelbagaian
Berkat untuk kehidupan rakyat
Berpadu dalam kepelbagaian
Berkat untuk kebaikan rakyat
Musuh rakyat 3K
Kemiskinan
Kejahilan
Kemunduran
Wujud di sepanjang zaman
Kawan jadi lawan
Semasa pemilihan pucuk pimpinan
Dapat dielakkan
Jika wujud budaya menghormati ahli
Bebas daripada iri hati
Bebas daripada syak wasangka
Bebas daripada berpuak-puak
Baru wujud suasana hormat-menghormati
Baru rela berbakti
Baru rela ikut reformasi
Baru rela turun padang
Elakkan perasaan sinis bila memandang
Mudah bermesra dengan ahli akar umbi
Mudah bermesra dengan rakyat marhaen
Inilah jalan penyelesaian
Bila semua peringkat hormat-menghormati
Kepentingan parti di atas sekali
Keadilan untuk semua
Diterima ahli parti yang berkualiti

II

Ikan pari ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Gembira melihat rakan-rakan lama
Semangat reformasi masih terpaut

Ikan keli ikan limbat
Dua jenis ikan darat
Dengan reformasi hati tertambat
Menghadapi FRU penuh kudrat

Mengail ikan di atas titi
Dapat seekor ikan bawal
Mari kukuhkan jentera parti
Beri ruang ahli menyoal

Ikan kembung ikan bawal
Dua jenis ikan laut
Bila nafsu amarah dikawal
Dengan keadilan hati terpaut

Mencari rezeki di waktu malam
Memasang jerat di tepi hutan
Bila ilmu politik mendalam
Baru erat tali persahabatan

Musim cuti pergi ke Kelantan
Seluruh keluarga ikut serta
Kuat kita kuatlah PAKATAN
Memerintah Malaysia menjadi cita-cita

Tengah malam pergi menjala
Waktu bulan sedang mengambang
Membantu rakyat kerja berpahala
Terutama bila BN tumbang

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah makan padi
Mari kuatkan semangat setiakawan
Dengan parti menabur budi

Tanam pisang tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Bila rakyat beri undi
Mudah kita menawan Putrajaya

Katak melompat ke dalam paya
Datang ular terus dimakan
Banyak usaha untuk berjaya
Bermula dengan menghormati rakan-rakan

Dari buluh dibuat titi
Tempat lalu lintas orang kampung
Mari jayakan Kongres Parti
Mudah Kuda Trojan dikepong

Buat capati daripada tepung
Sedap dimakan dengan kari
Dengan setiakawan musuh dikepung
Hasil usaha pimpinan bistari

Ikan seluang mudik ke hulu
Nampak umpan terus dimakan
Apa tanda muka tak malu
Suruh parti kita dibubarkan

Nyamuk aedes membiak di taman
Bila ada air bertakung
Rakyat mahu negara aman
Dengan menolak pimpinan kongkolengkong

Waktu pagi terbit matahari
Terang benderang seluruh alam
Semoga ahli menguatkan diri
Nescaya Kuda Trojan tenggelam

Nelayan memukat di laut dalam
Menggunakan modal secara koperasi
Bila bertemu kita bersalam
Di akhiri dengan laungan reformasi


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

PANTUN KONGRES NASIONAL PKR TAHUN 2010



Waktu malam pasang pelita
Biasa berlaku di kampung terpencil
" Bismillah " itu permulaan kata
Selain Allah semuanya kecil

Kait rambutan mengguna galah
Dapat sebiji terus dimakan
Bila sedar kuasa Allah
Kebaikan parti perlu diutamakan

Buat galah dari buluh
Mudah tumbuh di tepi bukit
Berkongres dua ribu sepuluh
Bantulah Parti walaupun sedikit

Anak penjaja menikam pari
Pari ditikam tombak senangin
Setiap ahli perbaikilah diri
Baru tak mudah naik angin

Buah langsat di tepi busut
Mari dimuat di dalam peti
Urusan parti tidak akan kusut
Jika ahli bersih hati

Bunga tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Bila jiwa kuat di dalam
Jika bermasalah,muhasabahlah diri

Burung merpati terbang sekawan
Hinggap seekor ditengah taman
Dalam parti kuatkanlah setiakawan
Hasil asuhan pimpinan berpengalaman

Kembang cendawan di tengah padang
Tempat Cik Siti memacu kuda
Kuda Trojan jangan dipandang
Supaya perjalanan parti porak peranda

Ikan cencaru ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Menguatkan parti tugas bersama
Dengan keadilan hati terpaut

Air laut sentiasa masin
Membiak ikan banyak di dalamnya
Doakan rakan yang bersih
Supaya mudah jalan ke Putrajaya


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Khamis, 25 November 2010

KECEWA



Kecewa dengan parti
Semaklah hati
Bila ingat mati
Baru gunakan parti untuk berbakti
Melawan musuh perlu teliti
Betulkan niat dulu
Menyokong mungkar hendaklah malu
Membelot pada bangsa hendaklah malu
Apa makna Ketuanan Melayu
Bila tak ikut wahyu
Semuanya layu
Bila ini berlaku
Wujudlah perasaan kecewa
Syaitan pun tiba
Suruh masuk parti perkauman sempit
Gunakan media massa
Rakyat kampung percaya
Rakyat miskin pun percaya
Lupa kenaikkan harga barang-barang
Lupa kepincangan yang dilaporkan
Dalam Laporan Audit Negara
Tahun 2009
Lupa siapa dibelakang kematian
a) Altantunya
b) Teoh Beng Hock
c) Kugan
Rakyat bermaklumat tak hairan
Perlu ada perubahan
Perlu ada ketahanan
Menghadapi manusia
" cakap tak serupa bikin "
Kuasa rakyat kena ingat
Bila rakyat ingin perubahan
Pasti tak wujud istilah " kecewa "
Keluar parti tanda kecewa
Bagi reformis budaya tersohor
" Lawan tetap lawan "

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah makan padi
Mari kuatkan semangat setiakawan
Baru tindakan kita menjadi


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Rabu, 24 November 2010

BERTAKBIR DI HARI RAYA KORBAN

Gambar Hiasan


Setelah solat Maghrib
Malam sepuluh Zulhijjjah
Bertakbirlah Imam
Diikuti kemudian
Kebiasaan bagi yang beriman
Ingat Hari Kemudian
Ingat perjuangan Nabi Ibrahim
Ingat kesabaran Nabi Ismail
Rela dikorbankan
Di tangan ayahanda sendiri
Digantikan dengan kambing biri-biri
Allah yang beri
Bagi pejuang-pejuang kebenaran
Mesti berhadapan
Dengan puak kedurjanaan
Puak kemungkaran
Puak kebangsaan sempit
Minta tolong bila tersepit
Kedengaran
" mari bersatu "
Laungan puak kalkatu
Bersatu dengan cintakan dunia
Bersatu untuk hidup lama
Bersatu dengan IIF
International Islamic Fashion
Diadakan di Monte Carlo
Di kawasan pusat perjudian
Dikuasai kapitalis Yahudi
Dilanggani manusia ingin cepat kaya
Terpedaya
Dengan harapan untuk menang
Yang habis hanya wang
Yang wujud hanya kesengsaraan
Nasib insan
Yang kurang iman
Yang kurang ilmu pengenalan
Timbullah penyesalan
Di akhirat
Bagi yang anti syariat
Kesusahan saja yang dapat


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Isnin, 22 November 2010

BUTA



I
Ada buta sejarah
Melihat orang lain maju terus marah-marah
Berbaju putih berselendang merah
Bersongkok tinggi
Tanpa Islam di akhirat rugi
Rugi yang amat sangat
Bila tolak syariat

II
Ada buta perlembagaan
Malaysia Negara Persekutuan
Setiap rakyat ada pilihan
Lihat perkara 10
Boleh bebas bercakap
Boleh menubuh persatuan
Boleh berhimpun secara aman
Tanpa gangguan Bukit Aman

III
Ada buta hati
Membaca tapi tak mengerti
Tamadun Cina dah lama
Tamadun India dah lama
Eloklah berkerjasama
Membangun Islam bersama
Islam adil untuk semua
Dunia ini dah tua
Elok bertaubat saja
Pemimpin jahat jangan dipuja
Ini hanya membuang masa
Elok berbaik semua bangsa
Tiada siapa yang Perkasa
Allah saja Maha Esa
Allah saja Maha Berkuasa
Senang hati bila menyebut
"Allahuakbar"
Allah Maha Besar


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Ahad, 21 November 2010

PEROMPAK REMAJA TERSUNGKUR

BEBERAPA anggota polis memeriksa kereta Proton Waja digunakan tiga penjenayah yang ditembak mati di Jalan Kerjaya, Glenmarie di Shah Alam


I
Digelar Geng Minyak
Berusia 16 hingga 22 tahun dah jadi penyangak
Aktif samun pam minyak
Kesan pimpinan haprak
Hak rakyat mereka gasak
Datang Izrail nafas pun sesak
Azab Allah baru nampak
Fahaman sekular baru nak campak
Fahaman perkauman sempit yang merugikan
Ekonomi dikuasai orang lain
Peluang pekerjaan diambil oleh
Warga Indon
Warga Bangla
Warga pendatang haram

II
Warga Melayu
Terus layu
Dengan konsert Adam Lambert
Dengan IIF
International Islamic Fashion
Dengan ulama muda berjiwa asobiyah
Perlu diubah
Dengan iman dan istiqamah


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

LENA TAK PANJANG



I
Pasangan kekasih Melayu
sedang tidur berpelukan
Dicekup JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor

II
Lelaki tak berbaju
Kekasih berseluar pendek kitika diserbu
Sedih ayah dan ibu
Penyokong setia Ketuanan Melayu
Ingkar ikut ajaran wahyu
Jatidiri Melayu semakin layu
Di akhir zaman memang begitu
Bangsa sendiri susah bersatu
Jika dipimpin yang berotak kalkatu
Fikir hanya projek mega
Fikir hanya mahu kekalkan kuasa
Lupa mati esok atau lusa
Bawa hanya dosa

III
Demi masa
Majoriti manusia rugi
Lupa akujanji
Pengakuan Allah sebagai Tuhan
Lupa akujanji
Bagi yang solat
"sesungguhnya solatku;ibadatku,
hidup dan matiku adalah
untuk Allah; Tuhan semesta alam"
Ubat lena tak panjang ialah Islam
Ini diketahui
Oleh Lauren Booth
Adik ipar Tony Blair
Bekas PM Britain

IV
Bila Lauren Booth
Memeluk agama Islam
Dia berkata kepada dunia barat
"saya mula sedari betapa kejam
dan tidak berhati perut rakan-rakan
bukan Islam yang kerap menghukum
orang sekeliling"

V

Harapan Lauren Booth
"kami hanya mahu supaya kami
(umat Islam) tidak diganggu"


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Sabtu, 20 November 2010

BUDAYA ULAT BULU



Kehidupan
Penuh dengan perjuangan
Menegakkan maaruf
Mencegah yang mungkar
Lihat saja Abu Bakar
Sahabat Nabi yang setia
Bersama Nabi berhijrah
Jiwa raga diserah
Ke jalan Allah
Di dunia hari ini banyak masalah
Disebabkan
Cinta dunia
Takut mati
Lihat saja gelagat Mufti
Di negara kita
Ada 14 orang Mufti
Bila kesemua Shahibul Samaah berjuang di jalan Allah
Boleh selesai banyak masalah
Masalah menutup aurat
Lihat saja 2 wartawan Inggeris
Yang baru memeluk Islam
Eyonne Riddley
Lauren Booth
Terus bertudung kepala
Terus mendirikan solat 5 waktu sehari semalam
Terus pergi masjid jika ada masa
Lihat kepada bangsa kita
Berslogankan Ketuanan Melayu
Menganjur fesyen Islam Antarabangsa
Di Monte Carlo
Di pusat perjudian Eropah
Menghina Islam
Menghina Rasulullah
Apa komen 14 Mufti
Ingin jaga hati
Atau
Ada penyakit wahan
Ini yang rakyat hairan
Konon ikut Al-Quran
Konon tinggi pelajaran
Agaknya lupa hari kemudian
Perlu dingatkan
Ulat bulu panjat durian
Senang dulu sakit kemudian


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

SUKA MENCABAR


I
Ada orang suka mencabar
Suruh DAP bubar
Ada orang suka mencabar
Suruh DSAI mengundur diri
Ada orang suka mencabar
Anwar lawan Zaid Ibrahim

II
Ada pula ingin bertanya
Bila nak letak jawatan MP Kulim Bandar Baru
Jawapannya
Itu soalan peribadi
Apa komen tentang syarikat
APCO Worldwide
Itu luar bidang kuasa saya
Di dunia engkau berjaya
Cabarlah....Cabarlah


HMS Abu Bakar
paksaleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Khamis, 18 November 2010

ZAID BIN THAABIT

Bila baca Al-Quran teringat
Zaid b. Thaabit
Mengumpul Al-Quran sedikit demi sedikit
Jasa yang boleh diungkit-ungkit
Pahalanya tinggi hingga ke langit

Waktu umur baru 11 tahun Zaid terima Islam
Keluarganya semua faham
Bila Nabi s.a.w selamat tiba di
Madinah dari Hijrah

Bersama sama Abu Bakar dari Mekah
Kaum Ansar pernah bersumpah
Dua kali di Aqabah
Janji setia hingga sanggup tumpah darah
Biar berkembang dakwah
Dari rumah ke rumah
Niat kerana Allah

Cuba ikut serta di perang Badar
Umurnya muda Nabi s.a.w sedar
Di UHUD peristiwa terus berulang
Zaid yang muda mahu ikut perang
Tidak gentar nyawa melayang
Membantu agama tersayang

Raafi bin Khudaji muda juga
Samurah bin Junduh muda juga
Lima belas tahun umur mahu ikut serta
Diterima Nabi s.a.w dengan senyum ketawa
Tinggal lagi lima belia

Zaid bin Thaabit dan Abdullah bin Omar di antaranya
Peluang berperang masih belum ada
Ini semangat besi waja
Black Metal lain pula
Syaitan yang dipuja

Zaid bin Thaabit memang pintar
Belajar berbagai bahasa memakan masa hanya sebentar
Otaknya bersinar-sinar
Berkat mengamal ajaran yang benar

Zaid bin Thaabit hafal Al-Quran
Di Madinah salah seorang ilmunan
Pintar membuat apa-apa keputusan
Baik untuk umat sekalian
Disamping keluarga dirumah penuh
Kemesraan

Bersama sama sahabat
Nabi s.a.w mendapat sanjungan
Menjadi contoh teladan

Bermula dengan Al-Quran
Ubat segala penyelewengan
Al-Quran turun peringkat demi peringkat
Dari satu ayat ke satu ayat
Dihafal hingga semua ingat

Zaid bin Thaabit dapat manfaat
Penuh berkat
Dengan Nabi s.a.w menjadi sahabat
Dunia akhirat

Penulis Al-Quran orang beriman
Terkenal Ali bin Abi Talib
Termasuk Abdullah bin Mas'ud dan Ubay bin Kaab
Serta Abdullah bin Abas
Begitu juga Zaid bin Thaabit yang ikhlas

Di peperangan Al-Yamaamah
Penghafal Al-Quran gugur syahid
Dikumpulkan Al-Quran cadangan Omar
Dipersetujui oleh Abu Bakar

Zaid bin Thaabit diberi tugas utama
Mengumpul Al-Quran seperti yang ada hari ini
Tugas yang cukup bererti
Bersih hati
Mari kita pula sama sama berbakti
Dengan jasa Zaid bin Thaabit
Sentiasa diingati
Membaca Al-Quran jadi
Penawar hati

HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Selasa, 16 November 2010

HARI RAYA QURBAN 1431 HIJRAH


I
10 Zulhijrah
Hari Raya Qurban
Korbankan hipokrasi
Korbankan semangat assobiyah
Gantikan dengan iman
Ikut AL-Quran
Tambah ilmu pengetahuan
Tambah amalan
Ingat hari kemudian
Pengamal politik wang kerugian
Dalam kubur keseorangan
Takut mendengar sajak kematian
Parti Ketuanan Melayu membebankan
Ibarat
Harapkan pagar,pagar makan padi
Ahli-ahli bawahan rugi
Rugi di dunia
Celaka di akhirat
II
Menyedari
Parti Ketuanan Melayu
Di Hari Raya Qurban
Mari lahirkan jiwa merdeka
Bebas
Daripada rasuah
Daripada politik wang
Daripada kepimpinan Abdullah Ubai

III
Hidup Islam
Hidup Islam
Hidup Islam


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Isnin, 15 November 2010

NICCOLO MACHIAVELLI


I
Niccolo Machiavelli
Bangsa Itali
Pengarang buku "THE PRINCE"

II
"THE PRINCE"
Menjelaskan taktik-taktik berpolitik
Untuk mengukuhkan kuasa
Terhadap negara dan masyarakat

III
Matlamat menghalalkan cara
Benda bohong jika diulang-ulang
Dalam media massa
Menjadi benar
Benda benar jika diulang-ulang
Dengan cara salah akan
Menjadi salah atau bohong
Makan dulu sebelum musuh makan kita
Bentuk pendapat umum melalui
Media massa yang dikuasai
Membina kekuatan melalui sistem yang ada
Kumpul sumber kekayaan
Kawal sumber matlamat
Kawal undang-undang
Kawal birokasi
Biar musuh berteriak sehingga letih
Paksa ahli-ahli taat
Tidak berbelah bagi seperti
Mengenakan hukuman yang berat
Bagi menakutkan
Ahli-ahli yang lain
Tonjolkan yang semua orang
Bersetuju dengan sesuatu dasar yang diperkenalkan
Supaya orang lain juga
Turut bersetuju sama
Dengan menggunakan ugutan dan ancaman

IV
Apa yang disarankan di Itali
Dilaksanakan di negara ini
Hilang taring Badan Kehakiman
Polis ikut kehendak kuasa politik
SPR hilang kebebasan
Manusia takut dengan manusia
Akujanji dengan Allah terus lupa
Berterusan mendatangkan bahaya

V
Natijahnya
Hancur negara
Rasuah bermaharajalela
Berlaku penyalahgunaan kuasa
Penyakit sosial bertambah pula
Pening kepala
Pemimpin-pemimpin Negara
Majlis Raja-raja pun tak boleh buat apa-apa

VI
Mahu matlamat
Tukar Kerajaan Pusat
Di pilihanraya terdekat
Undi parti yang memperjuangkan kedaulatan SYARIAT
Pahala pun anda dapat
Baik dunia dan akhirat



HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com

Ahad, 14 November 2010

JASA ULAMA KITA



Dunia
Tempat manusia hidup
Dengan izin Allah Yang Maha Esa
Allah Yang Maha Perkasa
Allah yang menciptakan masa
Manusia dikenang kerana jasa
Jasa
Kepada ibubapa
Jasa kepada keluarga
Menunjuk jalan ke syurga
Inilah tugas ulama berwibawa
Imam Shafie
Imam Ghazali
Tetap dikenang
Sepanjang masa
Selagi ada yang membaca
Terus dapat pahala
Berguna bila di sebelah sana
Beriman
Beramal
Semasa di dunia


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Sabtu, 13 November 2010

DEKATI TUAN GURU

'Rumah Hijau' Chemor


I
Bertemu di Iftar Jama'i
Setiap sebulan sekali
Puasa sunat di siang hari
Keredhaan Allah dicari
Berkumpul di rumah hijau
Di Chemor
Datang selagi ada umur
Yang silap berani tegur
Busana Muslim tindakan kufur
"one, two, three & four
sokong haprak, Melayu tumpor"

II
Ada jalan keluar
Tambahlah ilmu
Dekati Tuan Guru
Beramallah dengan ilmu
Berzikirlah selalu
Baru menipu rakyat terasa malu
Baru selamat Melayu
Daripada pimpinan kematu
Daripada pimpinan
"ulat bulu panjat durian,
sedap dulu sakit kemudian"

III
Mahu senang kemudian
Puasalah selalu
Isnin dan Khamis
Setiap minggu
Solatlah sunat
Setiap waktu
Baru Melayu boleh bersatu
Baru hidup rakyat bermutu


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Jumaat, 12 November 2010

MEMBETULKAN KESILAPAN



Ada orang berkata
'Sekaranglah masa membuat sedikit
Pembetulan'
Dipercayai rakan-rakan
Sealiran
Berpaksikan keduniaan
Tapi yang berpengalaman
Tapi yang berilmu pengenalan
Dinilai setiap tindakan
Dinilai setiap ucapan
Dengan nilai iman
Diberi amaran
Dalam Al-Quran
"Dan janganlah kamu cenderung
Kepada kezaliman
Nanti kamu disambar api Neraka"
Dilupai mereka yang bermuka-muka
Seolah-olah melupai neraka
Tempat paling celaka
Lain pula
Bagi sahabat-sahabat Nabi
Membetulkan kesilapan
Dengan taubat Nasuha
Menjauhi manusia durjana
Menjauhi parti sekular
Jauh daripada memuji puak penzalim
Ini tanda orang alim
Sentiasa minta jalan yang lurus
Biarpun kekurangan fulus
Di pihak benar tetap berpihak
Kenal siapa itu penyangak
Duit mereka banyak
Boleh beli pemimpin separuh masak
Di Malaysia berselerak


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Khamis, 11 November 2010

2 - 0



Bangga
Menang dua kosong
Di Galas
Di Batu Sapi
Di akhirat menanti api
Iblis sedia menanti
Syaitan sedia menanti
Bagi manusia yang busuk hati
Sanggup merosakkan parti
Berani melanggar etika parti
Ahli akar umbi tetap perhati
Gelagat pimpinan ini
Menggunakan teori Macviavelli
Mahu kekal berkuasa undi boleh beli
Tabur duit sana sini
Takut pula pada bini
Banyak di zaman ini
Zaman Transformasi
Berleluasa korupsi
Menang di dua kerusi
Boleh diuji
Bila ahli Y.B. mati
Rakyat menanti
Duit dapat lagi
Biarpun di akhirat rugi


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Rabu, 10 November 2010

PANTUN BERINGAT-INGAT

'bidadari' - gambar hiasan


Buah rambai buah nangka
Mudah tumbuh di tepi kampung
Pejuang sekular mengajak ke Neraka
Usaha mereka wajib dikepong

Air sungai mengalir tenang
Membawa sampah menuju ke laut
Pakatan Rakyat boleh menang
Bila keadilan hati terpaut

Air laut biasanya masin
Banyak ikan terus membiak
Orang sekular fikir komisen
Datang Izrail mata terbeliak

Wanita muda makan jamu
Makan hanya sekali sehari
Menumbangkan penzalim jangan jemu
Baru di akhirat bersama Bidadari


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

PANTUN BANTAHAN BERASAS

TIPU DAYA


Kura-kura berjalan perlahan-lahan
Nampak paya terus menyelam
Mesti adil sistem Pemilihan
Baru menepati ajaran Islam

Dalam paya tumbuh teratai
Sebelum berbuah menjelma bunga
Kelemahan parti sentiasa diintai
Kewajipan ahli untuk menjaga

Bunga teratai berwarna ungu
Dari jauh jelas kelihatan
Bila sistem pemilihan orang ragu
Tentu ada campur tangan syaitan

Pergi sekolah menaiki kereta
Singgah di warung minum pepsi
Syaitan itu musuh yang nyata
Dalam parti wujudkan konspirasi

Berjalan-jalan di waktu pagi
Lepas itu makan capati
Kalah pemilihan bukanlah rugi
Asalkan pimpinan yang dipilih berkualiti

Tanam serai tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Semua calon hendakkan undi
Bukan pula tipu daya


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah 1431/Nov2010

PANTUN PERLU KERJASAMA

Apa yang penting kerjasama


Pokok cenggai tumbuh tinggi
Boleh kelihatan dari jauh
Penyokong penzalim di akhirat rugi
Daripada rasuah gemuklah tubuh

Tinggi-tinggi sepokok jati
Tinggi lagi Gunung Tahan
Dengan zikrullah kuatlah hati
Mudah ikut kehendak Tuhan

Dalam tubuh ada roh
Hidup roh dengan dengan ilmu
Bila buat yang disuruh
Bersalam-salaman bila bertemu

Dari jati dibuat perabot
Menjadi hiasan dalam rumah
Bila jawatan ingin direbut
Parti wibawa boleh rebah

Gunung Tahan di negeri Pahang
Di situ ada Taman Negara
Melancong ke sana perlukan wang
Boleh bila rakan-rakan gembira

Roh ada dalam badan
Makanannya ialah ilmu agama
Daripada Nabi ambil teladan
Dalam perjuangan perlu kerjasama


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

WIRA 7



I
Imam yang adil
Ketua yang adil
Pemimpin yang adil
Sultan yang adil
Raja yang adil
Presiden yang adil
PM yang adil
Adil ukuran Allah
Adil ikut Al Quran
Adil ikut Rasulullah
Adil ikut Hadis

II
Pemuda Yang Tekun Beribadat
Betul aqidah
Betul niat
Ingin mendaulatkan syariat

III
Orang yang hatinya terpaut
Di Masjid
Ini jadi mujahid
Kesan ajaran guru mursyid
Ingin mati syahid

IV
Orang berkasih sayang
Kerana Allah
Mantap aqidah
Memahami sirah
Memiliki jiwa mut'mainah
Beramanah
Hidup bermaruah
Menentang golongan perasuah
Hingga penzalim musnah
Hingga Kerajaan Pusat berubah

V
Lelaki yang digoda oleh wanita
Cantik
Menolaknya
Dengan iman yang bercahaya
Dengan zikir yang sempurna
Dengan peribadi yang mulia
Dengan akhlak yang mulia
Sedar nikmat seks hanya sementara
Ingat layanan bidadari yang menyeluruh
Buat saja yang Allah suruh
Jauhi yang haram dan makruh
Tanda iman teguh

VI
Orang yang bersedekah dengan ikhlas
Faham makna surah Al-Ikhlas
Allah itu Esa
Allah tempat minta pertolongan
Allah tidak beranak dan
Tidak diperanakkan
Allah tidak setara dengan yang lain
Allah, Tuhan Semesta Alam
Sokonglah parti Islam
Biar parti perkauman tenggelam
Seperti kapal Titanic di lautan dalam

VII
Orang yang berzikir hingga
Menitiskan airmata
Bukalah mata
Allah Maha Pencipta
Allah pemberi harta
Dengan ilmu celiklah mata
Dengan iman tenanglah hati
Banyakkan mengingati mati
Dengan membaca Al-Quran teranglah hati
Dengan ini hidup insan berkualiti
Pasti kuatlah parti

VIII
Kesimpulan
Wira 7 selamat di Padang Mahsyar
Insya Allah


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Selasa, 9 November 2010

TETAP BUDAYA LAMA

Jauhilah budaya kaki ampu


I
Kita kata
Kita bawa politik baru
Bebas tipu menipu
Bebas daripada budaya ampu-mengampu

II
Kita kata
Kita bawa perubahan baru
Ahli-ahli pun mahu tiru
Di Pasir Salak apa berlaku
Orang luar parti ada di situ
Turut kempen untuk pihak tertentu
Pernah bersumpah keramat dulu
Inilah muka tak malu


HMS Abu Bakar
paksalleh blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Isnin, 8 November 2010

MENANTI PARTI PERKAUMAN MATI

peneraju perubahan


Dalam politik kepartian
Jangan hairan
Kawan boleh jadi lawan
Yang penting ilmu pengenalan
Yang penting ilmu pengetahuan
Bila ini ada dalam setiap insan
Ada pada pucuk pimpinan
Selamatlah perjalanan
Menuju Pusat Pentadbiran Persekutuan
Tiga parti tapi satu tujuan
PAS
DAP
PKR
Semua ingin perubahan
Semua ingin keadilan
Semua ingin perpaduan
Bila ini dapat dilaksanakan
Putrajaya insyaallah dalam tangan
Buat suruhan tinggal larangan
Pimpinan mesti adil
Ahli parti mesti bertolak ansur
Mesti sabar
Mesti redha dengan tindakan parti
Terlebih dahulu bersihkan hati
Bertindak berhati-hati
Insyaallah rakyat puas hati
Bila parti-parti perkauman mati


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Nov2010

Ahad, 7 November 2010

BANGUNLAH SAUDARAKU

Negara Tercinta Malaysia


Bangunlah saudaraku
Buatlah sesuatu
Lakukan yang bermutu
Pertama sekali kita kena bersatu
Menumbangkan kezaliman
Menumbangkan kejahatan
Menumbangkan kepura-puraan
Dengan iman
Dengan taqwa
Dengan amalan
Dengan kesungguhan
Mematuhi perintah Tuhan
Baru kuat ketahanan diri
Baru mudah mencari keredhaan Ilahi
Baru dapat menjauhi
Pimpinan durjana
Cakap tak serupa bikin
Rakyat jelata kekal miskin
Dengan politik baru kena yakin
Amal soleh dijadikan pemangkin
Ukhwah dijadikan pemangkin
Kuatkan semangat setiakawan
Bersatu dalam kesepakatan
Inilah saja jalan
Jalan keselamatan
Bagi negara tercinta
Negara Malaysia


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkeadah1431/Nov2010

Sabtu, 6 November 2010

PANTUN PELIHARALAH IMAN



Ditanam bunga dalam taman
Harum bau sepanjang pagi
Wajib kita mempertahankan iman
Baru di akhirat tidak rugi

Harum bau sepanjang pagi
Di bawah pokok bunga tanjung
Baru di akhirat tidak rugi
Bila perintah Allah dijunjung

Di bawah pokok bunga tanjung
Tumbuh juga pokok serai
Bila perintah Allah dijunjung
Sehingga roh di badan bercerai

Tumbuh juga pokok serai
Mudah subur tanpa baja
Sehingga roh di badan bercerai
Suruhan Allah buat saja

Mudah subur tanpa baja
Contoh terbaik daun pegaga
Suruhan Allah buat saja
Mudah jalan masuk syurga

Contoh terbaik daun pegaga
Sejenis ulam orang Melayu
Mudah jalan masuk syurga
Bila ikut ajaran wahyu

Sejenis ulam orang Melayu
Di samping petai dan jering
Bila ikut ajaran wahyu
Menyebut Allah lidah tak kering

Di samping petai dan jering
Sedap dimakan dengan sambal
Menyebut Allah lidah tak kering
Bila iman di dalam tebal

Sedap dimakan dengan sambal
Baik jika ada budu
Bila iman di dalam tebal
Baru hidup boleh berpadu

Baik jika ada budu
Menjadi kesukaan orang Kelantan
Baru hidup boleh berpadu
Bila diketepikan ajakan syaitan

Menjadi kesukaan orang Kelantan
Menghadiri persembahan dzikir barat
Bila diketepikan ajakan syaitan
Baru cerah jalan ke akhirat

Menghadiri persembahan dzikir barat
Mendengarnya dapat juga pelajaran
Baru cerah jalan ke akhirat
Beramal dengan ajaran Al-Quran

Mendengarnya dapat juga pelajaran
Setelah menghadiri majlis ilmu
Beramal dengan ajaran Al-Quran
Membacanya pula tak jemu-jemu

Setelah menghadiri majlis ilmu
Mengetahui pula kebenaran Islam
Membacanya pula tak jemu-jemu
Bersolat tahajud setiap malam

Mengetahui pula kebenaran Islam
Agama yang diakui Allah
Bersolat tahajud setiap malam
Dengan taqwa musuh boleh kalah


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

DENGGI


Penyakit Denggi
Perlu dijauhi
Bersihkan kawasan rumah
Bersihkan juga diri
Diajar oleh Nabi
Ilmu pengenalan perlu dicari
Ilmu pengetahuan perlu dicari
Mudah muhasabah diri
Baru dekat dengan Ilahi
Larilah nyamuk Aedes
Bila tutup aurat anak-anak gadis
Bila tutup aurat para artis
Bila tutup aurat para pemimpin
Lihat saja Eyonne Ridley
Lihat saja Lauren Booth
Dua wartawan Inggeris
Bila memeluk agama Islam
Terus berusaha menutup kepala
Baru dapat pahala
Bila bersih jiwa
Badan ikut bersih juga
Mudah jalan ke Syurga
Jalannya terus terbuka
Melambai-lambai juga warga Neraka


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

Jumaat, 5 November 2010

M K



I
Memandangmu
Tidak sekali-kali jemu
Mungkin kerana selalu makan jamu
Bilakah dapat bertemu
Boleh aku ceritakan perasaanku
Aku bukan burung pungguk
Aku juga bukan kaki angguk
Aku meminatimu

II
Memandangmu
Tidak sekali-kali jemu
Engkau ibarat bulan purnama
Ada nama
Ada rupa
Belum ada yang punya
Inilah peluang saya
Semoga berjaya
Dua insan yang berbeza
Dua insan yang minat kesenian
Boleh berubah
Dengan senyuman
Dengan hantaran
Dengan persetujuan
Bila diijabkabulkan
Berpadulah dua insan
Hilanglah kesunyian
Yang ada pergerakan
Membawa kebahagiaan
Semuanya di tangan Tuhan


Nota: Sajak ini adalah bayangan perasaan seorang kawan yang dilamun cinta suci


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

ADAB PERGAULAN



I
Hadapi kawan atau musuh
Dengan wajah yang tenang
Dengan wajah gembira
Dengan ceria
Dengan sopan santun
Dengan rela hati
Elok bersihkan hati
Sentiasa ingatkan mati

II
Jangan terlalu banyak menoleh
Ke mana-mana
Jangan terlampau tajam memandang
Orang lain

III
Jangan biasakan diri memasukkan
Jari ke dalam lubang hidung
Jangan banyak berludah di tempat awam
Jangan banyak menguap
Jangan mengeliatkan badan

IV
Usahakan agar dudukmu itu
Nampak tenang
Kata-katamu selalu teratur
Jadilah pendengar yang baik
Jangan bersikap pura-pura
Jangan jadikan harta
Lebih mulia daripada kehormatan diri
Mulakan memberi salam
Sentiasa merendahkan diri
Sentiasa muhasabah diri
Mudahlah keredhaan Allah dicari
Amalkan setiap hari


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

Khamis, 4 November 2010

PANTUN UNTUK KEMENANGAN DI PRK DUN GALAS

Masak udang gulai tumis,
Makan bersama seisi keluarga,
Hari penentuan hari Khamis,
Undi PAS masuk syurga.

Udang ada berbagai jenis,
Udang Harimau Udang Galah,
Saranan Asri saranan sinis,
Supaya BN kurang masalah.

Guna galah mengait rambutan,
Dapat sebiji terus dimakan
Parti secular agen syaitan,
Syarikat Yahudi dijadikan rakan.

Mengail ikan di atas titi,
Dapat pula anak kura-kura,
Karut pendapat bekas mufti,
Anwar Ibrahim disuruh bersara.

Pokok rambutan daunnya rambang,
Berbuah lebat sehingga dahan
Parti secular eloklah tumbang,
Dr. Zul calon berkebolehan.

Imam Syafie rajin menulis,
Mengarang kitab duduk di kerusi,
Merapu saranan mantan Mufti Perlis,
Disuruhnya bersara wira reformasi.

Isi air dalam gelas,
Untuk diminum pengerusi majlis,
Semoga PAS menang di Galas,
Di Luh Mahfuz harap tertulis.

Tanam ubi tanam keladi,
Tanam pula di tepi paya,
Terima kasih para pengundi,
 Membantu Dr. Zul hingga Berjaya

Dari Sungai Besar ke Tanjung Bidara,
Berjalan pula ke mukim Beranang,
Apabila selesai undi dikira,
Diisytiharkan Dr. Zulkefli menang.

Kait rambutan guna galah,
Setelah dijolok jatuh ke tanah,
Bersyukur kita kepada Allah,
Memenangkan calon yang beramanah.

BERCAKAP MELALUI TELEFON



Bila bercakap dengan kawan lama
Menggunakan telefon bimbit
Faedahnya bukan sedikit
Ucapannya secara spontan
Secara terus terang
Bila hilang kuasa terus berang
Pihak lawan diserang
Pihak lain diugut
Ini tanda jiwa penakut
Takut terlepas Putrajaya
Mengikut tulisan Abdul Aziz Bari
Dibenarkan oleh perlembagaan
Siapa dapat lebih kerusi Dewan Rakyat
Boleh tubuh kerajaan Pusat
Rakyat jelata pasti dapat manfaat
Lebih 53 tahun hanya lihat
Lihat KLCC
Lihat KLIA
Lihat Pusat Pentadbiran Putrajaya
InsyaAllah selepas PRU-13
Diambil alih pimpinan ikhlas
SPRM boleh bebas
SPR boleh bebas
BTN boleh bebas
Bebas daripada perkauman sempit
Bebas daripada hasad dengki
Bebas daripada ekonomi kroni
Rakyat jadi berani
Bila wujud masyarakat madani
Berubahlah hala tuju hidup rakyat
Rakyat boleh berfikir terbuka
Selamat dari Neraka


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

Rabu, 3 November 2010

TUDUH MENUDUH

apa yang penting kerjasama


I
Biasa dalam sistem demokrasi berparlimen
Ada pemilihan
Ada pertandingan
Sesama dalam parti
Perlu ada integriti
Jaga pula hati
Bertindak pula berhati-hati
Ini wujud pada teori
Dalam praktisnya berlainan sekali
Guna wang untuk beli
Beli undi
Lepas menang ingin berbudi

II
Pak Tani menanam padi
Bawa tajak pergi ke sawah
Hajat hati ingin berbudi
Bila kalah hati pun marah

III
Dalam pemilihan
Dibenarkan berkempen
Dibantu oleh rakan-rakan
Dalam perjalanan
Dalam masa meraih undi
Belanja makan tentu sekali
Duit minyak juga beri
Kemenangan perlu dicari
Kelemahan diri cuba diatasi
Dengan mengkritik pihak lawan
Pihak lawan guna juga taktik Micviavelli
Matlamat menghalalkan cara
Pihak lawan cuba dicerca
Ini bukan caranya
Kita mesti berusaha sedaya upaya
Menjadikan diri
Mendekatkan diri
Mematuhi arahan Ilahi
Tuduh-menuduh bukan budaya politik baru
Politik baru bererti
Politik untuk kebaikan dan kebajikan
Dihajati oleh rakyat sekelian


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

A B A

mengenang zaman reformasi


I
Azam Bagi Ahli
Mengelak daripada dibeli
Mengenangkan zaman reformasi
Menjauhi budaya korupsi
Dalam perjuangan ada visi
Membebaskan rakyat dari ekonomi kroni
Merosakkan kehidupan rakyat
Bila kos kehidupan meningkat tinggi
Majoriti rakyat rugi
Bila pemimpin dalam parti
Ada sedikit busuk hati
Ada perasaan hasad dengki
Ada permainan wayang kulit
Mengalahkan musuh pasti sulit

II
Azam Bagi Ahli
Memastikan parti tetap dinobatkan
Mengenal lawan dari rakan
Dengan ilmu pengenalan
Dengan iman dan amalan
Baru parti betul di atas jalan
Jalan perpaduan
Bersatu dalam kepelbagaian


III
Azam Bagi Ahli
Parti tetap di atas
Ahli perlu ikhlas
Ahli perlu sentiasa kemas
Biarlah musuh terus lemas


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

Selasa, 2 November 2010

LIMA ALAM



I
Alam Roh
Mengakui Allah
Tuhan kita
Maha Pencipta
Masih belum buka mata
Daripada Al-Quran banyak cerita

II
Alam Rahim
Dalam perut ibu
Sembilan bulan sepuluh hari
Dibawa ke sana ke mari

III
Alam Dunia
Alam bayi
Alam kanak-kanak
Alam persekolahan
Alam pekerjaan
Alam perjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Disuruh Al-Quran
Berjuang dalam jemaah
Menegak kebenaran
Menegak keadilan
Membawa perubahan
Membawa kebaikan
Kepada Rakyat sekelian

IV
Alam Barzakh
Bila berlaku kematian
Bawa saja amalan
Gembira yang beriman
Dukacita sang munafik
Dukacita si pembodek
Dukacita yang kufur
Menderita dalam kubur


V
Alam Mahsyar
Alam penuh ujian
Penzalim penuh penyesalan
Kepanasan
Kehausan
Keseronokan
Bagi yang beriman
Penuh senyuman
Penuh kegembiraan
Bahagia bagi ahli Syurga
Dukacita bagi ahli Neraka


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010

Isnin, 1 November 2010

INILAH KEBANGGAAN KITA



"Ini kebanggaan saya" kata mereka
Hebatnya
Bangunan di Putrajaya
Ada tasik indah di sekitarnya
Ada juga KLCC
Bangunan kembar tertinggi
Boleh dilihat tersergam indah
Biar kroni-kroni dapat faedah
Biar isteri-isteri rambut terdedah
Biar sampai datang Izrail
Biar apa nak jadi
Biar berleluasa judi
Biar rosak akhlak muda-mudi
Biar senyum Yahudi
Biar apa pun terjadi
Kontrak APCO disambung setahun lagi
Biar negara rugi
Biar rakyat rugi
Asal Busana Muslim ditonjolkan
Di Monte Carlo
Di Eropah
Di depan peminat fesyen di Dunia Barat
Terbeliak mata buaya-buaya darat
Berkembang terus maksiat
Dibenci oleh Lauren Booth
seorang wartawan Inggeris
Baru memeluk agama Islam
Sebelum ini ada seorang lagi
Wartawan Inggeris Eyonne Ridley
Bila peluk Islam berusaha bertudung kepala
Tahu dosa dan pahala
Dipandang remeh Wanita Pertama
Biar tinggal Islam pada nama
Menara Warisan cita-cita utama
Biar rakyat hidup sengsara
Biar papa asal bergaya
Amalan ini tidak boleh dibiarkan
Biar kuasa rakyat menentukan
Biarkan...biarkan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Nov2010