Ahad, 15 Ogos 2010

KEKASIH ALLAH


I

Manusia
Mahu hidup bahagia
Bergaya dan berjaya
Slot baru di TV kita
Jiwa Melayu terus lena

II

Manusia
Dicipta
Dari air yang hina
Suami isteri bersama
Berkerjasama
Baiklah keluarga
Berteraskan ajaran agama
Di dunia tidak lama
Seratus dua puluh lima tahun
Di iktiraf rekod dunia
Duduk di atas kerusi roda
Makan minum semua orang jaga
Dengan apa-apa
Tidak tergoda
Tinggal nyawa saja
Rumah kata pergi
Kubur kata mari

III

Manusia
Mulia
Muhammad bin Abdullah
Kekasih Allah
Idola bagi yang dapat hidayah
Idola bagi yang ikut Al-Quran dan Sunnah
Idola bagi yang beramanah dan bermaruah

IV

Manusia sama saja
Mahu syurga
Tanpa ilmu pengetahuan
Tanpa iman
Tanpa amal soleh

V

Manusia tak ingin neraka
Majlis ilmu tak hadir
Hidup mewah dengan rasuah
Hukum Tuhan dipersenda-senda
Buat yang haram
Bertaburan kelab malam
Diserbu JAWI muka merah padam
Dengan pewaris Nabi pihak sekular berdendam
Pasti menyesal bila biji mata padam


HMS Abu Bakar
Apr2005

Tiada ulasan:

Catat Ulasan